Thursday, August 19, 2010

Perkahwinan Ibarat Membina Masjid

Aku tak tahu pon yang si Roslin Hashim ni dah kahwin balik lepas kes cerai isteri dia dulu. Isteri dulu lepas kahwin 12 hari, terus diceraikan, kalo tak salah aku. Tup-tup hari ni baca paper Harian Metro, Roslin Mohon Cerai Selepas Sebulan Nikah.

Bawah adalah sedutan, keratan berita benar Roslin cerai isteri baru dia.
KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini. Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.

Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.

Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.

Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Macam mudah pulak ye nikah, pastu cerai.. nikah, cerai. Aku tak salahkan si Roslin 100% dalam hal ini tapi aku ada pendapat sendiri la. Kalau nak kahwin, boleh tak pikir panjang sebab bila kita kahwin ni, segala tanggungjawab tu atas bahu kita. Hidup berumah-tangga ni bukan macam main pondok-pondok ye. Kalau ko rasa hidup berumah-tangga ni, indah khabar dari rupa (sila buka kamus dewan bahasa atau google untuk tahu maksudnya), baik ko prepare betul-betul dari segi mental dan fizikal.


Mula-mula nak kahwin ni, ko kena betulkan niat. Okay, aku nak tanya korang semua.. Masa mula-mula rasa teringin nak kahwin tu, niat korang apa? Tak kira la apa jugak alasan korang, sama ada sebab dah sampai seru ke, umur dah makin senja ke, jeles tengok ramai member kahwin ke, tapi betulkan niat dari awal, korang nak kahwin kerana Allah. Ini paling penting. Aku bukan nak cakap baik ke, tunjuk baik ke, tapi insya Allah kalau niat kita baik dan kerana Allah, insya Allah semuanya dipermudahkan dan diredhai oleh-Nya.


Wednesday, August 18, 2010

Friendster, MySpace Tak Berupdate Lama Dah.

Sebelum kenal Facebook @ FB, korang mesti kenal dulu Friendster. Friendster ni salah satu laman web sosial yang glamer dulu selain MySpace. Aku ada dua-dua akaun tapi yang aktif hanya Friendster. Itu dulu, setahun dua tahun yang lepas. Sekarang sapa-sapa yang tak ada akaun FB, kira macam 'ketinggalan zaman' sikit. Selain FB, Twitter juga yang menjadi kegilaan sekarang. Aku tak minat Twitter, tak tahu kenapa. Yang ada hanya FB, Friendster, MySpace dan ada la 2,3 akaun laman web sosial yang lain macam Tagged, Hi5 tapi yang ni dah delete rasanya. Yang belum delete hanya FB, Friendster dan MySpace.

Okay, berbalik kepada cerita asal... Aku dulu cukup addicted dengan Friendster. Mula-mula FB muncul, aku tak layan pon sebab memang setia dengan Friendster. Tapi lama-lama dah boring dan aku cuba 'main-main' dengan FB. Rupanya, lagi fun, lagi interesting dan banyak gila function yang best-best. So, sekarang, Friendster dah lama tak berupdate. MySpace tak payah cakap memang kurang aktif. Yang lain-lain, lagi la, 2-3 bulan sekali pon belum tentu aku buka ;)

Korang pulak macam mana? Masih aktif berfriendster?

Kat bawah adalah random photos dari friendster account aku. Feel free to scroll down. Hahahaha




Selepas selesai paper akhir untuk 3rd year in UM.
Ini adalah geng MIS (Management and Information Science). 







OpenSys 2008.
We are computer scientists from Marikh. Hihi




 Gengkamees Dinner at Yankies Hut @ Bangi.


Sunday, August 15, 2010

Disko Ditelan Bumi | Bumi Telan Disko



Kejadian disko yang ditelan bumi. Sedang manusia-manusia ini lalai, Allah telah menurunkan bencana yang tidak disangka-sangka. Sedang manusia-manusia ini leka, Allah telah menurunkan balasan yang cukup dahsyat. Sedang manusia-manusia ini lupa, Allah telah menurunkan 'peringatan' yang Allah itu wujud. Astaghfirullahal'azim. Sesungguhnya, Allah itu Maha Besar.

Wednesday, August 11, 2010

Butik Online - Zalfa Scarf and Shawl

Ingat lagi tak janji aku dalam entri Cerita Semalam? Aku pergi jumpa ex-housemate aku, Pie untuk buat bisnes kecil-kecilan sempena Ramadhan ni.

So, bisnes aku sudah bermula. Jom jenguk butik online aku Zalfa Scarf and Shawl


Kat butik online ni, aku ada jual macam jenis tudung dan shawls. Jom la jenguk-jenguk kalau ada yang berkenan. Kualiti kain memang bagus. Harga pulak memang berpatutan.
Related Posts with Thumbnails