Wednesday, February 5, 2014

Sahabatku Ejak.

Salam korang.

Actually dah lama entry ni dok dalam draft. Dah 2 tahun lebih, nak masuk 3 tahun dah.
Tapi tak tahu kenapa aku tak publish time tu.
Tapi 2-3 hari ni, aku macam asyik teringat je pasal kawan aku ni.
So aku publish je la.


Dulu masa zaman matrik (aku belajar di matrik penang), aku ada seorang kawan baik.
Actually, aku ada ramai kawan baik masa matrik tapi ni seorang kawan yang sangat baik yang banyak share cerita gembira dan sedih aku masa tu. Biar je aku panggil dia Ejak (bukan nama sebenar).
Ejak ni perempuan tapi boyish sikit tapi masa pergi kuliah, maintain je pakai baju kurung dengan tudung.
Kalau outing ke bandar baru la tudung melayang (opss, sorry Ejak), baju-baju kurung ni dah tak ada pakai jeans dengan t-shirt je.

Budak praktikum aku.
Ejak takde dalam gambar ni sebab kitaorang tak sekelas pon ;p


Aku ingat lagi, kalau outing ke bandar - masa tu kami selalu ke SP (Sungai Petani), pekan Kepala Batas dan paling kerap ke Georgetown. Kadang-kadang kami keluar beramai-ramai, dan ada masanya aku keluar dengan Ejak sahaja. Masa kat matrik, kalau cuti pendek aku memang tak balik sebab nak jimat duit dan aku plak jenis kesian nak minta duit tambang balik dengan parents. So, aku stay je la kat matrik tu dan kebetulan Ejak pon macam aku. Dah la hostel sunyi gila kot masa tu. Kebanyakan student memang balik tinggal je kami (especially budak pantai timur dan selatan) yang tak balik. Sebab tu la kot kami jadi rapat. Aku perasan kami ada persamaan yang ketara. Minat lagu rock kapak dan suka tulis lirik-lirik lagu dalam buku. Penuh satu buku. Tapi buku aku dah hilang. Ehhh, takkkk.. kena bakar dengan Abah hahaha.


Kami pernah je berjalan kaki berdua dalam gelap dari jalan besar sampai kolej (matrik). Mungkin tak jauh sangat tapi kalau dalam gelap seram gak kot sebab sebelah kiri tu penuh dengan pokok kelapa sawit. Masa tu, kalau keluar time weekend boleh balik malam, paling lambat pukul 11 malam. Memang agak bebas la time tu. Kalau dah keluar tu, memang tak ingat nak balik hahahaha..
Ejak, serius aku ingat lagi kegilaan kita pergi umah kak mu di Teluk Kumbar.
Dari jeti kita naik bas tinggal kita dua je dalam bas. Takutnya time tu..hahahaha.. tapi akhirnya selamat gak kita sampai kat umah kak mu. Dengan aku tak ada baju sparenya, kita stay 2 hari kat sana tanpa arah tujuan. Enjoyyy je pikir.. Tapi tak ada la sampai kelas melayang.


Pernah jugak satu kali tu, kami ke Pesta Pulau Pinang - aku nak sangat pergi sebab nak tahu apa yang best sangat Pesta Pulau Pinang. Dia punya promotion memang kaw kaw gila.
Pesta ni biasanya berlangsung selama sebulan dalam bulan Disember setiap tahun.
Kali ni kami pergi ramai-ramai. Aku rasa ada la dalam 4 ke 5 orang. aku lupa tapi seingat aku, Mek Sya ada gak. Punya la syok dok main fun fair kat situ. Oh yaaa, Pesta Pulau Pinang ni, indah khabar dari rupa. Sebab dia macam fun fair biasa je, tapi ada banyak kedai jual macam-macam. Boleh la layan nak release tension. Macam-macam game ada tapi aku lupa dah nama-nama game tu. Enjoy gila la.
Serius aku masih ingat lagi kenangan tu. Main punya main, gelak sesama, last-last kami baru perasan, jam dah dekat pukul 9 or 10 (lupa lagi). Kalo ikutkan macam tak sempat je nak balik semula ke kolej. Yelah fun fair tu bukan dekat dengan jeti. Kena naik bas or teksi. aku dah lupa lokasi sebenar fun fair tu. Masa tu aku bukan jenis ambil port sangat jalan-jalan ni semua. aku ingat jalan nak g pulau, SP dengan Kepala Batas je hahahaha..
Lepas discuss, Ejak ajak balik umah kakak dia di Teluk Kumbar. Mek Sya pulak kalut nak pergi beli spender pakai buang tapi tak jumpa ;p Kami tidur satu malam kat rumah kakak Ejak, esok terus balik ke kolej. Eh, ke kami pergi tengok movie dulu sebelum balik... lupa daaa.. hahahaha.


Banyak je lagi kenangan-kenangan aku dengan Ejak. Biar la semua tu menjadi kenangan manis aku. Lepas abis matrik, aku masuk UM, Ejak masuk UMP.
Kalau time cuti semester, kami memang selalu je jumpa kat Kota Bharu (KB).
Makan dan spend masa bersama. Share macam-macam cerita.
Ade satu cerita lucu (lucu ker bangang..hahaha), masa bulan puasa, kami berdua masuk KFC, makan kat bahagian atas. KFC tu 2 tingkat, kami makan kat situ dengan slambernya. Nakalnya time tu kalau kena tangkap tak ke naya je.


Aku rasa aku dah tak jumpa Ejak lepas aku start keje (tahun 2008) sampai sekarang (dah kawen nak masuk 4 tahun dah), aku dah tak jumpa Ejak. Sepatutnya, masa wedding aku, Ejak nak datang tapi last minute dia tak dapat cuti. Aku sedih gila time tu. Aku nak sangat meraikan hari bahagia aku dengan Ejak tapi masa aku couple dengan Apis, ada sekali dua aku bawak Ejak jumpa Apis.


Dan buat aku rasa sedikit ralat, aku tak ada di sisi Ejak masa dia kehilangan ibu tercinta. Aku minta maaf sahabat.
Walau apapon dugaan dan ujian dariNya, aku harap Ejak tetap tabah,
Jak, aku tahu mu wanita besi yang tak mudah menyerah kalah.
Hanya Allah yang dapat Maha Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat.


Insya Allah, panjang umur, murah rezeki kita akan berjumpa lagi.
Aku selalu berdoa dan berharap... dan aku harap aku dapat hadir pada hari bahagia mu nanti walaupon aku tak tahu bila..


- Doaku buatmu sahabat -

Tuesday, February 4, 2014

Belut Masak Halia. Ada Berani??

Salam korang.

Weekend lepas, kitaorang balik kampung mengejut. Plan asal, memang taknak balik sebab ada hal kat KL ni. Tapi sebab ada hal family - tok sedara Apis meninggal dunia so kitaorang decide nak balik kampung Sabtu petang. 


Perjalanan balik kampung memang smooth. But jalan menghala ke KL dah mula banyak kereta. Maybe dah ada yang mula balik KL dah. Almaklumlah, musim perayaan ni memang jalan jem so ramai la yang decide balik awal untuk elak jem.


Dan setiap kali balik kampung, walaupon sehari, macam-macam menu dah dok beratur dalam kepala ni. Mesti nak makan ni, makan tu. Pastu sejak aku kawen dengan Apis ni, salah satu menu wajib kena pergi makan ialah BELUT. Sapa sini makan belut? Kira masuk dalam makanan eksotik gak belut ni kan ;)


Selalunya makan kat kedai je. Tapi kali ni, anak sepupu siap bagi belut yang segar bugar tu untuk masak nanti. Aku cakap, boleh kalau nak bagi. Tolong siang siap-siap letak dalam peti sejuk hahaha. Tak sanggup aku nak potong kepala dia. erkkkkk 



Belut masak halia.
Sedap woooooo ;p


Kat sini memang susah nak cari kedai makan yang jual belut ni kan. Dulu pernah terjumpa kat area Puchong Prima. Tak tau la ada lagi ke tak kedai tu. 


Masak halia tu senang je. Resepi ni aku selalu masak ayam. Kali ni, masak belut. Belut tu, gaul kunyit dan garam dulu dan goreng, ketepikan. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Halia tu bagi garing sikit, letak sos tiram dengan sos cili. Letak cili padi kalo nak pedas. Nasi panas-panas. Sedapppppp.


Monday, January 27, 2014

Goodbye Jogja...

*ehsan Google*

Sepatutnya lusa aku fly berdua dengan Apis ke Jogjakarta. Tapi last minute tak jadi sobs sobs ;(
Second time aku terpaksa burn kan flight ticket.
Dulu, pernah burn tiket balik kampung. Yang tu takpe la murah sikit. Lagipon masa tu aku main taram je beli. Last minute tak jadi gak sebab ada hal. 
Yang Jogja ni, murah jugak.
RM184 return flight untuk 2 pax. Berbaloi la. Beli time free seat promo last year.
Aku dapat beli awal sehari sebab aku ada Big card. Masa tu memang banyak lagi tiket yang available.

Cuba korang tengok.. murah kan?


Jangan tertipu, tu harga return ticket sahaja, tidak termasuk luggage atau meal. So nampak murah la.
Tapi travel cara aku, kalo travel tak jauh sangat, aku memang tak beli luggage pon. Setakat hand luggage. Lain la macam aku pergi Bandung dulu sebab hadiah contest so haruslah guna semaksimum mungkin ;)
Tapi kalo korang rasa perlu beli luggage, takpe tak beli masa book ticket pon. Sebab harga luggage tak berubah pon, so beli lewat sikit takpe.
Janji book flight ticket dulu OK.
Promo bukan selalu pastu cepat plak habis. Kena cepat-cepat book. Kang menyesal asyik dok congak berapa kg nak beli luggage. sama jugak kalo nak book meals, book lain kali pon takpe.


Lagi satu, aku memang akan book holiday paling kurang untuk 4 hari 3 malam.
Unless kalau nak pergi holiday dalam Malaysia sahaja macam Langkawi ke, aku book 3 hari 2 malam je. Kalau korang nak ke Sabah or Sarawak, bagi aku la, pergi la 4 hari 3 malam baru berbaloi.
Tapi kalau nak pergi gak 3 hari 2 malam, make sure korang amek flight paling awal tapi aku memang tak suka hahaha.
Kalau boleh, biarla cerah skit. Lain la kalau nak ke tempat yang makan masa 4 jam ke atas kan. Atau yang makan masa 7-8 jam ke atas, amek la flight tengah malam..


Untuk Jogja trip ni, aku book 4 hari 3 malam sahaja. Memula nak book 5 hari pastu entah kenapa aku book 4 hari je. Tapi OK dah rasanya. Kalau book 3 hari rasanya macam sekejap sangat. Semua benda nak buat rushing je. 


Lepas dah book, haruslah berangan nak pergi mana ekkk kat Jogja nanti hahaha. 


Paling penting, aku nak sangat pergi Candi Borobudur ni..

Credit here.

Dan nak tengok Gunung Merapi.

Credit here.

Mahu juga ke Ketep Pass, tengok view gunung dari sana. Sambil tu, singgah ladang strawberry yang berdekatan. Syoknyaaaa.


Bukan main berangan, last-last tak jadi. Nampaknya bukan rezeki kami kali ni. Entah bila la plak nak ke Jogja kan. Penat plan trip ni, last tak jadi. Aku dah siap book hotel semua. Nasib baik nak cancel free jek. Insya Allah kalo ada rezeki, sampai la kita di Jogja. Sekarang dahulukan apa yang terpenting dulu ;p


Goodbye Jogja.

Sunday, January 26, 2014

Kisah Diet | Dah Mula Berdiet ;)

Salam korang.

Baca tak cite aku nak diet tu? Boleh klik sini kalo nak baca ;)
Aku dah mula diet pon. hehe. Senyap-senyap dah mula. Malu weh nak bagitau.
Aku pilih diet Atkins.

Apa tu Diet Atkins (DA)?
Ikut definisi aku, diet ni diet yang boleh makan semua kecuali karbohidrat. Contoh karbohidrat macam nasi, mee, laksa, bihun, roti dan seangkatannya. Dalam kata lain, diet low-carbo.
Menu yang boleh dimakan macam ikan, ayam, daging, telor, semua jenis protein dan juga sayur-mayur.
Buah tak boleh.
Air manis tak boleh.
Kuih-muih tak boleh.
Kek, biskut, pon tak boleh.
Yang penting, kena minum banyak air.
Nak definisi secara lebih ilmiah, belek SINI.




Actually aku pernah try diet atkins dulu, 2 tahun lepas kot. Berjaya juga la turun 2-3 kg (dah lupa). Pastu stop. Masa tu banyak cheat la. So, aku dah ada sikit gambaran la macam mana diet Atkins ni. Memang seksa nak mulakan. Kalo setakat tak boleh makan nasi, OK lagi. Tapi ni semua jenis carbo ko tak boleh makan. Mahu ketaq aku weh. Tapi bila pikir-pikir, takkan nak tangguh lagi.


