Sunday, August 29, 2010

Hidup Bagaikan Putaran Roda

Bila aku baca kisah pelakon M.Rajoli terlintas kat fikiran aku yang hidup ni tak selalunya indah. Bak kata orang, hidup ni bagaikan putaran roda, sekejap-sekejap boleh ke atas, sekejap-sekejap boleh ke bawah.


Sedih sangat bila baca kisah dia dari Utusan Online. Masih teringat-ingat aku aksi dia dan second wife dia, Hajjah Wan Chik Daud dalam iklan naik motor besar tu. Tak salah aku iklan Lasidah Cafe. Jangan tak tahu, motor Harley dalam iklan tu, milik M.Rajoli sendiri tau.

Inilah motor yang dicakap-cakapkan tu. Siap ada nama dia lagi. 
Dah jual rasanya dan dengar-dengar owner baru pon dah jual balik.

Sebelum terlambat, demi masa, ingatlah lima perkara sebelum lima perkara iaitu:
  1. Sihat sebelum sakit
  2. Muda sebelum tua
  3. Kaya sebelum miskin
  4. Lapang sebelum sempit
  5. Hidup sebelum mati.

P.S: Dah baik ke Hajjah Wan Chik dengan madunya? Dulu ada krisis sampai Wan Chik merajuk tak melawat M.Rajoli tengah sakit.

2 comments:

  1. Kena selalu beringat..bersedia sebarang kemungkinan, kita tak tau masa depan macam mana :)

    ReplyDelete
  2. ye kesian but bahagian hidup dia macam tu kita belum tentu lagi takut lagi teruk :( nauzubillah biarla sakit sekejab dari sakit lelama

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails