Hari Ahad lepas, sepatutnya aku berbuka puasa dengan Eena, Emma and Kyzer. Tapi telah dicancel last minute oleh kami sebab Emma tak dapat join so mungkin akan dibuat next week. Bila dah bekerja dan berkeluarga ni agak susah nak kumpul semua orang kan. Lagipon, Emma pon tengah sarat. Nanti kita plan lain masa okay.
Tapi takpe, aku dan encik suami ada plan lain. Jemputan saat akhir yang datang bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.. hehehe. Jemputan berbuka puasa bersama kawan-kawan suami aku, geng Sekolah Teknik Pasir Mas. Ada la dalam 15-20 orang. Ala-ala small reunion tak rasmi gitu. Tahun lepas pon ada juga buka puasa sama-sama macam ni tapi aku tak ikut. Tahun ni kena ikut la kalau tak, aku buka puasa sorang-sorang. Most of them aku dah pernah jumpa so takde la kekok sangat walaupon aku sorang-sorang je girl. Auww. haha.
Secara kebetulan, tempat pilihan diorang adalah pilihan Eena dan aku sebelum ni iaitu Nara Seafood Restaurant, Pantai Dalam. Kat sini, yang paling femes mesti la ayam goleknya. Selain tu aku suka kerabu sotong Nara Restaurant ni. Sedap meleleh air liur. Okay, aku letak gambar kasi terliur ye...
Ayam golek nara. gambar cilok dari encik google sebab belum sempat nak snap gambar, ayam lesap licin masuk perut. hehehe
Sos dia sedap, siap ada ulam daun selon lagi :) Aku tak pasti macam mana nak describe 'kejuician', rasa ayam golek @ nara restaurant ni. Yang pasti sedap hingga menjilat jari. Kitaorang order 3 ekor dan semua habis. Kat situ tak boleh order separuh, kena ambil seekor terus tapi laku macam goreng pisang panas je. Tambah-tambah bulan puasa kan. Hehe.
Selepas tu, pergi Pelita Bangsar pulak, lepak-lepak minum air. Kantoi terawih semua. Lama jugak lepak sampai pukul 10.30 malam. Apa lagi kalau lepak kalau tak 'bergosip', 'mengata', 'mengutuk' dan bertanya khabar. Let's photos do the talking okay.
Aku tak tahu apa la yang ku tenung-tenung...
Tengah 'mengutuk' Pudik.. Haha..Sori yang.
Pok chek syok dengar cerita laki aku.
Pelita Bangsar, one of my feberet lepak place. ingat UM, ingat Pelita Bangsar.. ingat nasi kandar Pelita. The best in town beb.
Sumber photo: facebook encik suami dan rakan-rakan