Hari ni Haziq dah 4 bulan 18 hari..
Macam cepat gile masa berlalu kan..
aku ingat lagi masa tengah berpantang.. rasa lama gilerr tapi bila dekat2 nak abis pantang..
eh rasa macam cepat la plak masa berjalan.. dah nak abis pantang..
masa tu rasa jgn la cepat masa berjalan sebab malas nak start keje balik..
Kasi gambar terbaru satu..
Tengok meleleh susu keluar dari mulut.. papa dia snap picture dulu baru lap.. hahaha.. time ni papa yang tolong jaga sebab Ibu Haziq (pengasuh) pergi hospital.. aku kena keje sobs..
Kali ni nak cite pengalaman bersalin sebenarnya.. kang lagi diperam lama2 jadi pekasam..
so.. sebelum aku lupa, marilah aku share pengalaman melahirkan Wan Haziq Darwisy..
Pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila2.
Rasanya aku ada bgtau sebelum ni, aku ada dua due date.
Satu, 10/3/15 dan another one 13/3/15..
Tapi sampaila tarikh 13/3/1 aku masih tak sakit2 lagi.
Pergi check pon, jalan baru buka 2cm.
So gynae bagi tempoh lagi sampai 16/3/15 (isnin). Kalo tak sakit2 jugak dia akan induce aku hari isnin tu nanti. Setiap kali checkup, kena seluk huhu.. Balik confirm akan keluar darah tapi aku ok je tak sakit. So aku stay je tunggu tanda lagi.
Masa tu mak Apis pon dah datang untuk teman aku dan bawa aku balik kampung nanti. Dia risau Apis kelam kabut sorang2 nanti. Dekat seminggu jugak Mak dok umah aku tapi baby masih tak tunjuk tanda2 nak keluar.
Sampaila hari isnin (16/3/15), baby masih tak tunjuk any tanda nak keluar..
So pergila aku serah diri kat Klinik Bersalin Annur, seksyen 6.
Kalo ikut plan awal, aku nak bersalin kat SALAM, seksyen 19 tapi dekat2 due date aku, boleh plak SALAM naikkan rate harga untuk pakej bersalin.
Setelah tolak tambah, rasanya dah over budget kami.
Tu la berangan sangat nak beranak kat private walaupon tak mampu.. hahaha..
Kalau baby nak keluar ikut pintu ok la, tapi buatnya baby nak keluar ikut tingkap mana nak cekau..
Bila pergi ke Annur tu, doktor wat CTG dulu..
so far, graf semua cantik. baby ok, aku pon ok.
cuma baby besar skit doktor cakap dah almost 3.4kg.
Lepas CTG semua, doktor panggil aku, husband dan Mak aku sekali discuss.
Dia cakap dia rasa tak sedap hati. aku dah overdue dah almsot 1 week dari due date pertama.
Dia ikut first EDD aku sebab kat buku pink, EDD aku 10/3/15.
Dia cakap dia boleh je induce aku cuma kalo berlaku apa2 dia still akan hantar aku ke mana2 hospital terdekat.
So dia cakap lagi bagus aku terus pergi ke hospital senang kalo ada apa2 senang sebab segala kepakaran ada kat sana.
Kalau setuju, dia nak buat referral letter dan suruh aku decide nak pergi hospital mana.
Dalam hati, aku macam pasrah jugak la.
Konon nak lari dari SALAM, pastu pergi Annur sebab nak cari yang affordable skit (also nak yang islamik), sekali Annur pon nak 'hantar' aku pergi hospital lain.
Tapi setelah berpikir, aku decide nak pergi Putrajaya (HPJ).
1. Orang cakap HPJ, hospital gomen paling best hahaha
2. Fasiliti semua lengkap dan canggih dan cantik dan masih baru.
3. Walaupon jauh, aku masih tak sakit dan aku tau aku mesti kena tahan jugak. So pasal jarak tak risau.
HPJ ni setahu aku la, setaraf dengan PPUM - semi gomen.
Ko kena bayar service dorang dengan harga yang berpatutan, tapi tak semahal private hospital.
Yang ni dah prepare awal2 sebab memang plan beranak di private tapi last minutes terpaksa tukar plan.
Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya.
Dan ketentuan Allah adalah yang sebaik-baiknya..
Lepas je dapat referral letter tu, aku call makcik aku dulu sebab nak cakap aku nak pergi HPJ ni. Sebelum ni aku penah tanya dia kalo aku nak beranak di HPJ boleh ke?
Sebab penah la dengar tak boleh suka2 pergi ke HPJ, sebab tempat sana memang terhad dan memang khas untuk orang2 yang dok di sekitar Putrajaya sahaja.
Tapi makcik aku cakap, takpe dia akan tolong janji aku setuju nak pergi je.
Dekat2 nak sampai HPJ makcik aku call cakap boleh terus ke kaunter dan cakap aku nak register sebab dah overdue.
Bila dah sampai HPJ, Apis drop aku dengan Mak kat lobi utama.
Terkial2 kami nak tuju ke mana sebab ni first time aku datang HPJ.
Lepas tanya baru tau kena pergi terus ke bahagian Labour room kat sebelah kiri.
Orang yang tunjuk arah tu suruh aku naik lif untuk sana, tapi bila nak naik lif, mak guard yang jaga area situ tak bagi guna lif, dia suruh aku naik tangga.
Masya Allah memang rasa geram giler sebab masa tu rasa penat giler dengan aku yang jalan tak laratnye.
Bayangkan berat aku masa tu dah 80kg ok!! Nak jalan pon seret kaki ye..
Tapi malas nak gaduh sebab aku dah tak larat. Lantak ko, semoga terus berdedikasi ye makcik!!
Mak Apis dah membebel kesian aku kena panjat tangga.
Sampai je kaunter, terus register. Layanan kat sini memang bagus.
Layanan yang baik, dengan senyuman manis lagi.
So terus hilang geram tadi.
Malas nak pikir sebab sekarang nak pikir pasal nak cepat2 beranak je.
tak sabar dah nak jumpa baby sendiri plus aku pon dah tak larat nak jalan..
tapi gerun jugak bila pikir nak beranak ni.
Nak kena tahan sakit berapa la kalo induce ni.. macam2 dah aku pikir..
Lepas tu kena panggil buat CTG lagi. amek berat dan tekanan darah jugak.. semua ok.. graf cantikk.. tapi bila dah selesai nak tunggu kena admit..
boleh plak staff situ cakap takde katil kosong..
aku kena balik dulu atau kalo nak tunggu kat sini boleh tapi dorang bagi stretcher je dulu..
bila pikir, baik balik kan.. nanti bila dah ada katil kosong, dorang akan call.
Tapi insya Allah akan admit selewat-lewatnya haritu jugak sama ada petang or malam..
Tapi kami tak decide balik rumah terus, ingat nak singgah rumah sepupu Apis kat Equine Park je.. lepak2 sana je la sampai orang hospital call balik..
tapi tak sempat aku nak panas bontot, baru lunch.. orang hospital dah call balik cakap dah ada katil kosong.. so terus makan dan pergi balik HPJ untuk admit..
Sampai sana terus register nak admit..
kena letak deposit dulu dalam rm800 tak salah aku..
tapi Apis cakap dia bagi rm600 je sebab tu je ada dalam wallet masa tu..
orang kaunter tu cakap boleh je bayar tak cukup nanti dah discharge kena settle semua bill.
So masuk la aku ke dalam wad..
dah lupa wad berapa.. tapi satu bilik 4 orang dan ada toilet untuk bilik tu..
so agak selesa la for me..
ni pengalaman pertama aku kena admit ok.
so as long as toilet yang selesa which is tak payah share ramai2 aku dh ok haha..
share dgn 4 orang apa la sangat kan..
yang penting toilet dekat bkn hujung2 wad macam biasa aku tengok..
dulu aku pernah temankan adik aku admit sebab kepala lutut dia retak accident motor kat HUSM Kubang Kerian..
toilet wad kat hujung wad..
kalo malam2 nak pergi toilet memang agak malas la hehehe..
tapi ni satu bilik satu toilet. suka aku.. berbaloi la dengan bill ko bayar apa..
Masa tu Apis and Mak Apis yang teman aku..
tapi nanti dorang kena balik tak boleh nak teman aku..
kat situ memang tak boleh teman.. sedih aku.. tapi takpe la..
masa admit tu pon dah petang so lepas abis waktu melawat dalam pukul 7 tak salah aku (dah lupa), balik la Apis dan Mak tinggalkan aku sorang2 sob sob..
sebelum dorang balik, sempat doktor datang check aku..
rasanya doktor pelatih kot.. dia tanya apa aku lupa tapi benda basic2 la..
Malam tu dalam pukul 8 tak salah aku (lupa lagi), barulah doktor dan doktor pelatih datang melawat aku.. Masa ni la conflict berlaku.. hahaha.. conflict la sangat..
memang la sebab doktor bagi aku option nak beranak normal ke czer..
aku dah confuse...
eh boleh pilih ke? sebab setahu aku hospital gomen (semi act), susah nak offer gini..
biasa dorang akan suh ko normal dulu unless ko memang bermasalah dari awal so terus elective czer kan..
Bermasalah ke aku? baby aku?
Doktor tu macam paham kot persoalan kat kepala aku masa tu..
Dia pon explain la kat aku.. dia cakap kes aku ni special skit thats why diorang bagi option.
Dia cakap aku kan dah almost 5 years kahwin, ni first baby lagi..
pastu ada pengalaman IUI yang gagal, kira mcm precious sangat so dorang taknak bad things happen..
kiranya aku boleh je terus pilih czer sebab kalo nak induce dan tunggu contraction also risky..
sebab macam2 boleh berlaku.. dilema kejap..
aku ni dah la takut nak beranak haha. terus whatsapp Apis,
tanya makcik aku,
pastu sempat whatsapp Eena..
last2 aku masih tak pasti sampai la pagi esoknya.
Esok pagi (17/03/15), aku bangun agak awal dan bersiap2.
Semalam dokotr pelatih cakap doktor akan datang around pukul 7.
giler awal. aku rasa biasa pukul 8 kan hahaha.
padahal tak pernah admit suka2 je buat assumption sendiri.
tapi doktor datang lewat skit kot (dah lupa).
doktor yang datang kali doktor lain dari semalam.
also bersama doktor-doktor pelatih dalam 3 orang. masa tu doktor tanya aku dah pilih ke?
aku jawab saya nak try normal. tapi sekali lagi aku suh doktor explain kat aku risiko beranak normal dan czer..
pendek kata dua-dua ada risiko..
tapi aku rasa aku nak try normal sebab semua encourage aku try normal..
tapi dalam hati mcm tak sabar dah nak jumpa baby.. hihi..
oleh kerana aku pilih normal dan aku sendiri tak sakit2 pon lagi, doktor bagitau kena induce nanti sebelum pukul 12..
Seperti dijanjikan, sebelum pukul 12, doktor tadi datang balik bersama-sama dengan doktor-doktor pelatih tadi.
tapi kali ni ada doktor pakar sekali..
doktor pakar datang kat katil aku, dia soal doktor pelatih tu semua kes aku..
so dorang explain la kat pakar tu..
dah kahwin 5 tahun.. belum ada baby.. first baby..
dah buat IUI tapi failed..
sambil2 tu, pakar tu belek2 buku pink aku..
tetiba dia marah kat dokotr pelatih tu semua..
betul ke patient ni dah kahwin 5 tahun.. actually bukan 5 tahun kan..
4 tahun 9 bulan..
pakar tu cakap you all kena kira betul2..
jangan bila patient cakap 5 tahun, you terima je..
kalo kira tahun, mmg 5 tahun tapi doktor ni kena amek kira semua bukan main tangkap muat je (ok, ayat aku ni ada tokok tambah haha)..
pastu, pakar tu tanya lagi, IUI tu apa kat doktor2 pelatih tu..
ada la sorang jawab kaedah masukkan sperm lelaki ke dalam dan berlaku persenyawaan kat dalam.. melenting la lagi pakar tu..
kesian aku tengok adik2 tu semua..
ni la doktor millenium semua yg dikatakan bijak.. bla.. bla.. kena marah lagi..
jawapan tu tak lengkap..
pastu dia cakap abis tu IVF plak apa, persenyawaan kat luar.. senang betul jawab..
Pastu tetibe doktor pakar tu beralih kat aku plak soal2 aku..
tapi nada dia dah bertukar haha..
cakap baik je.. pastu last2 cakap, dia nak seluk aku..
semalam kena seluk baru 2 cm..
sekali dia seluk jalan aku dah buka 4cm.. terus tak jadi induce..
terus dia cakap aku kena hantar pergi labour room dah..
pastu tanya husband kat mana.. confident je aku cakap ada kat luar (lobby)..
padahal aku pon tak pasti tapi aku tau la Apis ada kat area hospital..
terus aku call Apis..
rupanya dia baru je nak balik, nak amek MIL dan adik2 sebab nanti dah waktu melawat..
terus patah balik pergi labour room nak teman aku..
aku plak, bantai makan dulu sebab masa tu lunch time..
pastu nurse masukkan ubat utk membuang. lepas tu dan2 nak ke toilet..
nurse siap pesan jangan lama2 takut aku meneran dalam tu haha..
tapi lama jugak aku dok dalam tu siap kena ketuk pintu toilet..
dah tu perut rasa memulas2 gilerr..
tapi aku tak teran la.. lebih kepada layan perasaan hahaha..
Lepas tu terus kena tolak ke labour room..
Labour room dia nice jugakk..
mata aku melilau je cari gunting dan pisau haha.. apa kes..
gerun weh pikir kejap lagi nak kena gunting dan jahit..
Pastu doktor masuk check dan kena seluk lagi.. tak suka weh..
sebab aku dah mula rasa tak selesa kat perut mcm memulas-mulas..
CONTRACTION la oii..
ini rupanya rasa contraction.. mild contraction ok lagi la..
nurse kat situ pon friendly..
kena tanya nak amek epidural tak?
mula2 aku rasa macam tak payah kot.. sekali lama2 dok situ macam tak tahan giler..
makin lama makin sakit plak..
masa tu dorang dah pasang wayar masukkan air dan pasang CTG kat perut..
kejap2 doktor masuk check.. kena seluk lagi..
tak suka sebab aku dah sakit, pastu doktor nak seluk..
masa seluk nak kena tahan nafas lagi nak bagi kurangkan sakit..
terus aku request epidural kang dah 6cm tak boleh amek dah..
aku siap tanya ada risiko ke, terus nurse bagi aku brochure utk aku baca..
aku baca macam ok je amek epidural ni.. terus nak..tak tahan sakit..
ada satu masa tu, aku mcm rasa nak terkucil giler..
mintak dengan nurse nak ke toilet tapi nurse tak bagi..
dia cakap tak boleh dik kang awak terberanak dalam toilet..
takpe, aku kencing je la atas katil..
padahal sebelum tu nurse dah pasangkan tiub kencing dah keluarkan semua air kencing tapi lepas tu aku request dengan Apis nak minum air lagi mau tak rasa nak kencing kan..
so aku kencing je la atas katil tu..
lepas masuk epidural pon masih rasa lagi skit sakit sebab dorang masukkan ubat nak bagi rasa sakit contraction tu..
tapi ok la boleh tahan lagi..
tetibe.. doktor masuk cakap aku kena bedah..
jantung baby dah makin lemah.. masa tu macam kelam kabut giler..
Apis kena tunggu luar..
semua nurse2 dan doktor busy siapkan aku nk kena tolak masuk bilik bedah..
aku sign surat pon ketar2..
semua macam lipas kudung..
pastu kena tolak pergi bilik bedah..
sampai sana doktor cakap lagi since aku dah amek epidural, dia akan tambahkan dos ubat bagi aku rasa kebas bawah..
tapi macam tak berkesan je kat aku..
bila dia check aku masih rasa sakit ke tak, aku masih rasa dia cucuk2 tu..
aku rasa ada kot doktor test 3-4 kali..
macam tak effect pon untuk aku.. terus dia decide bius full body..
lepas tu terus aku tak sedar..
Sedar2 aku kena pindah katil..
pastu kena tukar wad, masuk wad yg 2 orang sahaja..
masa tu aku mamai lagi..
tapi aku boleh dengar suara mak ayah Apis, umi aku, adik2 semua..
pastu aku celik pejam celik pejam sebab lalok lagi..
tengok ramai giler sekeliling katil aku..
tapi dorang tak lama pon sebab waktu melawat dah nak abis..
Haziq keluar 5.18pm..
tak pasti plak bila aku kena tolak masuk wad..
tau2 aku dah mula sedar skit, dorang dah nak balik sebab dah dekat pukul 7pm..
pastu nurse bawak Haziq dekat aku suruh breastfeed..
ada keluar skit susu.. rasa janggal kejap hahaha..
malam tu mak Apis yang teman aku..
sebab orang lelaki tak dibenarkan teman sebab bilik tu share dengan orang lain..
Lusa tu dah boleh balik..
Kalo beranak czer ni biasa memang kena stay 2 malam untuk monitor keadaan kita..
Memang tak sabar nak balik..
Pengalaman melahirkan Haziq ni memang aku takkan aku lupakan sampai bila2..
dulu aku cukup takut nak beranak tapi alhamdulillah pengalaman ni tak membuatkan aku serik.. maybe aku tak rasa kena jahit bawah so aku rasa tak ngeri sangat.. huhu..
apapon, semua ada bahagian masing2..
beranak czer ni sakit jugak..
bila dah abis ubat bius tu merasa la kan..
mana tak sakit kalau perut ko kena toreh banyak lapis..
ngeri ok bila pikir..
apapon, semua dah selamat..
thanks pada yang sentiasa mendoakan aku dan baby..