Aku berdoa semoga mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik agar mampu dan sempat melihat aku dah hafiz lebih berjaya, insya Allah.
Semoga mereka dipanjangkan umur agar mampu melihat bakal cucu-cucu mereka membesar, insya Allah.
Sesungguhnya, kasih sayang dan cinta seorang ibu abadi bersemadi selagi hanyat dikandung badan.
Ya Allah.. thank you, thank you very much (speechless)...
My MAK, my UMI, my MAMA
Special to Umi,
Terima kasih mi, sebab sabar menjaga kami 5 beradik, terima kasih mi sebab sabar menempuh segala dugaan ni bersama-sama. Orang lain hanya mampu melihat keperitan, kesusahan umi.. tapi hanya KAMI, anak2 umi yang mampu menyelami 'kesakitan' umi. Umi, kami sentiasa di belakang umi walau apapon yang berlaku. Umi lah pendengar setia, penasihat yang hebat malah penerima nasihat jugak. Kami tetap bersama umi tak kira susah dan senang. Kami sentiasa berdoa agar diberi kesempatan agar dapat meringankan beban umi kerana kami tahu kami tak mampu nak membalasnya. Ya Allah, berkatilah Umi kami ya Allah..
Mama,
For me Mama adalah ibu terbaik buat umi, dan kami juga. Terima kasih atas segala-galanya. Kerana menjaga umi kami dan menjadikan umi kami yang terbaik dalam hidup kami. Mama lah yang bersusah payah selama ini. Walaupon banyak onak dan duri sepanjang membesarkan umi dan kami.. kami tahu Mama memang tabah. WE LOVE YOU, Ma.
Mak,
Walaupon Mak hanya ibu mertua tapi for me, Mak tetap seperti Umi dan Mama. Selagi hayat dikandung badan, Mak akan tetap Mak kak long.
Selamat hari ibu buat mama syima ye.
ReplyDeletethanks kakchik. selamat hari ibu untuk kakchik gak.. mesti aiman bagi hadiah special..hehehe
ReplyDelete