Friday, April 27, 2012

Jacob's Ibuku Inspirasiku - Won La Gourmet Set worth RM500!

Selain dapat tiket ke Phuket harini, aku baru je pergi collect hadiah ni kat Kelana Square. Sebelah building office my husband je. Aku selalu je pergi makan kat kedai kopitiam kat bawah kat Kelana Square tu. Tapi baru harini aku sempat nak collect...

set La Gourmet worth RM500..


Rasanya ni contest yang ramai geng2 comper menang. Kak Suzi, Kak Ezna, Kak Ila, Kak Ayu, Kak Mira dan ramai lagi termasuk kawan2 fb. Kak Suzi menang tiga nama tu dapat 3 set La Gourmet. Paling hebat, kak mira la menang grand prize dapat kerusi urut Osim tu. Ada sorang lagi kawan blogger (selalu baca blog kak ayu zamzarina tapi tak pernah bertegur sapa..hihi) menang grand prize juga siap dah masuk paper Harian Metro. kak mira pun bakal masuk paper jugak la kan.. tahniah kak mira!!

Pemenang minggu ke-5. Can you spot my name?? hihi...


Aku pon teruja nak join sebab tengok winner first week tu ramai yang kenal (kenal di alam maya la). Kawan di alam nyata ni memang tak ramai yang minat join contest, ada beberapa orang je tu pon tak rapat sangat.hihi.. So, minggu tu keluar pergi Giant Kinrara, beli setin biskut Jacobs sebab nak terus collect 10 points. Padahal, sebelum tu dah beli biskut Jacobs ni tapi beli yang kecik je yang 4 points tu.. Masa tu tak tahu lagi pasal contest ni. Dah rugi, kalau terbeli yang 5 points ok jugak just beli another one topup lagi 5 points kan. Takpe la, takde rezeki..macam kak ila, sanggup beli 2 tin kan.. kan kak ila kan ;) tapi takpe berbaloi dapat ipad tu.. Anyway kak ila, thanks atas semua tips2 yang diberikan ;)


Dapat set La Gourmet ni pon dah rasa happy sangat2.. sebab tau kualiti periuk ni sangat bagus, harga pon cantik.. hehehehe.. Sebelum ni selalu guna set periuk ni kat rumah makcik. Memang suka sangat cuma berkira la jugak nak habis beratus2 just nak beli periuk yang sekali sekala je guna.. Kalau aku ni 'pemasak' tegar macam kak ina kl, mat gebu ke, macam nani my schoolmate ke.. ok la nak ada set2 mahal gini..


Apapon, alhamdulillah, kerana hobi, dapat juga aku memiliki set ni... hehehe.. Thanks Jacob's Ibuku Inspirasiku!! Bak kata kak suzi, setin biskut bertukar menjadi set periuk!


p/s: sapa2 nak join lagi contest ni masih ada masa lagi sampai 30 April 2012, isnin depan. Ada 8 weeks semua. Aku pemenang week 5. Semalam dia baru announce pemenang week 6. Just beli biskut jacob's dan collect 10 points dah boleh join. . Macam aku join thru fb je. Boleh juga pos borang penyertaan tu tapi for me, cara online lebih praktikal -- cepat, jimat dan confirm penyertaan kita sampai kat tangan organizer... kalau yang malas mengarang boleh send gambar shj/video shj.. atau combination of 2, or 3.. good luck!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails