Saturday, November 27, 2010

Gieyana's Love Contest

Tarikh tutup contest: 6 Disember 2010


Assalamualaikum dan hai semua.


Mempersembahkan Gieyana's Love Contest
Jom sama sama ekpresikan cinta kita melalui photo kasih sayang masing masing. 




Cinta ini dibina dengan penuh kesabaran yang tinggi, 
kesetiaan yang tak berbelah bahagi, 
kepercayaan yang tak pernah berpenghujung dan...
tolak ansur yang berterusan.


****************************************************

Kenapa I pilih photo ni ialah sebab kami bukanlah couple yang romantik. Hari hari kami dipenuhi dengan usik mengusik, kadang kadang kutuk mengutuk (haha).


Can you see he buat muka mengejek (muka apa tu sayang oooiii) dan paksa I pakai spek sampai I tak tahan gelak sambil orang cepat cepat nak snap gambar kami (apa punya ayat tak paham ooiii)..


Mungkin kami tidak perfect tapi kami complete each other.


One sentence, "I love the way you are".

Feeling blessed today...

as me was entitled to be a winner of giveaway Support Saya dan Anda Berpeluang Memenangi Hadiah Cabutan Bertuah anjuran Nur Solehah.


I tolong support Solehah dalam Smashpop's Lenovo Giveaway yang dia sertai. Dan..untuk menang GA Smashpop tu kena minta support seberapa ramai kawan dan buat entry khas like me buat untuk Solehah ni.


Tahniah Sol, awak menang third place. Bukan senang tu nak menang.


So, for the GA yang Sol anjur tu, I one of the lucky winner. Dapat first prize lagi..


 A is my lucky alphabet :):)





Thanks dear.


P.S: Tak sabar nak tahu hadiah apa...


Wednesday, November 24, 2010

Salah Satu Adat Orang Kelantan Masa Kahwin

Sebelum kahwin, aku ada cerita kan pasal adat-adat sebelum berkahwin. Kira start kena risik, tunang dan kahwin. Macam aku sendiri, aku merasa semua tu cuma time dirisik aku tak ada sekali sebab terpaksa kerja tak boleh cuti so just parents masing-masing jumpa dan discuss apa yang patut. No ring, just kain pasang dan kuih muih. Simple but sweet.


Kalau korang masih ingat, dulu aku ada sentuh sikit pasal adat 'mengenal' - adat unik orang Kelantan. Aku rasa kat Kelantan je kot wujud adat ni even tak semua jajahan (daerah) kat Kelantan tu mengamalkan adat ni. Sekarang since aku dah selesai kahwin dah nak masuk 6 bulan pon, so aku nak share la sikit pasal pengalaman aku sendiri mengenai adat 'mengenal'.


Selepas selesai menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki, so semua ahli rombongan dijemput makan. Aku dan encik hubby terus diarak ke singgah sana kami :) Masa tu ada la sesi renjis merenjis dari kedua-dua pihak. Ada la kot 8 ke 10 orang merenjis kami sebab memang dah siap awal-awal siapa kena merenjis siapa tak untuk jimat masa.


Lepas selesai merenjis, bermula sesi 'mengenal' ni. Start dengan ibu pengantin perempuan tak salah aku ke sapa aku lupa. haha. Mula-mula kena letak duit dalam satu bekas...


gambar hiasan. cerdits to google.


Lepas letak duit, tak kisah la berapa tapi biasanya paling sikit pon RM10. Tu dari pemerhatian aku sendiri la (setakat yang sempat tengok la, sebab bekas tu depan kami)... diorang akan salam dengan kami. Kebanyakan yang datang 'mengenal' tu memang dari rombongan pihak lelaki. Tetamu lain tidak ye. Kalau nak tahu kenapa, kena baca entri lama ni


Cuba korang bayang, kalau rombongan lelaki tu datang 100 orang. dan setiap orang bagi RM10, berapa pengantin akan dapat berapa, RM1000 kan? Dan rombongan encik hubby hari tu, bawa berapa orang biarlah rahsia. hehe.. Dan tak semua bagi RM10 tau. Ada siap bagi RM50, malah ada bagi RM100. lebih dari tu ada kot tapi tak pasti sebab mana la sempat nak tengok. Berapa aku dapat biarlah rahsia (lagi) sebab duit tu kira macam hadiah la kepada kami. 


Ini memang pengalaman aku sendiri la sebab umi aku nak jugak buat sebab ini first kenduri sebelah aku. Nak bagi meriah cakap dan sebenarnya, secara tak langsung adat tersebut boleh mengeratkan silaturrahim. Cuma pendapat aku, jadi kureng best sebab kena bagi duit (walaupon sebenarnya sapa la tak nak duit termasuk aku). Kira macam kalau ko nak jumpa pengantin, ko kena bagi duit baru leh bersalam. Tapi.. nama lagi adat, so kena la follow. Dan kita semua tahu, orang dulu-dulu memang berpegang kuat pada adat dan diorang ada reason tertentu kenapa satu satu adat kena ada dan follow.


Adat ni tak termasuk untuk tetamu yang datang masa kenduri tau. Just between rombongan pengantin lelaki dan mempelai sahaja. Tapi masa kenduri tu, ramai juga bagi duit, hadiah pon dapat banyak. Nanti cerita lain la yang tu.


Sebelum aku akhiri cerita adat ni, mari melayan gambar gambar posing kami ngeh ngeh..









Ok nanti aku cerita lagi adat adat orang Kelantan yang lain pula ya. Share share la pula adat adat yang special dan unik tempat korang. Nak tahu jugakkkkk :)


A Picture Is Worth A Thousand Words


Memang gambar ni banyak words pon. haha

*** Photo taken during visit to Uluwatu, Bali.

Related Posts with Thumbnails