Monday, January 13, 2014

11/01/2014

Assalamualaikum..


Salam Maulidur Rasul.. baru je masuk tahun baru 2014.. hari ni dah 12 Rabiulawal.. setiap rutin dok ulang rutin yang sama, pergi kerja rasa macam nak cepat-cepat habiskan kerja supaya boleh cepat balik rumah dan rilek kat rumah.. tup-tup dah tengah bulan January dah.. cepat gile kan masa.. rasa macam tak terkejar dah.. dan syok plak bulan ni banyak cuti kan.. esok cuti, Jumaat ni cuti dan akhir bulan cuti lagi ;):)  bestnya cutiiii ;):)


Sabtu lepas, aku buat makan-makan skit.. ajak adik-adik aku je.. macam tahun lepas, aku masak laksa penang :):) every year sejak kahwin, menjadi my rutin masak special skit dan extra banyak untuk makan-makan sempena birthday encik suami.. tapi biasanya ajak adik beradik je makan.. mungkin lepas ni kalau ada rezeki lebih, nak jugak ajak kawan-kawan.. hahaha over tak aku.. tapi intention lebih kepada nak berkumpul ramai borak borak santai santai je.. 


gambar kabur sorry uolss.. ni pon terima kasih kat adik aku tolong amek.. harapkan aku, memang takde gambar kenangan lorrrr ;)



air pon tak sempat letak ais.. 




and Man of The Match... suka ye dapat kek? napa lilin tu ada 3?? 30 tahun dah ke? hahaha.. kek ni adik aku Syila yang bagi.. kira hadiah la.. aku memang terlupa nak beli lagipon takde budak-budak sapa nak abiskan kek kan.. pastu boleh plak adik aku ingat abang ipar dorang ni dah 30 tahun.. hellooooo? muda lagi ye, masih 2 series.. hahaha..


Alhamdulillah laksa penang memang laku.. ada la skit lagi baki.. ikan aku beli 2 kilo setengah semua aku rebus, jadikan kuah.. korang kalo buat kuah laksa guna ikan apa? ikan kembung ek? aku suka guna ikan sardin.. lagi sedap.. kuah laksa jadi lebih 'manis'.. manis isi ikan..


Semua lepak sampai petang.. pastu adik aku Syasya nak belanja dinner plak.. nak makan ikan bakar kat Banting.. Restoran Juvita.. so malam tu lepas maghrib terus zass gerak pergi Banting..








Kami order:

Ikan siakap tiga rasa seekor
Ikan cencaru bakar 3 ekor
Sotong celup tepung
Kerang bakar 1kg
Telur dadar
Tomyam seafood
Tomyam ayam
Kailan ikan masin


Cuma terkilan sebab nak order coconut shake tapi dah abis ;(
tapi memang murah makan kat sini.. dengan 8 orang makan, order air buah, dengan ABC, total damage hanya RM147.80 sahaja.. gambar atas tu semua makanan tak sampai lagi.. memang penuh table kitaorang dengan makanan.. memang kenyang.. masuk kereta terus tido hikhik..


Apapon, nak wish Happy birthday my dear.. 
semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur.. 
semoga segala impian awak akan tercapai.. umur hanya sekadar angka.. yang penting kita sentiasa sedar kita berpijak di mana.. dan semoga Allah sentiasa merahmati awak.. 

Thursday, January 2, 2014

Coretan Sepanjang 2013 ;)

Assalamualakum..


Selamat tahun baru 2014 uols :)
actually aku dah karang entry ni last day 2013 aritu.. pastu tangguh, last-last terus lupa nak publish.. tapi since aku dah penat-penat taip kan, haruslah publish jugak kan.. 
sebagai kenangan aku, coretan serba skit sepanjang tahun 2013.


Kita mulakan dengan cite holiday.. tahun 2013 sempat ke Krabi dan Bandung.. Bandung tu hasil join contest.. kira kenangan manis juga dalam dunia contest ni..







Pastu boleh kata 3-4 kali gak pergi Utara.. boleh kata cover Perak, Kedah, Penang dan Kangar sekali.. hopefully tahun ni kita buat roadtrip ke arah Selatan plak..



Bukit Kayu Hitam 




Alor Setar


Penang!!


Dari segi kerjaya.. aku dah resign kat ACI selepas 2 tahun lebih kat sana dan join company baru.. serius bila ingat cite resign macam kelakar pon ada, nak marah pon ada, nak sedih pon ada.. takpe jadikan pengajaran dan semua tu ilmu di masa depan.. tapi serius sayang nak tinggalkan ACI. kat sini banyak belajar benda baru.. tapi aku ni bukan ambitious punya orang hehe.. tapi aku ada target sendiri la.. aku punya target, nak kerja dari rumah, buat online business dan ada masa untuk family.. tu je. murni tak impian aku haha. apapon, aku suka kerja sekarang.. paling syok, 31 dec aritu, aku tetap dapat bonus, walaupon confirmation letter belum dapat.. 31 dec tu cukup 3 bulan kerja di tempat sekarang.. alhamdulillah rezeki.. kalau kita tak pernah berkira nga orang, insya Allah orang pon tak berkira dengan kita kan..


Contest plak? tahun ni rezeki tak meriah sangat sebab kemalasan yang amat haha.. tapi tetap bersyukur atas segala rezeki dalam hobi ni.. paling best menang Pandora, beg Guess dan dapat cash.. koleksi perfume pon banyak dapat.. azam tahun baru, nak merajinkan diri nak join contest dan asah skill buat slogan..


Dan bermula November, bermula la perjalanan TTC aku.. doakan aku ye korang :)) dan nak ucapkan tahniah kat kawan-kawan yang dah berjaya dalam perjalanan TTC korang..


Untuk tahun 2014, mungkin holiday di luar negara akan dibekukan dulu untuk memberi laluan kepada perkara lain yang lebih penting.. kalau boleh nak beli second house.. tapi bukan dalam masa terdekat la. insya Allah by end of this year atau next year.. insya Allah ameen..

Monday, December 30, 2013

Pengalaman Buat Ujian Pap Smear..

Assalamualaikum..


Actually aku tak pernah terpikir nak buat pap smear dalam masa terdekat ni.. memang sebelum ni ada baca dan tau pasal kepentingan buat pap smear ni.. tapi typical me, aku ni jenis penakut skit bab-bab gini.. paranoid skit benda-benda sakit.. kira takut sakit la..


Tapi disebabkan aku sekarang dalam process TTC (Try To Conceive), pap smear ni kira salah satu prosedur wajib yang aku kena buat.. so macam tak boleh nak mengelak la hahaha..


Ikut pengalaman aku, yang buat ujian tu, bukan doktor tapi nurse.. sesetengah orang, mungkin doktor yang buat.. bagi aku tak kisah janji ikut prosedur yang betul dan tak nak la nurse/docktor lelaki yang buat.. eh jangan tak tau dah ramai nurse lelaki sekarang hehe..  tapi sebelum aku buat, aku tak tanya pon sape-sape sakit ke tak buat pap smear.. tak google ke apa cara dia buat.. tapi tau la dia akan amek sampel macam lendir.. ada la tanya nurse, nurse cakap sakit skit.. oiiii.. takut takut hahaha.. dia cakap buat HSG lagi sakit.. sebab aku dah pernah buat HSG (yang ni aku cite kalau aku rajin. hehe) so aku rasa comfortable la skit nak buat pap smear ni..


gambar-gambar bawah ni hasil Google je.. takde maknanya aku snap gambar dalam bilik.. aku fokus time tu.. ok maklumlah, takut sakit.. haha..


speculum, spatula dan berus kot.. yang biru tu tag nama rasanya..

speculum - untuk buka dan hold dinding miss V so senang la nak amek sample tu..
spactula dan berus - alat nak amek sample.



Gaya baring masa ujian pap smear tu.. macam orang beranak.. 


Dan I tell you, memang tak sakit.. cuma tak selesa sahaja la.. tapi tak sakit.. janji rilek kan diri dan bertenang je la.. jangan dok pikir bukan-bukan.. nurse yang buat tu plak jenis pandai tenangkan hati aku.. dan tak gopoh pon.. pandai dia cool aku.. dia tanya la bila last bersama.. pastu dia ajar la cara nak bagi senang lekat (sorry sensored skit).. tu semua ilmu dan bagi aku takde istilah lucah ke apa.. pastu, lepas bersama, dia suh baring sekejap maybe 5-10 minit baru pergi basuh miss V.. kalo tak, takut kena jangkitan kat miss V.


Ok, ni perkara yang perlu korang tau pasal pap smear.


Kenapa Nak Kena Buat Pap Smear

Untuk kesan tanda-tanda awal kanser servik/kanser pangkal rahim.. kira ujian nak check kalau ada kuman/bakteria yang boleh menyebabkan kanser ni.. kalau kesan awal, bolehla diselamatkan lagi insya Allah.. kalau nak tau, kanser pangkal rahim ni pembunuh no.2 wanita selepas kanser payudara..


Persediaan Sebelum Buat Pap Smear

1. Make sure korang tak bersama dengan suami malam sebelumnya. senang cakap, dalam tempoh 24 jam sebelum ujian.
2. Tak period, paling sesuai 10 hari selepas period.


Bila Sepatutnya Kena Buat Pap Smear

Setahun sekali sahaja. kalau result dia negative which is OK, kena buat tiga tahun sekali.. dan kalau didapati ada kuman, kena repeat 6 bulan sekali.. dan rawatan akan diberi.. kalau dapat kesan awal, maka cara nak merawat lebih senang..


Ujian smear ni memang untuk wanita yang dah kahwin.. kalau yang dah beranak, memang digalakkan buat selepas 3-4 bulan beranak.. dan juga untuk wanita yang aktif melakukan hubungan seks.


Kalau belum buat, jom la buat.. kat hospital gomen free aje.. lagipon sekejap je tak sampai 2 minit.. macam aku pergi gomen sahaja.. cepat je.. sebab aku dah set appointment awal-awal so tak menunggu langsung. masuk terus buat.. cuma result dia lambat skit dari swasta.. tapi tak kisah la kan.. kalau swasta 1-2 minggu, gomen hospital 3-4 minggu.. semoga dengan perkongsian aku ni dapat menyedarkan korang betapa penting pap smear ni.. mencegah lebih baik dari berubat kan.. aceceh cakap macam bagus, padahal diri sendiri buat sebab terpaksa wakakak.. tapi serius korang, tak sakit cuma tak selesa.. eh ke semua orang dah buat? hahaha.. Lagi satu, ujian ni aku baru buat Jumaat lepas, so jangan tanya result tahun depan baru tau hikhik..


Sony SmartWatch 2 Contest

Assalamualaikum..


Jom join contest ni.. senang dan cepat..

click untuk tumbesaran maksimum..




Sunday, December 29, 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta ;p

Assalamualaikum...


Sapa kat sini suka layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan bekas pakwe Shila Amzah dengan awek Qi tu?? aku baru je layannnn.. serius suka gile tengok lakonan Sharnaaz tu.. serius pandai gile dia berlakon.. rasa nak lempang boleh? haaaaa..  bukan lempang benci ke apa.. suka-suka je nak lempang HAHAHAHA ;p


Memang kena la watak Jebat tu dengan Sharnaaz tu.. ala-ala muka ganas tapi dalam hati ada taman.. hihi.. 





Setiap isnin hingga rabu, 10 mlm, Astro Mustika
Jom geng hehehe..


Kalau nak tau sinopsis dia, boleh BACA KAT SINI.

Friday, December 27, 2013

Katalog IKEA 2014

Katalog IKEA 2014.. 




Masih belum khatam lagi.. aku bukan peminat tegar IKEA ponnnn.. encik suami apatah lagi.. tapi aku suka certain product IKEA.. dan idea-idea dekorasi dorang. sangat helpful..




aku suka gile kerusi pink atas tu.. tapi harga kat IKEA macam tak reasonable.. kena pikir other alternative la nampaknya...


Tapi kalau pergi IKEA, mesti nak beli karipap gergasi tu.. sedap.. meatballs pon sedap.. 


Tips Kaedah Mendidik Anak Menjadi Soleh Oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum...


Ada my friend share kat facebook status Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.. dah lama dah.. tapi sharing ni sangat menarik.. kata orang putih, better later than never hehe.. Hopefully one day dengan izinNya aku dan encik suami akan dikurniakan permata hati kami sendiri.. so at least aku boleh rujuk balik entri ni untuk dijadikan rujukan.. dan aku harap apa yang aku share ni dapat memberi manfaat juga kat korang.. 


*****************************************
Credit to here.

As salamu'alaikum shbt tersayang. Ramai yg mohon tip kaedah didik anak menjadi soleh. Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di fikirkan oleh hambaNya. 

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:

1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman.

2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll

4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an. Vit C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an bila perut dah kenyang!

5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.

7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain mengikut pilihan anda.

8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.

9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.

12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.

13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.

14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!

15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!

17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SAWT.

18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.

19. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!

20. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

21. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Aameen, wassalam.


My nieces, penawar suka dan duka..
semoga menjadi anak yang mendengar kata dan kebanggaan mama dan papa..


NURHANI INSYIRAH



WAN AMANDA BALQIS



dan insya Allah tahun depan dapat 3 orang lagi anak sedara..

Wednesday, December 25, 2013

Musim Hujan & Dobi Layan Diri

Assalamualaikum..


Sekarang ni kan banyak gile leh jumpa kedai dobi layan diri kan.. orang kata dah macam cendawan tumbuh lepas hujan.. boleh kata setiap kawasan ada kedai dobi gini.. macam aku dok area Shah Alam ni, boleh kata setiap seksyen ada kedai dobi layan diri ni especially area student.. 


Bagi aku la, kedai dobi layan diri ni, lagi jimat, jimat masa dan tenaga dan juga duit berbanding kalau pergi ke kedai dobi biasa tu.. lagipon, ko boleh bawak sendiri sabun dan softener apa ko nak pakai.. tapi kalau lupa nak bawak, ada je vending machine yang jual sabun dan detergent.. aku pernah try, wangi jerrr :) tempat tukar syiling pon ada.. 



Bawah tu washing machine, atas tu dryer, jangan tertukar lak.. banyak je instruction kat sini.. baca je..


Keadaan cuaca yang tak menentu sekarang, memang memerlukan sangat dryer.. aku memang suka dryer kat sini.. setakat ni, takde lagi pakaian aku yang rosak bahana dryer kat sini.. shawl pernah la rosak tapi tu silap aku la sebab tak check betul-betul.. shawl aku tu plak jenis silk, kain nipis skit so memang rosak la kan..




Ada banyak jenis juga washing machine kat sini, ada 9kg, 14kg dan 21 kg.. harga pon lain-lain la.. depend pada jenis air ko pilih gak.. ada cool water, warm water.. aku selalu pilih yang paling murah je.. kat rumah pon, aku pakai washing machine biasa je.. ok je pakaian aku hahaha.. tetiba nak pakai warm water, takpe la, aku nak jimat hehehe ;) tapi kalau nak lagi jimat, basuh kat rumah, bawak pergi keringkan je kat sini hehehe.. kalau nak basuh comforter ke, memang aku suggest datang basuh kat kedai dobi layan diri ni.. jimat.. dan takde la berkurun ko nak tunggu dia kering.. selamat berdobi hehehe ;)

Tuesday, December 24, 2013

Hadiah ah ah ah ;)

Assalamualaikum..


Dah lama rasanya tak update cite hobi contest montest ni kan hehehe.. so marilah kita update cerita hadiah. hadiah kecil-kecilan sahaja.. sebagai catatan peribadi.. 



Perfume Britney Spears.. bau dia memang harum mewangi :)
siap dapat dua ketul.. dari majalah Lisa, kemenangan atas nama my sis, Syasya.. dia dengan sukarela, merelakan dua-dua perfume tu menjadi milik aku hehehe.. 





Hadiah saguhati dari World Kitchen.
3.25L Corningware covered casserole, worth RM289.
Suka gile aku dapat hadiah ni..



Set perfume Romano, nama husband..


Melvita, nama my sis, Syila..


Alhamdulillah atas segala rezeki mu.. memang sejak kebelakangan ni memang jarang aku join contest.. dah amek borang, tapi isinya tidak.. nak cuba start balik ni.. hopefully ada rezeki yang lebih besar dan bermakna.. insya Allah...

Sunday, December 22, 2013

Kisah Aku Dengan P1 | P1 Cari Pasal...

Assalamualaikum korang..


Issue dengan P1 ni actually baru settle last week.. tup-tup tadi ada terbaca pengalaman Eyriqazz dengan P1, terus rasa macam ada mood nak share kat sini.. cuma pengalaman abang Eyriqazz takde seteruk pengalaman aku.. pengalaman aku dengan P1 sampai tahap nama masuk CTOS.. yes, sampai masuk CTOS. biarlah pengalaman aku ni dapat menjadi ikhtibar dan panduan pada korang yang ada masalah macam aku ni..


Sehari sebelum aku bercuti ke Bandung, aku ada terima email dari P1 Wimax cakap aku ada bayaran tertunggak RM199.00 dan kalau aku tak pergi settle dalam masa 2 minggu dari tarikh email tu, nama aku kena dimasukkan dalam senarai CTOS.. dalam hati memang aku menyumpah aaa.. apa kes cakap aku ada bil tertunggak.. aku dah lama terminate akaun P1, tak salah aku bulan 8 tahun lepas.. dah lebih setahun kot.. lepas aku buat semua payment, aku ada call careline P1 tanya dorang, aku ada apa-apa payment tertunggak lagi ke.. alhamdulillah semua settle.. time tu la.. pastu dorang suruh aku pergi hantar modem dalam masa tiga hari.. tapi aku tak pergi hantar sebab kena pergi hantar kat HQ P1 sahaja kat Petaling Jaya.. aku nak pergi hantar kat kiosk2 diorang tak boleh.. so aku buat dekkk..


** ehsan goole **
Broadband P1 yang ni la aku guna.. P1 4G Personal W1GGY. RM89/month.


Lepas tu, tak salah aku ada kot aku call tanya bill tertunggak sekali lagi sebab yelah aku tak pergi hantar lagi modem dorang, mana la tau ada charge ke apa ke.. tapi dorang cakap bill aku memang takde tertunggak, cuma dorang remind aku untuk pergi pulangkan modem. yang ni aku ok la, kira silap aku la  jugak kan tak pulangkan modem tu kan..


Sampailah sehari sebelum aku pergi Bandung tu, aku ada terima email cakap pergi settle bil tu.. bila dah sampai tahap nak masuk CTOS ni, aku cuak gak la. so aku terus minta tolong husband pergi settle kan lepas kitaorang balik holiday tu.. masa kat HQ tu, husband pulangkan modem dan tanya la ada tak kena buat apa-apa payment, tapi staff kat sana cakap hanya pulangkan modem dan kes dah kira settle.. dalam hati bersyukur sangat sebab tak payah bayar bill RM199 yang cakap tertunggak.. tapi kalau dorang suruh bayar pon, aku tetap aku argue dulu la sebab selama ni bil aku dah fully settled..


Sehingga la awal bulan ni, aku terima email yang cakap aku tak settle bil tertunggak RM199 tu dan nama aku dimasukkan dalam CTOS listing. serius aku geram gile sampai terketar2 aku.. bila aku call careline dia, dia minta aku ke HQ just settle kan RM50 untuk clearkan nama aku dari list.. sorry la bukan salah aku pon. aku siap sound tepek cakap dorang tak buat kerja.. aku cakap aku dah pergi pulangkan modem, pastu siap tanya ada kena buat apa-apa payment, TAK ADA. so sekarang salah sapa? korang yang tak update sistem, yang jadi mangsa kami pengguna.. silap besar la weih nak main nga aku.. ingat aku tak de kerja ke nak pergi ulang alik HQ sebab kesilapan korang? sorry sekarang aku memang berkira minyak kereta, tol semua hahaha.. tambah-tambah bukan silap aku.. sorry!!



Email 'cinta' dari P1. 


Aku ni apa lagi terus email P1 careline, CC kat SKMM.. aku attach sekali surat terminate dari P1, cakap aku dah pulangkan modem.. aku cakap juga masa pergi settle issue tu aku tak payah bayar apa-apa pon.. panjang gak la aku mengarang.. orang tengah marah kan hahaha.. tapi tak ada respon ok.. ok aku sabar lagi sampai last 2 weeks tak ada apa-apa update, aku terus buat aduan kat SKMM.. eh eh hari Khamis lepas, time maghrib, ada orang P1 call cakap masalah dah settle.. aku tak payah buat apa-apa bayaran dan nama aku sudah diclearkan dari CTOS.. aku tak puas hati lagi.. aku tanya balik, ye ke clear sebab aku check nama aku masih ada.. dia cakap dah settle.. so Jumaat tu aku check CTOS, memang dah clear.. alhamdulillah, kes settle tanpa perlu buat apa-apa payment.. 


Jadi korang, kalau korang pernah alami kes lebih kurang aku ni, buat la aduan kepada SKMM.. tambah2 kes yang relate dengan P1, memang popular sangat dengan SKMM ni.. P1 ni memang bermasalah sekarang.. asyik nak masukkan nama orang dalam CTOS je.. kalau tak, takkan ada group kat facebook nama P1 Wimax Sucks


Ambil ikhtibar kisah aku ni.. yang penting korang tahu hak korang as a pengguna.



Monday, December 2, 2013

Bandung Trip 2013: Day 4 and Last Day

Assalamualaikum.


Untuk entri bandung kali ni, aku gabung terus la cite hari ke-4 dan last day.. aktiviti kat Bandung ni takde yang lain kecuali shopping dan shopping hehe.. kalau ikutkan itinerary, aku ada letak nak ke Tangkuban Perahu.. tapi last minutes, tak jadi plak..


Ada juga plan nak ke Jakarta, terpaksa cancel jugak last minutes atas sebab2 tertentu.. nasib baik jugak tak jadi pergi Jakarta, dengar cite ada demonstrasi jalanan.. orang keje government buat mogok, tuntut kenaikan gaji.. so jalan kat Jakarta memang jem gile.. aku teringin sangat nak naik train ke Jakarta.. katanya view sepanjang jalan memang cantik.. lagipon, nak la jugak merasa naik train kat negara orang.. best ke tak best belakang cite, janji aku nak merasa.. nak ada pengalaman sendiri.. mungkin takde rezeki kali ni.. insya Allah mungkin next time kot hehehe ;)




Ala2 slurpee.. nama dia Froster.. kat kedai serbaneka tepi hotel tu..


Hari ke-4


Bangun awal sikit sebab dah lapar.. hehe.. rasanya lepas berspa tu, aku tibai maggi je kot.. malas dah keluar cari makanan.. tepi hotel ada kedai serbaneka ala2 7 eleven tu so memang senang je.. kettle pon ada dalam bilik senang keje..






Overall, breakfast kat Grand Serela memang sedap.. ada banyak choice.. ada juga nasi dengan 2-3 jenis lauk pauk..  pendek kata, mengikut selera kami berdua.. siap ada pisang rebus (actually dikukus), encik suami punya favourite..


Lepas tu, bermula journey nak menerjah factory outlet (FO) sepanjang Jalan Riau.. kalau korang nak tau memang banyak sangat FO sepanjang jalan ni.. larat ke tak je nak terjah semua..




Antara FO di sepanjang Jalan Riau:

Heritage - WAJIB PERGI
Cascade - WAJIB PERGI
Secret - WAJIB PERGI
Summit - WAJIB PERGI
Renarity
China Emporium
Terminal Tas - WAJIB PERGI
Galeri For Men
Oasis - WAJIB PERGI
Stamp
Mighty
Base


aku memang tak sempat nak terjah semua.. hahaha.. dok kat satu2 FO pon lama.. nak terjah semua memang tak larat la.. bila tengahari, perut pon berdondang sayang hahaha.. so marilah kita cari kedai makan..



Sangrai Sundanese Food.





Aku order gurame goreng, kangkung belacan (tak ada dalam pic, masa ni kangkung belum sampai), es campur dan encik suami order air cincau.. aku dah lupa encik suami order apa untuk makanan, tapi sampai ke sudah tak sampai makanan.. bengang gile encik suami.. makanan dia ok je, so-so je.. not recommended! hahaha.. makanan hotel 10 kali lagi sedap tau..


Lepas makan semua, kitaorang decide nak balik hotel sebab nak solat.. lagipon dekat je.. kaki pon lenguh2 dah.. hahaha.. lepas solat, rilek2 sekejap, kitaorang tertidur hahaha.. bangun2 dah gelap, terus bersiap mau terjah Paris Van Java.. katanya tempat lepak paling happening ni Bandung.. 




Aku dok depan Paris Van Java.. tak clear sangat picture ni kan.. almaklumlah kamera biasa je.. hahaha.. ada jugak nak try capture worf Paris Van Java depan entrance tu tapi tak clear pon.. so malas nak letak sini..




Kami layan J.Co donut.. memang terbaikkkk!! dulu2 kalau pergi Indonesia je boleh try.. sekarang dah ada cawangan kat sini kan.. aku tak pernah plak try yang kat sini.. kebetulan tepi J.Co donut tu ada live band.. syok la layan sambil2 dok makan dan borak2.. lewat gak kitaorang lepak.. 



Hari ke-5 (Last Day)


Hari last ni aku bangun macam biasa.. kemas barang dulu yang mana sempat..lepas tu, turun breakfast.. menu macam semalam cuma tang nasi lauk dia lain dari semalam.. tapi bubur tetap menjadi pujaan.. hehehe..



View dari bilik hotel..


Lepas makan2 terus naik bilik sambung kemas2 barang.. barang memang banyak.. tapi sumbat situ sini muat je.. jangan risau aku dah beli luggage 25kg dengan air asia.. masa pergi drop luggage, lagi beberapa gram nak cukup 25kg hahaha.. pandai tak aku bajet? hahaha.. dah tau next trip, kena beli 40kg.. ada kerrr hahaha..


Sempatla layan tido jap.. plan aku lepas check out baru pergi FO lagi area Jalan Riau sebab ada lagi beberapa barang yang belum dibeli.. dalam sejam siap shopping beberapa helai baju zass balik hotel balik nak amek beg dan call teksi..


Sempatla singgah di Kartika Sari sekejap.. menjamu mata..



Kueh mueh dan kerepek.. encik suami beli kueh yang belah kiri bawah tu.. yang dicucuk dengan benda color hijau tu.. tau apa benda color hijau tu, cili yekk.. hahaha.. aku suka..



Barisan kek lapis, brownies dan macam2 la lagi.. aku beli 2 je brownies yang dicampur2.. macam gambar atas sebelah kiri.. harganye tak salah aku 36,000 rupiah sebekas.. kalau yang satu rasa je macam yang bawah tu 34,000 rupiah.. sini hari2 main puluh ribu, juta2 jek hahaha..



Kerepek belut.. tak sanggup aku nak try hahaha walaupon aku ni makan belut..



Lepas selesai di Kartika Sari, ajak pakcik teksi lunch.. dia bawa makan makanan sunda lagi.. namanya, Warung Nasi Ampera.. jalan nak ke airport dah ni.. 





Ini je yang kami makan.. takde kuah pon.. actually dorang ada kuah asem.. tapi tak tau kenapa aku tak amek.. aku memang jenis makan kering macam ni.. dia punya paru sedap gile.. sambal cili tu pedas tapi takleh lawan kepedasan masa lunch on the way nak ke Toko Tiga tu.. dah lupa nama kedai dia.. dua2 sedap.. siap bertambah lagi makan.. hahaha


Total: 56,000 rupiah kot.. dah lupa :)


aku suka pakcik teksi ni.. kalau sapa2 nak guna khidmat pak supir ni, boleh contact no ni.

Pak Yuan
Tel No:  0853-1498-5479



Teksi cipaganti yang pakai meter.. kalau ke Bandung, nak dapat teksi Blue Bird susah skit.. so, boleh juga pakai service teksi cipaganti ni.. 



Babai Bandung.. moga ketemu lagi.. insya Allah..
akhir kata, jauh perjalanan, luas pemandangan ;)


Tips ke Bandung? lain kali kalo sempat aku share ye..

# Day 1 di Bandung
# Shopping di Bandung
# Shopping Cibaduyut dan Toko Tiga


Related Posts with Thumbnails