Wednesday, July 14, 2010

World Expo 2010 Shanghai China, Malaysia kena kritik


 Maskot rasmi Expo 2010, Haibao

Semalam tengok Buletin Utama, "Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia kena kritik". Mati-mati aku ingat Pavillion kat Jalan  Bukit Bintang tu kena kritik.. Haha.

Kalau nak tahu, sekarang ni ada satu ekspo terbesar sedang berlangsung dekat Shanghai, China. Ekspo ni akan berlangsung selama 6 bulan bermula 1 Mei 2010 - 31 Oktober 2010. Bapak lama kan. Kalau korang nak pergi tengok masih sempat lagi. Tema dia "Better City, Better Life". Setakat 4 Jun 2010, sebanyak 239 buah negara dan kawasan serta pertubuhan antarabangsa telah mendaftar untuk menyertai ekspo dunia kali ini.

Apa yang tak bestnya, Pavilion Malaysia kena kritik. Menurut berita tu, Malaysia dikritik kerana Pavilion yang dibina hanya mempamerkan kraftangan dan hasil-hasil ciptaan tempatan yang sudah berlambak di Pasar Seni ataupun di pusat-pusat kraftangan Malaysia. Kata pengkritik-pengkritik lagi, Malaysia tidak mengambil peluang ini untuk menonjolkan kecanggihan serta teknologi yang ada di negara kita. 

 Pavilion Malaysia yang berkonsepkan rumah Minangkabau.

Pavilion Malaysia dilabel sebagai "Pusat Kraftangan" kerana asyik-asyik mempersembahkan persembahan tradisional bangsa-bangsa di Malaysia. Memang agak memalukan sebab kalau nak dibandingkan dengan negara-negara jiran kita seperti Indonesia dan Singapura, senibina pavilion kita agak ketinggalan.

  Pavilion Indonesia yang dibina sepenuhnya dari buluh


Pavilion jiran kita, Singapore

Okay, sekarang layan gambar-gambar pavilion dari negara-negara lain pulak...

Pavilion tuan rumah, China dianggap paling unik.


Pavilion Juara Piala Dunia 2010, Spain


Brazil dengan konsep 'Negara Bola' dan tarian Samba


Pavilion UK. Paling menarik.


Pavilion Denmark. 


Pavilion Romania


Pavilion Korea


Pavilion Hong Kong


Pavilion Thailand. Memang tak boleh nak tinggal kesenian Thai juga macam kita ;p


Pavilion Greece. Birunya..


Pavilion Italy. Nampak biasa je kan.


Coca-cola pon ada pavilion. Hehe


Untuk maklumat lanjut, sila ke Expo 2010 Shanghai China

Hilang Kawan, Hilang Sahabat



Well..tajuk dia macam apa je. Tadi baru je baca entri Puan Liza Dari Jerman, bukan Cik Salmah Dari Scotland okay. Haha.. So, lepas baca entri tu macam pernah terkena kat diri sendiri je.

Sebab apa aku cakap macam tu, sebab seorang kawan dah delete aku dari friendlist Facebook dia. Friendster aku tak pasti sebab aku memang tak aktif dah berfriendster so i don't care.

Mula-mula aku tak perasan tapi akhirnya terperasan la gak sebab aku kan selalu jenguk kawan-kawan melalui facebook. Tetiba nampak nama dia kat komen kawan-kawan, so terus klik then terus nampak Add as Friend... What? Ko delete aku? Pelik gak aku, apa salah aku dengan ko... Bagi korang la, kalo dah orang delete korang dari friendlist, apakah maksudnya itu?

Okay, ikhlas cakap kat sini, mula-mula aku rasa sedih gak. Tak pernah seumur hidup aku, aku putus kawan. Serius, mungkin korang tak percaya kan. Even kalau aku ada terasa hati ke, sakit hati ke, terjatuh hati ke, biasanya aku diam atau senyap aje. Kalau tak tahan pon, aku balas balik pastu aku diam, malas nak layan dah. Lepas tu, aku jadi okay balik. Tu aku, tak pasti dengan dia.

Lepas tu, lama-lama aku jadi okay balik sebab aku fikir, kalau orang tak sudi nak berkawan nak buat macam mana. Mungkin ilmu yang dia belajar selama ni belum cukup untuk menjadikan dia seorang yang berfikiran positif dalam tindakan dia.

Selama hari ini, aku tak pernah cerita lebih-lebih apa yang pernah kami hadapi, apa yang kami buat. Walaupon aku dah tak macam dulu, tak bermakna aku suka laga-lagakan orang, buruk-burukkan orang. Malah apa yang terjadi selama ni, aku tak pernah kisah dan ambil hati. Tak salahkan dia langsung pon. Orang lain yang pong-pang-pong-pang, aku pon terpalit sekali.

Sekarang, kalo aku jumpa dia, aku masih macam biasa. Masih bertegur sapa kerana dia masih kawan aku macam biasa. Bagi aku tak ada apa yang berubah, tak tahu la dia mungkin dalam hati menyampah kat aku... ;p


P.S: Sapa-sapa yang aku tak kenal dan nak add aku kat FB, susah sikit nak approve sebab bagi aku FB aku ni memang untuk kawan-kawan 'nyata' aku aje. Sorry okay... Tak kenal maka tak cinta... Mungkin korang leh message-message dulu ke... :p

Tuesday, July 13, 2010

Subhanallah. Korang kena cuba ni...


Tengok 3 titik hitam kat tengah kalimah Allah tu selama 10 saat, lepas tu tengok ke dinding. Apa korang nampak? Subhanallah, aku dapat tengok kebesaran tu...

Credit this info to AmazingNara

Dari Kaki Tangga Ke Menara - Fauziah Latiff

Dari Kaki Tangga Ke Menara
Fauziah Latiff


Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

( korus )
Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

( 3 )
Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara

( 4 )
Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

( ulang 3 & 4 )

( ulang korus, 3 & 4 )

P.S: Aku dedicate lagu ni khusus buat adik-adik aku - Ngah, La, Kak Chek dan adik. Tak lupa kepada kawan-kawan aku yang sentiasa bersama-sama ketika susah senang. 

Saturday, July 10, 2010

Contest Pertama dari Miszlullaby

Anyway, malam ini tak ada aktiviti menarik. Encik suami keluar jumpa kawan sekejap, malas nak follow. Since boring ni, teringat la pelawaan seorang friendly blogger untuk join contest yang dianjurkan oleh beliau, miszlullaby. Thanks miszlullaby sebab sudi invite ye. 

Click picture atas untuk terus ke laman kontest miszlullaby

Yang penting kat sini, hadiah-hadiah dia sangat menarik okesss..
Tada..
 
Ni hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh para peserta.

Punya la asyik tengok hadiah dia kan. Kalau boleh nak semua tapi hadiah tu semua telah didecide untuk beberapa pemenang okay. Cakap pasal hadiah ni, lupa keeee syarat-syarat penyertaan? Kalau tak memenuhi syarat, macam mana nak jadi pemenang kan. Hehe.

Okay, setelah digodek-godek gambar-gambar aku yang menarik, macam semua menarik je.. Hahaha, gila perasan.. :p Mana satu jadi pilihan nak letak ni? Haha.. Since, aku baru balik dari Bali, so aku pilih je la dari gambar dari koleksi Bali aku. Banyak kenangan manis nak diceritakan..



Aku suka gila gambar ni sebab punya la susah nak ambil gambar sorang-sorang dan dalam masa yang sama nak bagi nampak view tu sekali. Ada je orang lain nak menempel. Hehe. Gambar ni juga kenangan masa pergi Uluwatu, Bali. Pertama kali aku dapat pergi Bali bercuti dan percutian tersebut adalah percutian yang pertama bersama-sama suami. Masa ni tengah tunggu nak tengok sunset dan tarian Kecak.


Aku dan penyu. 

Masa ni penyu ni nak menangis sebab aku paksa bergambar. Hehe. Ok tipu daa.. Haha. Actually aku yang penakut nak dok dekat penyu nak bergambar. Penyu tu maintain je, dia pon dah tak heran dengan aku la. Dia dah boring dah posing je kerja dia kat situ. Aku nak angkat penyu tu tapi tak larat (Ok, tipu lagi, aku kan penakut).. So, aku hanya mampu angkat yang ni je... Haha


 Aku dan anak penyu.. =)
Senyum sentiasa lebar. Padahal penakut. Hahaha. Korang tak tahu penyu tu diam kejap je pastu dok kibas dia punya kaki. Cuba tengok tangan aku dok pegang penyu tu punya la erat takut terjatuh. Aku tak takut kalo penyu tu yang terjatuh, yang aku takut aku yang terjatuh kat dalam kolam sebelah tu. :p

Sekarang nak tag seorang kawan iaitu Kak Efaa.  Akak, join contest ni tau, hadiah make-up. I know you'll like it.. Hihi

Kepada yang lain yang berminat juga nak join, jom la join ramai-ramai. Tarikh tutup 30 Julai 2010. Manala tau, aku menang hadiah pertama, korang dapat hadiah kedua. Tak nak kalah tu =)

Thursday, July 8, 2010

Menuju Puncak Gunung Kinabalu

Cerita pasal daki gunung ni, Gunung Kinabalu satu-satunya gunung yang aku naik. Haha. Bukit Broga yang kat Semenyih pon aku tak pernah pergi apatah lagi Gunung Stong. Haha. Naik tangga nak pergi mandi Sungai Gabai pernah looo..

Macam mana leh terlibat dengan aktiviti ni ialah sebab aku ni gila berjalan, buka acara jalan kaki ok, tapi gila pergi berjalan-jalan. Masa kat kolej (kolej kediaman ye), ini adalah salah satu projek kolej yang melibatkan aktiviti berjalan-jalan. Nama projek ni, Projek Menggapai Kinabalu.

Okay, aku pendekkan cerita. Actually ni cerita ni cerita lama sebab dah lama dah aku pergi Sabah untuk daki Gunung Kinabalu ni, kira-kira 3 tahun lepas. Trip ke Sabah dan daki Gunung Kinabalu ni adalah selama 6 hari, 09/02/2007 - 14/02/2007. Masa mula-mula sampai Sabah, kitaorang tak terus pergi daki gunung. Mula-mula pergi Tanjung Aru, makan-makan. Then pergi UMS, kunjungan mesra kami dari Kolej Kediaman Kinabalu, UM ke Sabah. Hehe. Pastu pergi tengok live band budak UMS anjur. Pergi Muzium Sabah. Ambil-ambil angin dulu sekitar Kota Kinabalu.

 First day sampai, makan-makan di Tanjung Aru.

 Muzium Sabah


Sebelum hari nak pergi Kundasang, sempat lagi pergi pasar besar kat tengah-tengah Kota Kinabalu tu, cari keperluan naik gunung yang tak cukup lagi. Nanti aku share pasal tips-tips keperluan nak daki gunung dalam entri lain ye kawan-kawan.

Hari ke-4 iaitu sama tarikh dengan tarikh birthday aku, 12/02/2007, kami berangkat untuk ke Mount Kinabalu Park. Untuk pengetahuan korang, Gunung Kinabalu adalah setinggi 4095.2 meter. Dalam perjalanan, kami menempuh beberapa tempat seperti pekan Tuaran, Tamparuli dan juga Ranau. Perjalanan dari bandar Kota Kinabalu adalah sejauh 80km. Pendakian kami akan bermula dari Timpohon Checkpoint.

Setelah sampai, kami diberi sedikit taklimat pasal pendakian tersebut dan diberi tag masing-masing. Selain itu jugak, setiap orang dibekalkan dengan sebatang tongkat. Tongkat ini adalah untuk memudahkan pendakian. Kalau nak tahu, aku muntah tak sampai 1km pon lagi daki. Sebabnya, aku makan bihun letak telor rebus sebelum sahaja start nak daki. Semua orang makan la, bukan aku sorang (Ayat bela diri).. Lepas muntah tu, aku dah lembik. Paham-paham la kalau dah muntah, dah keluar semua isi ni, memang tak larat. Satu ketika aku pernah jadi orang paling last dalam group kami. Lupa nak bagitau, group kami adalah seramai 50+++. Tapi aku ni semangat kental.. Acececehh, puji diri sendiri nampak.. Betul. Masa tu, aku cakap kat diri aku sendiri, takpe, jalan je slow2. Takut pon ada sebab hutan tu beb. Bunyi unggas-unggas.. macam-macam bunyi yang macam dalam hutan tu. Walaupon, awal-awal pendakian, trek dia agak ok dan teratur, sebab ada tangga. tapi penat weh sebab tangga dia bukan macam tangga kat Batu Caves tu. Ada tinggi sikit, ada rendah, so korang kena melangkah mengikut ketinggian tangga tu.

Ramai kan kami. Hehe. 

 Kami bersama-sama tongkat masing-masing =)

Sampai perhentian yang pertama, aku happy balik sebab dah nampak muka-muka yang familiar. Alhamdulillah. Guide yang ikut group kami dah pesan, nak daki gunung ni untuk yang first timer, masa daki tu slow2 je, tak payah laju-laju tapi janji maintain. Maksudnya, keep walking. Jangan jalan sikit, stop, jalan sikit, stop. Memang lagi penat.

Setelah berhempas pulas, aku sampai ke Laban Rata. Laban Rata adalah tempat rehat sebelum kami meneruskan pendakian ke puncak. Kat sini sejuk gila. Kalau nak kira, Laban Rata ni terletak pada ketinggian 2000 meter dari aras laut. Kira tak sampai 2 km lagi nak sampai puncak. Kat sini, kami makan, borak-borak, gosip-gosip (sempat tu), pastu berehat dan tidur sebelum bangun pukul 1.00 pagi. Pendakian ke puncak bermula pada pukul 2.00 pagi. Masa ni, kami siap pakai baju tebal, torch light kat kepala, sarung tangan, stokin tebal-tebal. Cakap pon keluar asap, ala-ala dok negara omputis gitu. Haha.


Tepat pukul 2.00 pagi, kami teruskan pendakian dengan semangat yang lebih kental. Hehe. Trek ke puncak lagi mencabar. Siap ada tempat yang hampir 90 darjah. Kena pakai tali. Aku takut gak tapi memandangkan masa tu gelap, tak nampak sangat ada gaung ke, jurang ke, aku tawakal je. Masa tu mulut tak henti-henti baca selawat, segala surah yang ingat.

Kami diingatkan untuk sampai check point terakhir, Sayat-Sayat Hut sebelum pukul 6 or 7 pagi (aku lupa. hehe). Kalau lepas pukul 7, dorang  tak bagi kita teruskan perjalanan. Dalam group kami, ada beberapa orang (tak sampai 5 rasanya) yang tak mampu teruskan perjalanan. Ada yang sesak nafas, ada yang memang kepenatan yang teramat. Stamina penting ye, kalau korang ni kurus slim je tapi stamina tak ada jangan mimpi ok nak sampai puncak.

Lagi satu, sehari dua sebelum daki gunung, korang jangan la makan benda-benda pelik yang tak pernah korang makan. Pernah berlaku masa tahun sebelum tu (projek kolej ni, almost tiap-tiap tahun buat), ada senior aku, punya la seronok sampai Sabah sampai semua makanan nak try. Masa daki gunung, dia kena cirit-birit. Kesian sangat. Kalau nak kira, beliau sangat terkenal dengan ke-aktif-an beliau dalam bidang sukan di koleh kediaman kami. So, setakat jogging 2-3 round pusing UM tu memang kacang la bagi beliau. Tapi nak buat lagu macam mano, kesihatan tak mengizikan, kan..

Berbalik kepada cerita asal, aku berjaya sampai ke check point terakhir dengan jayanya. Berhenti rehat kejap. Kami dah boleh nampak bayang-bayang Low's Peak. Trek lepas tu memang berbatu aje. Bila makin tinggi ni, makin susah sebab oksigen makin kurang, badan dah penat, cuaca tak menentu. Sepanjang aku daki gunung ni, baru la aku ingat balik masa aku belajar Geografi tingkatan 1-3 dulu. Kalau korang ingat, setiap ketinggian, berlaku perubahan muka bumi, tumbuh-tumbuhan pon lain-lain mengikut peringkat. Macam ajaib je, mula-mula hutan, pastu jumpa pokok renek-renek je dan last sekali, tak ada tumbuhan langsung.
 
Cantik kan. Bila aku dapat pergi lagi ye??

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas, aku antara yang berjaya sampai ke puncak. Aku tiba lewat tapi masih bersama-sama group. Akhirnya, perjuangan aku selesai jugak, nak sampai puncak. Kita tak boleh lama sangat kat atas sebab nanti kabus akan mula naik dan mungkin pendakian turun jadi semakin payah. Lepas berehat kejap, ambil-ambil gambar, aku dan rakan-rakan yang masih bersisa kat atas tu mula turun.

Aku di puncak gunung.

Perjalanan turun pon lagi mencabar bagi aku. Malas pon ye. Hehe. Sebab badan dah penat, lapar dan kepala ingat katil aje. Tapi perasaan seronok masih ada. Lagi satu, masa turun ni, make sure kuku kaki korang pendek, kalo tak memang akan patah dan sakit sebab kaki dok tahan badan dari jatuh. Siap leh masuk dalam isi lagi kalau korang tak berhati-hati. Akhirnya semua selamat sampai ke Gate Timpohon kembali lebih kurang pukul 5.00 ptg. Terus kami bertolak ke Kota Kinabalu untuk ke tempat penginapan kami. Sebelum tu, pergi makan dulu tapi masa tu aku memang dah tak ada selera. Penat sangat ye kawan-kawan. Jalan pon macam ketam. Kaki sakit, badan penat.

Keesokan harinya (hari terakhir di Sabah), sempat pergi ke Bangunan Yayasan Sabah. Yayasan Sabah adalah yayasan yang menaja pembinaan Kolej Kediaman kami. Sebab tu le kolej kami nama, Kolej Kediaman Kinabalu, diambil sempena Gunung Kinabalu yang terkenal di Sabah dan seantaro tanah Asia Tenggara.  Lepas tu, pergi Taman Burung, Tanjung Aru lagi dan balik ke Kuala Lumpur dengan Air Asia.

 Depan bangunan Yayasan Sabah.

Wetland kat tengah-tengah Kota Kinabalu.

Itu la serba sikit pengalaman aku mendaki Gunung Kinabalu. Pengalaman yang tak mungkin aku lupa. Tak tahu la bila lagi boleh daki lagi gunung ni. Sape ada pengalaman daki gunung kat mana-mana, share-share la ye.



Contest: LUCKY DRAW BY SHASHA

Hari ini terjumpa satu contest yang sangat senang.So, tergerak hati nak join since tak ada kerja nak buat. Ni first time join contest anjuran kawan-kawan blog ni.. Contest ni anjuran Cik Shasha.


Syarat-syaratnya mudah sahaja:
  1. Jadi follower Cik Shasha ---> DONE
  2. Copy pic di atas di side bar blog anda bersama-sama link ke blog tersebut ---> DONE
  3. Post entry mengenai contest ini, sertakan pic di atas serta tag 2 orang rakan anda. ---> DONE tapi nak tag lebih lehhh?? hehe
  4. Alertkan dekat Sya yang anda dah join contest ini di comment box supaya senang Sya nak kenalpasti peserta ---> DONE
So, sekarang nak tag kawan.. Kalau kawan-kawan lain nak join gak, dipersilakan... 
  1. Era
  2. Zarith
  3. Madi @ Aed
  4. Puan Liza =)
Contest diadili secara cabutan bertuah, so sapa-sapa yang sangat-sangat bertuah je boleh menang (Harap aku bertuah la kali ni..hahaha). Hadiah pon lumayan gak, dapat duit RM50. So, apa lagi mai ramai-ramai pakat cuba nasib =)

P.S: Tarikh tutup contest ialah pada 31 Julai 2010.

Wednesday, July 7, 2010

Gila Nak Kurus Ala-ala Selebriti

Sekarang aku dah makin gemokkk.. Tak suka okay! Hahaha. Macam-macam dah aku buat nak kurus ni, tak kurus-kurus gak. Addoooiii.. Orang gemuk macam aku, nak kurus, orang yang kurus plak nak tambahkan berat badan. Semua tak kena, ada je nak adjust kan. Tapi jangan ambil jalan salah kalau nak kurus. Banyak je cara-cara positif kalau nak kurus. Ni cara TAK positif selebriti nak kurus.



Britney Spears & UBAT.
Britney dipercayai mengambil sejenis ubat yang digunakan untuk mengatasi masalah sukar untuk memberi tumpuan. Salah satu kesan sampingan ubat tersebut ialah hilang selera makan telah mengambil ini untuk mengurangkan berat badan. Antara selebriti lain yang amalkan cara tak sihat ni ialah Lindsay Lohan dan Nicole Richie.


Paris Hilton & TIDAK MAKAN
Ini adalah cara paling popular di kalangan sesiapa sahaja yang ingin kurus iaitu tidak makan. Paris Hilton dikatakan mengunjungi restoran dengan hanya memesan minuman Red Bull tanpa makanan lain. Selebriti lain yang buat cara begini ialah Beyonce dan Marcia Cross.


Teri Hatcher & GILA BERSENAM
Teri pula sangat taksub dengan rutin senaman. Beliau dikatakan berjogging sambil membawa besi angkat berat di kedua-dua tangannya. Teri dilihat sangat terdesak untuk kuruskan badannya sedangkan dia memang kurus! Jessica Simpsons dan Kate Hudson antara selebriti yang taksub bersenam seperti Teri.



Mary-Kate Olsen & AMALKAN KAFEIN
Beliau dilihat seperti anoreksia. Mary-Kate sering dilihat menikmati kopi walau ke mana beliau pergi. Minuman berkafein dikatakan dapat meningkatkan metabolisme serta dapat mengurangkan selera makan. Selebriti lain yang gila kopi macam ni ialah Renee Zellweger (betul ke aku eja ni).

Apa-apa pun, jangan sesekali kita ambil jalan singkat nak kurus macam selebriti-selebriti kat atas. Tak sesuai Dik Non ooiiiii. Kalau sayang nyawa, nak hidup secara sihat, amalkan cara hidup sihat okay. Tak semestinya, gemuk tak sihat cuma.... Haha.. Pokoknya, kena la kontrol. Tapi aku memang tak suka gemok ni sebab susah nak cari baju. Bukan tu aje, kena la jaga kesihatan awal-awal kan. Bila dah gemok ni, penyakit pon suka kat kita. Ye tak?? Nak diet! Nak diet! Hehehe... Puasa leh turun berat ke?? Aku tak turun, maintain je. Adoiii.. Lagi tak suka.

P.S: Aku ada jual produk-produk Yusmira, korang berminat tak? Hihi. Harga memang berpatutan.

Nuffnang VS Youthsays

Aku baru je berjinak-jinak dengan dunia blogging. Mula-mula aku tak suka sangat nak mengarang, nak share cerita-cerita dengan orang tak kenal ni. Biasanya kalau ada gossip terbaru just kawan-kawan sekitar dan yang berkenaan je tahu dan akan diupdate. Tapi dalam tak suka nak blog sendiri, aku suka sangat curi baca blog orang. more to silent reader la. Tak pernah komen, tak pernah klik iklan ke, apatah lagi nak hulurkan salam kat chit chat box tu T_T. Al-maklum lah aku ni pemalu orangnya. Hihihi.

Setakat hampir 2 bulan aku berblogging ni, aku cuba la jugak korek-korek ilmu blogging dengan otai-otai blog. Ada jugak join komuniti macam Kelab Blogger BEN ASHAARI dan GengBlogger.


Bila aku dah selalu skodeng blog-blog orang lain ni, aku tahu actually diorang boleh buat duit sambil-sambil blogging. Aku memang excited sikit kalau bab-bab duit ni. Gelap mata. Hehe. Caranya dengan letak iklan kat blog kita. Yang paling glemer mesti lah NUFFNANG. Kebanyakan blog yang aku lawati, memang cakap syarikat pengiklanan terbaik adalah NUFFNANG. So sudah semestinya aku mencuba nasib dengan meletak iklan-iklan skyscrapers, leaderboard kat blog aku ni. Hehe.

Malah, dengan berdaftar dengan NUFFNANG ni, korang senang nak monitor serba sedikit visitor blog masing-masing. Aku memang suka tengok Analytics, Came From dan semua la function yang ada kat NUFFNANG tu. Tapi paling best la mesti la tengok Earnings kan. =)
Selain NUFFNANG ni, kira-kira setahun yang lepas, aku pernah join komuniti Youthsays. Youthsays ni satu platform untuk bagi reward kepada golongan dalam umur 15-35 tahun. Kita akan dapat peluang untuk memperolehi reward (duit laa..apa lagi...Hehe) melalui beberapa cara contohnya dengan buat online survey, online advertising dan beberapa lagi cara. Yang selalu aku join ialah buat survey dengan advertising tu la. Memang masyukkk.. Aku pon baru aktif balik Youthsays ni sebulan-dua ni je.


Cuma yang tak syoookkk kat sini, pihak NUFFNANG akan melucutkan beberapa keistimewaan jika kita promote link pasal Youthsays ni kat blog yang kita letak iklan mereka. Tu yang aku tak suka. Tapi setelah difikir-fikir, aku terus setia dengan NUFFNANG aje. Kalau Youthsays tu aku banyak promote kat FB aku. Pernah aku promote link Youthsays, terus diorang tukar status geli-geli aku jadi ordinary. Tak nak! Tak nak! Penat tau kumpul buffered earning tetiba jadi separuh. Adoooiii..

Konklusinya, aku setia dengan NUFFNANG di blog aku, Youthsays di FB aku. Ok ape, dua-dua jalan dan masyukk.

P.S: Aku nak juga letak Innity ads tu kat blog ni, tapi takut status geli-geli aku ditarik.. ye ke kena turun pangkat jadi Ordinary? Sape-sape tahu tak?

Tuesday, July 6, 2010

Ayat-Ayat Cinta

Assalamualaikum semua =) Hari ini mood biasa-biasa jaa. Life pon masih sama, tak ada yang menarik berlaku hari ini. Aku masih berpuasa ganti.. Hihi. Maklum laa nak ganti awal-awal, tahap kemalasan sangat menjadi-jadi. Akibatnya, di bulan-bulan akhir macam ni la aku bertungkus-lumus nak ganti puasa. Nasib baik ramai geng.

Semalam aku berbuka puasa dengan Laksa Sarawak. Bukan aku yang buat ok, makcik yang buat. Perghhh, sedap sampai aku hentam 2 pinggan. Hehehe.. Eh, ni buka puasa ke melantak kan. Lupa nak snap 'rupa' Laksa Sarawak tu so aku google nak letak gak gambar biar korang terliur.


OK, berbalik kepada tajuk asal entri. Merapu entah apa-apa tapi bagi tajuk ala-ala jiwang gitu. Adooiii. Okay, cerita sebenar aku nak share 7 Ayat-Ayat Cinta menurut sabda Rasulullah SAW. Sekarang ni memang entri aku islamik sikit sebab nak tambah pahala puasa ganti ni. Hihi. Dah la last-last minute ganti so kena la buat amalan lebih sikit. Hahaha. Sebab aku ni tengah blogging, so aku cuba buat pahala dengan blog ni. Boleh terima ke alasan ni. Macam la korang tak tahu tujuan asal nak update blog. Hahahahaha. Ok-ok,dah.

Sabda Rasulullah SAW
"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah SWT dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan"

No.1 
 Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

No.2
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

No.3
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

No.4
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

No.5
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

No.6
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

No.7
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah SWT.

Monday, July 5, 2010

Peristiwa Israk dan Mikraj

Hari ini aku puasa ganti. Hihi (Itu pun nak bagitahu satu Malaysia kee, dah la baru nak ganti..errrr).. Kalau korang perasan la sekarang ni dah bulan Rejab dan dah masuk hari ke-23 dah. Tak lama lagi, dah nak masuk Syaaban dan seterusnya Ramadhan. Macam cepat je kan masa berlalu. Korang dah ganti puasa ke tak?? Hehehe.


Dalam bulan Rejab ada satu peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu Peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa Israk Mikraj ni berlaku pada 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa tersebut merupakan satu anugerah tertinggi yang hanya dikurniakan kepada Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Pada bulan Rejab tahun ke-11 kerasulan Baginda, telah dianggap sebagai tahun dukacita bagi Baginda. Ini kerana pada tahun tersebut beliau telah kehilangan dua insan kesayangan Baginda iaitu isteri Baginda yang tercinta, Siti Khadijah. Tidak lama selepas, Baginda telah menerima satu berita sedih iaitu kehilangan bapa saudara kesayangan Baginda, Abu Talib. Macam yang korang belajar dan tahu selama ni pasal sejarah Islam, kedua-dua insan tersebut orang yang paling banyak membantu Baginda dalam menyebarkan syariat Islam. Mereka bersama-sama Baginda telah menghadapi ancaman yang dasyat dari Kafir Quraisy Malah, sanggup bersusah-payah dan menghadapi fitnah jahat daripada penentang Islam.

Oleh itu, peristiwa Israk Mikraj adalah satu peristiwa untuk menghiburkan hati Baginda yang sedih.  Israk bererti perjalanan Nabi saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Manakala Mikraj pula bermaksud perjalanan baginda saw dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh.

Semasa dalam perjalanan Israk dan Mikraj ini Nabi S.A.W telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa suka dan duka; menghibur dan menakutkan silih berganti. Nabi SAW diiringi oleh Malaikat Jibril  sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj ini (kecuali ketika Rasullah SAW ke SidratulMuntaha bertemu Allah SWT). Nabi SAW ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan ketika meninjau neraka. Misalnya Nabi SAW diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, pecah dan kemudian bertaut kembali seperti sediakala. Ini  adalah hukuman bagi mereka yang ingkar mengerjakan solat. Nabi SAW juga melihat seksaan terhadap pemakan riba, penzina, pengumpat, pembuat fitnah dan lain-lain. Ini semua memberi peringatan agar kita menjauhinya semasa di dunia ini.

Baginda juga  melihat keseronokan dan kesukaan mereka yang berada di dalam syurga. Nabi tercium bau yang semerbak daripada Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun.  Nabi juga melihat sekumpulan orang yang tidak putus-putus menuai hasil (tanaman)- menandakan bahawa  balasan bagi mereka yang suka menderma dan bersedekah semasa hayat mereka. Peristiwa besar dalam Israk dan Mikraj ini ialah apabila Rasulullah SAW menerima perintah mengerjakan solat. Berbeza dengan ibadat lain seperi puasa, haji, zakat, ibadat solat diterima secara langsung daripada Allah SWT.

Sesungguhnya, peristiwa yang berlaku ke atas Nabi SAW ini mencetuskan kontroversi di kalangan  masyarakat Arab pada masa itu. Mereka tidak yakin dengan cerita Rasullah diisrak dan dimikrajkan dalam masa semalaman sahaja. Mereka menganggap itu hanyalah khayalan belaka. Bahkan tidak lebih daripada  mainan mimpi. Malah bagi mereka yang sedia memusuhi baginda SAW terus melemparkan tohmahan mengatakan: Muhammad sudah gila! Mana mungkin pada akal mereka, perjalanan dari Mekah ke Palestin dengan kenderaan unta mengambil masa selama sebulan, boleh dilakukan oleh Nabi hanya semalaman sahaja.  Begitu juga mereka juga menolak dakwaan Nabi SAW naik ke langit juga pada malam yang sama. Mereka memperolok-olokkan Baginda SAW dengan pelbagai ejekan. Mereka menolak mentah-mentah apa yang Nabi ceritakan.

Bagi  orang-orang Arab yang memang menentang Nabi SAW, mereka menjaja ke merata tempat peristiwa yang dianggap ganjil ini. Bagi mereka yang mula menunjukkan minat agama yang dibawa Muhammad SAW, mula menjauhkan diri. Mereka yang lemah iman pula terus tertewas dan kembali kepada agama asal .Namun bagi mereka yang kuat iman, tetap tidak berganjak dan tetap mengakui kebenaran Muhammad SAW. Saidina Abu Bakar sendiri tanpa ragu-ragu mengiakan apa yang Nabi saw alami. Justeru beliau digelar As-Siddiq iaitu bermaksud 'Benar'.

Sesungguhnya, dengan kuasa Allah dan kehendakNya apa sahaja boleh berlaku. Nabi SAW menggunakan kenderaan Buraq (sepantas kilat) dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini. Sekiranya ia berlaku pada zaman ini, mungkin tidak siapa yang menganggap ia suatu yang mustahil. Dengan menggunakan kenderaan moden serta canggih seperti yang terdapat masa kini, beritahu sahaja ke mana sahaja ceruk rantau kita jelajahi tetap dipercayai, sekiranya kita berkemampuan. Dengan kemahuan dan keupayaan kita  boleh sampai ke bulan atau lain-lain planet, juga menjejak kaki ke mana-mana sahaja yang kita hajati.

Itulah serba sedikit ye kawan-kawan aku nak share pasal peristiwa Israk Mikraj ni. Marilah kita sama-sama menjadikan peristiwa penting ini sebagai peringatan kepada kita. Sama-sama lah kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat, Insya Allah.

*** Sumber : http://www.msdwdc.org, Utusan Malaysia
Related Posts with Thumbnails