Monday, March 14, 2011

[Sinopsis] Slot Lagenda TV3: Kemboja Putih

Korang pernah layan tak drama bersiri Kemboja Putih tak? Sebenarnya aku jarang layan drama bersiri tambah tambah kalau petang pula kan. Tapi one day tu, aku tak pergi ke mana-mana terlayan la plak drama ni. Best gak cerita ni.. Ketagih la plak nak follow cerita ni tapi memang tak dapat la sebab cerita ni waktu petang. Tapi boleh tengok kat TV online :)


Kemboja Putih ni adalah dalam slot Lagenda di TV3 pukul 4.30 petang bermula 7 Mac 2011.




Sinopsis:


Drama ini mengambil sumber inspirasi dari filem terkenal Thailand, Nang Nak. Memang sedikit sebanyak drama tu ada sedikit persamaan. Drama Kemboja Putih ini mengisahkan  tentang seorang suami, Amar (Fauzi Nawawi), yang telah membunuh isterinya, Kemboja (Eira Syazira) gara-gara salah faham mengenai anak yang dikandungkan Kemboja.

Disebabkan Amar berasa serba salah, dia menganggap isterinya masih lagi wujud. Kemboja pula muncul dalam bayangan Amar kerana ingin membalas dendam terhadap orang yang telah menjatuhkan maruahnya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------


Yang uniknya, drama seram ni tidak membabitkan dengan kewujudan hantu .


Source: mstar.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails