Sunday, April 1, 2012

#TSDayOut to Kuala Selangor - Kelip-Kelip di Kampung Kuantan

Kalau ke Kuala Selangor, jangan lupa ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip tau :)


Destinasi terakhir kami pada hari tersebut, kami ke Kampung Kuantan untuk melihat sendiri salah satu tarikan utama Kuala Selangor, melihat kelip-kelip...



Ketibaan rombongan kami disambut oleh pihak MDKS dan pihak pengusaha tempat tarikan pelancong tersebut.



Ucapan oleh ahli parlimen Kuala Selangor, YB Tuan Dr. Hj Dzulkefly Ahmad.
Selepas ucapan beliau, diumumkan pemenang photo terbaik, dan surprisingly, me one of the winners. syukur alhamdulillah, won cash RM250. 



Bersama Dan Arif, Baizura, *me* (pendeknya! haha), Adam, Farah & sorry I forgot her name. Sapa tau, sila komen...


Group photo bersama YB, orang kuat MDKS, GM Tourism Selangor, orang Tourism Selangor dan semua peserta #TSDayOut to Kuala Selangor.


Lepas tu, kami diibawa untuk melihat kelip-kelip...



Hanya 4 orang dibenarkan menaiki satu sampan. Tapi jangan risau, tak salah aku ada lebih kurang 30 sampan yang disediakan dan setiap satu sampan akan membawa kita selama 20 minit untuk melihat kelip-kelip tersebut yang ada pada pokok Berembang di sepanjang sungai..



Memang cantik sangat view tu. Macam tengok lampu kelip-kelip musim raya tu. Nak ambik gambar pon, tak clear sebab kalau guna flash, takut tak nampak sebab cahaya terang sangat.. Kalau tak guna flash, memang tak jelas sebab kelip-kelip tu kecik sangat... So, kena pergi sendiri dan nikmati sendiri pengalaman tersebut. Tak salah aku, satu sampan RM40, termasuk jaket keselamatan dan insurans.

Credit to Eyriqazz.com

Pengalaman tengok kelip-kelip umpama macam pic kat atas tu.. Serius memang cantik...


Selepas tu, masa untuk pulang.. Penat tapi seronok sangat. Memang pengalaman yang sangat best!


Souniver yang dibawa pulang...


Terima kasih kepada Tourism Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor dan pihak-pihak yang terlibat atas penganjuran #TSDayOut to Kuala Selangor ini.


Untuk yang berminat untuk join next #TSDayOut bersama Tourism Selangor, bolehlah like page diorang di sini.


p/s: next trip is Kuala Langat ;)


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails