Sunday, February 16, 2014

Kisah Diet Atkins Part 1

Salam korang.

Setelah 1 bulan berdiet Atkins, baru datang mood nak share sedikit sebanyak kisah diet ni.
Dalam 1 bulan aku diet Atkins ni, ada la beberapa kali cheat.
2 kali cheat yang agak teruk. Maksud teruk tu, tahap bantai makan carbo yang agak berat.
Masa balik kampung, memang susah nak control makan. Memang tak kuat.
Kalo balik kampung, sangat looking forward untuk makan nasi berlauk, makan mee cambol, makan seafood yang dicelup tepung.
Paling penting, nasi berlauk setiap pagi ok.


Nak tau lebih lanjut pasal DIET ATKINS ni,
Boleh klik link ni: http://bicikut.blogspot.com/2011/04/13-april-2011.html


Masa CNY, lagi satu cabaran sebab masa tu la limau mandarin melambak-lambak.
Seminggu sebelum cuti CNY, seminggu tu memanjang je dapat limau.
Pastu dapat sekotak sorang wat balik rumah.
Tapi since diet Atkins ni tak dibenarkan makan buah, telan air liur je la aku.
Tapi tak tahan hahaha, terpaksa cheat juga. Sebijik je ok.

Sapa tahan tengok limau ni..
Wat balik rumah suruh Apis makan :)


Basically, diet Atkins ni menggalakkan kita makan low carbo, lebihkan protein.
So, jom tengok menu aku, tapi tak semua la aku humban dalam satu entry ni.


Salad bersama hotdog.
sos 'halal' Atkins hanya sos nandos ye.
Mayonis pon 'halal' Atkins.


Homemade nugget ayam.
Resepi: isi ayam yang dihancur/diblend, bawang yang didadu, garam, black pepper, telor.
Nak sedap lagi, letak cheese kat dalam.


Agak-agak korang ada selera ke nak makan ni?
Aku OK je ;p
Kalau aku kemaruk sangat nak makan ulam dengan budu,
aku akan panggang tawar ikan macam kat atas, cicah budu makan dengan timun jepun. 


Nanti aku share lagi ek apa aku makan, especially kat opis.
Ni je gambar makanan yang aku rajin amek haha.
Korang boleh try buat ikan steam ke, goreng ayam ke, grilled lamb ke, sup ayam or daging.
Sayur plak, make sure sayur hijau macam sawi, bayam, kailan dan lain-lain.
Sekali sekala aku buat coleslaw, jangan letak carrot ok. 
Mayonis memang 'halal' Atkins so sila enjoy your food.
Nak lagi details, khatam dulu link yang aku bagi kat atas ok.
Insya Allah korang boleh buat.


Air memang kena minum banyak.
Kalo ikut calculation 25kg - 1 liter, contoh kalo berat 75kg, kena amek 3 liter or more.
Jangan kurang, lebih takpe.
Mula tu, memang pak encik toilet la teman sejati.
Tapi aku ok je, sebab aku set dalam minda aku, nak buang toksin dalam badan.
Lagi satu aku perasan, air kencing lebih strong.
Maknanya, toksin dah mula keluar la tu ;p


Selain tu, aku ada amalkan cuka epal.
Rasa dia? Masam gilerrrrr ;) Awal-awal beli aku rasa bau dia macam busuk. haha.
Tapi sekarang dah ok.
Memang banyak kebaikan cuka epal ni. sila google haha ;p
Tapi aku amalkan sebab nak tingkatkan metabolisme aku.


Siap ada straw tu hahahaha ;p


Aku beli cuka epal brand Heinz kat Aeon Big dekat rumah.
Brand Bragg pon orang cakap bagus.
Cara aku makan, letak 1 sudu kecil dalam 1 mug air kosong. Aku guna air sejuk, air sejuk dari peti ais, bukan air berais tau. Kurang skit rasa macam dia.


Green tea pon aku tibai.
Next time, aku nak try jenama Lipton pulak.


Lagi satu nak share, bila dah kurus skit ni, selulit-selulit dulu yang jadi best friend mesti masih ada kan kan? Dah lama dia kat situ kan, susah la nak hilang.
So, aku guna salt scrub ni.




Ini salt scrub Siam mari yek.
Even, ada je spa-spa kat area Klang Valley ni pakai salt scrub yang ni.
Cuma mungkin dorang rebrand letak dalam bekas sendiri.
Mana aku tau? Kawan aku jadi supplier. hehe ;)
Berkesan gak la pakai ni.
Yang penting feeling masa dan after apply scrub ni sangat best.
Function dia macam sabun. Kira ganti sabun la.
Aku pernah amalkan pakai scrub ni lepas abis matrikulasi dulu. Everyday aku pakai, dan memang rasa best sangat. Yang penting, badan ko akan bau wangi.
Sekarang baru start balik nak pakai.
Dia ada banyak 'perasa' yek. Aku suka tamarind.
Kalo nak, boleh order nga aku, tapi COD sahaja. Nak pos, berat..


Last but not least, aku amalkan minyak Habbatus Sauda.
Yang ni baru amal je.
Ini untuk supplement aku la.
Minyak habbatus sauda ni memang banyak kebaikan.
Ni aku google, boleh baca kat SINI.


Kalo korang nak try makan, boleh order dengan aku.
RM55/bottle (exc postage). Satu botol ada 60 biji softgel.


Inilah sedikit sebanyak yang aku boleh share sepanjang aku diet Atkins.
Aku pon bukan ikut betul-betul.
Ada hari aku cheat jugak. Cuma bukan makan nasi la kecuali balik kampung aritu la.
Kebanyakan aku cheat, aku makan macam keropok sekeping ke, kek satu sudu.
Setakat ni, aku masih lagi berusaha nak turun lagi.
Kalo aku boleh, korang pon mesti boleh.
Ni diet pertama yang amalkan dan agak berjaya.
Mana nak dapat 1 bulan turun 5-6kg, tanpa exercise :):)


Happy Atkins semua ...



5 comments:

  1. Replies
    1. 5-6 kg.. dok statik situ sebab aku ado cheat hahaha..
      insya Allah xse cheat doh haha..

      Delete
  2. Sy nak beli sea scrub tu cmne ? Tolong bg contact

    ReplyDelete
  3. slm,kak..salt scrub siam tu bleh order lg ko nga kak?

    ReplyDelete
  4. sis syima..sy tgh on diet atkins..dah 60 hari turun 7 kg..sbb byk sgt cheat kecil..hehehe tp diet ni mmg sesuai dgn saye..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails