Semalam berjaya juga menggunakan hadiah birthday dari Nuffnang :)
Bagi yang tak tahu, aku dapat 4 tiket wayang TGV. Movie boleh pilih sendiri nak tengok cerita apa janji jangan 3D or couple seats. So, memandangkan aku dah terlepas nak tengok Merong Mahawangsa dengan BeautifulNara, so pilihan teratas mestilah Hikayat Merong Mahawangsa ;p
Since tiket ada 4..kalau ikut plan asal nak bawa 2 adik aku pergi tengok sekali tetapi tak sempat sebab sorang balik kampung, sorang lagi jauh tak sempat nak pergi ambil..hihi.. So, laki aku telah mengajak ofismate dia, Luke dan Lis, gf Luke. Luke pon beria-ria nak tengok cerita ni...
Boleh tahan lawak jugak ye Merong Mahawangsa ni kan.... kalau yang dah tengok tu, paham la kan.. Yang belum tengok, cepat-cepat pergi tengok.
Laki aku cakap cerita dia boleh tahan juga. Dia cakap lagi best dari Puteri Gunung Ledang. Bajet pon RM8 juta tu. Memang kreatif Yusry... Memang tak salah aku minat dia sejak kecil...hahahaha.. bertambah-tambah la minat aku kat dia.. hihi.
Cerita ni cerita sejarah. Rasanya, makin ramai akan cari pasal hikayat ni. Bagus jugak kan.
Ok, ni aku share sikit sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa ni..
Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.
Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.
Source: donnyien.com
br nk g tgk minggu nih...
ReplyDeletejom singgah n follow belog saya
http://inibelogfyna.blogspot.com/