Monday, March 26, 2012

#TSDayOut to Kuala Selangor - Bukit Malawati

Ni sambungan dari entry ni. Entry pasal #TSDayOut ni akan dibuat part by part ok.


Dah kenyang semua, ada sedikit ceramah dari pihak Global Environment Centre tentang kepentingan untuk menjaga kawasan paya bakau dan alam sekitar dan menjaga bumi kita. Memang banyak input-input yang diberikan. Kadang-kala rasa mengantuk menguasai diri tetapi tetapi kugagahi untuk mendengar sehingga habis ;p


Selesai ceramah tersebut, perjalanan diteruskan ke Bukit Malawati. Kami semua ‘mendaki’ Bukit Malawati guna tram je ;)


Tram warna-warni ni la kami naik menuju Bukit Malawati :)






Rupa-rupanya, ada macam2 tempat yang boleh kita singgah kat atas sana tu. View kat atas bukit memang cantik. Boleh nampak Selat Melaka lagi.


Rumah Api


Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor - tak sempat pon nak masuk..







Tak tahu ni monyet ke, kera ke.. tapi encik suami cakap ni lotong. Memang banyak gila spesies ni kat atas bukit tu. Sangat friendly. Pastu ada penjual yang menjual makanan khas untuk binatang2 ni seperti kacang, sayur-sayuran dan lain2..




Batu Hampar.

Batu hampar ni ada kisahnya sendiri...

Mengikut cerita lisan, ia merupakan batu sungai yang diangkat ke Bukit Malawati. Ini aku copy dari kosmo online..

Mengikut maklumat daripada Muzium Sejarah Kuala Selangor, Batu Hampar dijadikan sebagai tempat Sultan Selangor terdahulu, Sultan Ibrahim untuk berehat dan menyabung ayam.


“Ada juga orang kampung mendakwa Batu Hampar itu menjadi tempat hukuman pancung seorang dayang yang berzina dan darahnya disimbah ke sekitar bukit.


“Tiada bukti yang dapat mengesahkannya. Bagaimanapun terdapat lebih kurang lima pokok sena berhampiran Batu Hampar mengeluarkan getah berwarna merah yang didakwa darah dayang itu,” cerita Harun.


Bagi memastikannya, krew Jurnal menoreh semua pokok sena itu. Ternyata benar semua pokok di kawasan batu tersebut mengeluarkan getah merah. Di sebalik cerita itu, ada pihak beranggapan getah pokok sena berwarna merah kerana faktor usianya lebih 50 tahun sedangkan getah sena muda berwarna putih.



Inilah pokok sena/angsana yang diceritakan mengeluarkan getah yang berwarna merah. Aku tak pergi toreh pon ;) Aku ni spesies penakut skit ..hehehe..



Ini tempat di mana meriam betina disimpan. 


Semasa lawatan tersebut, kami tidak dibenarkan masuk dalam kawasan meriam betina tu. Hanya mampu pandang dari luar sahaja. Aku nampak ada satu meriam yang dibalut kain kuning tapi lupa plak nak snap gambar yang jelas.. Aku dah lupa sejarah dia macam mana. Yang aku ingat, ada meriam kena pindah pastu semua orang terlibat dengan pemindahan tersebut jatuh sakit... Kalau nak tahu, boleh ke blog Kak Ayu. Memang details kak ayu cerita.. 


Selepas itu, tram kami telah membawa kami menuruni Bukit Malawati ke menuju ke Taman Ikan Air Tawar pula :)


1 comment:

  1. Salam Syima..Nk minta maaf sbb trrrrrrlewat tau ttg kemenangan kat blog ini.
    Atie adalah antara pemenang keychain..iaitu KAK YANG.masih blh tebus hadiah ker?
    http://petaibududurian.blogspot.com/2012/03/annoucement-pemenang-giveaway-2-dalam-1.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails