Rezeki setiap org tu berbeza-beza. dan rezeki tu boleh datang dalam macam-macam bentuk.. mungkin wang ringgit yg melimpah ruah, suami yang romantik lagi bertanggungjawab, isteri yang solehah lagi cun melecun, anak yang ramai, family yang bersatu aman damai tanpa sengketa, adik beradik yang rapat, kerja yang bagus.. apa jua bentuk rezeki yg kita dapat, hargailah setiap rezeki yg kita dapat tu sebaik mungkin.. yang mana boleh dikongsi, kongsilah.. insyaAllah kita akan rasa lebih tenang bahagia dan happy... dalam masa yang sama kita pon dapat happykan orang sekeliling kita kan..
Aku tak nak cite lebih-lebih apa yang aku buat tapi dengan keadaan sederhana aku sekarang, antaranya aku suka belanja adik-adik aku makan. sebab kami semua memang kaki makan. Kalau dorang request nak makan apa-apa, seboleh mungkin aku cuba tunaikan. Kalau tak ke kedai makan untuk makan, kami beli bahan-bahan dan masak sekali. Kami adik beradik tak macam orang lain.. mungkin ada.. tapi mcm kami adik beradik dah tak berayah - ayah ada tapi dah tak dok sekali nga kami.. dah berpisah nga ummi.. so semua benda kami adik beradik sama-sama tolong.. apa-apa yang adik-adik nak, aku dan adik aku no.2 cuba tunaikan sekadar termampu.. dulu masa adik no.2 aku belajar, aku pon tolong dia setakat termampu.. sekarang adik no.3 dah kerja.. so dia pon banyak tolong.. adik no.4 dah nak habis belajar tinggal adik bongsu yg akan menghadapi SPM.. semua adik-adik dah besar tapi bila tengok muka adik aku yg bongsu mesti selalu sedih.. sedih dalam hati jek.. sedih sebab masa dia membesar abah dah tak tinggal nga kami.. dah la dia satu-satunya adik lelaki aku.. sedihnyaaaa.... sekarang dia dh besar.. dah 17 tahun.. nak SPM dahh.. aritu trial dapat 7A.. aku doakan adik aku Syafiq akan dapat straight A's dan berjaya capai cita-cita dia.. aku bersyukur sangat ada adik-adik yang mendengar kata dan bijak.. adik-adik aku semua memang rajin (puji adik sendiri hahaha).. masa abah dah tak ada nga kami, semua macam faham peranan masing-masing.. belajar pon aku tak payah nak suruh-suruh, semua pandai sendiri bila nak baca buku, bila nak study semua.. ok emo sekejap.. hahaha..
adik bongsu Syafiq masa hari kovokesyen aku.. sekarang dia dh besar pjg.. tgh bergelut nak SPM.. ya Allah, engkau cerahkanlah hati adik, tenangkan hatinya, permudahkan jalannya untuk menghadapi peperiksaan besar ini ya Allah.. perkenanlah segala doa-doanya..
Tak lama lagi pula, ummi dah nak pencen.. aku ada ajak ummi datang KL dok nga aku.. kalau tak nak dok sekali pon datang KL jalan-jalan habiskan masa kat sini. Pastu rotate la umah adik aku no.2 plak gilir-gilir kan. Tak ada sapa dah kat rumah.. adik no.3 pon keje kat KL, menyewa nga kawan-kawan, adik no.4 pon belajar kat Shah Alam..adik bongsu aku pon dah nak abis SPM, lepak rumah pergi PLKN pastu tunggu panggilan universiti kalau ada rezeki insya Allah.. aku dok berangan dalam kepala nak bawa ummi jalan-jalan, makan-makan.. kira rilek-rilek jela tak payah nak pikir apa-apa.. tapi sebab nenek aku masih ada dan nenek aku dah tak sihat dah so ummi bagitau dia nak abiskan masa dia jaga nenek aku.. mungkin sekali sekala dia datang la KL kalau kesihatan nenek aku mengizinkan. nenek aku boleh lagi drive keta tapi tak boleh berjalan sangat sebab sakit lutut. cool tak hhihi.. tapi ada masa dia tak larat langsung sampai nak buka baju sendiri pon tak larat.. kitaorang tolong bukakan.. tapi dia memang kuat semangat selagi termampu memang semua nak buat sendiri.. takpela, aku doakan kesihatan nenek aku akan bertambah baik, nak sihat macam dulu susah.. aku pon doakan ummi akan sentiasa beroleh kesihatan yang baik.. kuat bertenaga sentiasa.. hehehe.. Allah, berikanla kesempatan kepada aku adik beradik berbakti dan membalas jasa dan pengorbanan ummi.. dan nak sangat-sangat ummi happy..
Ni gambar masa sebelum kahwin tp aku dah bertunang rasanya.. slim melim lagi aku time ni. sekarang? usah ditanya.. nak tengok gambar sendiri pon gerun.. mampu amek gambar dada ke kepala jek hahahaha.. tu pon dagu berlapis..huhu redha hahaha..
ok bye lain kali sambung membebel kalo rajin menaip.. hehehe..
p/s: doakan aku cepat dapat menimang cahaya mata sendiri ek.. mana tahu uols doakan aku, berkat doa uols ramai-ramai termakbul doa tu.. hehehe.. nak besarkan keluarga boleh ummi aku jadi nenek, main cucu plak..hihi...
Betul tu. Rezeki dtg dalam pelbagai cara.
ReplyDeletehai alia adams.. apapon bentuk rezeki kita, kita kena hargai kan...
ReplyDeletesyima kurusnya masa ni..
ReplyDeleteMuka sama mcm ummi
aku doakan mu cpt dpt anak
aminnn
kuat nyer nenek kamu sbb bleh drive lg walaupun x larat. semoga Allah memurahkan rezeki & melimpahkan rahmat-Nya kepada sis sekeluarga ;)
ReplyDeletesemoga kawan aku syima emi mengandung anak yang comel as soon as possible..aminn..
ReplyDeletehaiii...jom join contest n lihat bpe ramai yg suka bergmbar dgn parents mereka....sayangilah ibu bapa kita & jom abadikan kenangan bersama mereka melalui hadiah menarik:)
ReplyDeletehttp://syierahalf.blogspot.com/2012/11/contest-i-love-my-parent.html
@WawaYuni
ReplyDeletetime ni memang kurus.. sekrg? hahaha. beza sgt hahaha..terima kasih doakan aku.. doa gak ko mu...
@fiqkbe
ReplyDeletehehehe... nenek saya boleh drive tapi kalau nak turun berjalan mmg tak larat.. plik kan.. cuma skrg time x larat, memang x leh nak drive sebab x larat nak tukar gear..
terima kasih doakan saya :)
@Madi @ Aed
ReplyDeletethanks weh aed doakan aku.. terharu aku baca komen mu..
@Syiera Bucuk
ReplyDeletethank you invite :)