Monday, October 16, 2017

Sumayyah 11 bulan

Salam dan hai...

Aku baru install blogger kat hp ni.
Sebelum ni pernah install dah tapi mana menghilang tak tahu. Aku delete kot.


Kebetulan semalam my baby girl Sumayyah cukup 11 bulan. 
So kali ni aku cite pasal Sumayyah la ya.





Umur 11 bulan ni macam2 dah Sumayyah boleh buat. Kiranya perkembangan dia seiring dengan usia la.
Cuma satu je belum lagi..
Belum tumbuh gigi.
Tapi bab makan laju je.
Semua benda nak makan tapi mestilah aku tapis la kan.
Tercekik budak tu.




Merangkak tu memang dah lama expert.
Dah boleh berdiri.
Dia akan berpaut kat mana2.
Kat aku.
Kat apiz.
Basikal abang dia.
Pastu berdiri.
Dan slow2 jalan dengan bantuan la.





Oh dia dah pandai clap. Ni aku perasan sebulan dua yg lepas..
Sekarang kalau orang cakap bye bye.
Dia pon dah pandai bye bye.
Kalo dia dengar org cakap bye bye, automatik tangan dia akan bye bye.





Ni aktiviti mandi manda bersama.. hihi



Abang Haziq pon nak interframe gak.


Bulan depan Sumayyah dah masuk 1 tahun.
Cepatnya masa berlalu.
Rasanya aku berehat 2 tahun kot untuk next baby hahaha..



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails