Tuesday, May 31, 2011

Hilang Handphone, Pastu Jumpa Orang Yang Jujur

Tak tahu nak letak tajuk so bantai aje. dari tajuk tu pon, korang dah boleh agak aku nak cerita pasal apa kan. ending pon mungkin boleh agak kan...hahaha...


Semalam aku ada training kat Shah Alam. training ni ambil masa 2 bulan baru habis. kiranya akhir bulan 7 kot habis. company aku hantar 5 orang semua termasuk aku. semua new staff. belajar mainframe COBOL.


ok, sebenarnya bukan nak cerita pasal training sebab training tak start lagi.. just sesi ice breaking dan briefing.. aku nak cerita first day aku sampai kat tempat training tu, aku dah hilang handphone. dah la sehari sebelum tu, masa pergi hari belia di putrajaya, handphone aku pon hilang.. tak dapat dikesan. tak tahu letak kat mana. tapi rupa2nya, ada dalam handbag adik aku. kecut perut dah aku takut kena marah kat laki aku. dia memang pantang sikit kalau aku cakap aku hilang handphone sebab memang aku cuai sikit kalau bab2 jaga handphone. handphone je, benda lain tak ada masalah.. hahaha..


panjang lebar la plak mukadimah.. sebenarnya tak tahu nak start cite macam mana. sebab pagi tu masa sampai agak kelam kabut aku cari tempat training tu. aku dah panik mula2 sebab ingat salah tempat.. lepas tanya2 orang rupa2nya dah betul tempat training kat situ. masa tu boleh terlupa plak nak call opismate yang sama training.. entah tak terpikir plak.. hahaha.. aku tanya 3, 4 orang gak.. hampir semua tak tahu tempat aku tanya tu. adoiiii..


aku ingat lagi, aku stop kat satu meja ni, keluarkan alamat pastu cari orang nak tanya tempat aku training tu. mula2 tanya orang yang lalu lalang, tak tahu.. pastu masuk kedai kat area tu tanya abang jual air, dia pon tak tahu. pastu akak yang dok makan kat situ, dia pon tak tahu. last2 aku sendiri nampak tempat tu. bila masuk, aku nampak opismate aku. so, lega laa.. masa tu kat ground floor... tetibe receptionist kat situ suruh naik 4th floor. kami pon naik. masa aku tengah jalan dan tunggu lif tu la aku perasan handphone aku tak ada. aku gali2 lagi tengok kot2 ade terselit ke apa.. memang tak ada. aku dah cuak dah.


aku pesan kat opismate aku suh reserve kan tempat untuk aku dan turun. mula2 aku pergi kat office kat ground floor tu. memang tak ada. pastu, pergi kat kereta aku, tak ada juga ;( berpeluh2 dah aku ke sana sini.. pastu aku jalan balik ikut jalan yang aku mula2 jalan tadi sebelum jumpa tempat training tu. aku tanya je sapa2 yang ada kat situ. oh ya, lupa... masa aku turun lif dari tingkat 4 tadi, aku minta pinjam handphone makcik cleaner tempat training tu, nak try call. bila call, handphone aku off. masuk voice mail bila call.. waaaa.. lagi la aku cuak. ya Allah sedihnya dalam hati..


pastu, masa berjalan cari tu, aku jumpa abang cleaner indon ni. tanya dia ada nampak tak telefon macam ni, macam tu rupanya... bla... bla... abang tu cakap kat mana hilang.. aku cakap tak pasti tapi area2 ni la. tadi saya lalu jalan ni.. huhu... abang tu cakap tak ada. aku pon jalan la. pastu baru 2,3 langkah jalan, abang tu panggil balik. dia cakap handphone apa..aku cakap la handphone apa, ada cover kaler purple.. dia cakap kat aku yang cina eh? errrr.. aku senyap je la sebab handphone aku bukan handphone cina... tapi kalau aku cakap tak, takut dia tak bagi aku tengok, tapi kalau aku cakap handphone cina.. eh mana ada handphone aku handphone ori...hahaha.. tapi aku buat2 tanya benda lain dan tidak menjawab soalan dia sambil2 tu dia jalan ajak aku jumpa kawan dia..sambil tu dia panggil nama kawan dia tu. perempuan.


sampai kat kat kakak tu, kawan abang tadi tu, dia tanya aku dulu. handphone apa. aku pon cakap handphone apa dan cover semua.. dan tibe2 dia keluarkan handphone aku. memang handphone aku. cuba korang bayangkan perasaan aku.. hanya Allah yang tahu (aceceh;p) memang aku ucap terima kasih berkali2.. tak tahu nak macam mana. memang diorang jujur gila. dua2 orang indon. aku pon bagilah sikit saguhati sebab diaorang baik hati dan jujur. tak sangka ada lagi orang jujur macam tu. yelah, kalau diorang tak mengaku pon, tak ada orang tahu kan...


aku memang mula2 tu dah pasrah dah sebab yelah sehari sebelum tu handphone hampir hilang tapi masih ada rezeki. masa tu dah pikir, mungkin handphone ni memang nak hilang.. dah tak ada rezeki kot. tapi alhamdulillah, ada rezeki aku lagi. memang berterima kasih sangat2 kat abang dan kakak indon tu. insya Allah, kalau terjumpa diorang lagi, nak juga ajak belanja makan plak.. lagipon, tiap2 hari aku pergi training sampai akhir bulan julai baru habis..


minta2 lepas ni, aku lebih berhati2. tak nak dah jadi macam ni.huhu.. bukan senang nak dapat balik handphone tu tau.

3 comments:

  1. alhamdulillah sis.. nasib baiklah Allah gerakkan hati dorang nak bg hp 2 :)

    ReplyDelete
  2. mum pon cam aku gok,hehe...kelam kabut cri hp
    tggal dlm keta la, terselit celah situ, celah sini
    haritu lg best, siap tggal purse kt kedai
    nseb baik diorg tlg pegang, tggu aku dtg balik,laki aku dh bising dh,huhu

    ReplyDelete
  3. Nasib baik..macam kami,masa shopping tertinggal phone isteri..sekejapje..call ada,tak sampai 5 minit,dah tak berdering dah phone tu..hilang..sedihhh...dahla phone menang contest

    Jemput Join :

    Big Contest |My BFF Contest, RM4,680 Worth Of Prizes

    http://www.eyriqazz.com/2011/05/big-contest-my-bff-contest-rm4680-worth.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails