Semalam dekat pukul 3 pagi baru sampai rumah. Punya plan semalam konon nak pergi Tesco nak beli stok2 makanan sempena puasa, tapi hampagas semuanya lebur berkecai impian. Balik kerja, semalam naik LRT sampai stesen Kelana Jaya, terus shoot pergi Klang, sepupu mintak tolong hantar dia. Pastu patah balik pergi Puchong, ambil kasut abah tertinggal kat rumah makcik kat Kinrara, terus pergi Gombak sebab adik ipar tunggu kat sana nak pass kasut tu.
Sampai Gombak, dinner dulu. Dalam pukul 10.00 malam bertolak balik, baru je nak keluar kawasan Gombak, makcik dok Kinrara call balik minta tolong pergi rumah dia. Sampai sana dalam pukul 10.30 malam, rupa-rupanya ada buat bacaan yassin, panggil ustaz mana entah. Selesai semua dalam pukul 1 pagi lebih. Pastu kami tak balik terus, lepak lagi kat situ dekat2 pukul 2.30 pagi baru gerak balik.
Sampai rumah dekat pukul 3 pagi, terus pengsan. Hari ni sampai kat site pukul 11.10 pagi! Ambik kau.. hahaha...
Kalau ikutkan banyak gila nak bercerita.. pasal short trip pergi Melaka pon tak cerita lagi. Yang tuh dah basi dah. Update pasal hadiah2 yang diterima pon banyak tertunggak. Pastu wedding adik ipar kat kampung bulan lepas belum stori mori lagi. Last week, balik kampung lagi. Insya Allah, kalau tak ada aral melintang next week balik kampung lagi. Pastu raya, balik kampung lagi dan adik aku pula nak kahwin.
Gila penat...
Nak pergi berjalan2, berjimba2 pon tak ada masa. Tunggu lepas raya la kot. Rumah pon masih bersepah. Nak cari almari baru... ikea ada sale tapi masa plak tak ada...
Gambar berzaman, tapi untuk kenang-kenangan..
Kalau sapa2 yang suka mengarang, boleh join contest ni.
Kena ada resit beli planta dan buat esei juadah hari raya not less than 300 patah perkataan.
Contest karang mengarang ni confirm Kak Ila Saleh suka kan kan..
Borang contest setakat ni ada jumpa kat dalam suratkhabar je..
pic credits to badz
rajinnye join contest.. ehhee
ReplyDelete