Sunday, August 29, 2010

Hidup Bagaikan Putaran Roda

Bila aku baca kisah pelakon M.Rajoli terlintas kat fikiran aku yang hidup ni tak selalunya indah. Bak kata orang, hidup ni bagaikan putaran roda, sekejap-sekejap boleh ke atas, sekejap-sekejap boleh ke bawah.


Sedih sangat bila baca kisah dia dari Utusan Online. Masih teringat-ingat aku aksi dia dan second wife dia, Hajjah Wan Chik Daud dalam iklan naik motor besar tu. Tak salah aku iklan Lasidah Cafe. Jangan tak tahu, motor Harley dalam iklan tu, milik M.Rajoli sendiri tau.

Inilah motor yang dicakap-cakapkan tu. Siap ada nama dia lagi. 
Dah jual rasanya dan dengar-dengar owner baru pon dah jual balik.

Sebelum terlambat, demi masa, ingatlah lima perkara sebelum lima perkara iaitu:
  1. Sihat sebelum sakit
  2. Muda sebelum tua
  3. Kaya sebelum miskin
  4. Lapang sebelum sempit
  5. Hidup sebelum mati.

P.S: Dah baik ke Hajjah Wan Chik dengan madunya? Dulu ada krisis sampai Wan Chik merajuk tak melawat M.Rajoli tengah sakit.

Saturday, August 28, 2010

Contest Saya Mahu Template Comel!

Saya nak menang 
Oleh blog Budak Nakal

Due date : 31 Ogos 2010 

http://kozumi.sepaku.net/wp-content/uploads/2010/08/contest-blog-budak-nakal.png

Blog Budak Nakal akan mengadakan contest " Contest Saya Mahu Template COmel ! ! ! " di mana pada para pemenang akan mendapat hadiah istimewa khas dari pemilik blog Budak Nakal iaitu kozumi_ro. Cara menyertai contest ini amat mudah kerana para peserta hanya perlu copy dan paste Entry yang telah di sediakan. Untuk Maklumat lanjut tentang contest ini anda boleh mendapat keterangan di sini:-

Thursday, August 26, 2010

Lagu Raya Kegemaran

Hari ini dah masuk hari ke 16 Ramadhan. Esok 17. Sekejap je kan masa berlalu. Tak sampai 2 minggu kita semua dah nak raya. sob..sob.. Kenapa aku sedih nak raya? Bukan sedih nak raya la tapi sedih sebab Ramadhan dah nak abis.

Dulu-dulu masa kecik, kalau orang tanya suka bulan Ramadhan ke bulan Syawal? Mesti la aku jawab "Syawal". Why? Sebab dapat duit raya, dapat baju raya, dapat upah puasa, dapat main bunga api, mercun bagai dan makan biskut tat nenas. Haha. Budak-budak kan ;)

Sekarang dah besar panjang, Ramadhan adalah bulan yang paling aku tunggu-tunggu. Feeling nak raya tu, biasa-biasa je.. Sekarang aku suka raya sebab time ni boleh jumpa semua orang. Kalau nak harap cuti sekolah, belum tentu semua ada kan. So, hari raya is the best day nak kumpul semua adik-beradik dan sanak saudara. Macam tahun ni, first raya aku sebagai isteri orang. Mungkin agak excited la nak sambut raya dengan family baru, nak kenal sanak saudara baru.

Cakap pasal 16 Ramadhan, korang perasan tak radio-radio dah mula pasang lagu raya. Jom lagu raya feberet aku ye..


Kalau tak raya pon, aku suka layan lagu ni..Rasa sayu je..aceceeehhh...

Selain lagu ni, aku layan juga lagu raya Senandung Hari Raya Untukmu - Dayangku Intan, Dari Jauh KuMohon Maaf -Sudirman, Pulang Di Hari Raya - Noorkumalasari, Ku Mohon Restu Ayah Bonda - Mamat Exist, Halaman Asmara - Ziana Zain & Awie (lagu raya ke ni??) dan banyak la lagi.. malas nak senarai sebab semua lagu raya best. Hahaha

Share la apa lagu raya feberet korang?

Wednesday, August 25, 2010

Friendly Blogger Award

Aku ni memang jarang dapat award. Hehe. Dulu-dulu tak pandai pon apa-apa pasal award ni. Sekarang selalu jenguk blog orang, tahu la sikit-sikit. Rasa terharu juga la ada orang nak kasi award kat aku ni. Layak ke? Tapi kalau orang nak bagi, kira layak la kan. Terima kasih Ron for the award. Friendly ke me ni? Jom tengok rupa award aku dapat.


Dah dapat award dari Ron ni, kena jawab soalan kat bawah ye.

1. Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka ataupun bersahur.
Biasanya, kalau buka puasa, memang tak boleh tak ada nasi. Orang lain boleh je makan kuih dulu, lepas terawih baru makan nasi. Aku tak boleh ye kalau tak, mau nye tak kusyuk aku solat. Hahaha. Well..antara makanan kegemaran aku masa berbuka puasa, ikan keli berlada, popia goreng atau popia basah, murtabak raja (ni bawa dari Kelantan), nasi kerabu (ni memang plg best tapi sekali sekala je sepjg bulan Ramadhan ni).

Kalau bersahur pula, aku suka simple-simple je. Plus my husben pon tak banyak songeh. Biasanya, ada ikan rebus goreng, nasi putih dan telor dadar. Kuih dia, kicap je atau pun sardin. Memang time sahur, lauk-lauk macam ayam pedas, ayam kurma, daging kerutup dan seangkatan dengannya adalah bolayan. Kadang-kadang, bihun goreng. Kalau sahur kat luar, char kueh teow is the best.

Kenape tanya makanan time berbuka dan bersahur je. Time lepas terawih ada banyak lagi. Haha.

Ok-ok, sekarang nak tag kawan-kawan pulak. Apa yang korang suka makan masa bulan puasa ni ye :) Bagi 7 jenis je ye. Jangan lebih ;)

1. Bakal pengantin raya, Aed
2. Cikgu rock, Zarith
3. Dayah yg kechik lagi tomeiii

ok, aku tag 3 je la ye. daaa...
Related Posts with Thumbnails