Wednesday, May 9, 2012

Jalan-Jalan Kundasang dan Ranau

Bangun pagi2, ya Allah sejuk gila sampai nak bangun pon malas. hahaha.. tapi mengenangkan tujuan datang sini nak tengok gunung kinabalu, kuatkan semangat kentalkan hati.. hahahaha... masa bersms nga kak nana sebelum tu, kak nana dah pesan pergi awal2 ke kinabalu park. 


Kinabalu Park

Nak masuk sini kena bayar RM3 sorang. 


Take nothing but photographs, leave nothing but footprints... 


Kat sini, kita boleh tengok view puncak gunung Kinabalu dengan jelas. Dari j.residence hanya ambil masa 1-2 minit drive sahaja. Dekat gile lah. Aku suggest, sebelum terjah tempat2 lain, pergi la ke kinabalu park dulu sebab pemandangan cantik gunung hanya bertahan sekejap je. Aku memang dah survey awal2 pukul berapa kalau nak tengok gunung..Seeloknya macam kak nana cakap, pergi dalam pukul 7 - 9 pagi. Tapi tengok kepada keadaan cuaca jugak, kalo pagi tu hujan, memang berkabus la. 




Serius cantik kan korang.. 
Ni masa mula2 sampai kinabalu park, terus snap2 walaupon celah2 pokok..hihi..

Pastu terus cari port yang orang ramai suka amek tu boleh nampak view gunung lebih jelas tanpa halangan..





Subhanallah, memang cantik sangat view kat sini.. Boleh nampak pemandangan puncak gunung dengan jelas. Cuaca pon elok je. Dari semalam aku dah risau sebab semalam kan hujan, takut esok tak boleh nampak puncak gunung dengan jelas. tapi alhamdulillah, kami dapat tengok sepuas-puasnya. Siap boleh nampak lagi Laban Rata dan Gunting Lagadan Hut tapi kecik je.. teringat pengalaman daki gunung ni, memang priceless.




Sorry gambar tak berapa cantik, aku salah edit pastu malas nak baiki balik.. nak tengok lagi banyak gambar, boleh tengok kat facebook (but only for friends).


Desa Cattle Dairy Farm

Perjalanan diteruskan ke ladang lembu ala-ala New Zealand, Desa Cattle Dairy Farm di area Mesilau.. Dekat je dari kinabalu park, lebih kurang 10-15 minit tak salah aku. Tapi tak terasa pon sebab view sepanjang jalan memang cantik.. 


Teruja betul aku dapat sampai sini. Jalan nak masuk ke sini agak teruk jugak... tapi alhamdulillah kami mampu sampai dengan jayanya..hihi.. 

 Kalau nampak signboard ni, maka betul la tu tempatnya.. anda sudah sampai..hihi..


Nak masuk sini, kena bayar RM3 sorang gak. 


Kami orang pertama sampai ladang lembu tuh hari tersebut. Elok je kami sampai kat entrance, makcik yang jaga kaunter tiket baru je sampai.. Waktu melawat 8.00 pagi - 5.00 ptg.


Masuk tu terus menuju ke arah ni... nak beli susu fresh...




Sambil2 tu, pusing2 dalam tu tapi tak ada apa yang menarik pon.. Ada la skit2 jual cenderamata macam t-shirt, mug.. aku cari gak fridge magnet takde plak. Kat fb diorang ada tunjuk memang ada fridge magnet.. Lupa plak nak tanya adik kat kaunter tu..



Tempat perahan susu segar.. hihi..
Diingatkan waktu perahan pukul 3 ptg. So kalau sapa2 nak tengok sesi perahan susu ni, sila bajet masa anda betul2. Aku malas nak tunggu sebab gilalah lama lagi kot. Masa aku pergi tu baru pukul 8.00 pagi.. 




Nampak tak kabus tu... sepatutnya leh nampak view gunung kat sini.. masa ni aku rasa dah dekat2 nak pukul 9 pagi.. tapi takpelah, tadi dah tengok kat kinabalu park dan di sepanjang jalan nak ke sini..






Kami setting self timer pastu letak atas kereta sewa kami.. hahaha...






Lepas bergambar sepuas2nya..sebenarnya tak puas lagi, tapi encik suami suh cepat sebab nak cepat..hahaha..kami keluar ke pekan Kundasang.. cari makan sebab belum breakfast yang proper lagi. Sebelum keluar tadi sempat makan roti je.. 


Terjumpa satu restoran nama restoran Intan kat area roundabout pekan Kundasang tu. Aku tengok semua perempuan pakai tudung, dan sorang siap pakai tudung bawal macam orang semenanjung..hihi.. Muka pon memang muka melayu.. So aku terus masuk dan pilih lauk.. ok la sedap jugak.. harga pon ok.. standard macam kat tempat kita. 


Lepas mengenyangkan perut, kami teruskan perjalanan ke..

Poring Hot Spring

Kat Poring Hot Spring ni actually bukan setakat ada kolam air panas, tapi ada canopy walk, butterfly garden, air terjun dan gua kelawar.. tapi tujuan utama aku nak sangat pergi ke sini sebab nak naik canopy walk.. hehehe..


Seperti biasa, mana2 tempat ada fee... Masuk dah RM3 sorang. Pastu nak canopy walk tambah lagi RM3 sorang.. Nak bawa kamera, lagi RM5.. waaaa.. kaya la korang... Tak salah aku, kalau nak masuk butterfly garden tu semua ada fee lain plak. Entah betul entah tidak sebab aku tak tanya.. aku baca review orang je..









Anyway, perjalanan nak ke pondok untuk memulakan 'canopy walk' tu mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. jalan confirm2 berbukit la. aku semput uols. haha. stamina takde langsung. masa tu plak aku konon nak cepat2 sampai atas sekali separuh jalan dah mengah2.. hahaha.. 







Aku baca review orang cakap canopy walk ni ada 4 jambatan.. bukan 4 ye tapi 5 semuanya. first jambatan ok je, 2 masih ok, 3 dah mula ketaq lutut den, 4 makin ketaq.. 5 ok la cepat2 nak abiskan. hahaha... overall, memang terbaik canopy walk ni. sapa pernah naik yang kat taman negara tu, rasanya yang ni biasa2 je.. hahaha.. ye ke? kena cuba la yek. setiap pengalaman tu lain2 kan. 




Selesai canopy walk, perjalanan turun ke area kolam air panas tu ambil masa 10-15 minit jugak. Tapi aku rasa sekejap je sebab menurun laju skit nak melangkah..hahaha..


9 comments:

  1. aku dapat rasakan keletihan nak ke canopy walk..tengok muka pun dah merah, berpeluh..mmg letih betul
    aku rasa yg penting kna pkai kasut proper..

    ReplyDelete
  2. aah mmg letih gilos..hahaha.. doh la lamo doh aku x buat aktiviti gini.. hahaha.. semput gok la.. hahaha..

    aah, paling penting kasut dan pakaian tu biar sesuai.. pakai jeans takpo.. jge pakai dress sudoh..wakakaka..

    ReplyDelete
  3. Ekceli ur bole guna kn 1 tikit entrance rm3 utk semua tmpt yg d bwh tmn2 sbh..mcm hot spring..kundasang memorial..desa castle tu not sure..tp misti guna dlm hari yg sm..ada bbrapa lg tmpt klu x silap yg d bwh seliaan tmn2 sbh..x semua org tahu psl nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ dear for your info.. tapi saya tak semua tempat saya pergi under Taman Sabah. cuma kalau nak ke Canopy Walk memang kena tambah lagi.. dah tanya.. taktau aa kalo kena tipu..

      Delete
  4. Salam.. info tambahan Under Taman2 Sabah Taman Kinabalu,Masilou Nature,Hot Spring (Boleh guna tiket yg sama dlm hari yg sama) War memorial dan desa cattle beli tiket yg berasingan) .. tq

    ReplyDelete
  5. Salam.. info tambahan rakan2 , Taman-taman sabah, masilou Nature dan Taman Air Panas Poring di bawah seliaan Taman Sabah. Utk masuk war memorial dan Desa Cattle beli tiket yang berasingan sbb di selia oleh agensi yg berlainan. Selamat bercuti ke Kundasang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. Thanks Ning for your info.. actually memang tau.. cuma saya tak g ke masilou nature tu.. war memorial pon x pergi.. yg pergi tempat yg leh guna same tiket, just Kinabalu Park dengan Hot Spring.. anyway TQ.. hehehe..

      Delete
  6. Memang cantik sabah ni... X sabar nk gi..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails