Wednesday, July 17, 2013

Puasa Day 5 - Begedil Kentang Ayam, Ayam Perap Sambal Belacan, Siakap Tiga Rasa...

Salam uols.. 


Hari ni dah masuk hari ke-7 Ramadhan.. dah genap seminggu kan.. macam cepat gile masa berlalu kan.. alhamdulillah, aku masih mampu berpuasa penuh.. tak tahu la mampu ke tak puasa penuh tahun ni..puasa kali ni memang rasa lain skit, sebab tak rasa penat sangat kecuali first day tu.. dan puasa kali ni, alhamdulillah rezeki kami semakin murah.. especially bisnes murtabak raja aku tu.. sebelum ni, aku memang ada jual tapi penjualan tak selebat bulan puasa ni.. mungkin sebab bulan puasa, ramai yang mencari.. untuk dimakan semasa berbuka, dibuat sahur.. malah ada yang order untuk diberi kepada kawan-kawan dan sedara mara.. kalau ada yang nak order, boleh tengok sini ok. 


OKla uols.. nak share menu berbuka hari ke-5 puasa.. hehe.. hari ahad lepas, kami berbuka di rumah adik aku kat Salak Selatan.. lagipon kat rumah kami berdua je so adik aku ajak la berbuka kat rumah dia.. meriah skit kan.. kalau takde hal, minggu ni giliran rumah aku plak.. tapi plan nak pergi berbuka rumah makcik aku jugak this weekend.. semua masih dalam perancangan.. 



Siakap tiga rasa lagi? hahaha.. tapi ni version lain.. version letak nenas.. kitaorang buat  2 ekor, 7 orang makan.. licinnnnn.. hehe.. 



Ayam yang diperap dengan sambal belacan.. ramuannya, bawang merah 3-4 ulas, bawang putih 2 ulas, garam skit, aji skit (kalau nak) dan lebihan sambal belacan.. blend pastu perap ayam.. nak sedap, perap lama skit.. kitaorang nak kejar masa so perap sekejap je terus masak guna pemanggang ajaib.. senang dan sedap.. cuba la.. 



Begedil kentang dan ayam.. memang letak ayam banyak-banyak.. baru puas makan hehe.. yang ni version sebelum masak.. nak goreng, just celup dalam telur dan goreng.. 




menu berbuka hari ke-5.. alhamdulillah.. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails