Wednesday, March 16, 2011

Show Me Your BFF Contest




Tarikh tutup: 15 April 2011


-------------------------------------------------------------------------------------



Dear Nurulbadiah Lai,

Ini bestfriend saya. Nama bestfriend saya, sayanggg opssss, Hafiz. hehehe. Hafiz ni hubby saya. Bagi saya, dialah hubby saya, kawan suka duka saya yang tiada galang gantinya. Masa saya sedih, dia selalu ada dekat saya. Dengar dengan sepenuh hati cerita-cerita sedih saya. Saya menangis, dia akan pujuk dan kadang-kadang sampai dia pon bad mood sebab tengok saya sedih jee... tapi tak pernah pulak saya tengok dia menangis depan saya (awak menangis dalam hati ehhhh...hehe). 


Bila saya gembira, dialah orang pertama yang akan saya share. Kami akan ketawa dan gelak bersama. Kadang-kadang rasa tak sabar nak share cerita-cerita gembira dan sedih dengan kawan baik saya ni. Saya tahu dia pendengar yang setia.


Yang lebih menarik tentang kawan baik saya ni Nurul, banyak sangat persamaan yang kami share bersama. Nama kami bermula dengan pangkal yang sama iaitu Wan. Birthday kami beza sebulan je, dia - 11.1, saya 12.2. Abah dia nama Wan Razali, abah saya, Wan Ramli. Mak dia, Hanisah, mak saya, Hasnah. Kadang-kadang orang tanya, saya kahwin dengan sepupu ke... tapi realiti kami kawan sejak sekolah rendah lagi, bercinta bila dah besar ;p


Dear Nurulbadiah Lai,

Kalau saya nak cerita semuanya pasal kawan baik saya ni, rasanya macam mengarang buku Trilogi Cinta drama Rosyam Noor dengan Fauziah Ghous yang best tu kat TV1. Nurul pernah tengok tak? Saya rasa hubby saya lah BFF saya dunia dan akhirat. Kami memang berkawan dahulu sebelum bercinta dan seterusnya berkahwin. Kata orang, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Tapi saya, kawan juga yang dibuat kekasih...hihi.. Apapon, semoga 'persahabatan' kami akan berkekalan sehingga ke syurga. 


Dan Nurul, saya pon harap persahabatan kita di alam maya ni akan berkekalan sehingga bila-bila ok? Mana tahu, lepas ni boleh buat contest Kawan Baik Alam Maya Saya :) Awak jadi organizer, saya join... Hadiah kena best-best tau.


-------------------------------------------------------------------------------------


Nak tag:

Kak Efa
Daliya
Lissa
Zarith







2 comments:

  1. dear..
    what a sweet story..

    thanks 4 joining..
    wish u all de best...


    :)
    done check ur entry

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails