Saturday, November 27, 2010

Gieyana's Love Contest

Tarikh tutup contest: 6 Disember 2010


Assalamualaikum dan hai semua.


Mempersembahkan Gieyana's Love Contest
Jom sama sama ekpresikan cinta kita melalui photo kasih sayang masing masing. 




Cinta ini dibina dengan penuh kesabaran yang tinggi, 
kesetiaan yang tak berbelah bahagi, 
kepercayaan yang tak pernah berpenghujung dan...
tolak ansur yang berterusan.


****************************************************

Kenapa I pilih photo ni ialah sebab kami bukanlah couple yang romantik. Hari hari kami dipenuhi dengan usik mengusik, kadang kadang kutuk mengutuk (haha).


Can you see he buat muka mengejek (muka apa tu sayang oooiii) dan paksa I pakai spek sampai I tak tahan gelak sambil orang cepat cepat nak snap gambar kami (apa punya ayat tak paham ooiii)..


Mungkin kami tidak perfect tapi kami complete each other.


One sentence, "I love the way you are".

Feeling blessed today...

as me was entitled to be a winner of giveaway Support Saya dan Anda Berpeluang Memenangi Hadiah Cabutan Bertuah anjuran Nur Solehah.


I tolong support Solehah dalam Smashpop's Lenovo Giveaway yang dia sertai. Dan..untuk menang GA Smashpop tu kena minta support seberapa ramai kawan dan buat entry khas like me buat untuk Solehah ni.


Tahniah Sol, awak menang third place. Bukan senang tu nak menang.


So, for the GA yang Sol anjur tu, I one of the lucky winner. Dapat first prize lagi..


 A is my lucky alphabet :):)





Thanks dear.


P.S: Tak sabar nak tahu hadiah apa...


Wednesday, November 24, 2010

Salah Satu Adat Orang Kelantan Masa Kahwin

Sebelum kahwin, aku ada cerita kan pasal adat-adat sebelum berkahwin. Kira start kena risik, tunang dan kahwin. Macam aku sendiri, aku merasa semua tu cuma time dirisik aku tak ada sekali sebab terpaksa kerja tak boleh cuti so just parents masing-masing jumpa dan discuss apa yang patut. No ring, just kain pasang dan kuih muih. Simple but sweet.


Kalau korang masih ingat, dulu aku ada sentuh sikit pasal adat 'mengenal' - adat unik orang Kelantan. Aku rasa kat Kelantan je kot wujud adat ni even tak semua jajahan (daerah) kat Kelantan tu mengamalkan adat ni. Sekarang since aku dah selesai kahwin dah nak masuk 6 bulan pon, so aku nak share la sikit pasal pengalaman aku sendiri mengenai adat 'mengenal'.


Selepas selesai menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki, so semua ahli rombongan dijemput makan. Aku dan encik hubby terus diarak ke singgah sana kami :) Masa tu ada la sesi renjis merenjis dari kedua-dua pihak. Ada la kot 8 ke 10 orang merenjis kami sebab memang dah siap awal-awal siapa kena merenjis siapa tak untuk jimat masa.


Lepas selesai merenjis, bermula sesi 'mengenal' ni. Start dengan ibu pengantin perempuan tak salah aku ke sapa aku lupa. haha. Mula-mula kena letak duit dalam satu bekas...


gambar hiasan. cerdits to google.


Lepas letak duit, tak kisah la berapa tapi biasanya paling sikit pon RM10. Tu dari pemerhatian aku sendiri la (setakat yang sempat tengok la, sebab bekas tu depan kami)... diorang akan salam dengan kami. Kebanyakan yang datang 'mengenal' tu memang dari rombongan pihak lelaki. Tetamu lain tidak ye. Kalau nak tahu kenapa, kena baca entri lama ni


Cuba korang bayang, kalau rombongan lelaki tu datang 100 orang. dan setiap orang bagi RM10, berapa pengantin akan dapat berapa, RM1000 kan? Dan rombongan encik hubby hari tu, bawa berapa orang biarlah rahsia. hehe.. Dan tak semua bagi RM10 tau. Ada siap bagi RM50, malah ada bagi RM100. lebih dari tu ada kot tapi tak pasti sebab mana la sempat nak tengok. Berapa aku dapat biarlah rahsia (lagi) sebab duit tu kira macam hadiah la kepada kami. 


Ini memang pengalaman aku sendiri la sebab umi aku nak jugak buat sebab ini first kenduri sebelah aku. Nak bagi meriah cakap dan sebenarnya, secara tak langsung adat tersebut boleh mengeratkan silaturrahim. Cuma pendapat aku, jadi kureng best sebab kena bagi duit (walaupon sebenarnya sapa la tak nak duit termasuk aku). Kira macam kalau ko nak jumpa pengantin, ko kena bagi duit baru leh bersalam. Tapi.. nama lagi adat, so kena la follow. Dan kita semua tahu, orang dulu-dulu memang berpegang kuat pada adat dan diorang ada reason tertentu kenapa satu satu adat kena ada dan follow.


Adat ni tak termasuk untuk tetamu yang datang masa kenduri tau. Just between rombongan pengantin lelaki dan mempelai sahaja. Tapi masa kenduri tu, ramai juga bagi duit, hadiah pon dapat banyak. Nanti cerita lain la yang tu.


Sebelum aku akhiri cerita adat ni, mari melayan gambar gambar posing kami ngeh ngeh..









Ok nanti aku cerita lagi adat adat orang Kelantan yang lain pula ya. Share share la pula adat adat yang special dan unik tempat korang. Nak tahu jugakkkkk :)


A Picture Is Worth A Thousand Words


Memang gambar ni banyak words pon. haha

*** Photo taken during visit to Uluwatu, Bali.

Tuesday, November 23, 2010

Stop Child Abuse.



Masih ingatkah anda dengan kisah sedih di bawah...


credits to: Berita Semasa


Ini adalah salah satu kes yang sangat sadis dan menyedihkan. Meruntun jiwa kita membaca kisah ini hingga kadang-kadang kita terfikir, tergamak sungguh seorang lelaki dewasa (yang sepatutnya berperanan memberi perlindungan dan kasih sayang) melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini.


Kes penderaan kanak-kanak adalah antara isu paling hangat di dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini. Kalau kita baca paper, boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan baca kes-kes penderaan kanak-kanak, sama ada secara fizikal mahupun secara emosi. Penderaan kanak-kanak sudah menjadi sebahagian dari masalah dunia yang semakin membimbangkan.




    Sebagai seorang insan yang prihatin, kita haruslah sama-sama mencari jalan untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak ini.


    Pelbagai langkah dan tindakan boleh diambil oleh pelbagai pihak dalam mengatasi masalah ini antaranya:

    1. Penguatkuasaan undang-undang. Akta Perlindungan Kanak-Kanak bolehlah dikaji semula bersesuaian dengan keadaan semasa demi memberi perlindungan yang maksimum kepada mereka.
    2. Hukuman terhadap pendera kanak-kanak mestilah diperketatkan.
    3. Pendekatan dari segi agama. Kita semua percaya, setiap agama mengharamkan pengikutnya untuk melakukan keganasan, apatah lagi melakukan penderaan ke atas orang lain terutama kanak-kanak.
    4. Perlaksanaan kempen kesedaran oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan atau dikenali sebagai NGO.

    Dan yang terbaru....


    UNICEF, The United Nations Children's Fund - salah satu badan dunia yang menjaga kebajikan, menegakkan hak kanak-kanak sedunia telah melancarkan satu kempen, RAISE YOUR HAND, STOP CHILD ABUSE NOW!


    unicef


    Oleh itu, bersama-sama kita menyokong kempen UNICEF ini...


    Setiap orang boleh membantu mencegah penderaan kanak-kanak.


    GET ON BOARD TO STOP CHILD ABUSE!



    ***This entry is brought by me for nuffnang.

    Monday, November 22, 2010

    Can't Take My Eyes Off These...

    Estee Lauder - Coach Holiday 2010 Makeup Gift Sets.




    Only RM180 dengan pembelian sebanyak RM200 any Estee Lauder products. 


    Serius sangat mengugat 'iman' kan. Sangat suka Coach bag tuuuu... Kalau nak buat hantaran kahwin pon memang sesuai kan.


    Ini semua sale sempena cuti panjang akhir tahun 2010.


    Seperti semua orang tahu, tahun 2010 semakin menghampiri ke penghujung. Cepat gila kan masa berlalu. Masa kecik-kecik masa ni rasa macam merangkak je. Selalu pikir, bila nak besar ni nak masuk universiti nak keja best-best (haha).


    Sekarang, bila dah habis belajar, dah keja (dah ada pendapatan sendiri), dan dah kahwin pon, rasa macam cepatnya masa berjalan (macam berlari pon ya). Rasa macam semalam baru pergi Bangkok. (cerita pasal Bangkok tak banyak sebab masa pergi Bangkok ni aku tak ada blog pon lagi)


    Lagi buat aku rasa cepatnya masa ni berlalu (berlari ok), cam mimpi pon ya, usia perkahwinan kami hampir mencecah 6 bulan this coming December.


    P.S: Mana satu yang cantik. Hati nak beg coach yang merah tapi makeup set nak yang gold collection tu..

    Rezeki Raya Korban.

    Ada berita happy today.

    Tak pernah aku jadi orang bertuah, hari ini dapat 2 hadiah (bakal dapat)...

    Hadiah pertama dari Kak Kelly.

    Aku adalah pengomen bertuah dan telah entitled untuk dapat pink note book and also pink mini teddy bear as below.

    Thanks akak :) 


    Dan second happy news is me was chosen as a lucky winner for Contest Mom To Be (Kategory Lucky Draw) dan bakal dapat BodyShop stuff (either lip balm or lotion). Thank you for drawing my lucky number :)


    Tuesday, November 16, 2010

    The Best Moment of Makan Bersuap



    Due Date: 30 Nov 2010






    To Kak Eli dan suami,

    Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan.
    Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat :)

    Love, 
    Syima dan suami


    Contest The Best Moment of Wedding

    Due Date: 30 Nov 2010


    more pics here.

    Wednesday, November 10, 2010

    Red Ribbon Under the Sea Contest win Fuji Underwater Camera now!!!

    Happy Holiday semua..
    (haha.. tetibaaa)

    Jangan lupa untuk join RED RIBBON BOUTIQUE & BLOG CONTEST tau..
    The contest is open from 21st October - 22nd November 2010.
    Click pic atas untuk join.

    --------------------------------------------------------------------------------------------

    Aku rasa semua orang suka pergi bercuti @ holiday kan.... I believe once you people start hobi melancong or pergi holiday ni, korang mesti jadi addicted sangat-sangat just like meeeee :)


    Macam aku, kalau buat list nak ke mana-mana, pulau atau pantai menjadi pilihan utama. Aku memang suka gilaaa pantai sebab aku ni memang orang Tumpat sejati yang memang terkenal dengan Pantai Sri Tujuh nyeee or orang putihsss cakap Beach of Seven Lagoons (sila baca dengan slang orang putih..hahaha)..



    Ini one of the resort yang ada kat Pantai Sri Tujuh.
    pic credits: semuthutan


    *** 


    Boleh laa cari kerang or etak (famous food in Kelantan) kat pantai tu sambil guna  Fuji Underwater Camera... sambil-sambil dok menyelam cari etak boleh ambil gambar kan ada klassss...


    Pantai Sri Tujuh ni, memang aku selalu pergi tak payah plan pon boleh pergi. Sapa-sapa yang on the way ke Pengkalan Kubor (one of the famous amos duty free zone in Kelantan), boleh la singgah sekejap ambil angin kat Pantai Sri Tujoh ni. Nyaman sekaliiii...


    Sekarang nak cerita pengalaman bercuti di Malaysia TANPA Fuji Underwater Camera. Memang best sangattttt...


    Tetapiiiii......


    KALAU ADA Fuji Underwater Camera lagi besttttt...


    Sebab...


    1. Kalau pergi snorkeling, boleh ambil gambar macam ni...



    pic credits: cadlynn

    Nak peace jugak dalam air.. ngeh ngeh




    Tioman March 2008..

    Kami hanya mampu guna kamera handphone. Tu pon siap berkejar naik bottt, CEPAT-CEPAT AMEK GAMBA SEBELUM NAIKKK... haha

    ***



    Akhirnya boleh peace juga walaupon di permukaan air jee...

    Redang March 2009

    ***

    2. Boleh ambil gambar adik-adik main airrr.. (baik la pulak si kakak, padahal nak amek gambar sendiri main air hehehehe)


    Budak-budak kan suka air jadi kalau ada Fuji Underwater Camera, tidak risau kamera kena air, jatuh dalam air..





    Mungkin boleh main berebut kamera dalam air.. kalau la ada Fuji Underwater Camera ngeh ngeh


    ***


    3. Kalau daki gunung pon sesuai bawa Fuji Underwater Camera...


    Kerana... sepanjang daki gunung tu, cuaca agak unpredictable. Kalau ikut pengalaman aku la, especially masa daki Gunung Kinabalu, cuaca cerah boleh tiba-tiba jadi berangin. Tiba-tiba boleh cerah balik dan tiba-tiba boleh hujan renyai-renyai.


