Sunday, August 8, 2010

Mohd Khairuddin akhirnya muncul...

Erm, korang pernah tengok video mak Mohd Khairuddin tak? Belum? jom tengok sini (video 1), sini (video 2) dan sini (video 3). Ada 3 video semuanya. Video ni adalah video khas seorang ibu kepada anaknya yang belajar jauh di KL. Macam-macam nasihat mak dia bagi dan paling utama, guna duit dengan sebaik mungkin. Menarik tentang video-video tu, mak dia siap upload dalam Youtube. Canggih tak?? Hehe.

Dah tengok? Apa perasaan korang kalau mak korang macam mak Mohd Khairuddin ni?Hehe...Actually, as expected (ramai yang memang boleh agak), video-video tu semua memang untuk tujuan komersial. Kira bukan yang betul-betul punya. Masa aku tengok, aku dok tertanya-tanya gak, bila la si MOHD KHAIRUDDIN ni nak muncul. Mesti malu kan. Hehe. Tapi die muncul jugak...

Ni video Mohd Khairuddin hantar kat mak dia.

Well.. akhirnya, Mohd Khairuddin muncul jugak. Dan dia siap buat website lagi kat mak dia iaitu www.mohdkhairuddin.com.




So, what do you think, Mum?


Okay, korang nak jugak ke Alliance You:nique Prepaid Card yang macam Mohd Khairuddin tu ada? Apa lagi, jom la join contest Embarrass Yourself and Win Great Prizes.

Hadiah-hadiah pon memang mengancam tau..




Kelik sini untuk tahu lebih lanjut pasal Kad Prepaid Alliance You:nique ni.

3 Idiots, a must watch.

Korang peminat cerita Hindustan tak?? Aku memang peminat tegar okay... tapi tu dah lama. Sekarang minat tu ada la skit-skit. 20 percent je kot. Cerita yang terakhir aku tengok, Slumdog Millionaire. Tu pon, 'orang putih' yang buat, kolaberate dengan orang India.

Semalam, setelah sekian lama aku tak tengok cerita Hindustan yang best, aku layan cerita Aamir Khan yang menang banyak award tu, 3 Idiots. Kalau korang alert, movie ni menang macam-macam award iaitu di 2010 Star Screen Awards, 2010 Filmfare Awards, 2010 Max Stardust Awards, 2010 IIFA Awards dan banyak la lagi. Aku nak senarai satu-satu pon, banyak sangat.


Kadang-kadang, kita mudah menilai persahabatan kita dengan hanya satu kesilapan. Malah satu kesilapan mampu merobohkan 1000 kebaikan yang pernah kita dapat, yang pernah kita berikan. Manusia memang tidak pernah sunyi daripada membuat kesilapan. Kesilapan itulah yang mengajar kita lebih sabar, lebih kuat malah lebih berhati-hati dalam tindakan kita.

Kesilapan pertama adalah kelalaian, kesilapan kedua adalah penagajaran tapi kesilapan seterusnya adalah kebodohan kita sendiri.

Jom layan trailer movie 3 Idiots ni. Movie ni memang lengkap, ada romantik, komedi, kasih sayang dan pengorbanan.


Saturday, August 7, 2010

Cerita Semalam

Minggu lepas memang agak busy. Ahad lepas, MIL, FIL dan jugak adik-adik ipar datang. My FIL ada kursus di Bangi, and yang lain-lain datang melawat kami :) Lagipon kursus tak lama, 2 hari je. Hari Rabu dorang balik macam sunyi la pulak. Kalau tak, meriah je sebab dua orang adik encik suami yang kecil ada, sorang 8 tahun dan sorang lagi 6 tahun. Biasa la budak-budak, they are always good entertainer of our life. Mulut macam bertih jagung sampai penat aku nak jawab. Haha. Bodek no. 1. Adik-adik aku semua dah besar panjang. Yang bongsu pon dah form 3. So, kira aku dah lama tak de adik yang kecik-kecik ni. Lepas kahwin, terus dapat 5 lagi adik expess sebab encik suami aku ni anak sulong like me :) Tanggung jawab besau kan, kan..

Hari Selasa, sempat lagi pergi jumpa ex-housemate, Pie. Kami merancang bisnes kecil-kecilan sempena Ramadhan yang tinggal 3 hari lagi nak kunjung tiba ni. Bisnes apa, nanti aku update later la. Aku buat entri khas okay untuk bisnes kami ni. Kawan aku ni memang suka buat bisnes. So, aku tumpang sekaki la. Jangan tak tahu, Pie ni freelance make up artist. Cantik dia make up.

Ni salah satu hasil kerja Pie. Biasanya memang dia make-up kan aje. Kalau nak suh siapkan full body charge lain okay :) Akak kat atas ni request buat semua, make-up, pakaikan tudung..belit-belit semua la. Baju dan aksesori di atas sewa dengan mak andam, cantik kan?

Okay, sambung cerita balik. Hari Khamis, pakcik dan makcik encik suami datang. Dorang sebenarnya nak pergi Sabah. So, singgah sekejap sementara tunggu flight malam nanti. Dari Kelantan dorang datang naik bas ramai-ramai, geng Felda Kemahang yang nak pergi berjalan-jalan ke Sabah. Hehe.. Aku jugak dok terliur-liur nak ikut. Best tau Sabah. Aku pernah pergi 2 kali. First time masa nak daki Gunung Kinabalu dan second time masa pergi buat installation sistem untuk RHB, tahun lepas. Lepas ni nak pergi lagi.. Banyak tau tempat-tempat menarik kat Sabah. Yang paling aku teringin, nak pergi Pulau Sipadan, Pulau Manukan, Pulau Mamutik.. kira semua pulau la kat Sabah tu aku nak pergi. Oh ya, dorang bawa banyak sangat buah. Buah manggis ada, rambutan ada dan my feberet fruit, buah dokong. Dokong ni macam buah langsat tapi 2 kali ganda manis.


Lepas hantar Ayah Dir dan Ma (pakcik dan makcik encik suami lerrr) di LCCT, kami terus gerak ke Concorde Hotel, Shah Alam. Lupa nak bagitahu, 5 Ogos adalah hari lahir Abe Er yang ke-? Hahaha. Dah tua Abe Er ni, kalau letak lilin, mau penuh sebiji kek 1 kg tu ;p We had a common-common (biasa-biasa aje) dinner. Haha. Apa punya translation laaa.. Actually, buffet dinner di Melting Pot Cafe. Aku tak tahu berapa sekepala sebab Ayah Chik yang bayarkan. Ayah Chik ni pakcik encik suami gak. Yeesss, minggu ni memang minggu untuk family sebelah encik suami ye. Makanan kat situ so-so je. Dari variety of food, memang 2 bintang je. Aku nak bagi 1 bintang je tapi macam kejam je. Haha. Tapi as usual, aku kenyang je. Sempat bangun 4-5 kali nak ambil makanan. Cuba korang bayangkan kalau makanan kat situ banyak dan sedap, entah berapa kali lagi aku bangun ambik. Hahaha.

Sambil-sambil makan, kami sempat request lagu Birthday untuk Abe Er. Abe Er ni malu-malu pulak. Ceh, kalau mengusik orang bukan main lagi ye. Lepas lagu birthday macam-macam lagu la lagi kami request, semua lagu Indonesia yang glamer zaman-zaman dulu kala. Haha. Antaranya, lagu Kasih, Kopi Dangdut, Yang (ni lagu Wali Band).. ada 2-3 lagu lagi la yang dorang nyanyi. Syok gak la dok layan dorang sebab suara macho gilerr. Nasib baik live band dia best. Nanti aku upload video dorang dok nyanyi.

Jumaat, tak ada aktiviti khusus. Petang balik rumah, mandi n bersiap-siap nak keluar lagi. Kak Syila ajak berbuka puasa di Williams. Kak Syila dan Abe Er gerak dulu. Aku dan encik suami follow kemudian. Epi, kawan baik Abe Er pon ada sekali join sekaki. Rupanya, hari ni birthday Epi ni. so, korang sebaya dah la ye. Sorang 5 Ogos, sorang lagi 6 Ogos. Memang cun je mak masing-masing lahirkan korang. Hahaha. Macam berpakat. 

Sekian sahaja update minggu lepas. Hari ini, tengah pikir nak pergi Sogo ke tak. Haha. Lya ajak pergi makan-makan rumah dia. Kak Ha pon ajak keluar this weekend. Abe Naja, sepupu kesayangan aku pon suh pergi makan-makan rumah dia kat Ampang. Wah, memang fully booked. Ahaks ~ ~

Wednesday, August 4, 2010

Mak Mohd Khairuddin Kembali Lagi.. Lebih Kecoh, Lebih Hangat


Okay uols semua, mak si Khairuddin kembali lagi :)
Sape-sape yang dah ketinggalan, sila tengok video 1 dan video 2 okay.

A MESSAGE FOR MOHD KHAIRUDDIN
  
 Klass mak si Khairuddin ni kan, hantar message melalui Youtube. Nak tanya, korang sendiri ada akaun Youtube tak?? Hehe :)



Related Posts with Thumbnails