Monday, March 26, 2012

#TSDayOut to Kuala Selangor - Bukit Malawati

Ni sambungan dari entry ni. Entry pasal #TSDayOut ni akan dibuat part by part ok.


Dah kenyang semua, ada sedikit ceramah dari pihak Global Environment Centre tentang kepentingan untuk menjaga kawasan paya bakau dan alam sekitar dan menjaga bumi kita. Memang banyak input-input yang diberikan. Kadang-kala rasa mengantuk menguasai diri tetapi tetapi kugagahi untuk mendengar sehingga habis ;p


Selesai ceramah tersebut, perjalanan diteruskan ke Bukit Malawati. Kami semua ‘mendaki’ Bukit Malawati guna tram je ;)


Tram warna-warni ni la kami naik menuju Bukit Malawati :)






Rupa-rupanya, ada macam2 tempat yang boleh kita singgah kat atas sana tu. View kat atas bukit memang cantik. Boleh nampak Selat Melaka lagi.


Rumah Api


Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor - tak sempat pon nak masuk..







Tak tahu ni monyet ke, kera ke.. tapi encik suami cakap ni lotong. Memang banyak gila spesies ni kat atas bukit tu. Sangat friendly. Pastu ada penjual yang menjual makanan khas untuk binatang2 ni seperti kacang, sayur-sayuran dan lain2..




Batu Hampar.

Batu hampar ni ada kisahnya sendiri...

Mengikut cerita lisan, ia merupakan batu sungai yang diangkat ke Bukit Malawati. Ini aku copy dari kosmo online..

Mengikut maklumat daripada Muzium Sejarah Kuala Selangor, Batu Hampar dijadikan sebagai tempat Sultan Selangor terdahulu, Sultan Ibrahim untuk berehat dan menyabung ayam.


“Ada juga orang kampung mendakwa Batu Hampar itu menjadi tempat hukuman pancung seorang dayang yang berzina dan darahnya disimbah ke sekitar bukit.


“Tiada bukti yang dapat mengesahkannya. Bagaimanapun terdapat lebih kurang lima pokok sena berhampiran Batu Hampar mengeluarkan getah berwarna merah yang didakwa darah dayang itu,” cerita Harun.


Bagi memastikannya, krew Jurnal menoreh semua pokok sena itu. Ternyata benar semua pokok di kawasan batu tersebut mengeluarkan getah merah. Di sebalik cerita itu, ada pihak beranggapan getah pokok sena berwarna merah kerana faktor usianya lebih 50 tahun sedangkan getah sena muda berwarna putih.



Inilah pokok sena/angsana yang diceritakan mengeluarkan getah yang berwarna merah. Aku tak pergi toreh pon ;) Aku ni spesies penakut skit ..hehehe..



Ini tempat di mana meriam betina disimpan. 


Semasa lawatan tersebut, kami tidak dibenarkan masuk dalam kawasan meriam betina tu. Hanya mampu pandang dari luar sahaja. Aku nampak ada satu meriam yang dibalut kain kuning tapi lupa plak nak snap gambar yang jelas.. Aku dah lupa sejarah dia macam mana. Yang aku ingat, ada meriam kena pindah pastu semua orang terlibat dengan pemindahan tersebut jatuh sakit... Kalau nak tahu, boleh ke blog Kak Ayu. Memang details kak ayu cerita.. 


Selepas itu, tram kami telah membawa kami menuruni Bukit Malawati ke menuju ke Taman Ikan Air Tawar pula :)


Saturday, March 24, 2012

Sabun Fab Lavender Percuma ;)


Semalam aku on da way balik rumah, singgah Giant Bandar Kinrara sekejap nak redeem free sample 800 gram sabun Fab Lavender. Personally, aku tak pakai sabun brand ni. Kalau sabun debu, biasanya aku pakai Daia dan kalau yang cecair, aku pakai Dynamo. 


Tapi, aku tengok review ramai kat facebook Fab Malaysia cakap fab yang baru ni memang bau sedap. Terus aku excited nak cuba. Lagipon aku memang suka bau lavender. Kebetulan memang Fab Malaysia sedang buat promotion bagi free sample. So, apalagi terus isi form dan dalam masa beberapa hari pihak Fab akan send coupon online kat email dan kita print coupon. Lepas print, kena pergi redeem kat tempat yang diberitahu dalam coupon. 


So, kepada sesiapa yang nak redeem gak sabun Fab baru ni...

1. Klik  Fab Malaysia.
3. Klik Join the discussions now!
4. Klik Lovender Moments Contest.
5. Klik Join the discussion now!
5. Lepas tu akan keluar form, korang isi la details semua.
6. Nanti pihak Fab akan send e-coupon ke email kita (sila check spam folder gak sebab aku punya termasuk dalam spam folder).
7. Korang print pastu pergi la redeem kat tempat yang dinyatakan.


Ni jadual yang aku print screen dari coupon yang aku dapat tu...



Macam aku cakap awal2 tadi, aku redeem kat Giant Bandar Kinrara. Dekat je nga rumah aku.. 


P/s: uols nak minta tolong vote for me kat sini, 
https://apps.facebook.com/oralbsmilemore_my/entry.php?id=45


Thursday, March 22, 2012

#TSDayOut to Kuala Selangor - Taman Alam Kuala Selangor

Sabtu lepas, aku dan encik suami berseronok sehari suntuk di Kuala Selangor. Kami join #TSDayOut ke Kuala Selangor bersama-sama Tourism Selangor. Ada lebih kurang 30 orang join outing ni. Seramai 15 orang dipilih dari facebook dan lagi 15 orang dari twitter Tourism Selangor. Ada juga beberapa orang kawan2 facebook yang aku kenal, antaranya Kak Ain, Abang Fendy, Kak Ayu, Badz dll...


Memang seronok sangat short trip ni.. Bangun seawal 6 pagi disebabkan kena berkumpul di Bangsar tepat jam pukul 7.30 pagi. Sempat lagi pergi ambil memory card kat rumah sepupu. Kalau tak, macam mana nak snap2 kan. Nanti di akhir trip, ada contest iaitu 6 pemenang akan dipilih sebagai best photo.. dapat rm250 tu..Tapi sebenarnya, kalau bawa kamera yang tak ber-memory card mana best nak jalan2 kan.. ape kesss.. hahaha..


Tempat pertama kami singgah ialah kuil lama yang dalam proses baik pulih. Sekejap je singgah kat sini sebab kami semua tak dibenarkan masuk..


Kak ain dan Kak Ayu tu tengah discuss apa tu...


Tapi yang menarik perhatian aku dan suami ialah ni… depan kuil tadi..

 


Pejabat pos yang klasik..hahaha.. toilet masih kat luar.. biasala menantu orang pos Malaysia ;p Memang aku suh Hafiz amek pic pejabat pos ni banyak2 nak tunjuk kat abah.. hihi..


Perjalanan diteruskan ke Kuala Selangor Nature Park a.k.a nama melayunya, Taman Alam Kuala Selangor. Jujur aku cakap, tak pernah tahu pon ada nature park kat Kuala Selangor selama ni. Paling famous kat Kuala Selangor mesti la Kanpung Kuantan untuk tengok kelip-kelip. Yang tu, kita cite kemudian sebab Kampung Kuantan adalah destinasi terakhir kami pada hari tersebut.



Ketibaan kami disambut oleh orang kuat Tourism Selangor, Encik Hafeez dan Encik Fazly.  Sedikit ucapan ringkas diberikan sebelum aktiviti pertama pada hari tersebut bermula..


Sebelum memulakan aktiviti membersih kawasan paya bakau, kami dikehendaki pakai kasut boot..


 


dan diberi taklimat pendek oleh manager Taman Alam Kuala Selangor..




Ini bukanlah kali pertama aku masuk kawasan paya bakau sebab dulu masa pergi Sabah ada singgah kawasan paya bakau di sana.


Perjalanan bermula...





View sepanjang perjalanan ke kawasan paya bakau...







 




Ni boardwalk kawasan paya bakau tu.. Sepanjang berjalan kat boardwalk ni, korang boleh tengok kawasan paya bakau, macam mana rupa pokok paya bakau.. Apa hidupan yang ada kat kawasan paya bakau..


 


Kami berjalan lebih kurang 800 meter kot ke dalam hinggalah sampai kat kawasan clean-up.. Semua orang kena masuk dalam paya bakau tu dan kena kutip sampah sarap kat dalam.. Cuba tengok aku kat photo bawah tu.. Semangat takkk..hihi..



 



Jumlah kutipan sampah kami pada hari tersebut lebih kurang 116 kg. Serius banyak kan. Menurut wakil dari pihak Nature Park, sampah sarap ini sebenarnya datang dari pantai yang berdekatan dan dihanyutkan oleh air laut yang pasang. Macam2 sampah kami jumpa – botol minuman, polisterin makanan, diapers dan macam2 lagi. Nampaknya orang ramai masih tak ada kesedaran pasal kebersihan pantai. Mereka pergi berkelah dan enjoy sepanjang hari.. tapi bila time nak balik, sampah-sarap dibuang di merata2 tempat ;(






Setelah selesai aktiviti clean-up kawasan paya bakau, kami dibenarkan berehat dan makan.. Makanan yang disediakan memang sedap :) atau adakah sebab aku kelaparan disebabkan hanya sempat breakfast dengan roti..hihi.. Janji kenyang, sedap dan enjoyyyy!… Ada air kelapa fresh lagi :)


Cilok pic dari Kak Ayu… Cuma pinggan saya lagi penuh dari kak ayu kot ;p 


Next entry, weols melawat Bukit Malawati pulak ;)


p/s: kena buat part by part senang sikit nak bercerita..Banyak gak tempat kami pergi dalam masa satu hari..


Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday: Won prizes worth up to RM300! Thank you Maybank :)





Tuesday, March 20, 2012

Review Cite Jangan Pandang-Pandang Lakonan Zizan

Semalam aku dan hafiz berpeluang tengok pratonton cite Jangan Pandang-Pandang lakonan Zizan. Ada Kunyit ape celop dan Azhar Sulaiman. Miera Liyana pon ada. Pelakon-pelakon lain tak kenal sangat sebab pelakon baru. Tapi lakonan diorang boleh tahan laa..


Kami pergi tengok preview ni kat Sunway Piramid, anjuran majalah Media Hiburan. Tiket ni aku dapat sebab menang join contest kat fb Media Hiburan. So, dapat la tengok cite ni awal sikit dari korang semua. Yang penting, freeeee... hihi...


Bagi aku cite ni kelakar la sebab ada Zizan.. tapi pelakon2 lain macam tak best sangat. Ada jugak part2 yang terkejut. Sebab konon ada hantu tapi aku tak takut pon cuma terkejut..hahahaha.. Tak salah aku cite ni genre komedi pengembaraan.


Aku bagi 3/5 stars for this movie..



Jangan lupa cite ni akan masuk pawagam di seluruh Malaysia pada 29 Mac 2012...


Sunday, March 18, 2012

Video: Pottery Making By En Hafiz ;)



Encik suami sedang enjoy buat pottery. 


#TSDayOut to Kuala Selangor with Tourism Selangor

What a great experience.. Really enjoy the trip :)


Saturday, March 17, 2012

My New Toy :)



Thanks to Alfa College for this great prize :)
Hadiah ni lucky draw based.. Just like fan page diorang... dan berdoa korang jadi orang bertuah ;)
Mungkin nak let go sebab nak beli yang lain.. hihi..


Friday, March 16, 2012

Annoucement Pemenang Giveaway 2 dalam 1 Oleh Blog Petaibududurian....

Setelah bertungkus-lumus, berhempas pulas, hehehe.. akhirnya dapat juga me announce para pemenang Giveaway 2 dalam 1 Oleh Blog Petaibududurian. Punya la lama korang tunggu result kan..


Apapon, me nak minta maaf sangat2 sebab lambat announce... korang jangan majuk yeee...hihi...


So, tanpa membuang masa jom kita tengok dulu sapa pemenang2 bertuah...



Tahniah kepada Cherosliza Chemat, Sis Lavender, Kak Yang, Ummiaffaf dan Along Nida sebab terpilih sebagai pemenang lucky draw :):)

Cherosliza Chemat dan Sis Lavender akan terima topup RM10 masing-masing ..

Kak Yang dan Ummiaffaf akan terima key chain

Along Nida akan terima FM Langkawi..


Untuk pemenang referral tertinggi yang akan menerima sebuah novel Ombak Rindu..



jatuh kepada...

Fiezah Kecik
http://fiezahkecik.blogspot.com/2012/02/giveaway-2-dalam-1-oleh-blog.html


Terima kasih kepada semua yang sudi tolong me like/vote for me ya... Result contest tu pon masih belum announce.. Plan asal, me nak announce pemenang giveaway ni selepas me tau pemenang contest yang me join tu tapi me takut lagi lambat.. Ni pon dah lambat...


Dan tahniah kepada yang menang.. Jangan lupa email your details (full name, address dan hp no) untuk proses penghantaran to my email, w.syima [at] gmail [dot] com. Lagi cepat uols send details, lagi cepat me hantar hadiah. Oh ya, kepada yang menang topup, just email me korang nak topup apa.. Kepada yang tak menang, jangan kecil hati tau. Ada rezeki dan kelapangan, me buat lagi.. insya Allah...


p/s: Kalau sudi nak minta tolong korang vote me kat link ni.. https://apps.facebook.com/oralbsmilemore_my/entry.php?id=45 ..

Harap Bersabar...

Pada sesiapa yang join my giveaway, harap bersabar ye... insya Allah kalau tak petang ni, esok lusa me announce ya.. Mesti dah sabar nak tahu sapa yang menang novel Ombak Rindu tu kan.. hehehehe..

Monday, March 12, 2012

Vanilla Coklat Dah Nak Habis ;(

Kepada peminat Vanilla Coklat, jangan lupa esok episod akhir drama bersiri Vanilla Coklat.




Dari iklan yang ditunjukkan pada minggu lepas, rasanya happy ending.. so, sama2 kita saksikan Zara dan Amir dapat bersama atau tidak esok, jam 9.00 malam di TV3...


p/s: Me dapat invitation tengok episod akhir ni dengan pelakon2 Vanilla Coklat tapi tengah pikir2 lagi nak pergi ke tak...

Thursday, March 8, 2012

Happy Pioneer Day Warga SCIPP :)

and happy women's day to you as well.


Hari ini, genap 14 tahun usia SCIPP.


Aku ingat lagi first day register, tanggal 8 Mac 1998...


1. Abah suh bangun awal2 untuk register. Hasilnya, aku jadi orang no 4 register masuk dorm. Dorm D1-1, katil no 4. Eh sape terawal sekali ek, Noli ke? hihiiii...


2. Mula2 rasa excited, pastu bila tengok kawasan sekolah, rasa down sikit sebab sekolah tu sekolah baru, padang sekolah pon tak ada rumput.. lebih rupa tanah dari rupa rumput. Pokok pon takde sangat, kecik2 sebab baru tanam... tapi bangunan semua baru..


3. Lepas register, hantar barang aku kat dorm, umi nga abah terus balik..uwaaa... jam2 tu rasa homesick..


Sekarang, lepas berbelas2 tahun.. banyak gila benda berubah...



Dining hall.. Gila cantik... Zaman aku dulu jangan harap nak ada pelapik meja yang cantik gitu. Pastu siap ada set lauk pauk lagi. vantage lagi.. Bertuah korang adik2 scipp.. Zaman akak dulu, serba serbi kurang, simple.. Janji boleh duduk dan makan..hihi..



Ni blok asrama aku yang mula2 register, blok D. Selepas 3 bulan kot, PK Hem buat rombakan besar-besaran supaya pelajar2 form 1 dengan form 4 kena duduk bercampur2 dalam 1 dorm. Kalau tak, sebelum tu, blok D untuk dak2 form 1 sahaja dan Blok C, untuk kakak2 form 4.. Masa tu, 2 blok asrama je digunakan... Selepas pembubaran dorm tu, aku kena dok kat dorm D2-2.. Tingkat 2, dorm kedua..



Inilah dorm ketiga, A2-4. Aku kena dok kat blok  A ni masa form 2 sampai ke form 5. Time ni, blok asrama ditentukan berdasarkan rumah sukan, sapa rumah Arif (biru) kena dok blok A, rumah Bestari, dok blok B, rumah Cekal dok blok C dan rumah Dinamik, blok D (blok lama aku).. Masa ni semangat 'kerumahan' memang sangat tebal (yeke)..hahaha..

Kalau time hari sukan, seminggu - 2 minggu sebelum tu, memang meriah asrama ni. Semua kalut nak buat preparation untuk hari sukan, nak siapkan baju maskot, nak siapkan decoration untuk khemah, nak siapkan pom-pom.. nak berlatih jadi pom-pom girl.. malam2 pon tido lambat je.. Memang banyak gila kenangan..







Pintu masuk asrama blok A dan B.. dah cantik dah.. aku ingat lagi, aku selalu dok depan ni tunggu Zack, Fazah nga Chepoh nak pergi prep..



Ni depan dining hall.. sebelah kanan tu dining hall.. siap ada pondok tu.. zaman aku dulu takde semua tu.. pokok pon susah nak nampak.. panasss..



Aku tak pasti ni kat mana.. Sama ada kat dining hall.. atau kat kantin.. Sape ek lukis gambar buah-buahan ni? aku lupa laaa.. Rasanya dah ada zaman2 aku dulu lagi.. Eh ke silap? hahahaa..



Musolla kami... Siap ada pokok kelapa dengan tempat lepak2 lagi.. Dulu2, kat sini kosong je.. Sekarang nak main sorok2 pon boleh kot..hahaha.. Aku main sorok2 kat atas musolla je.. Musolla tu 2 tingkat.. Kalau lambat pergi solat berjemaah, kat tingkat 2 la tempat aku solat..hihi..

Pastu, nak bagitau satu rahsia.. Masa hari sukan, aku selalu mengelat kalau orang suh aku main apa2.. So, kat tingkat 2 musolla tu la aku dok melepak atau bersembunyi..hihi.. Ko announce la satu sekolah nama aku, mmg aku buat dek..kahkah.



Entah kat mana la ni.. masa aku dulu2 mana ada semua ni... Yang aku ingat ada taman dan kolam bentuk sperma..opsss..hahaha.. Kat tengah2 bangunan sekolah.. Ada lagi ek kolam tu..


Ni anjung puteri kot nama dia.. dah lupa dah.. Aku tak ingat time aku form berapa baru ada anjung ni.. seingat aku, tempat ni jadi tempat ibu bapa datang time2 weekend untuk melawat anak masing2.. kiranya, mak ayah datang sini, bagi nama dan blok mana atau tingkatan berapa, petugas kat situ akan announce nama student tu...

Awal2 dulu, mak ayah kena pergi ke blok asrama, bagi nama dan blok pastu announce.. Ingat lagi tak Kak Nani (ketua pelajar) tak yah pakai pembesar suara pon, pakai suara dia je dah 2 blok asrama leh dengar.. pernah kat sekolah black out time prep, Kak Nani guna 'kelebihan' dia tu suh semua student beratur depan kelas masing2 pastu balik dorm.. hahahaha.. Power gila suara dia sampai satu sekolah dengar..




Kawan2 aku dengan adik2 junior.. Masa ni dorang pergi sekolah alumni buat program skit kat sekolah.. Aku tak join..


Memang banyak gila perubahan sekolah ni. Paling ketara, banyak pokok! hahaha...


Aku pernah terbaca Nani tulis.. Kalau kat facebook, memang dia tapis gila2 bila org nak add dia jadi friend. tapi walaupon tak kenal, kat profile cakap ex-scipp, or student scipp, dia akan approve tanpa pikir panjang.. Sebab perasaan ukhuwah sesama pelajar scipp ni sangat kuat.. walaupon tak kenal, bila tau orang tu budak scipp mesti rasa mcm kenal..hahahaha...


HAPPY PIONEER DAY, korang!!!

I love u lahhhh...



*** credit all pics to Nani


Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday: iPad 3

Sunday, March 4, 2012

Marvelousssssss ;)

Sebelum korang scroll ke bawah, sila click
dan vote for me pls ;);)




char kueh teow dan tako tao sotong dan ayam, gerai tepi jalan di Puchong Utama 






bihun cantonese, butter chicken (terbaik), daging (err masak apa lupa), kangkung belacan 
di Gold Chilli, SS 15, Subang Jaya.




char kueh teow  dan nasi lemak ayam di Mali's Corner, Danau Kota.



sotong bakar, Pantai Morib... terbaikk wooo.. pedas manis masam ada... 


haaaa, tak vote lagi kan,
sila click
https://apps.facebook.com/oralbsmilemore_my/entry.php?id=45
hehehe.. thanks korang.. jasamu ku kenang selalu...hihi..


Thursday, March 1, 2012

Giveaway 2 dalam 1 Oleh Blog Petaibududurian Is Closed!

My giveaway has ended. The result will be out soon. I've noticed some of you are not clicking the LIKE button pon..  or perhaps I just overlook. Please give me some time .. Stay tuned guys...


p/s: If sudi, vote for me pls --> http://bit.ly/waM9Nv


Related Posts with Thumbnails