Actually dah lama entry ni dok dalam draft. Dah 2 tahun lebih, nak masuk 3 tahun dah.
Tapi tak tahu kenapa aku tak publish time tu.
Tapi 2-3 hari ni, aku macam asyik teringat je pasal kawan aku ni.
So aku publish je la.
Dulu masa zaman matrik (aku belajar di matrik penang), aku ada seorang kawan baik.
Actually, aku ada ramai kawan baik masa matrik tapi ni seorang kawan yang sangat baik yang banyak share cerita gembira dan sedih aku masa tu. Biar je aku panggil dia Ejak (bukan nama sebenar).
Ejak ni perempuan tapi boyish sikit tapi masa pergi kuliah, maintain je pakai baju kurung dengan tudung.
Kalau outing ke bandar baru la tudung melayang (opss, sorry Ejak), baju-baju kurung ni dah tak ada pakai jeans dengan t-shirt je.
Budak praktikum aku.
Ejak takde dalam gambar ni sebab kitaorang tak sekelas pon ;p
Aku ingat lagi, kalau outing ke bandar - masa tu kami selalu ke SP (Sungai Petani), pekan Kepala Batas dan paling kerap ke Georgetown. Kadang-kadang kami keluar beramai-ramai, dan ada masanya aku keluar dengan Ejak sahaja. Masa kat matrik, kalau cuti pendek aku memang tak balik sebab nak jimat duit dan aku plak jenis kesian nak minta duit tambang balik dengan parents. So, aku stay je la kat matrik tu dan kebetulan Ejak pon macam aku. Dah la hostel sunyi gila kot masa tu. Kebanyakan student memang balik tinggal je kami (especially budak pantai timur dan selatan) yang tak balik. Sebab tu la kot kami jadi rapat. Aku perasan kami ada persamaan yang ketara. Minat lagu rock kapak dan suka tulis lirik-lirik lagu dalam buku. Penuh satu buku. Tapi buku aku dah hilang. Ehhh, takkkk.. kena bakar dengan Abah hahaha.
Kami pernah je berjalan kaki berdua dalam gelap dari jalan besar sampai kolej (matrik). Mungkin tak jauh sangat tapi kalau dalam gelap seram gak kot sebab sebelah kiri tu penuh dengan pokok kelapa sawit. Masa tu, kalau keluar time weekend boleh balik malam, paling lambat pukul 11 malam. Memang agak bebas la time tu. Kalau dah keluar tu, memang tak ingat nak balik hahahaha..
Ejak, serius aku ingat lagi kegilaan kita pergi umah kak mu di Teluk Kumbar.
Dari jeti kita naik bas tinggal kita dua je dalam bas. Takutnya time tu..hahahaha.. tapi akhirnya selamat gak kita sampai kat umah kak mu. Dengan aku tak ada baju sparenya, kita stay 2 hari kat sana tanpa arah tujuan. Enjoyyy je pikir.. Tapi tak ada la sampai kelas melayang.
Pernah jugak satu kali tu, kami ke Pesta Pulau Pinang - aku nak sangat pergi sebab nak tahu apa yang best sangat Pesta Pulau Pinang. Dia punya promotion memang kaw kaw gila.
Pesta ni biasanya berlangsung selama sebulan dalam bulan Disember setiap tahun.
Kali ni kami pergi ramai-ramai. Aku rasa ada la dalam 4 ke 5 orang. aku lupa tapi seingat aku, Mek Sya ada gak. Punya la syok dok main fun fair kat situ. Oh yaaa, Pesta Pulau Pinang ni, indah khabar dari rupa. Sebab dia macam fun fair biasa je, tapi ada banyak kedai jual macam-macam. Boleh la layan nak release tension. Macam-macam game ada tapi aku lupa dah nama-nama game tu. Enjoy gila la.
Serius aku masih ingat lagi kenangan tu. Main punya main, gelak sesama, last-last kami baru perasan, jam dah dekat pukul 9 or 10 (lupa lagi). Kalo ikutkan macam tak sempat je nak balik semula ke kolej. Yelah fun fair tu bukan dekat dengan jeti. Kena naik bas or teksi. aku dah lupa lokasi sebenar fun fair tu. Masa tu aku bukan jenis ambil port sangat jalan-jalan ni semua. aku ingat jalan nak g pulau, SP dengan Kepala Batas je hahahaha..
Lepas discuss, Ejak ajak balik umah kakak dia di Teluk Kumbar. Mek Sya pulak kalut nak pergi beli spender pakai buang tapi tak jumpa ;p Kami tidur satu malam kat rumah kakak Ejak, esok terus balik ke kolej. Eh, ke kami pergi tengok movie dulu sebelum balik... lupa daaa.. hahahaha.
Banyak je lagi kenangan-kenangan aku dengan Ejak. Biar la semua tu menjadi kenangan manis aku. Lepas abis matrik, aku masuk UM, Ejak masuk UMP.
Kalau time cuti semester, kami memang selalu je jumpa kat Kota Bharu (KB).
Makan dan spend masa bersama. Share macam-macam cerita.
Ade satu cerita lucu (lucu ker bangang..hahaha), masa bulan puasa, kami berdua masuk KFC, makan kat bahagian atas. KFC tu 2 tingkat, kami makan kat situ dengan slambernya. Nakalnya time tu kalau kena tangkap tak ke naya je.
Aku rasa aku dah tak jumpa Ejak lepas aku start keje (tahun 2008) sampai sekarang (dah kawen nak masuk 4 tahun dah), aku dah tak jumpa Ejak. Sepatutnya, masa wedding aku, Ejak nak datang tapi last minute dia tak dapat cuti. Aku sedih gila time tu. Aku nak sangat meraikan hari bahagia aku dengan Ejak tapi masa aku couple dengan Apis, ada sekali dua aku bawak Ejak jumpa Apis.
Dan buat aku rasa sedikit ralat, aku tak ada di sisi Ejak masa dia kehilangan ibu tercinta. Aku minta maaf sahabat.
Walau apapon dugaan dan ujian dariNya, aku harap Ejak tetap tabah,
Jak, aku tahu mu wanita besi yang tak mudah menyerah kalah.
Hanya Allah yang dapat Maha Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat.
Insya Allah, panjang umur, murah rezeki kita akan berjumpa lagi.
Aku selalu berdoa dan berharap... dan aku harap aku dapat hadir pada hari bahagia mu nanti walaupon aku tak tahu bila..
- Doaku buatmu sahabat -