Last week je sempat update pasal choc cookies, sapa2 nak order boleh klik sini. *promote*
Bukan nak merungut ke apa. Refer to this entry, seriously, pindah rumah ni memang memenatkan. Mula2 masuk rumah masa awal2 kahwin takde rasa macam ni punya penat sebab barang pon tak banyak. setakat ada yang basic. pastu baru tambah sikit2.
Masa angkut barang masuk dalam lori, jiran lama dok tingkat 1 (kami dok tingkat 2) boleh tegur lagi, banyaknya barang... macam mana korang susun ek dalam rumah. sebab rumah sebelum ni memang tak besar sangat pon tapi sebab kami dok 2 orang jek memang muat la. ada 2 bilik lagi yg kosong. dah jadi macam stor dah kaedahnya. haha..
Tapi bila pindah ke rumah baru ni, ya Allah nak packing punya la azab. Rasa macam barang tak banyak sangat. Tapi bila dah kemas sini, pack sana. Sampai harini, tak 100% lagi siap kemas. Masih banyak barang yang belum unpack, baju2 pon dok bersidaian, bergumpal dalam beg..
Aku tunjuk lagi skit pic2 betapa bersepahnya keadaan rumah sekarang. Tu pon dah habis senonoh dah aku rasa. hahaha
Meja makan ni baru semalam pasang betul2, sebelum ni kaki dia bergegar2, makan pon atas lantai..
Penutup teko dah pecah hasil kelam kabut kat dapur. so tinggal badan janji boleh isi air hikhik.
Tisu, kunci keta, kunci rumah pon kat atas rak buku/majalah ;)
Tiap kali nak pakai baju, aku selongkar beg guni nih. Sekarang better skit sebab aku dah keluarkan semua, letak atas lantai, belum masuk almari je..hukhuk... Baju2 yang kena hanger, kena gosok, semua bersepah..
Kronik, kronik. haha.. uols nilai la sendiri ;)
Dan esok, aku nak balik kampung. Lagi la tak ada masa nak kemas rumah. Then, dah nak puasa, nak kena beli barang2 dapur sempena puasa.
Dengan busines yang makin berkembang maju, bisnes kecik2 tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selain jual choc cookies, aku jadi pemborong untuk brooch mutiara dari Sabah dan kain pasang sulam dari Bukit Tinggi. cuma masih tak ada masa nak update pasal semua tu...
Till then...
aku pun stress klo pack2 & unpack.. dari skolah sampai U sampai skang..ya Rabb, benda tu pling stress..rasa nak buang je sume barang2 tpi sume tu pnting..sabar je la..slow2
ReplyDelete