Saturday, July 20, 2013

Puasa Day 9 - Puding Roti Kukus

Salam semua..


Kali ni nak share dengan korang menu pencuci mulut or boleh juga sebagai menu moreh iaitu puding roti kukus.. macam aku, time sahur pon aku makan hahaha.. aku buat yang kukus sebab aku takde oven.. senang je rupanya nak buat.. tak salah aku amek resepi ni from facebook. tak ingat dah sape yang share.. Terima kasih ye kepada yang share tu.. semoga ilmu yang dishare tu dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.. memula aku just copy masuk notepad je letak kat desktop, pastu semalam terklik resepi terus rasa macam nak try.. so semalam terus aku singgah kedai beli bahan-bahan nak buat.. 


Puding Roti Kukus



Bahan-bahan:
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 ml)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis


Cara-cara:
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. 
Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.




Tadaaaa...


loyang aku besar skit aku pakai.. so puding tu macam nipis.. tapi rasa tetap sedap.. hehehe..
so, selamat mencuba..


2 comments:

Related Posts with Thumbnails