Saturday, August 7, 2010

Cerita Semalam

Minggu lepas memang agak busy. Ahad lepas, MIL, FIL dan jugak adik-adik ipar datang. My FIL ada kursus di Bangi, and yang lain-lain datang melawat kami :) Lagipon kursus tak lama, 2 hari je. Hari Rabu dorang balik macam sunyi la pulak. Kalau tak, meriah je sebab dua orang adik encik suami yang kecil ada, sorang 8 tahun dan sorang lagi 6 tahun. Biasa la budak-budak, they are always good entertainer of our life. Mulut macam bertih jagung sampai penat aku nak jawab. Haha. Bodek no. 1. Adik-adik aku semua dah besar panjang. Yang bongsu pon dah form 3. So, kira aku dah lama tak de adik yang kecik-kecik ni. Lepas kahwin, terus dapat 5 lagi adik expess sebab encik suami aku ni anak sulong like me :) Tanggung jawab besau kan, kan..

Hari Selasa, sempat lagi pergi jumpa ex-housemate, Pie. Kami merancang bisnes kecil-kecilan sempena Ramadhan yang tinggal 3 hari lagi nak kunjung tiba ni. Bisnes apa, nanti aku update later la. Aku buat entri khas okay untuk bisnes kami ni. Kawan aku ni memang suka buat bisnes. So, aku tumpang sekaki la. Jangan tak tahu, Pie ni freelance make up artist. Cantik dia make up.

Ni salah satu hasil kerja Pie. Biasanya memang dia make-up kan aje. Kalau nak suh siapkan full body charge lain okay :) Akak kat atas ni request buat semua, make-up, pakaikan tudung..belit-belit semua la. Baju dan aksesori di atas sewa dengan mak andam, cantik kan?

Okay, sambung cerita balik. Hari Khamis, pakcik dan makcik encik suami datang. Dorang sebenarnya nak pergi Sabah. So, singgah sekejap sementara tunggu flight malam nanti. Dari Kelantan dorang datang naik bas ramai-ramai, geng Felda Kemahang yang nak pergi berjalan-jalan ke Sabah. Hehe.. Aku jugak dok terliur-liur nak ikut. Best tau Sabah. Aku pernah pergi 2 kali. First time masa nak daki Gunung Kinabalu dan second time masa pergi buat installation sistem untuk RHB, tahun lepas. Lepas ni nak pergi lagi.. Banyak tau tempat-tempat menarik kat Sabah. Yang paling aku teringin, nak pergi Pulau Sipadan, Pulau Manukan, Pulau Mamutik.. kira semua pulau la kat Sabah tu aku nak pergi. Oh ya, dorang bawa banyak sangat buah. Buah manggis ada, rambutan ada dan my feberet fruit, buah dokong. Dokong ni macam buah langsat tapi 2 kali ganda manis.


Lepas hantar Ayah Dir dan Ma (pakcik dan makcik encik suami lerrr) di LCCT, kami terus gerak ke Concorde Hotel, Shah Alam. Lupa nak bagitahu, 5 Ogos adalah hari lahir Abe Er yang ke-? Hahaha. Dah tua Abe Er ni, kalau letak lilin, mau penuh sebiji kek 1 kg tu ;p We had a common-common (biasa-biasa aje) dinner. Haha. Apa punya translation laaa.. Actually, buffet dinner di Melting Pot Cafe. Aku tak tahu berapa sekepala sebab Ayah Chik yang bayarkan. Ayah Chik ni pakcik encik suami gak. Yeesss, minggu ni memang minggu untuk family sebelah encik suami ye. Makanan kat situ so-so je. Dari variety of food, memang 2 bintang je. Aku nak bagi 1 bintang je tapi macam kejam je. Haha. Tapi as usual, aku kenyang je. Sempat bangun 4-5 kali nak ambil makanan. Cuba korang bayangkan kalau makanan kat situ banyak dan sedap, entah berapa kali lagi aku bangun ambik. Hahaha.

Sambil-sambil makan, kami sempat request lagu Birthday untuk Abe Er. Abe Er ni malu-malu pulak. Ceh, kalau mengusik orang bukan main lagi ye. Lepas lagu birthday macam-macam lagu la lagi kami request, semua lagu Indonesia yang glamer zaman-zaman dulu kala. Haha. Antaranya, lagu Kasih, Kopi Dangdut, Yang (ni lagu Wali Band).. ada 2-3 lagu lagi la yang dorang nyanyi. Syok gak la dok layan dorang sebab suara macho gilerr. Nasib baik live band dia best. Nanti aku upload video dorang dok nyanyi.

Jumaat, tak ada aktiviti khusus. Petang balik rumah, mandi n bersiap-siap nak keluar lagi. Kak Syila ajak berbuka puasa di Williams. Kak Syila dan Abe Er gerak dulu. Aku dan encik suami follow kemudian. Epi, kawan baik Abe Er pon ada sekali join sekaki. Rupanya, hari ni birthday Epi ni. so, korang sebaya dah la ye. Sorang 5 Ogos, sorang lagi 6 Ogos. Memang cun je mak masing-masing lahirkan korang. Hahaha. Macam berpakat. 

Sekian sahaja update minggu lepas. Hari ini, tengah pikir nak pergi Sogo ke tak. Haha. Lya ajak pergi makan-makan rumah dia. Kak Ha pon ajak keluar this weekend. Abe Naja, sepupu kesayangan aku pon suh pergi makan-makan rumah dia kat Ampang. Wah, memang fully booked. Ahaks ~ ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails