Showing posts with label #wanaileensumayyah. Show all posts
Showing posts with label #wanaileensumayyah. Show all posts

Monday, October 16, 2017

Sumayyah 11 bulan

Salam dan hai...

Aku baru install blogger kat hp ni.
Sebelum ni pernah install dah tapi mana menghilang tak tahu. Aku delete kot.


Kebetulan semalam my baby girl Sumayyah cukup 11 bulan. 
So kali ni aku cite pasal Sumayyah la ya.





Umur 11 bulan ni macam2 dah Sumayyah boleh buat. Kiranya perkembangan dia seiring dengan usia la.
Cuma satu je belum lagi..
Belum tumbuh gigi.
Tapi bab makan laju je.
Semua benda nak makan tapi mestilah aku tapis la kan.
Tercekik budak tu.




Merangkak tu memang dah lama expert.
Dah boleh berdiri.
Dia akan berpaut kat mana2.
Kat aku.
Kat apiz.
Basikal abang dia.
Pastu berdiri.
Dan slow2 jalan dengan bantuan la.





Oh dia dah pandai clap. Ni aku perasan sebulan dua yg lepas..
Sekarang kalau orang cakap bye bye.
Dia pon dah pandai bye bye.
Kalo dia dengar org cakap bye bye, automatik tangan dia akan bye bye.





Ni aktiviti mandi manda bersama.. hihi



Abang Haziq pon nak interframe gak.


Bulan depan Sumayyah dah masuk 1 tahun.
Cepatnya masa berlalu.
Rasanya aku berehat 2 tahun kot untuk next baby hahaha..



Thursday, May 18, 2017

Anak2 Demam ;(


Rasa stress pulak sebab baru je demam ok, tetiba semalam Sumayyah demam balik huhu..
Alhamdulillah Haziq dah tak demam cuma ada batuk sikit.
Sumayyah batuk berkahak. Kesian tengok dia batuk. 
Malam kelmarin dah ok. Aku bakar bawang putih seulas, letak olive oil, ramas2 then sapu kat belakang, dada, tapak kaki dan betis Sumayyah. Alhamdulillah tido nyenyak..
Adoiii serius risau bila anak2 tak sihat ni..







Doakan Haziq dan Sumayyah cepat sihat ye semua..
Kalau sudi share la tips yang korang amalkan..




Saturday, April 15, 2017

Sumayyah 5 bulan

Hari ni 15 April 2017, Sumayyah genap 5 bulan.. Semakin hari semakin banyak peel baru..  Syok layan..  Bila layan borak tersembur-sembur air liur tu..

Dah pandai angkat dada menyusur ke depan..  Kadang-kadang masuk gear reverse.. Pastu berguling-guling.. Dari terlentang-meniarap-terlentang balik-meniarap lagi.. Tengok-tengok dah hujung dinding..

Semoga Sumayyah membesar dengan sihat, bijak, sempurna dan yg baik-baik shj utk anakanda..

Wednesday, March 29, 2017

Pengalaman Melahirkan Wan Aileen Sumayyah

Updated: 29/03/17

Aku nak cite sekali harung je.. Malas nak buat part by part..


1. Nak cerita pasal beranak kan Sumayyah.

2. Nak cerita pengalaman beranak kat Hospital Shah Alam (HSAS) yang baru buka awal tahun ni. Aku ada gak google pasal pengalaman orang lain beranak kat HSAS ni tapi tak ada. So at least cerita aku nanti dapat la jadi panduan kat korang yang nak beranak kat sini. Sebelum penyakit malas aku datang balik, marilah aku menaip cepat-cepat.. hehe


Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat atas anugerah Allah, baby Wan Aileen Sumayyah kepada kami sekeluarga. Aku betul-betul tak sangka after lahirkan Haziq, secepat ni aku dapat lagi peluang pregnant dan this time dapat baby girl, Sumayyah. Tak tau describe macam mana. Complete family dah aku rasa. Pertambahan ahli terbaru akan dipikirkan after 2 years haha.. yekeeeer


EDD pertama aku 13/11/2016. Tapi lepas a few scans, dapat EDD kedua 1/12/16 plak. So memang follow EDD kedua tu la. Pregnancy kali ni aku diuji dengan sakit kat tulang pelvik tu. Serius sakit sangat. Seminggu before beranak plak, aku kena buasir. Yang ni lagi sakit. Aku memang kena sembelit yang teruk pregnant kali ni.. Ya Allah kalo la aku tau ostematrix Shaklee tu bagus untuk orang sembelit dengan aku, memang aku amalkan tanpa miss. Tak sangka serasi dengan aku. Aku memang beli oste tu untuk bekal kalsium sebab aku tak minum susu.. tapi selalu miss. Masa berpantang baru aku amalkan tanpa miss dan memang serasi dengan aku.. haaa kan dah melalut sampai cite pasal Shaklee dahhh.


Tak tau kenapa instinct aku kali ni aku akan beranak awal. I mean before EDD. Haziq dulu overdue seminggu. So semua orang assume aku beranak lambat jugak tapi hati aku rasa awal.


Aku ingat lagi hari Ahad, 13 Nov 2016.. waktu Subuh around 6.30am-7pm, aku rasa macam basah kat bawah. Macam ada air mengalir. Aku ingat aku terkencing dalam seluar (ke kain lupa masa tu pakai seluar ke kain) tapi bukan so aku buat dek. Pergi toilet kencing dan nak ambil wuduk. Tapi air tu non stop keluar. Masa tu tak terlintas pon air ketuban. Bila cite kat Apiz baru terlintas eehhh ke air ketuban. Sah air ketuban sebab takde bau dan keluar non stop. Dah call mak kat kampung, sepupu.. semua cakap air ketuban dan cepat pergi hospital.


Aku dah cuak sebab beg aku belum kemas. Nasib baik sehari dua sebelum tu aku dah kemas barang-barang baby. Dah basuh cadar dan sarung bantal baby semua. Recycle Haziq punya je. Aku dah plan nk pergi set comforter tapi asyik tangguh.. amek ko 37 weeks dah beranak haha.. So aku layan la dulu perasaan malas nak pergi hospital lagi. Pergi mandi. Kemas katil baby. Kemas bilik apa yang patut so bila aku dan baby balik, semua dah ready. Prepare bakul makanan aku haha.



Penuh 1 badan Apiz kena bawak barang nak g hospital.. 


Siap mandi terus ajak Apis pergi beli roti, biskut dan milo. Siap singgah Mydin lagi. Sempatla capai ubat gigi dan shampoo. Cari kurma tak jumpa. Then pergi lunch kat kedai Yusri seksyen 17. Lepas tu baru shoot ke Hospital Shah Alam. Dekat je, 10 minit.


Make it short, lepas CTG dan acara selok menyelok, aku kena warded. Jalan buka 1 cm je. Oh lupa, Haziq kami hantar ke babysitter. Nasib baik Kak Zai nak tolong jagakan sebab Ahad kan. Aku dapat wad kelas kedua. 1 bilik 4 katil. Sangat selesa.




Hari pertama takde apa yang berlaku pon. Air ketuban masih keluar non stop so aku kena masukkan antibiotik takut baby kena infection. Pagi esok, around 7pm tak salah aku, aku kena seluk dan dimasukkan ubat induce. Bukaan masih 1cm ke 1.5cm macam tu. Tapi aku masih tak rasa sakit cuma ada rasa perut menegang tapi tak sakit pon. Sakit buasir lagi sakit woiii.. aku dah lupa bila doktor masukkan ubat induce kedua, petang rasanya. Masih takde progress yang memberangsangkan. Bukaan 1-2 cm jugak.


Pagi esok, 15 November doktor masukkan ubat induce ke-3. Kalo takde progress jugak rasanya memang aku kena czer. Aku berjalan dalam wad tu dari depan wad ke belakang wad nak bagi ada jalan buka cepat. Nak jalan pon seksa. Dengan baby dok menekan kat tulang bawah tu, bengkak buasir lagi. Lepas tu dah rasa skit contraction. 15-20 minit sekali kot. Boleh layan lagi la. Masa Apiz datang melawat lunch hour, dah makin sakit. Aku suh dia urut kat pinggang tapi macam tak kena sebab sakit sangat. Sampaila pukul 2, abis waktu melawat, aku dah makin sakit. Dok mengiring tak kena, berdiri tak kena. Masya Allah macam ni ke sakit contraction? Around 3pm, doktor check jalan dah buka 3cm. Nurse inform once ada labour room (LR) kosong dorang terus tolak aku ke sana.


Sampai la pukul 4.30pm, aku masih dok layan sakit contraction. Apiz dah datang sebab waktu melawat petang. Aku suh Apiz pergi tanya bila nk tolak aku pergi LR. Sakit sangat ni dah tak tahan. Terus misi datang suh ready nak tolak ke LR.


Sampai je kat LR, ko tau aku request apa? Epidural wehhh haha..
Nampak sangat tak tahan sakit. Tapi nurse pujuk aku, kita pasang CTG dulu. Then nurse bagi aku sedut gas untuk kurangkan sakit. Serius aku sedut macam naga sebab tak tau cara. Nurse ajar la cara betul nak sedut benda tu. Barula stable skit aku haha. Doktor datang check jalan rupa dah buka 6cm. Lega aku dengar. Mesti dah tak lama lagi aku pikir. Contraction tak payah cakap la. Aku rasa macam 2-3 minit sekali dah. Serius tak tahan. Pastu makcik aku datang 'melawat' kat LR. Makcik aku doktor kat situ. Aku memang tak larat nk bertegur sapa. Dengar je la dia dok tanya doktor dan nurse kat situ. Kejap lepas tu Apiz masuk temankan aku. Semua kat dalam LR perempuan, so kalau korang nak buka tudung pon boleh.


Dalam dok layan sakit tu, aku rasa macam nak meneran sangat. Aku suh Apiz pergi panggil nurse cakap aku rasa macam nak meneran. Sakit. Tak tahan. Ntah kenapa semua nurse takde, semua keluar pergi mana. Tinggal aku dengan Apiz je. Bila Apiz pergi panggil, cepat2 dorang masuk. Check jalan dah 8cm. Wahhh cepat tak sabar ni nak teran. Doktor dan nurse semua cepat-cepat prepare barang. Pastu dorang betulkan kedudukan aku dan ajar aku macam mana nak teran. Aku tak ingat berapa kali aku cuba teran. Serius tak pandai especially time nak curi nafas tu. 3 kali kot aku cuba ke 4 haha.. ok, lupa.. Nurse semua keep supporting aku suh push dan ajar aku meneran. Bagi kata-kata semangat. Pastu aku dengar macam ketua nurse (kot), ok puan kita akan gunting skit ye.. oiii nape ko bagitau nak gunting (dalam hati je laaa).. Gunting je la. Tak payah bagitau. Tapi tak rasa apa pon. hahaaa..


Tepat jam 6.34pm, lahirlah my baby girl yang mami bawa ke hulu hilir dalam rahim mami.. Terus dengar baby menangis dan nurse letak atas dada aku. ALHAMDULILLAH. Apiz sempat tengok masa kepala baby nak keluar tu.


Lepas tu inilah moment yang paling aku takut - KENA JAHIT.
Yang jahit aku tu macam ketua bidan la. Kat HSAH ni, aku tak jumpa pon doktor pelatih. So aku rasa lega jugak la yang jahit aku nanti orang yang berpengalaman dah. Siap tanya bius tak.
Memang bius tapi nurse tu cakap akan rasa jugak especially kat lapisan kulit nipis tu. Ok, tabah je aku dengar. Lama jugak aku kena jahit. Sebelum jahit, nurse tekan-tekan perut bagi darah semua keluar. Lepas puas hati baru jahit. Then lepas abis jahit, tekan2 lagi kot2 ada lagi darah. korek2 skit haha. Rasanya proses tu semua around 30-45 minit baru selesai. Masa kena jahit, Apis kena keluar. Lepas siap semua, baru dia dibenarkan masuk balik.


Masa tu baby dah siap dibersihkan. Aku suh Apiz ambik baby. Apiz iqamatkan.. snap2 photo.. moment yang takkan aku lupakan sampai bila-bila.




Tak lama kemudian, aku dan baby dihantar masuk wad.


Aku kena tukar wad. Dok wad 5B plak. Sebelum tu dok wad 5A. Memang wad 5B untuk ibu-ibu yang dah selamat beranak. Apiz pergi kemaskan barang-barang aku dan bawakkan ke wad 5B. Pastu Apiz tolong letak minyak kat kaki, pakaikan stokin, buatkan air milo panas. Lepas settle semua, baru dia balik.





Aku dan baby kena dok wad selama 2 hari sebab baby kena monitor for 48 hour sebab air ketuban aku pecah awal. Risau kalo baby kena infection ke apa ke. Orang lain yang beranak lebih kurang aku, semua boleh balik esok time lunch. Takpela, demi kebaikan baby. 17 Nov hari Khamis baru dapat keluar.


Overal memang pengalaman yang sangat best beranak kali ni. Layanan doktor dan nurse kat HSAS pon sangat baik dan friendly. Memang highly recommended kalo korang nak beranak kat HSAS ni. Kat sini pon sama dengan hospital lain, ramai yang nak beranak kat sini. Doa-doa la ada rezeki korang kalo nak beranak kat sini.


Alhamdulillah, aku berjaya bersalin normal kali ni dan tak sangka sebab within 2 years dah ada anak 2.









Wednesday, December 28, 2016

Expecting For No. 2


Supposedly post ni up on last June.
Tapi biasa la sindrom malas menjadi-jadi.

We are expecting number 2.





So now only on end of year 2016 baru nak habiskan cerita haha. Ampunnnn.

Sekarang baby number 2 i dah lahir pon hehe.

Make it short.

Presenting our baby girl.

WAN AILEEN SUMAYYAH.




Ni kat dalam labour room lagi.
Nurse dah siap bersihkan. 

Sumayyah lahir on 15 November 2016 pukul 6.34 pm.
Berat masa lahir 2.75 kg.
Alhamdulillah aku berjaya beranak secara normal this time.





Dalam wad. Kena observe for 48 hours sebab air ketuban aku pecah awal 2 days before Sumayyah lahir. So bertapa 2 malam kat wad before boleh discharged.
Sumayyah lahir kat Hospital Shah Alam. 10 minit je dari rumah.
Alhamdulillah semua selamat. 
Cerita details insya Allah i cerita nanti.




Related Posts with Thumbnails