Ni la penangan kalau pukul 7 malam dah sampai rumah bertengek depan TV.. tapi kemaruk aku dah tak macam dulu.. apapon, Tonton.com.my kan ada.. youtube pon ada.. bila2 masa pon boleh layan kan.. hehehe..
Sinopsis:
Jodoh Zaara Amirah (lakonan Zara Zya) sudah tersurat dengan Zafriel Irham (lakonan Azlee Khairi) - anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?
Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.
Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.
Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.
Tambah pula,sikap ibu mertuanya Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu. Puan Ser Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu.
Credit to: Nik
Ty tak dpt tgok lg TV
ReplyDelete