Yang buat aku rasa makin bersemangat nak diet ni, ada geng nak diet. Kat rumah, ada adik aku. Kat opis, ada opismate yang diet juga. Dua-dua diet Atkins. Adik aku dah start diet sebulan lebih masa kat kampung lagi. Dia cuti time tu. Dalam masa sebulan setengah, dia boleh turun 10 kg wehhh! Banyak tu. Memang bila dia datang KL, nampak perbezaan la. Jeles aku.


So, pakat nga dia nak sama-sama diet. Dia pon bersemangat gak. Dia nak target lagi 10 kg or more. Opismate aku pon nak diet sebab bulan 6 nanti, nak kawen. So haruslah nak berseri-seri hari kawen nanti kan. Macam syok gak la ada geng.
Kalo weekdays, aku balik kerja, adik aku dah prepare dinner dah. Takpon, dia dah siapkan barang-barang nak masak. Ringan sikit kerja aku hahaha.
Kalo weekend, aku yang banyak prepare menu apa yang nak dimakan. Sambil-sambil masak untuk Apis, aku masak sekali untuk kitaorang makan.
Aku selalu skodeng Kak Ina punya menu hehe. Saya dah try sardin yang digulung telor tu kak :) Sedappp.
Pastu perasan, kawan blogger Alise pon diet Atkins gak. Boleh la tiru menu awk ye Alise :)


Secara official (ceh, siap official day lagi), aku start diet 13/01.
2 hari selepas celebrate birthday Apis.
Harini genap 14 hari la diet Atkins.
Aku dah timbang, ada penurunan yang memberangsangkan. Turun 4kg ;)
Semangat aku tengok jarum penimbang tu. Nak accurate, kena beli digital scale la kan. Takpe la, pakai apa yang ada la dulu.


Dalam 14 hari diet tu, ada gak aku cheat.
First day dah kantoi. Sebab tak tahan sangat. Dalam pukul 4 petang, aku dah lapar. Aku bantai 1 ketul roti coklat opismate sebelah meja offer.
Second day kot (dah lupa), aku bantai limau mandarin 1 biji. Opismate bagi. Maklumla, nak raya Cina, limau mandarin merata-rata. Tapi sebiji je la.
Lepas tu, ada lagi boss bagi limau mandarin. Banyak pulak tu. Lebih 10 biji. tapi aku tak makan. Rezeki Apis. Dia sorang bantai. Aku mampu telan air liur. Tabah tak aku hahaha ;)
Pendapat aku la, kalo tak tahan, jangan paksa. Tapi jangan pula amek kesempatan. Makan sekadar hilangkan lapar. Minum air kosong banyak-banyak. Aku tak sukat details sangat. Tapi botol air aku yang 750ml tu, 4-5 kali refill gak la. Balik rumah, minum lagi. Aku baca, 1 liter untuk 25 kg. So kalau berat 100 kg, kena minum 4 liter. Pastu kerap la korang ulang alik ke toilet ;p Takpe, tu maknanya toksin pon turut keluar sekali hahaha :):)


Apapon, yang penting diet Atkins ni tak memerlukan kita berlapar.
Aku suka sangat.
Ko makan la banyak mana takpe. Janji makan makanan yang 'halal DA'.
Pastu jangan lupa exercise sikit. Lagi cepat penurunan.
Macam aku, aku malas dan takde masa (yang ni alasan je) haha. Gila berani punya statement.
Tapi aku jadikan kerja rumah sebagai cara aku mengeluarkan peluh.
Kira 2 dalam 1 la. Sihat dapat, rumah pon kemas. Ye takkk? haha.
Aku akan sapu satu rumah (rumah sekangkang kera je). Lap kabinet TV, lap meja.
Pastu mop satu rumah. Memang berpuluh sampai ke bontot hahahahahahaha ;p
Pastu basuh baju (guna mesin haha), jemur baju, lipat baju.
Tengok la kalo Apis free, nak ajak dia 'berjogging' kat Tasik Shah Alam tu. Jalan-jalan pon OK kan korang ;) Luas gak tasik tu. Mau pengsan aku huhu.


Doakan aku kuat semangat dan kental OK.
AKU NAK SIHAT.


Related Posts with Thumbnails