Tuesday, November 20, 2012

Ais Krim Baba dan Mee Cambol Terbaikkk...

Kalau uols ke Pengkalan Kubor or Rantau Panjang, kawasan bebas cukai yang terkenal kat Kelantan tu, jangan lupa ye cuba mee cambol ni.. my feberet dulu, kini dan selamanya.. hihi...



Ni aku order maggi cambol. maggi tu maggi siam.. bihun ada, kueh teow ada dan mee kuning tu pon ada.. nampak rupanya mcm biasa-biasa jek kan.. mcm mee sup biasa jek.. tapi rasanya memang lain.. rasa sup dia special skit.. aku pon tak tahu ramuan dia apa.. yang pasti setiap kali balik kampung, kalau free memang aku akan pergi makan mee cambol ni.. semangkuk ni RM5 tak salah aku.. 


credit to google.

Kalau nak mencuba, boleh singgah Kedai Kak Sah, dekat dengan LKIM Pengkalan Kubor.. sebenarnya ada jugak kedai lain yang jual mee cambol, tapi setakat ni kedai ni paling best.. Kedai dia buruk je, tapi memang penuh je.. tak salah dia tutup pukul 9.00 malam..



Nama ais krim ni, ais krim Baba.. setakat ni aku pernah jumpa kat area Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang.. tak tahu la kalau belah sempadan kat area Bukit Kayu Hitam or Padang Besar ada jugak..



Harga sebekas RM2. kat bawah tu ada roti.. pastu ais krim homemade tu.. kat atas dia tabur jelly, kacang dan jagung manis.. kalau suka, boleh tambah pulut.. sedappp... nyaman je rasa tekak ni.. memang takleh lawan Tutti Frutti tu.. tapi memang terbaik, makan ais krim sambil layan angin pantai sempoi2 bahasa...



Ni pakcik yang jual ais krim Baba tu.. nampak tak tulisan Baba ice cream tu.. kalau uols nak beli ais krim ni, make sure cari yang ada tulisan tu. tu adik aku dah siasat nga pakcik tu, dia cakap buat masa ni kat Pengkalan Kubor, ada 3 orang yang jual ais krim Baba ni.. jangan lupa ye uols kalau pergi kelate, cubalah.. 

4 comments:

  1. tubik liur wey tgk eskrem baba tuh !!.. klo blk kg kena g pengkalan kubor la nmpk nye carik eskrem tuh..

    ReplyDelete
  2. Lamo doh Aiskrim Baba ada dijual di Kota Bharu. Ada di jln Belakang KB Mall, depan Parkson dan Cbg 4 jln Bayam + Jln Dato Lundang. Hargo RM2 segelas.

    ReplyDelete
  3. Mohd Aswari -

    Yoko? tak penah perasan plok sebelum ni ado kat area KB.. mungkin lepas ni kalo g KB, boleh try cari.. hehhehe.. thanks for sharing...

    ReplyDelete
  4. Ais krim tu nama lain ais krim ABC sbb brg sama. Seeedaasappp...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails