Tuesday, November 5, 2013

Bandung Trip 2013

Assalamualaikum dan haiiiii uols ;)


Kami baru je pulang dari Bandung trip.. IT WAS SUPER DUPER AWESOME!! walaupon berbeza jauh dengan Krabi tapi Bandung definitely syurga shopping, but for men, Bandung is syurga dunia hahaha..


But I tell you, encik suami shopping lagi banyak dari aku yekkk.. dia punya shopping lengkap from top to toe.. t-shirt, kemeja, spender, seluar, kasut, sandal, kopiah,clutch, wallet.. semua adaa.. complete!


Rumah Mode



Sebahagian dari hasil shopping...




Insya Allah nanti aku update cite kat Bandung.. 
selamat beristirehat semua.. happy long weekend..

Sunday, October 27, 2013

Motivation...

Salam uols..


Giler lama tak update cite kat sini kan.. hehehe.. aku tau ada yang setia datang sini jenguk aku kan kan.. hahaha.. perasan ;p walaupon tak ramai tapi aku tau korang datang jenguk aku kan kan.. perasan lagi ;p 


Aku memang nak cite mana aku menghilang.. tapi tunggu la dulu.. kasi update ini cerita dulu la.. untuk record je ni.. hadiah kecil-kecilan je.. masih takde rezeki lagi aku nak menang besar.. tambah2 sekarang memang takde masa.. percaya tak, bulan ni aku tak beli magazine pon.. jangan kata nak baca magazine kan, beli pon tak sempat.. join contest? ada la 2-3 contest je sempat join.. tu pon yang jenis lucky draw je.. ada rezeki, ada la.. 



Bio oil hamper worth RM160, dari EH! magazine July promo.. nama my sis..




Clarins product worth RM250, menang dari EH! magazine untuk bulan Ogos 2013.. suka aku dapat benda gini.. sesuai untuk bawa time travel.. 




Biotherm Homme hamper dari Men Health magazine.. nama encik suami.. conso prize.. 




Ni cheque RM300 nama encik suami.. menang Peraduan Sempurnakan Aidilfitri bersama SAFI.. baru je amek rabu lepas dan dah selamat di bank-in pon..


Ada 1 lagi hadiah belum pergi collect.. memang takde masa sekarang ni.. esok aku masih keje, lusa aku dah start cuti sampai weekend.. hehehe.. tak sabar nak fly ni.. nanti aku cite ok.. bye...

Monday, September 30, 2013

Hak Kita Sebagai Pembeli, Pengguna & Pekerja

Assalamualaikum.


Aku nak tanya korang, ok tak nak jawab pon takpe. tapi sure lepas aku tanya korang mesti tanya diri korang balik kan.. hahaha.. ok aku nak tanya, kalau korang tahu satu-satu benda tu or apa2 je la, adalah hak korang tapi korang dinafikan hak tu, korang akan berjuang tak untuk dapatkan hak korang balik? paham ke tak? ok aku bagi contoh. kata la korang beli something pastu benda yang korang beli tu rosak. Korang pergi tukar tak? or korang just cakap takpe takde rezeki...


Aku? kalau aku la, depends.. Kalau kos barang aku beli tu berbaloi dengan aku nak pergi balik ke kedai tu, aku memang pergi.. aku akan dapatkan hak aku sebagai pembeli.. jangan tak tahu, aku pernah ke Tribunal Pengguna atas satu kes yang aku malas nak share kat sini.. dan aku dapat hak yang sepatutnya.. jangan risau tribunal tak menindas sapa2.. ada win-win situation..


-gambar selingan- *takde kaitan dengan entry*
syok wooo shopping kat NSK, murah dan banyak choice - berbaloi2 *promote*


Aku nak korang tahu kita sebagai pembeli/pengguna memang ada hak untuk menegakkan apa hak kita.. kenapa kita nak malu? dan teruskan biar hak kita diperkotak-katikkan.. even, sebagai pekerja, kita juga kena tahu hak kita sebagai pekerja kat company yang kita kerja.. baca kontrak kerja kita betul2. pahamkan kandungan dia.. kalau kita rasa kita patut dapat ni, dapat tu, suarakan.. why not kan? semua orang ada hak yang sama.. kalau yang kenal aku, tau la aku ni macam mana.. aku mungkin nampak pendiam (yela sangat haha), tapi aku tau bila kena bersuara.. bukan la setiap masa aku nak complain je, kenala tengok keadaan juga kan.. kalau tak tahu, rasa nak tahu, silala bertanya.. 


Dulu aku pernah kena langgar dari belakang.. masa tu tengah stuck dalam traffic jammed kat dari Kerinchi nak masuk NPE.. tetiba ada orang langgar keta aku.. aku terus gerak ke depan, cari tempat clear sikit nak discuss pasal keta yang kena langgar tu.. kitaorang tukar2 no phone je dulu sebab masa tu aku rushing nak balik rumah nak kemas, nak balik kampung beraya.. bila husband aku tengok kesan accident tu, husband aku cakap ala, sikit je.. tak payah la nak claim apa2 nga minah yang langgar tu.. aku cakap NO.. sebab aku tau kalau aku nak baiki kerosakan tu, aku tak boleh baiki sikit2, kena buat satu bumper tu terus.. so, aku call minah tu cakap, aku nak RM200 ke RM150 dah lupa.. minah tu cakap ok, bagi account no.. dalam masa sehari, aku dapat duit tu.. ala, kalau minah tu nak minta kurang or nak nego, aku masih ok.. lagipon memang kerosakan tu sikit, tapi kalau nak baiki tak boleh nak buat sikit.. kena buat satu bumper terus.. so agak pricey la.. tapi since minah tu setuju, aku ok je la.. sebab dia pon tau dia yang salah kan.. cousin aku lagi kelakar, ada ke orang langgar bontot keta dia, dia yang lari hahaha.. dah cousin aku tu lelaki.. pastu kena keluarkan duit sendiri baiki..


Ada jugak certain kedai yang bila baca resit pembayaran, ada tulis, Goods sold are not refundable, returnable or exchangeable, padahal ko jual kasut kot (contoh).. bukan jual bra ke spender ke.. tapi korang jangan risau.. walaupon diorang tulis macam tu, korang still ada hak.. sebagai pembeli, korang tetap ada hak ok nak tukar (tapi depends pada barang jugak la).. yang ni aku tak tahu jatuh bawah akta pengguna yang mana.. kena study lagi hikhik.. kalau susah2 sangat, bawah pergi tribunal terus. bayar RM5 je fee.. kes pon cepat selesai.. memang hak-hak kita sebagai pengguna dijaga la.. 


Apapon, jadila pengguna yang bijak..

credit to penggunarakyat


p/s: aku suka shopping kat Poplook sebab kalau tak suka baju yang dibeli tu - saiz kecik ke, saiz besar ke, ada defect ke, dan sebagainya, kita boleh pos balik dan dapatkan balik wang kita.. dan process dia cepat dan efisien sangat.. T&C applied la.. tapi still ok ada win-win situation..


p/s: apa pula hak kita sebagai comper apabila ditipu oleh organizer? macam kes penipuan dalam contest Habib Jewels ni.. 

Friday, September 27, 2013

Won GUESS Handbag From InTrend ;)

Assalamualaikum ;):)


Rasa macam nak melompat bila aku dapat email dari PIC InTrend magazine cakap aku one of the lucky winners untuk peraduan Edisi ke-100 InTrend.. sebab apa aku teruja, sebab aku tau aku akan menang hadiah yang aku pilih.. hehehe..



aku join dah last minute sangat.. tarikh tutup 31 Ogos, aku pos 28 Ogos kot.. tapi disebabkan dah beli magazine ni, plus ada plak hadiah idaman aku, aku gagahkan diri juga.. yang membuatkan aku malas tu sebab kena reka slogan.. tu yang asyik dok bertangguh.. aku tak power lagi dalam ilmu nak buat slogan ni.. masih belajar..  kalau tengok pilihan kat atas, teringin jugak perfume tu tapi aku dah ada beberapa perfume yang masih belum guna pon.. so pilihan aku no. 1 - GUESS...


tempting takkk?? menang conso pon dapat handbag jugakkk.. GP just extra dapat necklace je.. 



excited hahahahaha






Maafkanla daku sampai 2 pic aku letak hahahaha.. bukan nak riak, tapi over-excited. 
aku dapat color amethyst hehehe comel2.. alhamdulillah syukur..




Yang ni bracelet "Love Is Delicate' comel2 jugak..


TQ InTrend!!!




Love You Mr. Arrogant


Ni la penangan kalau pukul 7 malam dah sampai rumah bertengek depan TV.. tapi kemaruk aku dah tak macam dulu.. apapon, Tonton.com.my kan ada.. youtube pon ada.. bila2 masa pon boleh layan kan.. hehehe..


Sinopsis:

Jodoh Zaara Amirah (lakonan Zara Zya) sudah tersurat dengan Zafriel Irham (lakonan Azlee Khairi) - anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?

Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.

Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.

Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.

Tambah pula,sikap ibu mertuanya Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu. Puan Ser Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu.


Credit to: Nik

Saturday, September 21, 2013

Kelebihan BIG Card Air Asia

Salam uols..


Saja aku nak share dengan korang pasal Big card air asia ni sebab sekarang kan ada sale free seats.. Korang dah grab ke? hehehe.. aku? masih dok pikir.. sebab harga tiket destinasi impian aku takde free seats.. masih mahal dan agak tak berbaloi.. mungkin aku tukar plan.. tengok la.. 


OK, now nak share salah satu benefit kalau korang ada Big card Air Asia ni, boleh collect point dan boleh redeem tiket flight.. Cuba korang bandingkan screen kat bawah..



Yang ni kalau book thru Big card website..
Harga tiket + taxes + fees only untuk 2 orang.. tak termasuk luggage, insurance dan makanan.. kira paling basic la..




Dan yang ni dari website Air Asia..
Date dan masa sama mcm kat atas..


Dari sini dah boleh tengok kan benefit Big card ni kan.. banyak gila beza harga tiket tu.. tapi Big point tu kena kumpul banyak2 la.. hehehe..so, kalau korang memang selalu book flite Air Asia, aku memang suggest korang apply this card. memang berbaloi la.. mmm, aku punya point? ada la 2k++ hahaha skit je.. kena kumpul banyak2 ni..



Friday, September 20, 2013

The Malaysian Women's Weekly Reader Panel July 2013

Salam...


Sape kat sini suka baca magazine The Malaysian Women's Weekly? aku suka gak beli.. ada juga lupa beli sebab every month memang lebih RM50 aku berhabis beli pelbagai magazines.. cuma sekarang dah makin kurang.. cuma beli yang betul2 menarik kat mata aku je.. of cos la muka depan tu yang jadi daya menarik kan.. hehehe..


Anyway nak share dengan uols yang aku terpilih sebagai The Malaysian Women's Weekly Reader Panel untuk bulan Julai 2013.. boleh plak bulan tu aku lupa nak beli magazine tu.. masa tu bulan posa so mood nak membeli ke lautttt sikit hahaha.. tup2 dapat email dari Blu Inc cakap aku terpilih.. 




Dan as token, dapatla 2 biji beg Gin & Jacqie macam kat bawah worth RM147..




Thanks The Malaysian Women's Weekly!!
and Thanks to Kak Kelly for the photos..

Thursday, September 19, 2013

Won Peraduan Sempurnakan Aidilfitri bersama SAFI!

Salam...


Alhamdulillah, semalam encik suami dapat call dari Safi cakap menang Peraduan Sempurnakan Aidilfitri bersama SAFI.. menang untuk bulan Ogos.. nama aku tak sangkut.. hanya encik suami..




Dah lama tak menang cash.. alhamdulillah.. di saat-saat diriku nak mengumpul duit mau shopping di perantauan nanti hehehe.. 

Wednesday, September 18, 2013

Perfume Valentino Untuk Dijual...

Assalamualaikum



Hadiah perfume Valentino ni menang dari majalah Glam.. ada aku cite kat sini.
Aku rasa nak let go je.. ada la spray sekali nak try bau.. wangi.. 
Kalo ada sapa-sapa minat, boleh komen or email w.syima@gmail.com ok.

80ml
Retail price: RM400
My price: RM300 inc postage 



Friday, September 13, 2013

AA Free Seats Datang Lagi Lalalalalala...

Salam.. 



As usual, priority redemption for Big card holder...


Kita tengok apa yang menarik nanti ok..

Malam Pratonton LAGENDA BUDAK HOSTEL

Salam semua..


Minggu ni agak busy skit.. memang tak ada masa nak menaip.. macam-macam benda berlaku last weekend dan juga this week.. life aku macam kelam kabut skit disebabkan satu benda.. well, aku dah tender my resignation kat company sekarang dan dah dapat kerja lain.. tapi since aku bagi short notice macam-macam jadi dah huru hara kejap life aku.. alhmadulillah, now back to normal.. tido malam pon lena.. 


So marilah kita bercerita.. Selasa lepas, aku, encik suami dan my sis pergi ke majlis pratonton filem MIG, Lagenda Budak Hostel.. actually aku menang atas 3 nama dapatla 6 tiket tapi takde sapa yang dapat pergi last minute kan.. so takpe la.. pergi je la kami 3 orang.. pratonton ni dibuat kat e@Curve.. aku terus je pergi ke sana from my site kat Jalan Raja Chulan dan encik suami dengan my sis, dorang dari rumah.. jalan ok je la takde la jammed sangat.. 1 jam dah sampai kat depan Cathay Cineplex tu..




Sejam lebih jugak la aku tunggu dorang sampai.. perut aku dah berdondang sayang dah ni.. mampu tengok orang lain yang dah redeem tiket makan dulu la.. MIG memang sediakan makanan.. aku pergi redeem tiket aku dulu tapi nak makan macam mana dengan laptop, 2 poster kat tangan, sweater bagai.. so terpaksa la tunggu dorang la.. lagipon aku segan ramai sangat artis dengan media dok kalut amek gambar semua.. aku is pemalu so dok tepi-tepi je layan perasaan hahaha.. nampak la pelakon cite Lagenda Budak Hostel tu macam Nora Danish.. anak dia pon ada.. comeiii.. pastu Along Cham datang dengan wife dan anak sekali.. ada Along Ezendy dan ramai lagi la.. 


Dalam 8.45 dapat masuk wayang dah.. tapi cite start dalam pukul 9 lebih jugak la.. sebelum cite start, ada baccan doa dari Ustaz rasmi MIG then ada ucapan skit dari pengarah cite ni, abang Ismail Bob.. pastu Mr David Teo sebagai penerbit dan diakhiri dengan sesi bergambar para pelakon..


Barisan Pelakon Lagenda Budak Hostel : 




Along Cham sebagai Kodan, Along Eyzendy (Put), Nora Danish (Seroja), Rahim R2 Raja Lawak (Cikgu Rahim), Pekin Ibrahim (Aeron), Epy Raja Lawak (Kicap), Eddy Rauf (Ballon), Atikah Suhaime (Mila), Siti Aziz (Zakiah) dan Mikael Andre (Tobek).


Lagenda Budak Hostel ni kisah dia pasal kehidupan kat hostel.. Dalam cite ni Along Cham (Kodan) dengan Along Eyzendy (Put) berlakon sebagai senior yang suka buli adik-adik junior.. dorang ni bukan senior tapi dah taraf super senior sebab SRP amek sampai 3 kali hahaha.. memang banyak la adegan-adegan kelakar dalam cite ni.. 


Ada satu part tu, dorang tengah basuh baju.. actually suasana tu sama macam aku sekolah dulu.. kitaorang memang ada kolah lebih kurang tu la.. encik suami pon cakap benda yang sama.. sebijik sejibon mcm kat sekolah dia dulu.. lagi nakal, dorang akan masuk dalam kolah tu, berkubang dalam tu hahaha..


Makan maggi dalam baldi.. korang pernah? hehehe.. apa barang baldi kecik.. baldi besar la bro.. hahaha.. sedapnya maggi tomyammmmmm.. hahahaha..



Part gaduh-gaduh dalam hostel pon encik suami cakap sama macam zaman dia dulu.. cara pukul ke.. pastu beg duit yang Put dengan Kodan pakai tu memang legend la.. hahaha.. serius macam mengimbas kembali cite2 zaman dok hostel dulu.. cuma sekolah aku dulu tak ada buli-buli macam tu.. kitaorang dok dengan aman sentosa je.. cuma masalah air memang takleh blah la hahaha.. siap beratur kat pili bomba nak tadah air.. mandi je la air pili bomba tu.. 


Apapon cite ni memang layan.. memang gelak je keje kami dalam wayang tu.. pastu artis-artis plak jenis sporting, riuh rendah kejap wayang bila part masing-masing keluar kat screen.. jalan cite memang kelakar so mmg ceria la satu hall.. so jangan lupa pergila terjah pawagam ye.. cite ni dah start dah semalam 12 September..




Anak Along Cham.. hehehe...


Sebarang update pasal movie-movie keluaran MIG bolehla tengok kat official page:


Friday, September 6, 2013

Taiping Bandar Warisan

Salam uols..


Kali ni nak cite pasal ke Taiping last week.. actually pergi Taiping ni aku follow encik suami outstation.. sambil-sambil tu bolehla jalan-jalan, cuti-cuti Malaysia orang cakap.. kami bertolak from Shah Alam rabu malam lepas aku balik kerja.. sampai Taiping dekat pukul 12 malam, jugak la.. hujan lebat malam tu.. aku ingat macam lambat lagi dah nak jalan-jalan belah Utara ni sebab tahun ni boleh cakap 2, 3 kali jugak jalan-jalan ke belah Utara kan.. nak jugak jalan-jalan ke belah Selatan plak. tapi dah rezeki kan nak ke Utara lagi, aku berehhh sokmo hehehe.. bila nak pergi PD, Melaka, JPO dengan Legoland ni abe sayangggg? trip to South plak.. hahaha..


Acara wajib ke Taiping, mestilah pekena mee udang kat Kuala Sepetang.. aku dah cite pasal pekena mee udang ni kat sini.. encik suami kureng skit mee udang ni sebab dia tak makan udang ada alergik dan resdung.. kalau makan confirm bersin je la keje dia..



Lepas dah kenyang, kitaorang pergi Lake Garden pulak atau nama lain Taman Tasik Taiping.. kalau pergi Taiping, korang kena pergi ke Lake Garden tau.. memang cantik view kat sini.. ramai bersantai dan beriadah kat sini.. sebelum ni aku dah pergi dah lake garden ni tapi tak ambil seketul pon gambar hahaha.. sengal takk.. so kali ni amekla seketul dua buat kenangan hehehe..






tengah syok-syok snap gambar kan.. bateri abis.. pastu snap guna kamera handphone suami je la.. lupa nak transfer masuk laptop.. tapi gambar syok sendiri la.. nak minta tolong orang snap macam semua jauh dan malas hahaha..

Lepas pusing-pusing seround dua.. kitaorang pon balik hotel.. sebab malam tu kawan encik suami nak jumpa dan nak belanja makan.. so balik hotel, rehat sekejap, pukul 8 malam keluar balik.. malam tu aku makan lamb chop sedap gak laa.. haa, lagi satu, kalau korang pergi Taiping pergi la makan yong tau fu kat food court Taiping.. sedapp.. aku dah pernah try dulu tapi kali ni tak pergi lak makan sana.. masa kat Taiping ni, plan nak jumpa my best friend, Fazah tapi dia pulak ada hal.. lain kali la nampaknya kita jumpa Fazah ekk.. insya Allah bulan Mac next year pergi lagi Taiping.. kalau rezeki itu masih milik kami.. acecee..


Esoknya, lepas check out, kitaorang decide nak ke Lumut.. hehehe.. memula macam nak pergi Pangkor.. tapi pikir balik, macam tak best je pergi satu malam.. lain kali je la kan.. entah bila laaa.. hahaha.. pusing seround dua area situ.. pastu masuk kedai, shopping..


hasil tuaian kat Lumut hahaha.. ni pon ada yang dah di ngap..


kalau datang sini, wajib beli ikan bilis tau.. orang cakap kalau yang kat Pangkor lagi sedap.. aku tak pernah try so nampaknye kena la pergi Pangkor nak beli ikan bilis hikhik.. lepas tu pergi Teluk Batik sekejap.. tapi macam tak menarik pon.. macam tak ada apa pon.. maybe sebab hari Jumaat kot..


Terus gerak menuju ke Ipoh.. hehehe.. konon nak cari nasi ganja tu.. sekali lalu Seri Iskandar.. kitaorang memang tak tahu dari Lumut nak ke Ipoh akan lalu Seri Iskandar.. kitaorang ada kawan dok sini.. memang dah bermastautin kat sini, siap ada bisness kat sini.. aku pernah cite pergi Seri Iskandar dan Ipoh dulu.. dulu pergi Ipoh siap pergi Gerbang Malam lagi.. ada lagi ke ekk Gerbang Malam korang.. aku sekarang pergi Uptown Shah Alam je dekat nga rumah hahaha.. ok dah alang-alang lalu tu kan, kami pon call la kawan kitaorang tu nak jumpa.. nasib baik dia angkat telefon.. hehehe.. malam tu dia bawa makan ayam penyet Api.. terima kasih Yo, terima kasih Fyza ye.. anak korang comel gilerrr.. mata hazel putih gebu.. geram aku..




Humaira Imani.. gambar anak je ada.. mak pak dia takde.. hehehe..


Malam tu bertolak balik Shah Alam.. sebab sabtu malam aku kena pergi onsite support.. sob sob.. kalau tak mau sambung holiday sampai Ahad.. takpe la.. next time kita jalan-jalan lagi..ok dah abis hehehe.. aku compile semua cite ke Taiping dalam satu entry je la.. takde gambar menarik sangat pon nak share..



p.s: Jom pergi IKEA, sekarang katalog IKEA 2014 dah keluar..


Thursday, September 5, 2013

Lagenda Budak Hostel


Salam semua :):)


Cuba uols layan video sebalik tabir Lagenda Budak Hostel ni dulu..





Amacam? ada rasa macam mengimbas kembali kenangan masa dok hostel dulu tak? hehehe..


Serius masa mula2 tau cite ni nak masuk pawagam nanti macam excited nak pergi tengok.. hehehe.. tapi nak tengok free, so aku join contest.. dan alhamdulillah nama aku, nama encik suami dan nama adik aku sangkut.. so dapat 6 keping tiket nanti.. contest ni anjuran MIG or Metrowealth Pictures milik Mejar David Teo.. sekarang famous DT dengan kes Hans Isaac dan Ahmad Idham.. yang tu tak nak komen.. hehehe.. so tunggu Selasa ni boleh layan cite ni best ke tak..


Kenapa aku nak sangat tengok sebab lebih kepada nak mengimbas kembali kenangan dok hostel dulu.. serius memang sangat banyak kenangan suka duka.. betul tak Naam, Aed, Niza, Zarith, Nani, Aini, Kak Efa, Kak Emi, Iznee, Cik Bit? dan semua-semua la.. nak tulis semua memang ramai gile.. sekadar menyebut yang ada blog sebab nak letak link korang kat sini.. senang kawan-kawan lain jumpa korang jugak.. hehehe.. kalau nak kira, satu batch memang close sangat.. satu batch means semua yang sama year, tak kisahla kelas lain-lain dan jugak kakak senior yang masuk sekolah dengan kitaorang, 1998-2002 dan 1998-1999.. tapi tak bermakna dengan batch lain tak rapat.. cuma mungkin tak semua yang rapat.. dan kalau sekarang ada tetibe ada adik2 junior yang tegur atau nak add kat FB, aku mesti approve walaupon tak rapat dengan diorang sebab rasa ada satu macam tarikan hahaha.. rasa macam dekatt je.. hehehe..


Sebab apa yang buat kami rapat? sebab macam2 yang kami kena tempuh bersama awal-awal masuk sekolah.. aku sekolah kat sekolah asrama penuh kat Kelantan tapi jauh dari umah, sejam kalau naik keta.. kalau naik bas, mau dekat 2 jam sebab dari sekolah nak jalan besar nak tunggu bas memang belengas jugak la ketiak ko nak jalan.. kitaorang tak jalan.. biasa bas sekolah anta ke bandar Pasir Puteh tu pergi stesen bas.. takpon, kitaorang call teksi masuk sekolah amek kitaorang.. hehehe..


Sekolah ni actually sekolah asrama penuh yang baru buka.. kitaorang la pioneer sekolah tu.. sekolah kitaorang sekolah gugurl semua.. dah nama sekolah baru, memangla banyak kemudahan yang masih kurang.. yang best, semua barang baru sebab kitaorang first yang guna semua tu.. kitaorang kena angkut sendiri meja, kerusi dari stor susun dalam kelas.. decor kelas sebab kelas memang kosong giler.. memang banyak benda kena buat sendiri.. pastu kitaorang takde boys yang boleh menolong.. semua angkut, angkat sendiri.. memang gigih la kitaorang.. pastu kawasan sekolah tak payah cakap la.. panas giler sebab kawasan masih dogol, tak banyak pokok pon.. pokok pon masih renek.. padang sekolah? rumput pon takde.. rumput kuning ada la sebab tak sempat nak tumbuh betul2 hehehe..