    Jadi, dengan adanya Fuji Underwater Camera ni kira selamat la sikit sebab tak payah cari protection lain sebab kamera tersebut memang kalis air.





    Kalau bawa Fuji Underwater Camera, letak dalam jaket tebal aku tu pon ok kannn.. Tak pon, sangkut ajoo kat leher tu senang ceritooo.. Angin ke, kabus ke, even hujan rintik-rintik ke, kamera waa tetap maintain di leher waa... hihi. best-best ;)


    ***


    Itu laa 3 (utama) sebab @ reason aku nak sangat Fuji Underwater Camera (siap mimpi-mimpi lagi).... Actually ada banyak lagi sebab musabab nya tapi kan aku senarai semua mau korang tak puah hati.. hahahaha


    Sebenarnya... masih tak perpuas hati dengan 3 alasan tu so nak cakap gak sebab apa nak sangat Fuji Underwater Camera tuu ;)


    I WANT THE FUJI UNDERWATER CAMERA SO BADLY BECAUSE......
    (Sesi berangan-verangan ni)


    Aku nak pergi bercuti lagi dengan my hubby ke pulau-pulau di Malaysia tahun depan (insya Allah)... Harap-harap dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baikkk..


    Memang kami merancang untuk cuti-cuti Malaysia dulu. Siap buat list lagi...


    1. Pulau Perhentian - batu karang dan laut dia memang cantikk.

    2. Pulau Kapas - Selalu baca blog pasal pulau ni dan view pon cantikk.

    3. Pulau Pangkor - Senang nak pergi dari KL ni.

    4. Pulau Sipadan - Ni memang idaman sepanjang zaman kot.

    5. Pulau Manukan dan Mamutik - Di samping pergi kedua-dua pulau ni (dua pulau ni bersebelahan je), nak shopping sakan di Kota Kinabalu (KK) dan pusing-pusing KK.

    6. Pulau Langkawi - target nak shoppingggg sakan sekali.

    7. Pulau Tioman - Dah pergi tapi berdua belum.

    8. Pulau Redang - Same as Pulau Tioman. Pernah pergi tapi berdua belum.


    Memang target kami, nak pergi semua pulau yang terkenal kat Malaysia ni dulu. Then, baru plan ke luar plak macam Krabi dan Phuket. Insya Allah :)






    pic credits:  Google

    Boleh peace dalam air dengan penyu ngeh..ngeh


    Semoga dengan adanya kamu, Fuji Underwater Camera... percutian kami kali ini akan lebih meletops dengan gambar-gambar yang super duper hotsss..


    Boleh la aku dengan my hubby berphoto sakan dengan Fuji Underwater Camera di tepi pantai, dalam air sambil bersnorkeling..malah masa mandi manda di bilik air kolam renang resort.. ngeh ngeh...







    Turtle Island






    *** This entry is brought by me for Red Ribbon Under the Sea Contest win Fuji Underwater Camera now!!!

    Tuesday, November 9, 2010

    eoe Online Blogger's Review Program - Ultimate Part II

    Remember my review on this?




    Sehari selepas me hantar review tu, pihak eoe Online telah email me yang my review terpilih :)


    So me telah dientitled dapat 50 pcs x 4R dan 2pcs x 8R photo FREEEEE!!!


    Tunggu dalam 3 working days dah boleh dapat. Memang cepat..


    So hasilnya... Tadaaaa....






    2 keping gambar size 8R tu kurang cantik skit sebab aku bagi lower resolution. Ni salah aku sendiri bukan salah diorang...


    Kualiti gambar memang sangat sangat cantik.


    Yang penting, setiap size gambar kena ikut diorang punya resolution tau tau like this :-




    So, kalau kita bagi lower resolution, jangan marah laa kalo gambar jadi tak cantikkk ya ;)


    Untuk size gambar 4R dan 5R sekarang memang diorang ada promosi sebab tu harga cam pelik kat atas (read: 4R dan 5R only)... Sekarang memang ada promosi sedang berlangsung until further noticeee .. Grab cepat ok...




    Tidak lupa, FREE DELIVERY untuk tempahan yang bernilai RM35.00 dan ke atas..


    Jadi tunggu apa lagi, jom print gambar secara online di eoe Online. MUDAH, CEPAT DAN JIMAT.


    P.S: Terima kasih banyak banyak eoe Online!!!


    *** Pesanan penaja ini dibawakan khas untuk eoe Online - Kedai Gambar Online Anda.
    Related Posts with Thumbnails