Thursday, May 23, 2013

Perjalanan Ke Utara ----> Alor Setar, Kangar, Kuala Nerang, Bukit Kayu Hitam, Taiping, Kuala Sepetang

Rasanya bulan mei dan bulan jun ni memang bulan yang busy penuh dengan aktiviti kekeluargaan.. termasukla last week ada majlis konvokesyen, last weekend plak kena hantar adik bongsu, Syafiq belajar ke Kolej Mara Kuala Nerang.. dia amek foundation under UniKL.. then sabtu ni sepupu encik suami akan kahwin, pastu esoknya ahad kenduri plak sebelah pompuan.. then, lepas tu 1 jun kenduri sebelah lelaki plak.. esoknya, 2 jun my sis no.3 akan nikah pagi, then lepas tu kenduri sebelah our side.. then, seminggu lepas tu which is 8 jun kenduri sebelah lelaki kat Kuala Kedah.. amacam? nampak tak padatnya sepanjang bulan ni dan bulan depan..


Paling penting jugak, jun adalah bulan special sebab anniversary kami pon jatuh on 9 jun, sehari selepas kenduri kat Kedah tu.. Plan tu ada.. tapi entah jadi ke tak sebab takut penat dan tak sempat.. lagipon, kenduri kendara ni pakai kos banyak jugak dengan nak travel lagi kan.. mungkin this time, pergi habiskan hujung minggu kat somewhere.. nak holiday macam sebelum-sebelum ni rasanya macam tak sempat.. sebelum ni, aku memang plan awal, beli tiket awal-awal walaupon bukan celebrate pada tarikh sebenar anniversary.. tapi this time, memang malas nak plan sebab dah tau tahun ni akan penuh dengan agenda kenduri kendara.. family terdekat plak tu so kenala attend dan memberi khidmat sedia membantu.. hehehe.. tapi tapi aku sebenarnya dah book tiket time air asia sale yang lepas.. hahaha.. tapi yang tu guna voucher kemenangan dari air asia.. so, anggap jela tu holiday sempena anniversary juga walaupon lambat lagi.. takpela, orang mcm aku ni yang selalu budjet dalam semua benda ni tak kisah sangat tak dapat celebrate on time.. janji ada.. hahaha..


OK, nak cite skitla journey ke utara last weekend tu pergi hantar Syafiq ke Kuala Nerang.. cite ni panjang ye uols sebab aku nak cantumkan cite dua hari.. pastu aku cite details skit.. mood menaip tengah mai ni.. hahaha..sama juga kes konvo, Umi tak dapat nak pergi hantar Syafiq register belajar sebabnya nenek kami, yang kami panggil Mama tak sihat.. Biasanya Mama akan follow jugak kalau Umi nak ke mana-mana tapi kali ni, kesihatan dia sangat-sangat tak mengizinkan.. so Umi minta kami adik beradik pergi hantar Syafiq.. kami pergi berempat je.. kami laki bini, Syila adik aku no.3 yang nak kahwin nanti dengan Syafiq.. Kak Chek, Ngah dan husband dia tak dapat ikut sebab ada hal..




Aku book hotel kat Alor Setar.. nama hotel tu The Leverage Business Hotel dekat Bandar Baru Mergong.. hotel ni aku search kat agoda je.. baca review macam ok, so terus book 2 bilik.. RM78 satu malam.. okla.. Bilik ok, cuma agak sempit.. decoration dalam tu konsep moden.. cuma sempit nak solat pon macam susah sikit.. rasanya kalau yang berbadan besar kena amek bilik besar sikit.. pastu paip hujan dia memang best.. air pon laju.. aku book kat Alor Setar ni pon sebab suggestion dari pihak kolej adik aku tu.. tapi dah cakap siap-siap la, jarak dari Alor Setar ke Kuala Nerang around 30-35km.. aku nak book homestay/motel/hotel area Kuala Nerang pon macam tak tahu nak book kat mana.. lagipon nak book last minute confirm dah penuh.. so pasrah jela..


Kami bertolak from Shah Alam, around 10.30 pagi sabtu.. pergi breakfast dulu, isi minyak topup touch n go, barula dapat meneruskan perjalanan dengan tenang.. aku banyak tido je.. hahaha.. singgah sekejap kat RNR Tapah nak beli jambu sedap tu.. pastu meneruskan perjalanan sampai hotel around 3 petang.. terus check in.. berehat sekejap, pastu keluar balik cari makan.. depan hotel tu ada Tesco Mergong.. area situ memang banyak lot kedai.. banyak kedai makan.. tapi sebab lepas ni tujuan kami nak pergi Hospital Sultanah Bahiyah, nak melawat bakal mak mertua adik aku kena warded.. so kami terus menuju ke arah hospital sambil tu carila kedai makan sepanjang perjalanan.. kami singgah kat satu tempat ni, pekena bihun sup.. pastu kat sebelah tu ada orang jual ayam goreng.. sedap.. seketul rm1 je.. gile murah.. aku rasa kat KL, rm2.50 kot seketul kalau kat pasar malam.. bihun sup pon sedap.. lepas kenyang terus pergi cari hospital.. hehehe..




Dari hospital terus menuju ke arah bandar Alor Setar.. saje pusing-pusing.. pusing depan Menara Alor Setar tu.. kat area bawah tu memang ramai orang beriadah, berkelah sebab area tu macam ada tempat nak bersantai-santai.. Sebelum aku datang Alor Setar ni aku ada gak survey tempat menarik kat sini, tapi macam tak banyak sangat.. ada Pekan Rabu, which is aku tak pergi pon sebab dah petang sangat dah nak maghrib.. pastu ada Rumah Mahathir, pon tak pergi.. adik aku semua taknak pergi.. hahaha.. aku sendiri pon macam tak tahu nak pergi ke mana.. tapi kedai makan memang banyak.. kalau datang utara, kena try char kueh teow, sup utara.. aku paling suka moi sup.. dan laksa utara.. pusing-pusing la sekejap pastu terus balik hotel.. masa kami pusing bandar Alor Setar tadi, encik suami update status kat fb.. tetibe bekas cikgu kami yang dah berpindah ke Kangar komen.. suh kami lajak ke Kangar.. datang rumah dia.. hahaha.. hati berbelah bagi.. tapi disebabkan dari Alor Setar ke Kangar around sejam je.. kami setuju nak ke Kangar malam nanti..


Perjalanan ke Kangar malam tu tak sampai sejam pon.. sambil drive sambil tengok tempat orang.. nasib baik ada GPS terus sampai depan rumah hahaha.. terkejut dorang suami isteri kami sampai ke rumah mereka.. encik suami tak cakap pon nak datang hahaha.. kira suprise la.. malam tu sempatla merasa colek mangga.. mangga perlis memang sedappp.. siap dapat bekal bawa balik.. aku dan encik suami ni memang hantu colek.. hahaha.. mangga dia besar-besar.. tak sabar nak balik nak makan colek hahaha..



yang ni yang aku potong kat rumah.. serius sedap gilerrrr.. terliur tak tak? hahaha..


Lepas tu terus balik Alor Setar.. sampai kat hotel around 11.30 malam.. lepak makan sekejap pekena moi sup.. tepi hotel ada banyak gerai tepi jalan tu.. encik suami makan char kueh teow.. sedappp.. cuma moi sup tu dia punya sup dah tak panas.. aku suka sup yang panas-panas tu.. baru berasapp hahaha.. lepas balik hotel, mandi, tengok TV.. tidoooo..


Esoknya lepas berakfast kat hotel, perjalanan diteruskan ke Kolej Mara Kuala Nerang.. orang hotel dah cakap, perjalanan amek masa sejam gak.. tapi alhamdulillah pagi tu trafik memang lancar je.. dengan view kiri kanan yang menghijau.. dalam 30 minit dah sampai kat kolej tu.. orang pon ramai dah beratur nak register.. kami stuck kat pintu pagar besar.. aku dropkan dulu Syila dan Syafiq.. suh dia pergi beratur sementara kami pergi cari parking.. last-last parking kat padang.. hahaha.. siap register semua, beramai-ramai angkut barang pergi hostel plak.. bilik dia kena share 3 orang.. ada meja study sorang satu dengan almari.. sempit skit tapi lengkap semua.. ok la.. dulu aku belajar kat matrik penang.. luas bilik dia.. setiap orang ada partition masing-masing so macam best jugak la.. tapi takpe kat sini pon semua lengkap.. kira selesa la jugak kan..




Kami tak stay lama pon.. pergi dewan besar dia balik.. katanya ada taklimat, sekali ada mesyuarat agung, nak pilih wakil dari kalangan parents.. kitorang lepak kat luar je.. Syafiq suh kitaorang balik je sebab macam tak de apa dah nak ditunggu.. kami pon salam-salam, bagi sedikit kata-kata keramat hahaha pastu terus blah.. pandai-pandai la ko berdikari ye Syafiq.. adik bongsu aku ni manja terlebih skit hahaha.. kalau tak, takkanla buat alasan macam-macam nak balik dari PLKN tu.. hahaha.. naik pening semua orang.. awal-awal beria nak pergi.. malas dah aku nak cite kisah PLKN tu.. nak kata cerpen, panjang plak.. tapi nak buat novel macam tak cukup muka surat.. hahaha..


Keluar je dari kolej, terus kitaorang ke bandar Kuala Nerang.. bandar dia takde la besar sangat.. tapi okla, ada KFC.. hahaha.. favourite Syafiq tu.. banyak kedai serbanika, kedai makan.. okla kalau nak cari barang keperluan semua ada rasanya.. lepas tu kitaorang decide nak ke Bukit Kayu Hitam.. nak tengok apa yang ada kat sana.. perjalanan ke sana dalam 50km dari Kuala Nerang tu.. aku pernah sampai bukit kayu hitam sebelum ni cuma tak pergi pon kawasan bebas cukai dia tu.. kali ni, teringin nak pergi nak tengok apa yang ada kat area sana.. tapi bagi aku, takde apa yang menarik sangat pon... huhu.. mungkin bukan musim cuti sekolah, so tak meriah sangat.. kedai pon tak banyak yang buka.. Ada la masuk 2,3 kedai.. barang-barang dia jual ok gak, murah jugak la.. tapi tak beli apa pon.. Barangan dekat The Zon complex pon tak menarik sangat, aku beli coklat sepeket.. tapi sempatla makan tengahari kat kedai makan kat kawasan kedai tu.. tu pon ada sebuah je kedai makan yang buka.. tapi sebab aku tengok lauk dia menggiurkan, aku terus lunch kat situ.. hahaha..




Selepas tu, kami decide nak balik KL.. kalau ikutkan aku, mau juga ke Padang Besar.. tapi tengok adik aku dah letih.. terus decide balik KL.. mungkin next time kita ke Padang Besar plak.. dengar cite, lagi best dari Bukit Kayu Hitam..


Dekat nak sampai Taiping, encik suami offer singgah makan mee udang di Kuala Sepetang.. umpama orang mengantuk disorongkan bantal, cepat je aku jawab NAK.. hahaha.. kali ni, kitaorang nak try kedai mee udang lain plak. Last time, kami makan kat kedai Mak Jah Mee Udang tu.. femes di Kuala Sepetang.. masa otw ke Kuala Sepetang tu ternampak signboard Mee Udang Port Weld .. so decide nak makan kat situ..




Memang sedap.. for me, lagi sedap dari Mee Udang Mak Jah.. udang fresh dan banyak. berbaloi dengan harga yang dibayar..


Lepas makan, perjalanan pulang diteruskan.. singgah sekejap di RNR Tapah macam biasa beli jambu madu letak asam.. sampai rumah dalam pukul 9.00 malam.. dah malas nak singgah beli makanan.. terus balik, mandi.. santai-santai depan TV..


Dalam kepala aku ada plan buat jelajah utara.. kira macam nak jalan-jalan start from Perak sampai Perlis dan pergi semua main attraction.. tapi entah bila terlaksana.. kena amek cuti 5 hari rasanya.. seminggu jalan-jalan.. hahaha.. nak singgah Ipoh, makan nasi ganja, pergi Lumut dan Pangkor.. pastu pergi Penang, nak pergi makan nasi kandar, padang kota, pusing-pusing pulau.. pastu pergi Sungai Petani, Pantai Merdeka pastu pergi Gunung Jerai.. katanya ada resort kat atas tu.. then pergi perlis.. kalau sempat naik feri pergi Langkawi sekejap.. pastu patah balik, singgah Padang Besar, singgah Penang lagi pergi rumah Emma maybe? hahaha.. pastu singgah Taiping nak dok kat hotel kat Lake Garden tu.. then.. ok berangan is free hahaha.. stop stop..


ok till then... bye... salam..


Wednesday, May 22, 2013

Sambung Cite Konvo..

ok, sambung story minggu lepas.. so aku tampal pic konvo yang ada nga aku kat sini la yek.. malas aku nak edit entry tu....


Dalam ramai-ramai adik beradik aku, dia la yang paling malas nak study tapi bijak.. masa dia dapat 8A PMR dulu umi aku siap tanya betul ke? hahaha.. sebab apa, keje dia tengok TV, tengok TV.. jarang gile tengok dia belek buku study.. pastu SPM pon dia skor 7A tak salah aku.. terus sambung belajar kat UiTM.. yang penting dia ada cita-cita yang dah lama dia set masa belajar sekolah menengah lagi.. Lepas PMR, dia tekad nak sekolah kat kampung je, tak nak pergi mana-mana MRSM or SBP. Pastu dia cakap kat umi nak amik kelas akaun. korang tau la sekolah kat kampung, kelas sains kelas no. 1, so kalau ko pilih kelas akaun, ko dah jatuh dok kelas ke berapa ntah.. so paham-paham la persepsi orang sekeliling, jiran tetangga.. tapi kami adik beradik sokong je minat dia.. bagi aku, kalau dah tau minat ko, dah tau arah tuju ko, kenapa tak terus pergi je kan.. kenapa nak buang masa kat kelas sains sedangkan jiwa ko kat bidang lain.. ini apa yang aku belajar masa aku dah masuk U.. so kami adik beradik pujuk umi cakap la, biarla dia masuk kelas akaun.. dan terbukti masa SPM dia skor.. siap jadi antara best student akaun peringkat negeri.. 







sorry la uols pic semua ni diambil senget benget dari hp encik suami.. hahaha.. yang tak senget ada kat kamera my sis.. malas nak tunggu.. upload je apa yang ada..

Tahniah sekali kak chek!! we proud of you..


Lepas puas bergambar, time to celebrate.. 


Manhattan Fist Market, Subang Parade..


Adik beradik aku ni semua kuat makan.. 
So, hadiah terbaik untuk semua orang adalah belanja makan.. 


bakal pengantin baru.. counting days...



My favourite..


  

Friday, May 17, 2013

Konvokesyen UiTM ke-78


Serius malas gile nak menaip nak membebel kat sini.. entah ke mana mood nak menaip ni.. membebel kat laki rajin plak hahahaha.. tapi demi tak nak blog ni bersawang, berhabuk puh puh.. aku cuba la jugak merajinkan diri.. sementelah sekarang ni kerja di office kena ditangguhkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan so kita isi masa terluang ni dengan update cite terbaru.. cite lama-lama dah malas nak taip, tak kuasa aku nak ingat nak taip.. hehehe..


Rabu lepas, adik yang no.4 konvo.. after 2 and half year dia struggle nak habiskan sijil professional accounting dia tu ape ek orang panggil, CAT kot tak salah aku.. berjaya juga dia habiskan.. haha.. so sekarang dia tengah sambung ACCA plak kat tempat yang sama, UiTM Shah Alam.. 


Umi aku tak dapat datang sebab nenek tengah tak sihat kat kampung.. kira tak larat sangat dah.. kalau nak naik flite pon takut tak larat.. paham-paham le dalam flite tu, walaupon 45 minit je tapi dengan keadaan sempit, susah nak bergerak.. unless la terdesak sangat mungkin nenek aku tahan je la sekejap.. kesian sangat dah dia.. tak lama dia tak pergi ke masjid.. biasanya tak larat pon, dia still pergi.. umi aku pergi amek kat rumah dia hantar sampai tangga masjid pastu hantar balik sampai tangga rumah dia.. ni dia cakap nak jalan dari tangga masjid ke tempat solat tak larat sangat, kaki dia sakit, lenguh-lenguh.. pastu kalau masak tu memang dah lama tak masak, nak masak macam mana nak cedok nasi sendiri memang tak larat, tak kuat nak tekan nasi masa nak cedok tu.. kadang-kadang, baju pon tak boleh nak buka.. ya Allah serius memang aku rasa sedih sangat.. ok stop la cite sedih ni.. 


Hari konvo semua adik beradik dapat berkumpul bersama.. tak nak bagi Kak Chek rasa sedih parents tak dapat datang.. 


Apapon, tahniah my dear sis.. u deserve it selepas bertungkus lumus beberapa tahun ni.. 




ada beberapa keping lagi pic tapi aku malas nak copy from kamera.. nanti2 la yek.. hahaha..



Friday, May 10, 2013

Homemade Murtabak Raja, From Kelate With Love....

Salam uols..


Wah wah tajuk bukan main kan.. sape kat sini pernah rasa murabak raja yang terkenal kat Kelantan tu? apa? tak pernah? rugi rugi uols.. hahaha.. kalau tak pernah, kena la cuba.. 



Lagi satu murtabak raja ni dimakan dengan pencicah jeruk bawang (macam dalam gambar).. jangan risau ni homemade punya.. 





Boleh buat stok untuk bulan puasa nanti sebab murtabak ni frozen tau.. kalau nak makan, just defrost dalam microwave, pasto goreng atas non-stick pan.. nak bakar dalam oven pon boleh cuma lambat skit garing.. aku memang sentiasa simpan stok murtabak ni kat rumah..



aku suka goreng dalam non-stick pan sebab cepat garing.. 



Kepada yang nak mendapatkan Murtabak Raja di sekitar lembah kelang, boleh la contact me kat no ni.. 019-9593125 (Whatsapp/SMS) atau email w.syima@gmail.com


Harga: RM16 (1 pc)


COD area: Shah Alam, Kelana Jaya, Puchong, Seri Kembangan.
** Selain area ini, masih dipertimbangan dengan kos penghantaran atau depends pada jumlah order..

UPDATE: COD di area SHAH ALAM sahaja.



Friday, April 19, 2013

Pekasam...

Ini bukan pekasam ikan tu ye.. ni hadiah-hadiah yang jadi pekasam sebab dah lama terperuk dalam paperbag.. hahaha.. cuma pekasam ni bau sedap dan wangi.. hihii...


ok la, sebenarnya nak share pasal beberapa hadiah yang aku menang dari majalah. ada yang dah bagi kat umi, adik beradik dan kawan-kawan, tak sempat nak snap.. yang ni yang ada dengan aku sekarang.. hehehe..



Produk Clarins dari magazine mana dah lupa.. boleh guna time pergi holiday.. 



Yang ni dapat 2 set, satu nama aku satu lagi nama Ummi..
Kalau ikut menang dapat produk Hada Labo, tapi yang dapat Sunplay.. aku ok je.. 



won from EH magazine, April 2012.. 
yang ni surat sampai kat rumah lama, nasib baik ada cousin stay area sama so minta tolong dia pergi tengok surat ada ke tak.. orang cakap kalau rezeki tak ke mana..




won from GLAM magazine, bulan 10 tahun lepas tak salah.. tapi dapat lambat tak salah awal tahun kot..



yang ni tak sempat guna pon sebab dah expired 31 Mac lepas.. masa tu aku balik kampung sebab ada emergency case.. kalau ikut plan, memang nak pergi weekend terakhir bulan Mac tu tapi takde rezeki..




yang ni dah selamat menjadi hak milik ummi.. 


Jangan la sesapa cakap aku nak riak ke apa.. blog ni sebagai diari atau notepad aku untuk simpan segala kenangan aku especially dalam bab-bab berjalan atau bercuti dan juga hobi aku, join contest.. semua ni hanya sebagai catatan kenangan manis.. ni pon, tak semua kawan or family members yang tahu aku ada blog.. kawan baik aku sendiri pon, dah berbulan-bulan aku ada blog, baru dia terjumpa blog aku ni.. bukan aku nak berahsia, tapi segan hahaha.. 

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday: Mengapa Perlu Mengundi?

Sharing is caring ;)


Dah lupa cilok kat mana.. thanks kepada yang berkenaan.. 

Sunday, April 7, 2013

Assalamualaikum UOLS...

Apa khabar semua? hehehe... harap-harap uols sihat, happy dan bahagia dengan kehidupan masing-masing... ada tak yang rindu kat iols? hahahaha.. perasan kan.


Bila buka balik blog, the last entry was on 31 Jan kan.. Dah lebih 2 bulan tak tulis apa-apa kat sini. Bukannya takde cerita nak cerita tapi kerja banyak pastu campur dengan perasaan malas yang banyak.. hahaha.. sepanjang kehilangan iols ni pon, terlalu banyak benda yang berlaku.. ada yang manis dan ada yang pahit.. early of Feb, encik suami resign dan try to build his own business.. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. 


Pastu end of Feb, pergi jalan-jalan ke Cameron Highlands.. pergi dengan 2 orang adik iols.. trip ni sebenarnya unplanned trip sebab ikut adik yang kena outstaion ke sana.. so tumpang sekaki sebab minyak, toll dan tempat tinggal free.. hahaha.. Kali terakhir ke Cameron tahun 2002 rasanya.. ok, iols share beberapa keping pic ok.. tak banyak pon pic yang diambil..







birthday present?? hahaha.. TQ encik suami...


Walaupon percutian yang singkat 2 hari 1 malam, tapi sangat best sebab boleh rileks, boleh berehat dari kerja-kerja yang tak pernah habis kan.. bolehla lupakan kejap dan enjoy the trip.. tapi Cameron dah banyak berubah kan.. mcm dah banyak pembangunan dan penerokaan hutan.. tak sejuk macam dulu-dulu..


Ok, lepas balik Cameron.. seminggu lepas tu kami ke Taiping sebab encik suami kena outstation ke sana.. first time rasanya sampai ke bandar Taiping ni.. sempat la kami pergi pekena mee udang Kuala Sepetang.. ok, not bad.. sedappp.. pastu pekena Yong Tau Foo yang memang femes kat sana.. 



mee udang Kuala Sepetang..


Masa kat Taiping, gambar mee udang je iols snap.. hahaha.. ni pon guna hp.. tapi sepanjang kat sana, ada la juga pergi Bukit Larut.. pastu pusing area Lake Garden yang sangat cantik itu.. memang cantik dan sangat best beriadah kat situ.. harap-harap Lake Garden tu akan kekal macam tu sampai bila-bila.. jangan la sape-sape yang 'rajin' sangat nak pergi buat pembangunan kat situ.. sayang sebab tempat tu nyaman, teratur, cantik.. orang Taiping mesti suka berphotoshoot kat sini kan kan.. hehehe..


ok la uols, nanti iols tulis lagi ye.. anggap la entry ni sebagai entry 'start engine'.. hahaha..

Thursday, January 31, 2013

KRABI DAY 3 PART 2 & LAST DAY - PUSING KRABI DENGAN MOTOR

Salam uols..


Berjumpa lagi kita dalam segmen cuti-cuti Krabi hihi.. ampun ampun uols.. aku janji aku akan habiskan entry pasal Krabi secepat mungkin ye.. so silakan baca penat aku karang panjang-panjang.. kali ni aku gabung terus la cite hari ke-3 dengan last day ye.. naik muak dah uols baca kan.. hahaaa..


Ok, lepas berseronok dengan aktiviti elephant trekking, agent tu hantar balik hotel, aku ajak encik suami pergi cari makan.. nak lunch sebab pagi tadi makan ala kadar je sekadar alas perut.. dekat dengan hotel tu ada banyak orang buat bisnes sewa motor.. memang awal-awal aku dah tahu cuma untuk first day dan second day malas nak sewa sebab aktiviti penuh kan.. so decide hari -3 baru nak merempit pusing-pusing area Aonang dan area Krabi.. so jom sewa motor.. hehehe



Aku sewa kat kedai ni laa. 250 baht untuk 24 hours.. mahal ke weih? aku rasa macam mahal tapi sebab aku dah malas nak jalan aku amek kat sini je la.. kedai ni dekat dengan hotel kira jalan nak keluar ke jalan besar.. kalau sewa motor kat sini, diorang akan minta original pasport tau untuk simpan bila uols pulangkan balik motor barula dorang bagi balik pasport tu..


Comei kan motor ni.. ni official motor untuk Manchester United tau hahaha.. ok aku tipu.. aku minta nga encik suami nak bawak, dia tak kasi sampai hatiii... haha..


Ok, lepas dapat motor terus la merempit mencari kedai halal nak lunch ni..



Kami makan kat Sareefah Restaurant ni.. area Aonang jugak.. 



gembira nak order makan.. perut dah berkeronconggg wooott..



Terliur aku tengok petai tu.. hihi.. kalau ada budu, mau aku order.. 


g

Kami order tomyam seafood, telur dadar dan ayam sweet sour.. semua sedap.. kecuali ayam tu.. uols tengok ada rupa macam sweet and sour tak?? dah la takde rupa langsung, pastu pedas berdesing.. nak kata rasa paprik pon tak jugak, nak kata rasa sambal tak jugak.. tak habis pon ayam tu.. total bil tak ingat tapi yang aku ingat memang mahal.. telur dadar tu dah 50 baht (RM5).. tomyam tak salah aku 95 baht (RM9.50)..aku rasa kedai tomyam kat KL lagi murah kot.. aku pon tak tahu kenapa kat Krabi ni makanan mahal.. padahal Krabi ni muslim punya tempat tau.. cuma di-conquer oleh orang luar macam orang Bangkok dan Utara Thai.. 




Takpe.. perut dah kenyang so perjalanan diteruskan.. hehehe.. kami decide nak ke Krabi Town sekali lagi.. saje je nak pusing-pusing.. padahal jauh gak dari Aonang tu mau kematu bontot aku hihi.. tapi encik suami bawa rilek-rilek je.. sambil tengok suasana kampung sepanjang perjalanan tu.. Semalam tak nampak  sebab gelap so hari ni cerah benderang boleh tengok dengan jelas.. kami pusing-pusing je tak stop pon.. sebab hari tetiba gelap.. risau jugak kalau hujan kan.. lepas pusing-pusing terus patah balik ke Aonang.. nasib baik tak sesat sebab banyak signboard.. ada juga kami berhenti tanya orang tapi masalah komunikasi plak.. tak semua pandai cakap English.. so kitaorang main hentam je.. menonong je pergi selagi boleh.. agak-agak macam tak tahu patah balik hehehe..


Masa on the way balik ke Aonang tu, kami terjumpa dengan pasar.. tak pastilah ni pasar apa.. ada jual makanan, barang basah, pakaian dan macam-macam la lagi.. pasar malam kot.. hihi.. 


Kedai-kedai ni macam pasar lama kan.. 


Pucuk gajus tu sedap tau.. uols makan tak.. aku memang suka buat ulam cicah budu.. kalau buat ulam nasi kerabu pon sedap.. 



Yang kat atas tu telur burung puyuh.. aku tak tau la nama apa kuih ni.. aku tak beli pon.. pastu kuih-muih.. kerabu ayam.. sosej dan fishball dan segala mak nenek ball.. menarik semua...



Kami banyak beli kat sini.. hehehe.. perut kenyang lagi, tapi masih bernafsu.. hahaha..


Pastu perjalanan diteruskan menuju Aonang..






Ni dah sampai area Aonang.. haa macam tu la rupa tuktuk motorsikal..


Aku ajak encik suami cari somtam lagi macam yang makan kat pulau tu.. tapi tak jumpa sepanjang perjalanan tu.. kami kot tak perasan.. last-last makan kat area Aonang..makan kat kedai ni...



Chaba Thai Kitchen..



Somtam pakej dengan sayur-sayuran.. rasanya sayur lagi banyak dari somtam.. yang ni pon pedas cuma yang kat pulau lagi sedap.. aku memang suka somtam.. somtam ni bukan macam kerabu mangga yang biasa kita buat tu tau.. ada ingredient yang susah nak dapat kat tempat kita.. so rasa dia lain skit laa.. tapi serius gila mahal kedai ni.. aku makan somtam dengan air buah 2 gelas, 250 baht.. tanjat boboi tau.. 



Lepas makan somtam, pusing-pusing lagi dengan motor tu.. sampai la ke pantai ni.. ni bukan Aonang beach.. aku dah lupa dah nama pantai ni.. best jugak kalau nak mandi pantai tapi aku tak mandi pon.. tengok view je.. pastu melantak makanan yang dibeli kat pasar tadi.. hehehe..



Kasi can la orang nak bergambar kan.. hihi.. comeinye helmet awk.. kahkah..



Sebelum sampai hotel nampak pakcik ni tengok buat pancake.. actually pancake ni nama omputih, nama melayu dia roti canai hihi.. betul la.. pakcik tu sendiri cakap.. dia pandai cakap melayu.. tapi roti ni dah ditambah baik dengan diletak cheese la, chocolate la.. memang sedap.. seketul 40 baht.. mahal kan.. makan panas-panas memang terangkat la.. Lepas tu, kami balik ke hotel merehatkan diri.. malam tu kami keluar balik cari makanan haha.. tapi kami cari yang ringan je la buat syarat merasa.. lepas makan kitaorang pergi massage.. hehehe.. lepas buat oil massage, proceed dengan Thai massage plak.. 2 jam sorang.. hahaha.. lepas tu terus balik hotel mengantok...


DAY 4 - LAST DAY



Hari terakhir kami di Krabi, aku bangun pagi-pagi packing dulu barang apa yang patut.. syok jugak di sini sebab lewat sejam dari Malaysia.. kat Malaysia pukul 9.00 pagi, kat sini baru pukul 8.00 pagi.. mana tak syok kan.. hehehe.. sebab motor ada lagi, kami merempit la cari breakfast.. kami pergi kedai yang sama kami pergi second day tu.. aku nak sangat makan pulut ayam tu.. sedapp..


Memang terbaik!! must try tau kalau uols ke Thailand.. tak kisah pergi Bangkok ke, Phuket ke, Hatyai ke.. Kalau area KL, kat area Sg.Besi ada, Kg. Baru ada..



Still Aonang area...



Masa ni singgah kat area ni nak beli souvenir skit yang tak cukup.. pastu ada orang Melayu Thai tegur nak book taxi pergi airport tak.. memang masa tu belum book taxi lagi.. gila slamber badak tak cari padahal dah nak balik check out hotel.. kat sini tak risau sebab taxi berlambak-lambak.. kat hotel pon ada van hotel kan.. tapi sebab dia dah approach kitaorang terus aku amek je la dengan dia.. dapat harga 500 baht.. harga taxi memang standard la ni.. kalau naik van, lagi murah tapi kakak tu cakap dah full untuk tengahari tu..



Deretan kedai nak balik hotel.. masa ni rasa macam tak nak balik.. nak sambung holiday lagi..huhu.. tapi kerja banyak menanti dah kat atas meja.. pastu duit dah makin surut dah hahaha.. so back to reality...




Babai Areetara, babai Krabi.. 
Jumpa lagi lain kali.. 
Poyo je kan aku.. hahaha..
Memang best Krabi ni.. we really had fun here..


Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday: Laksa Penang Sempena Birthday Encik Suami. Happy Belated Birthday!!


Friday, January 25, 2013

Free Seat Air Asia Ke Mana Kita...

Nanti kita sambung next entry ek pasal Krabi tu.. bukan apa, malas nak resize gambar tu semua.. aku memang dah malas nak edit.. just resize pastu letak watermark skit terus upload.. lantak laa gambar tu cantik ke tak.. lagipon iols pakai compact camera biasa je buka DSLR bagai.. kualitinya ala kadar je la.. janji ada kenangan hehehe..


Sebenarnya nak cite pasal Air Asia ada buat free seats sale baru-baru ni. Uols ada book pergi mana-mana tak? Aku? hehehe.. aku dah berjaya menggunakan e-gift voucer Air Asia yang aku dapat tu dengan jayanya hehehhe ;) Memula aku nak cari tempat yang berbaloi dengan voucher value RM500 aku tu.. Kalau boleh taknak kurang RM500, tapi taknak lebih dari RM550.. 


Memula berangan nak ke Boracay Island tapi banyak benda plak nak kena pikir.. Ala..kalau ouls ada tengok Destinasi Cinta kat Astro tu tau la Boracay Island ni yang Mizz Nina dan Noh pergi tu.. hehehe.. Yang masalahnya dari KL takde fly terus ke Boracay.. yang ada ke Clark dulu pastu baru ke Kalibo, getaway nak ke Boracay.. Banyak benda nak study tu mcm mana nak ke sana.. Kalau nak kira, memang cukup RM500 round trip for 2 pax from KL to Clark to Kalibo.. Pendek kata, kena buat research dulu kalau nak ke sana, unless nak fly dengan Cebu Pacific.. dengan Cebu ada direct flight.. So, setelah ditambah tolak aku book ke......



Biarlah rahsia.. hehe.. tunggu bulan 10 baru uols tau ok hehe


Harga tiket pergi balik untuk 2 orang RM380.. aku pon apa lagi terus book sekali dengan luggage dan makanan atas flight nanti. So total RM501 :) RM1 tu pakai guna maybank2u je.. settle semua.. Selain tu, aku book jugak untuk balik kampung raya haji nanti. yang tu RM55 je round trip untuk sorang.. semoga plan ni akan berjalan lancar la.. risiko jugak book awal-awal ni kan.. tapi nak buat macam mana, cara ni je nak dapatkan tiket murah kan.. 


Yang mana tak sempat beli tu, aku rasa lepas-lepas ni Air Asia akan buat sale lagi, don't worry la.. yang penting kena menabung dari sekarang la.. kalau duit berkepuk, baru best skit nak berholiday ni.. tak salah nak berjimat, tapi biar kena pada tempat la.. apapon.. selain berholiday ni tetap ada niat aku dan suami nak ke tempat suci tu.. insha Allah.. semoga Allah permudahkan semua.. uols doakan ye..


Ok, bye...
Related Posts with Thumbnails