Sunday, May 22, 2011

Kenangan Percutian: Jakarta & Bandung Julai 2009

p/s: ini entry untuk kenangan percutian. cerita dah basi. kalau nak baca, silakan. tak nak, tak paksa ;p


Trip ke Jakarta ni sebenarnya dirancang lebih awal, if i'm not mistaken, akhir Nov 2008 sebab masa tu free seat Air Asia. we managed to get 3 free seats for me, eena and emma just ONLY RM70 return ticket each. gila murah. masa tu, aku kalut nga eena dok berGTalk bagai nak deal nak pergi bila dan berapa lama. Thanks to emma for all the accomodations especially rumah. disebabkan kakak emma, kak ejah kahwin dengan Indonesian dan ada rumah kat Jakarta, kami tak payah susah2 pikir nak stay kat mana. save budget. hehe.


But, dekat2 nak pergi (dah lupa bila), mak dan ayah emma nak ikut. so, jadi semua 5 orang. sebab secara tak langsung trip ni jadi trip emma nak shopping kahwin. Dan masa mula2 beli tiket memang nak pusing Jakarta je. tapi since emma dan her parents memang busy dengan shopping barang kahwin sampai kami (me and eena) pening tengok lace, emma suggest to us untuk pergi Bandung. aku dan eena macam ye ker... boleh ke kami dua orang pergi Bandung. lagipon, 2 hours from Jakarta. emma cakap rugi tak pergi.



waiting for taxi. ayah emma tengah aim taxi yang best untuk kami. masa ni nak pergi majestik.



can you spot "DI JUAL HE WAN QURBAN?" hahahaha.




es podeng. sedappppp
paling bawah - jeli (ye kee), atas sikit kaler hijau, avocado - sedappppp, atas avocado, ais krim campur coklat bagai - yummy..



having our lunch or dinner. tak dapat recall. ni dekat plaza indonesia. kat indo, korang tak boleh suka2 nak makan kat tepi jalan. make sure kedai tu kedai yg proper.. maksud aku, kedai yang terbukti bersih dan halal. kalau tak, encik toilet akan jadi best friend.

 gedik2 session



hari ke 2. target nak terjah mangga 2 dan tanah abang. first time aku try naik bus ala-ala LRT kat Malaysia tu. tak best ;) tapi seronok. pengalaman berharga tu. sepanjang journey tu, memang nampak ramai gila homeless. kesian gila especially kids. 






mie kolok + soda gembira. memang gembira lepas minum air ni sebab dahaga sangatttt ;p




breakfast aku sepanjang 2 hari kat bandung. bubur ayam. sedap sebab aku demam. korang bayangkan, sepanjang kat Bandung aku demam. makan pon tak lalu. Yang berselera hanya SHOPPING. kopak duit aku. semua benda aku nak beli kat Pasar Baru tu. kat outlet2 aku beli t-shirt, cardigan, blouse, 2 kasut, jeans,, kain pasang ya ampun banyaknyaa.. ni tak termasuk ole2 untuk adik beradik, ibu bapa dan kawan-kawan.. hahahaha..


 

Rumah Mode. 



Paris Van Java 


aku shopping bra La Senza dgn t-shirt Polo kat sini. sale beb. masa pegi Paris van Java ni pagi, so, eena ajak pergi malam pula sebab orang cakap Paris ni cantik waktu malam sebab banyak lampu.. hehe.. tapi disebab ahkak ni demam, maka tidak larat den nak pergi lagi.. sorry eena. sebab aku demam, ko terlibat sama tak leh pergi paris van java malam.


Oh ya, lupa nak habaq, aku dan eena pergi Bandung ni naik van. van ni kira ganti bas la. memang selesa. hanya 5 penumpang je eh ke 7 sebab sorang akan dok depan sekali dengan driver. selebihnya dok belakang. tapi selesa. seat dia macam seat bas. harga tiket memang murah tak salah aku, Rp 70,000. memang berbaloi. siap ada bantal lagi. nama van service tu, cititrans. aku simpan lagi kot no phone diorang..nak keee? hehehe.. atau korang klik cititrans tu terus link ke website dorang.



ni la van tu. yang kami naik ni yang kat cawangan Fatmawati. dia ada banyak cawangan.



apapon, aku mmg suggest kat korang kalau ke jakarta, pergi la bandung sekali or vice versa sebab bandung dgn jakarta jarak dia hanya 2 hours perjalanan. sepanjang perjalanan, view memang cantik. tapi tak ambil la pulak gambar sebab kamera dengan eena. eena asyik tido je.. hahaha.




 ni brg2 shopping yang belum dipack dlm bag masing-masing. eena saje interframe. 




bukti ke-sukses-an kami shopping di bandung. dekat jakarta aku dan eena tak beli apapon cuma banyak berhabis utk makan. sila tengok paperbag kartika sari itu, itu semua my brownies. hahaha. yang sakan shopping di jakarta hanya emma.



Insya Allah, kalau dimurahkan rezeki nak ajak my hubby pergi pula ke Bandung. lepas tu, nak ajak eena dan emma pergi ke tempat lain pulak. thanks emma, parents emma, kak ijah, niko, parents niko, saudara mara niko atas semua accomodation masa kat sana. eena, thanks kat ko sebab jaga aku masa kat bandung. 


Saturday, May 21, 2011

Fatty Crab. Sedap Sampai Licinnnn ;)





tempat ni pernah masuk jalan-jalan cari makan. masa pergi last week jumpa elyana dan hubby (elyana dah gemuk mungkin sebab pregnant tapi still cantik) dan jumpa eizlan yusof dan wife. 

Hair Spa + Cut + Wash + Blow @ Chezz Technique

Aku dah lupa bila aku beli deal ni dari milkadeal. aku beli pon sebab memang nak potong rambut bagi pendek. kali terakhir aku potong pendek (tapi takde la pendek sangat, paras bahu jeee) ialah tahun lepas bulan 5 kot, before kahwin. aku nak potong sangat sebab dah serabut rambut dah panjang lepas tu aku plak jenis yang memang basuhkan rambut every day, syampu pon everyday. kalau tak basuhkan rambut memang aku boleh sakit kepala.


ok berbalik kepada cerita asal, harga deal ni RM33.90. disebabkan aku nak diskaun lagi, aku guna facebook laki aku untuk dapat RM5 voucher.. hehehe. so, aku dapat RM28.90. memang kalau kita login milkadeal guna fb account, kita akan dapat credit RM5 dan boleh digunakan untuk beli sebarang deal yang dorang offer. best kan. yang aku punya, aku dah guna masa beli package spa Eve De Beaute. yang spa package ni lagi best. aku beli RM21 instead of RM36 yang milkadeal offer sebab aku dapat rebate lagi RM10 sebab refer friend. hehehe. tapi tak pergi lagi yang ni. insya Allah next week or next month ;)


mula2 aku call dulu salon rambut tu sebab nak buat appointment, mana tau ramai orang. so, aku set masa 3.30 pm. aku bajet paling lama pon sejam setengah dah siap so tak payah la aku menempuh jem nak balik. tapi aku pulak sampai lambat dalam 3.45 kot baru sampai amcorp mall. lupa nak bagitau aku pilih chezz technique cawangan amcorp mall sebab aku suka jalan2 kat situ. so, sambil menyelam sambil minum air la ;p bila dah sampai tu, dia check dulu betul ke kita beli voucher tu, aku dah print awal2 voucher tu. first impression aku sampai sana, kedai ok ala macam salon2 rambut yang lain tapi kedai ni tak ada special space untuk yang kita yang bertudung ni. so, aku request nak duduk kat kerusi paling belakang dan tersorok sikit.


hair spa ni dimulakan dengan wash my hair, syampu semua. then baru potong rambut. selepas potong rambut, baru rawatan ala2 stim rambut, yang ni kira yang hair spa tu la. dalam 10 minit. sebelum masuk dalam mesin stim tu, dia letak mask kot, lupa nak tanya... hahahahaha.. aku syok layan mata, mengantuk..hehehe. lepas stim bagai, dia basuh sekali lagi rambut dan last sekali blow. hasil dia memang puas hati. aku perasan siap letak tagline - "Our Excellence Service = Customer Satisfication".


bila dah siap tu, dorang cakap terima kasih, datang lagi dan bye2. takde pon extra charge or tiba2 kena duduk nak ambil package lain ke. so, memang jelaslah takde agenda tersembunyi. cuma masa aku basuh rambut yang first time dia ada tanya, nak scrub tak? kalau nak scrub tambah RM30. so, memandang rambut aku takla panjang gila, aku cakap tak nak. dia cakap ok, tak de paksa ke apa. So, aku rekemen la kat korang kalau nak pergi sebab tak tipu punya or jenis yang paksa2.



;p



Secara ringkas, ini rumusan dan suggestion aku:


1. Kalau boleh buat special space untuk orang bertudung macam kami, so rasa selesa sikit.

2. Staff kat situ, memang peramah dan baik. mostly chinese tapi talkative. aku banyak diam sebab mengantuk, penat. hahaha. cuma sekali sekala ada tanya dia dan dia pon tanya aku dan bagi suggestion macam nak blow rambut. oh lupa nak habaq, aku potong bob. ok la nice sebab sebelum ni aku pernah potong bob. bob ni yang songeh sikit bagi yang bertudung sebab akan jadi 'rambut terkeluar'. korang paham ke rambut terkeluar? hehehe.. ok, aku lukis. hahaha.. rajin plak aku hari ni.. heheehe.. tapi masa aku potong bob dulu, aku siap rebonding. so, rambut memang cantik terletak je... hahahaha.. ops, terpuji diri sendiri. lagipon, memang rambut aku jenis lurus senang nak manage.



rambut akan 'terkeluar' macam gambar atas kalau kita asik ikat rambut. dan akan cepat rosak pon ;) dah melalut cerita pasal rambut plak.. hehehe

3. buat appointment awal sebab takut ramai customer, at least sehari sebelum nak pergi. aku buat appointment sejam sebelum pergi. hahahaha.. nasib baik dia terima. tapi masa pergi tu memang ramai orang. boleh kata penuh. staff dia ramai tapi sebab ramai customer macam tak cukup kaki dan tangan dah. ade la beberapa minit aku kena tunggu. kalau buat awal, so dorang senang nak arrange kan. 

4. ops, lupa. masa sampai dan duduk sebelum nak wash rambut tu, dia bagi teh dan magazine. so nice ;) aku minum sikit je teh tu sebab tak sedap pahit jenis yang teh kurus tu. opsss. hehe.. kantoi plak..hahaha


sekian sahaja laporan saya untuk chezz technique saloon. kalau korang nak pergi dan nak try package diorang, ni ada sedikit info. tapi lupa nak snap pic kat depan kedai memang ada package dan special offer dengan harga segala bagai. korang boleh call dan tanya diorang.


1) Chezz Technique Jalan Gasing No. 64, Jalan 5/8, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor 
Tel: +603 7960 2676

2) Chezz Technique Amcorp Mall 1-166, 1st Floor Amcorp Mall, No. 18, Jalan Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor. 
Tel: +603 7958 6844

3) Chezz Technique SEA Park No.18, Jalan 21/19, S.E.A. Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor 
Tel: +603 7875 6844

4) Chezz Technique Puchong F-1-16, IOI Bouleyard,Jalan Kenari 5,Bandar Puchong Jaya,47170 Puchong, Selangor Tel: +603 8070 6906

Opening Hours: Tuesday - Friday (10.00am - 7.30pm), Saturday - Sunday (9.30am - 7.00 pm)



Dorang bukan setakat service bab2 rambut je, ada photography bridal - tapi aku tak pasti untuk chinese sahaja ke apa, dan siap ada academy sendiri.


sekian, terima kasih.

Wednesday, May 18, 2011

Menang Mother's Day Special Contest Dari Nini Collection

Alhamdulillah, pagi semalam check email :

"TAHNIAH SYIMA! AWK MERUPAKAN PEMENANG UTAMA."








First prize :)




Mama adalah nenek dan juga ibu yang terbaik yang pernah saya ada.
Thanks mama for everything.


Thanks to cik penganjur, Aini. Jemputlah singgah blogshop Aini. macam-macam ada ;)




Attention to the lucky winners... ;)

Assalamualaikum dan haiiii semua :)


Setelah seminggu menunggu address my lucky winners ;p akhirnya tiba saat mengepos hadiah korang semuaaaa ;) tapi ada seorang lagi yang belum send details iaitu pemenang pertama, Nadiah. niat asal ingat nak kumpul semua ketujuh-tujuh winners bagi address details bagai, tapi dah seminggu ni, adik kita sorang tu tak respons pon ;( tak nak hadiah ke dikkk hehehehe ;p so, untuk tidak menghampakan pemenang2 lain yang dengan cepat dan pantas telah send details masing2, insya Allah esok saya pos semua hadiah anda. harap bersedia di tepi peti pos masing2 hihihi ;p saya guna sampul pos ekspress je. kalau dah terima harap inform ya kat email ke, or kat sini.



bukti semua hadiah dah berada dalam sampul masing2 kecuali nadiah. cepat tau send address awak, nanti akak pos kan. sila abaikan barang2 yang bersepah tu. hehehe.

Saturday, May 14, 2011

RM290 PER PERSON FOR A 3D 2N HOLIDAY PACKAGE: SUPERIOR ROOM (TWIN SHARING) + 2 BREAKFASTS + JUNGLE TREKKING & CANOPY WALK + RIVER RAPIDS SHOOTING + TOUR GUIDE AT RAINFOREST RESORT, TAMAN NEGARA. MIN 2 PAX.

Sapa interested, boleh klik sini.








Thursday, May 12, 2011

Pemenang-Pemenang Bertuah 1st Giveaway By Syima Emi adalah...

Assalamualaikum semua :)


Mesti korang semua tak sabar kan nak tahu result my giveaway kan.. hehehe.. Aku sendiri pon tak sabarrrr nak tahu sapa yang bertuah tu ;p


Sebelum aku announce sapa yang menang, firstly aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat semua peserta sebab sudi join giveaway pertama ni. walaupon hadiah dia tak gempak dapat iPad sebijik ke, blackberry seketul ke, tapi masih ramai yang sudi join. thanks oulsss.. 82 orang tu kira dah ramai for me yang first time buat giveaway ni..


Aku nak bagitahu sikit cara aku pilih pemenang ni. semalam aku dah bagitau yang aku guna list randomizer kan. masa aku pilih pemenang tu, lepas aku dah dapat seorang pemenang, aku buang link dia dari list untuk pilih pemenang seterusnya. kalau korang perasan, list randomizer akan bagitau jumlah semua list yang korang ada. so, korang perasan list peserta akan makin kurang untuk pemenang seterusnya.. korang paham ke maksud aku ni? hahaha... sori kalau cara aku explain buat korang lagi pening.. dalam erti kata lain, bila aku dah pilih pemenang pertama, untuk pilih pemenang kedua, aku buang dulu link peserta yang menang tadi baru aku randomize lagi.


ok, malas nak explain dah sebab dah tak reti nak explain.. hahahaha.. jom tengok sapa yang bertuah tu ;)



PEMENANG PERTAMA




PEMENANG KE-2




PEMENANG KE-3




PEMENANG KE-4




PEMENANG KE-5




PEMENANG KE-6



PEMENANG KE-7




Untuk pemenang pertama, kedua dan ketiga akan menang syria lycra, pemenang keempat dan kelima akan menang syria cotton dan 2 pemenang lagi akan menang shawl satu sorang. 


Tahniah kepada yang bertuah... dan kepada yang tidak menang kali ni, jangan sedih, jangan kecik hati. insya Allah akan menyusul giveaway lagi lepas ni. doa2 kan la ye aku murah rezeki. 


Dan kepada pemenang yang bertuah tuuuu ;) sila email nama, alamat dan no telefon untuk proses mengepos hadiah masing2 ya kepada w.syima [at] gmail [dot] com... lagi cepat korang bagi, lagi cepat la cheq pi posss naa. aku kumpul ketujuh2 pemenang bagi details semua baru pos eh.. 


Terima kasih semuaaa ;)


p/s: rasa best dapat bagi something kat orang lain. rasa bahagia bila dapat buat orang lain happy. alhamdulillah, syukur ya Allah atas segala nikmat dan kurniaan Mu... i'm blessed.


Wednesday, May 11, 2011

Diserang Malware!!! Cara Nak Buang Malware tu....

Aku rasa ramai jugak yang pernah diserang malware. selama ni aku tak pernah kena, hanya tengok kawan2 lain yang kena je. tup2 hari ni, blog aku dah terkena. mula2 aku nak buka blog kawan aku, tup2 keluar page merah cakap ada malware kat blog tu, so aku terus close, tak proceed. biasanya memang aku terus pangkah je la kalau blog yang aku buka tu ada malware. tapi tadi, lepas aku close blog kawan aku tu, aku try refresh blog aku, sekali keluar mende alah ni... huwaaa..




aku ala2 gelabah cipan plak. sebab sebelum2 ni pernah aku baca kat mana ntah cara nak atasi masalah ni tapi memandangkan aku tak pernah kena, aku tak ambil port le. tapi tadi bila dah kena, gelabah aku google bagai nak cari solution. 


dan aku dah jumpa beberapa link yang share cara diorang solve problem ni. 








Untuk solve problem aku, aku guna method remove link blog kawan aku tu dari list blog aku. kalau korang ada follow gak, better unfollow juga. dan kalau boleh korang bagitau la kawan korang tu yang blog dia dah terkena malware. so, boleh la dia cari asal usul malware dan remove juga. lepas dia dah settle problem dia, baru korang boleh add link dia dan follow balik. 


oh ya, aku guna Google Chrome bila detect problem ni. tak pasti pulak kalau pakai internet explorer or firefox, korang boleh detect malware ni.. ok, problem settled.





Menang Topup Dari Nabila Medan

Sejak aku aktif join contest dan giveaway di dunia blog ni -- siap ada blog khas lagi, rezeki memang murah. Alhamdulillah..


Hari ni dapat tahu menang 1st Giveaway From NabilaMedan. Dapat topup RM3. tapi aku tak pakai prepaid so bagi kat adik aku.thanks ya nabila.





Klik sini untuk full result ya.

Nak Update Skit Pasal Result My Giveaway tuuuu..

Seperti yang dijanjikan dalam syarat2 my giveaway, aku akan gunakan random.org untuk memilih peserta yang bertuah. tapi aku tak nak guna yang number generator tu. aku nak guna yang list randomizer tu. yang ni aku perasan bila aku pernah join contest di Malaysia Asia. dan semalam aku tengok mama zharfan pon pakai method yang sama untuk cari pemenang purse clark tu ;p so kak suzi, tak tiru2 ye ..hahahaha ;)



ni yang number generator. just letak no berapa ke no berapa pastu tekan generate.



aku nak guna yang list randomizer macam kat atas ni la. nanti aku list semua link korang kat dalam kotak mcm kat atas tu dan randomize.



Actually, benda ni sama je.. hehehe.. tapi method ni better sebab kita kena list satu2 sama ada number, nama, email ke.. kira kalau yang konvensional punya method, korang tulis satu2 nama or link tu pastu cabut satu2 kan. so, yang ni lebih praktikal sebab tak payah bazirkan kertas..hehehe..


kat web dia pon ada cakap...


List Randomizer allows you to arrange the items of a list in random order. The randomness comes from atmospheric noise, which for many purposes is better than the pseudo-random number algorithms typically used in computer programs.


Ok, to semua peserta, sabar dehhhhhh.. :)



FM Paris from MZ a.k.a Mama Zharfan

Memang pantas dan cekap kak suzi aka mama zharfan ni kan. baru kelmarin menang, semalam dah terima hadiah akak dengan selamatnya. memang penganjur yang efisien, consistent, pantas, betul, cekap dan amanah ;) i likeeee. thanks ya kak suzi. memang sejak bekerja dan kalau pergi berjalan2 ke mana-mana memang fridge magnet perkara wajib dibeli.



pic tak clear sgt sebab amek guna hp. dah selamat berada di fridge pon :) 
kira aku ni bertuah gak la sebab dapat juga ole2 dari mz. Thankssss akak.



Tuesday, May 10, 2011

Giveaway Dah Tamat!

Akhirnya, giveaway pertama anjuran aku dah tamat semalam. Syukurrr sangat2, boleh dikatakan cubaan pertama aku ni nak buat giveaway, berjaya. Kira ok la untuk blog aku yang kecik -biasa2 je ni kan. Tak leh nak lawan blog Mama Zharfan, Kak Nana, Kak Ayu, Kak Eli, Eyriqazz.. diorang memang dah ada follower setia..


ok, tanpa melengahkan masa, jom kita tengok senarai peserta 1st Giveaway By Syima Emi ni.

  1. http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  2. http://ajumohit.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  3. http://nanamrul-contest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html *
  4. http://hanfarhana.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html *
  5. http://ceriterakami.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  6. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  7. http://zaiikulim.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  8. http://ady-shariz.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  9. http://haycontest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  10. http://zahirahzahrin.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  11. http://stayinheart.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  12. http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/04/jom-join-1st-giveaway-by-syima-emi.html
  13. http://luvnabilndamia.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  14. http://sakuraryani.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  15. http://ayindabesh.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  16. http://deqwa2u.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  17. http://chocolatexoxos.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html *
  18. http://diariummi-contest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  19. http://sukahati-fieda.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  20. http://nozacik.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html *
  21. http://lavendalady.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  22. http://mairasukacgl.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  23. http://efipurpleshine90.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  24. http://nurnuha-syakila.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  25. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  26. http://mycontestzone.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  27. http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  28. http://join-giveaway.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  29. http://mamaaerishtwo.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  30. http://mama-hanaisa.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  31. http://liniinpurple.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  32. http://pelangichenta-fieda.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  33. http://preciousmomentslovecontest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  34. http://mrsfizacontest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  35. http://kesayanganmukerinduanku.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  36. http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html *
  37. http://ieyza83.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  38. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  39. http://eyeme-preciousmoments.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  40. http://arolgiveaway.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  41. http://lynnlinda.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  42. http://rosrusli-contest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  43. http://nettskerepek.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  44. http://deqlis-contest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  45. http://alycia-dan-contest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  46. http://akukeranikedaimotor.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-shima-emi.html
  47. http://crazyabtcontests.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  48. http://sayangkuzie.blogspot.com/2011/04/jom-join-1st-giveaway-by-syima-emi.html
  49. http://mamaqiscontest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  50. http://miniloveshoppe.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  51. http://kasihfarhana.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html * tak de FB
  52. http://bluepinkbaby.blogspot.com/2011/04/jom-join-1st-giveaway-by-syima-emi.html
  53. http://seindahfarhana.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  54. http://fasyafrina.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  55. http://syu90contest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  56. http://loveblogcontest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  57. http://sahbanu-mulaan.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  58. http://makankekcoklat.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  59. http://sarah-rinduselalu.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  60. http://dyahahaslittlecottage.blogspot.com/2011/04/jom-join-1st-giveaway-by-syima-emi.html
  61. http://norliza989.blogspot.com/2011/04/jom-join-1st-giveaway-by-syima-emi.html *
  62. http://neaflerida.blogspot.com/2011/04/jom-join-1st-giveaway-by-syima-emi.html
  63. http://lovecontestverymuch.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  64. http://ismiatiq.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  65. http://fareesza.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  66. http://usharapa.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  67. http://tiefazatie.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  68. http://izancute.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  69. http://taufidris.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  70. http://fatinlovecontest.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  71. http://ogy2112.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  72. http://qard91.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  73. http://fa10-sekadarmencuba.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  74. http://puansuaizal.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.htm
  75. http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  76. http://lovelymisseyka.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  77. http://bewithme4evaneva.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  78. http://www.zuhairifirdaus.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  79. http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  80. http://blogjuniza.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  81. http://sofiah-andaikutahu.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html
  82. http://kacnup.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-syima-emi.html

Ada seorang peserta iaitu farhana (no 51) yang nak join GA ni tapi takde FB. so, aku still terima dengan syarat farhana guna Fb sapa2 tak kisah la kawan ke, adik beradik ke untuk like page Cebe tu ya.


Dan kalau boleh, korang promote la page Cebe ni kat kawan-kawan or sapa-sapa bagi ramai2 like page tu. insya Allah kalau mencecah 600 or lebih yang like page tu sebelum akhir bulan Mei ni or awal bulan Jun, aku buat special giveaway lagi untuk semua reader blog ni. masa tu insya Allah, hadiah lebih grand sebab target org yang like page Cebe pon dah tercapai. 


Oh ya, sila la check link masing2 ya kot2 ada yang tercicir or kalau ada sapa2 yang masih belum like page Cebe tu, sila la berbuat demikian. Aku dah check dah satu2 dan dah inform kat kotak komen masing2. insya Allah, 2-3 hari lagi aku umumkan pemenang. Stay tuned guys...



Monday, May 9, 2011

Another Winning. Thanks Kak Suzi aka Mama Zharfan.

Ni aku print screen dari entry Mama Zharfan.



nak baca lagiii? sila lah ke blog Mama Zharfan.. hihihi



Giveaway ni comment-based. So kira lucky la juga sebab berjaya menarik perhatian Mama Zharfan untuk pilih my comment as second winner. ada 52 komen semua, dan dalam ramai2 tu aku yang bertuahhh..what?? hehehe.. Thanks Mama Zharfan. Thanks Kak Suzi ;)


Hadiah dia fridge magnet. my feberet :) thank you.


Full result here --->> http://www.suzie284.com/2011/05/winners-result-mz-fm-ga.html

Gambar Shera Ayob & Zahiril Adzim Bertunang.

Ari tu tengok pics ayu raudhah dengan zaquan adha, ya Allah cantiknyaaaa. tapi bila tengok baju dan pelamin tunang shera ayob dengan zahiril, subhana Allah.. lagi cantik. Good job, Hatta Dolmat. yang Siti Sarah dengan Shuib kahwin pon tak secantik ni.








baju dia memang cantikssss


credits all pics to abang nara and hatta dolmat fb.


memang aku jeles tengok baju dan pelamin dia. even kaler yg dipilih pon cantik. memang 'in' untuk majlis tunang. orang sekarang, majlis tunang memang meriah kan. tak sama macam orang dulu2. masa aku tunang dulu, nenek aku yang beria nak ada pelamin jugak -- aku tak nak sebab nak jimat dan nak simple2 je. tapi nenek aku dah call siap2 orang pelamin, suh buat pelamin dan nenek aku yg bayarkan. hahaha.


congrats shera dan zahiril :) rasanya awk memang bertuah dapat zahiril. pernah korang baca blog zahiril ni? klik ZAHIRIL ADZIM. aku kenal shera ni masa dia belajar lagi, dan masa tu memang dia bercouple dengan kamal adli tu. kenal melalui gambar je sebab kawan dia kawan kepada kawan aku. complicated tak? hehe. masa tu dah terpikir, mesti diorang jadi orang glamer one day sebab dua2 cantik dan hensem. ok, bye.



Last Day Kalau Nak Join My Giveaway dan Selamat Hari Ulangtahun Pertama ASAM MASIN GARAM KICAP MANIS. Semoga Asam Masin Manis Sokmoo;p

Assalamualaikum :)


Hari ni dah 9 Mei 2011, so genap la setahun usia blog kecik ni. Macam cepat gila masa berlalu kan. Mula2 berblog saja2 je untuk isi masa lapang lepas tu ingat nak jadikan blog ni tempat nak simpan segala kenangan manis pahit. at least ada catatan yang boleh dirujuk masa2 akan datang kan.


Lagi satu, masa tu (sampai la hari ni), blog sangat glamer sebagai salah satu medium nak share macam2 selain facebook dan twitter. kalau nak kira, sebelum ni aku just suka baca blog orang tapi tak pernah pulak terpikir nak create satu. tapi last year, on the same date as today, aku create satu blog personal, named ASAM MASIN GARAM KICAP MANIS. dont ask me why i chose the name.. hahaha. SPONTAN ok ;) so lepas2 ni kalau nama blog bertukar jangan terkejut.


Tapi sebenarnya, sebelum aku create blog ni, aku dah ada blog shop untuk jual serunding daging dan produk2 yusmira. lepas tu create blog shop lain jual shawl dan instant scarf. tapi sekarang gabung semua, jual produk yusmira + serunding daging + shawls + tudung dan macam2 la lagi. jemput singgah my blog shop --->> ZALFA ONLINE STORE.


Blog Zalfa tu juga pernah kejap jadi blog sementara aku join giveaway. hahaha. dah macam blog rojak pon ya. tapi sekarang aku dah ada satu lagi blog khas untuk memenuhi tuntutan kegilaan aku terhadap giveaway, contest dan lucky draw di dunia blog ni. jemput singgah kalau sudi SYIMA SUKA HADIAH. Blog ni tak sampai sebulan lagi usianya. memang baru je create.


OKlah, dah intro panjang lebar, aku nak inform yang hari ni jugak LAST DAY korang untuk join my first ever giveaway sempena this blog satu tahun. Alhamdulillah, setakat entry ni dikarang, dah ada 81 orang yang join. thank you korang ye sudi join. pastu tolong like page CÉBÉ Malaysia. Aii amat2 menghargainya ;) Thanks guys. Dan kalau sapa2 yang nak tahu apa itu Cebe, boleh rujuk entry ni. or taip Cebe kat ruang search sebelah atas kanan blog ni ya ;)


Jangan lupa join my giveaway --- 1ST GIVEAWAY BY SYIMA EMI. Today is the last day to join. sebelum pukul 12 tengah malam ni. Insya Allah esok, aku keluarkan list semua peserta yang join. for now, korang semua boleh check kat tab atas - Senarai Peserta 1st Giveaway By Syima Emi. kalau ada yang tercicir nama, boleh komen kat sini ya.


p/s: kalau suka produk tupperware, boleh klik sini untuk tahu cara nak menang hadiah best...

Won Mak Qaiser - April Giveaway ;)

Kemenangan ni dah diumumkan last week cuma lambat update sebab malas nak update.. tehhheeee ;p


Alhamdulillah, dapat 2 batang eyeliner dari Avon, penaja dia - http://lifezheartyz.blogspot.com. Penaja dah email dan katanya dah pos. Thanks ya :)





Thanks ya Mak Qaiser dengan penaja2 lain. macam tau2 eyeliner aku dah habis. jimat di situ hehehehe. Congrats juga kepada pemenang lain esp cute mum - dapat hadiah VCO softgel. best tu ;)


Full result boleh check kat http://karipapsayur.blogspot.com/2011/04/10-penerima-hadiah-april-ga-adelah.html.

Sunday, May 8, 2011

Celebrate Birthday Syila yg ke 23

Pagi tadi aku dengan hafiz bangun pagi2 nak pergi Giant Bandar Kinrara, nak beli barang buat spagetti. Plan nye nak celebrate birthday adik aku, Syila secara kecil-kecilan kat rumah. pastu pikir  otw balik nak singgah kat bakery shop beli kek. Masa nak sampai Giant, adik aku, Ngoh call nak join gak, awal2 tak nak join - ada hal katanya. So, dia nak sponsor kek Secret Recipe. aku suruh hafiz drop aku kat Giant dan terus pergi ambil Ngoh kat rumah dia di jalan klang lama.


Dalam sejam gitu, aku shopping apa yang penting je, barang2 nak buat spagetti dan sedikit jajan. bayar dan terus call hafiz suh datang ambil aku - tapi aku tertinggal hp kat rumah so bergegas cari public phone. pelik ke mamak surat khabar tu, bila aku tanya kat sini mana public phone...hahahaha. tapi rupanya hafiz kat kedai secret recipe lagi dengan Ngoh. orang ramai beratur nak beli kek sebab nak celebrate Mother's Day. kami je yang nak celebrate birthday. Masa orang secret recipe tu tanya nak tulis mother's day ke atas kek, Ngoh cakap "Ehhh, tak. tulis happy birthday.. hehehe".


Pastu bila hafiz dan ngoh sampai, diorang nak pergi Shah Alam pulak ambil adik aku yg sorang lagi dok belajar kat UITM. Terus gerak, 15-20 minit sampai terus balik rumah. masak2, buat air segala bagi. so hasilnya....



ok, sebenarnya bukan tulis happy birthday. HAHAHAHA.






ada spagetti, kek, rojak buah mangga, keropok, kacang, air bandung longan. semua licin kecuali kek dibantai 5 orang manusia 'giant'.. hahaha. 


SELAMAT HARI LAHIR La, yang ke 23.
Semoga murah rezeki, dan happy sokmoooo ;)


p/s: semua pic makanan je sebab kami semua dalam keadaan yang 'tidak mengizinkan' utk tontonan di sini ;p

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU, Umi, Mama dan Mak

Tiada kata seindah bahasa dan secantik lukisan yang mampu aku gambarkan betapa agungnya kasih sayang mereka menjadi Umi, Mama dan Mak dalam hidup ini.


Aku berdoa semoga mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik agar mampu dan sempat melihat aku dah hafiz lebih berjaya, insya Allah.


Semoga mereka dipanjangkan umur agar mampu melihat bakal cucu-cucu mereka membesar, insya Allah.


Sesungguhnya, kasih sayang dan cinta seorang ibu abadi bersemadi selagi hanyat dikandung badan.


Ya Allah.. thank you, thank you very much (speechless)...



 My MAK, my UMI, my MAMA






Special to Umi,

Terima kasih mi, sebab sabar menjaga kami 5 beradik, terima kasih mi sebab sabar menempuh segala dugaan ni bersama-sama. Orang lain hanya mampu melihat keperitan, kesusahan umi.. tapi hanya KAMI, anak2 umi yang mampu menyelami 'kesakitan' umi. Umi, kami sentiasa di belakang umi walau apapon yang berlaku. Umi lah pendengar setia, penasihat yang hebat malah penerima nasihat jugak. Kami tetap bersama umi tak kira susah dan senang. Kami sentiasa berdoa agar diberi kesempatan agar dapat meringankan beban umi kerana kami tahu kami tak mampu nak membalasnya. Ya Allah, berkatilah Umi kami ya Allah..



Mama,

For me Mama adalah ibu terbaik buat umi, dan kami juga. Terima kasih atas segala-galanya. Kerana menjaga umi kami dan menjadikan umi kami yang terbaik dalam hidup kami. Mama lah yang bersusah payah selama ini. Walaupon banyak onak dan duri sepanjang membesarkan umi dan kami.. kami tahu Mama memang tabah. WE LOVE YOU, Ma.


Mak,

Walaupon Mak hanya ibu mertua tapi for me, Mak tetap seperti Umi dan Mama. Selagi hayat dikandung badan, Mak akan tetap Mak kak long. 


Wedding Eena - 1 May 2011

We are happy for you, eena

Ameir, pls take a good care of our best friend. You're such a lucky man to have her cos she's soooo sweet..hehe.

And.. we also pray for khizer, cepat2 berjumpa dgn his soulmate.



can you see me getting fatter, the sweet couple, faryyal, emma,
khizer, last but not least, faidrol bermisai ;p

Thank You.

Thanks Allah for everything you've provided me.


Thanks syg for your endless and amazing amount of love.


Thanks to all for your support guys. 


No words, no pics that can describe how i feel right now. 


i'm blessed. truly blessed.

Friday, May 6, 2011

Thanks Kak Ayu Arjuna for tiket Hoodwinked Too Good VS Evil...

yang akak poskan semalam.. siap pos lagi ke rumah. sapa yang rajin macam kak ayu, dah la bagi benda free, siap pos bagai lagi.. tak sangka akak bagi 4 keping (as requested by me..hehehe). Aku memang selalu jenguk ke blog kak ayu ni sebab suka baca entry dia pasal menang contest dan pasal anak2 dia. Tup2 2,3 hari lepas ada baca pasal kak ayu offer sapa2 nak tiket  Hoodwinked Too Good VS Evil tu. So, aku dengan tak malu nyee  cakap NAKKKK... hehehe..


So, boleh la layan wayang weekend ni. Thanks again kak ayu sebab sudi share2 rezeki yang ada. kak ayu ni memang selalu murah rezeki selalu menang contest.



p/s: malas nak ambil pic tiket tu. kamera takde.

Menang Teka Teki Cute Mum..

Alhamdulillah, hari ni baru perasan yang aku menang contest teka teki cute mum. aku menang yang lucky draw. Padahal cute mum dah announce hari Rabu lepas. Macam mana la boleh tak perasan sebab boleh kata kalau aku online, tak sah kalau tak singgah blog cute mum. Mungkin masa aku singgah tu, cute mum tak announce lagi kottt... hehehehe..


Nak menang teka teki tu bukan senang gak, mula2 kena jawab dengan tepat then lepas tu baru qualified untuk dapat hadiah melalui lucky draw. memang aku godek semua entry cute mum yang pasal wayang. senang je nak godek pilih label apa ntah lupa..lepas tu kena pandai ilmu mengira..hihi..sebab Dania tengok wayang tak semestinya hari yang cute mum update entry. So, aku memang mencongak gak la... tambah tolak semua..hehehe.. akhirnya tak sia2, aku termasuk dalam list 24 orang yang meneka dengan tepat. rasanya ada dalam 50+ kot yang join teka teki ni..



Bukti namaku dicabut oleh hubby cute mum. hehehe. thanks ya ;)


Nak tahu full result, boleh tengok kat sini. Thanks cute mum dan thanks jugak dekat hubby cute mum sebab mencabut nama saya yang comel itu...hihi..

Thursday, May 5, 2011

Income Dari Youthsay aka Says.my yang ke-4

Alhamdulillah, this is my 4th cash out from says.my (previously known as youthsays). 




walaupon tak banyak sangat tapi kira ok la, dah lepas nak bayar bil api dan air kan. hehehe. 


dan baru je sekejap tadi, aku cash out untuk kali ke lima. Alhamdulillah. Insya Allah, dalam 30-45 hari dapat.




Kalau nak tahu Says.my ni lebih kurang macam Churp churp cuma Says.my ni pesaing nuffnang that's why aku tak promote iklan2 dia kat sini. Memang banyak post kat facebook dan share link dengan member2 je. sambil-sambil dok berfacebook, apa salahnya kan. boleh juga dapat income walaupon ciput. 


Ni latest income churp churp.



Nak join churp churp? Click HERE.



p/s: entry ni bukan nak menunjuk2. just untuk rekod peribadi me shj.


Related Posts with Thumbnails