Aku ingat lagi masih form 1, sekolah buat camping badan beruniform kat padang sekolah.. serius memang panas.. semua orang muka burn kena bakar dek panas matahari.. gelap, berbelam toksah nak cakap la.. hahaha.. nasib baik takde boys so maintain je kitaorang tak payah control ayu ke apa.. siap menggelupas bagai hohooo.. pastu bila dah start sekolah.. camping tu masa weekend tak salah aku.. ada pulak sesi untuk amek gambar kelas sebab nak masuk magazine sekolah.. hahaha.. terbaik laa..



ok ni la gambar kelas masa form 1.. kelas 1 Hajar.. sorry la gambar takde clear sangat.. ni gambar scan.. tapi yang pasti semua muka kena bakar hehehe.. maklumla baru lepas camping kat padang sekolah yang macam padang jarak padang tekukur.. tapi bila ingat2 balik, syokkkk.. jadi bahan cerita sekarang kalo jumpa..



ni gambar masa annual dinner.. masa form 5.. rindunye kat korang.. 


Serius memang banyak la kenangan kat sekolah dan hostel dulu.. masa form 4, aku kena jadi ketua dorm.. aku dah la suka mengelat kalo orang nak bagi jawatan ni.. aku pernah hampir nak jadi prefect sekolah tapi aku awal2 dah bagitau cikgu prefect sekolah aku, aku memang taknak.. hahaha.. rasanya ramai kot kawan-kawan aku taktahu pasal ni.. tapi kena jadi ketua dorm.. stress jugak sebab aku ni nampak mcm baik, skema (haha yeke?) tapi nakal jugak la.. sekolah tu tak pernah la ponteng, tapi kalo persatuan ke, badan beruniform ke, ponteng la juga hahaha.. aku ni dah la masa form 5 jadi presiden pergerakan islam tapi masa sesi photo untuk magazine sekolah aku tak pergi, bolehhh? hahaha.. sebab apa aku dah lupa tapi seingat aku alasan yang tak logik hahaha.. 


Masa sport day sekolah lagi la.. aku memang mengelat giler la nak suh masuk acara olahraga bagai ni.. tak suka tak suka hahaha.. tapi ada satu tahun tu, setiap orang kena join la.. kira tolong rumah masing-masing upkan merit.. dahla ko malas nak tolong masa sport day, nak suh join main pon malas.. hahaha.. ada satu kali tu, ketua rumah aku, tak ingat aa sape, rasanya Wani.. ke tahun sebelum tu.. ok tak penting hahaha.. aku kena paksa masuk lompat kijang.. aku pernah la pergi training kot tu pon sebab wajib.. tapi ada juga mengelat.. aku dah cakap aku tak nak masuk.. tapi kena juga.. korang tau apa aku buat masa sport day betul? aku pergi surau tido.. hahaha.. siap dengar lagi diorang announce nama aku kat padang suh get ready nak bertanding.. pikir2 balik, macam bodohnye aku time tu.. dah menyusahkan semua orang.. entah ape la aku pikir time tu.. memang kena maki la kot time tu hahaha..


Banyak lagi kalau nak cite zaman hostel tu.. tapi beza cite hostel aku dengan cite Lagenda Budak Hostel tu, kitaorang takde kes buli-buli macam tu teruk.. kalau ada pon, masa minggu orientasi je.. tupon masa form 2.. bukan aku yg kena ragging, tapi kakak form 5 'buli' kakak form 4 yang baru masuk.. hahaha.. bukan teruk pon.. setakat nyanyi lagu Negaraku kat bawah, kat tengah-tengah hostel tu, sebab nak minta tandangan senior.. nyanyi pon ramai-ramai.. pukul2 ni semua takde.. 


Okla, nanti aku dah tengok cite Lagenda Budak Hostel tu, aku share kat sini..


Kolagen Pilihan Saya Semestinya EPHYRA!

* STICKY POST **
48 hours

Salam semua...


Sebelum ni kalau guna produk apa-apa, especially produk kecantikan, memang aku jarang share dengan korang semua kan.. bukan apa, aku ni jenis susah nak stick dengan satu-satu produk.. pastu memang malas nak pakai or makan secara konsisten.. kalau dah jarang guna, jarang makan, nak share macam mana kan? sebab nak tunjuk kesan lepas guna tu pon confirm-confirm takde sangat.. 


Sampaila satu masa tu aku tengok kebanyakan blog famous, blogger famous macam Kak Filla (kasihaleeya), Nadia Farahida, Ceeramoon dan ramai la lagi.. dorang asyik dok bercerita pasal kebaikan Ephyra ni.. macam tertanya-tanya jugak la betul ke berkesan ke?


Aku ada juga dok usha apa-apa produk kolagen yang bagus dan boleh ditelan aku ni.. aku ni jenis susah sangat nak telan segala jenis produk kecantikan yang berbentuk cecair sebab kebanyakan memang tak boleh diterima oleh tekak aku ni.. tapi nak juga makan sebab yelah kita ni bukan makin muda.. ikhlas aku bagitau, aku takde ambil apa-apa supplement pon untuk badan aku selama ni.. tapi bila dah usia makin meningkat, nak masuk 3 series dah 2 tahun lagi.. jadi ada baiknya aku cari satu produk yang bagus yang boleh ditelan oleh aku.. paling penting selamat dimakan..


Jadi aku mengambil keputusan untuk mencuba Ephyra.. dari testimonial yang aku baca rasa Ephyra ni sangat sedap, rasa macam oren ala-ala sugus.. bagi aku ciri ni penting sebab aku memang susah nak telan produk kecantikan dalam bentuk cecair ni.. kalo makan pil, insya Allah OK je.. tapi dengan Ephyra ni, serius aku rasa macam best sangat.. serius rasa Ephyra memang sangat sedap.. pastu senang gila nak bancuh, korang guna air suam or air sejuk.. pastu bancuh dalam gelas or shaker, terus minum..





# Testimonial aku sendiri ni #
Selepas habis sekotak Ephyra, perubahan paling ketara aku kat lengan.. sorry ye aku tak dapat nak letak gambar lengan aku kat sini.. baru-baru ni kira sebulan sebelum aku cuba Ephyra, kat lengan aku ada naik bintik-bintik.. mula-mula tak gatal tapi lama-lama dia jadi gatal.. lepas garu tu dia macam keluar putih2 macam tu.. memang buruk la lengan aku masa tu.. pastu aku dok bertangguh nak pergi klinik.. sampaila aku order Ephyra tu.. aku saje nak tengok berkesan ke tak Ephyra kat lengan aku ni.. alhamdulillah, lepas abis sekotak, bintik tu semua hilang ok.. dalam masa sebulan aku minum Ephyra tu.. ok dalam Ephyra ada 30 sachets, aku minum 1 sachet sehari.. day by day, memang aku dah boleh nampak bintik makin hilang dan gatal dah makin kurang.. terus order kotak kedua.. dan aku dah suggest kat adik aku minum Ephyra sebab dia ada masalah kulit berjerawat.. kita tengok hasil dia dalam masa sebulan lagi OK..


Dan lagi satu, perubahan yang aku perasan, aku lebih kerap ke toilet buang air besar.. awal-awal minum boleh kata 3-4 kali ke toilet untuk buang air besar.. pastu dah normal balik.. aku memang jarang ada masalah sembelit so yang ni tak kisah sangat.. tapi sebenarnya benda ni bagus sebab nak buang toksin dalam badan kita semua.. adik aku pon ada minum, dia pon macam aku.. so aku rasa sapa-sapa ada masalah sembelit, boleh cuba Ephyra ni..


OK sekarang nak share sapa yang patut minum Ephyra ni..dan jugak benefit selepas minum Ephyra..






Ini antara testimonial daripada satisfied customer..






Dan paling penting, Ephyra disahkan dan dijamin halal oleh JAKIM..



ni link dia, korang boleh check sendiri
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

pastu taip Ephyra, or Oceanlife.. insya Allah jumpa..


OK, ni nak share video keistimewaan Ephyra..




So kalau korang nak sihat, cantik dan menawan, jom dapatkan Ephyra sekarang.. benda macam mungkin tak nampak hasil secara total sekarang, tapi hasil maksimum boleh nampak bila dah tua nanti insyaAllah..


Harga:

RM195 /per box /30 sachets
RM375 /2 boxes /60 sachets
RM560 /3 boxes /90 sachets

with FREE POSTAGE!!


Dapat FREE shaker dengan beg recycle color hitam


Email:
w.syima@gmail.com

atau SMS/Whatsapp:
019-9593125

Bagi full details iaitu nama penuh, alamat, no telefon, email, berapa kotak nak..
Lepas tu aku akan provide payment details, korang bank in bagi payment proof, insya Allah dalam 3-5 working days, Ephyra akan sampai ke tangan anda..

Related Posts with Thumbnails