Tuesday, November 5, 2013

Bandung Trip 2013

Assalamualaikum dan haiiiii uols ;)


Kami baru je pulang dari Bandung trip.. IT WAS SUPER DUPER AWESOME!! walaupon berbeza jauh dengan Krabi tapi Bandung definitely syurga shopping, but for men, Bandung is syurga dunia hahaha..


But I tell you, encik suami shopping lagi banyak dari aku yekkk.. dia punya shopping lengkap from top to toe.. t-shirt, kemeja, spender, seluar, kasut, sandal, kopiah,clutch, wallet.. semua adaa.. complete!


Rumah Mode



Sebahagian dari hasil shopping...




Insya Allah nanti aku update cite kat Bandung.. 
selamat beristirehat semua.. happy long weekend..

Sunday, October 27, 2013

Motivation...

Salam uols..


Giler lama tak update cite kat sini kan.. hehehe.. aku tau ada yang setia datang sini jenguk aku kan kan.. hahaha.. perasan ;p walaupon tak ramai tapi aku tau korang datang jenguk aku kan kan.. perasan lagi ;p 


Aku memang nak cite mana aku menghilang.. tapi tunggu la dulu.. kasi update ini cerita dulu la.. untuk record je ni.. hadiah kecil-kecilan je.. masih takde rezeki lagi aku nak menang besar.. tambah2 sekarang memang takde masa.. percaya tak, bulan ni aku tak beli magazine pon.. jangan kata nak baca magazine kan, beli pon tak sempat.. join contest? ada la 2-3 contest je sempat join.. tu pon yang jenis lucky draw je.. ada rezeki, ada la.. 



Bio oil hamper worth RM160, dari EH! magazine July promo.. nama my sis..




Clarins product worth RM250, menang dari EH! magazine untuk bulan Ogos 2013.. suka aku dapat benda gini.. sesuai untuk bawa time travel.. 




Biotherm Homme hamper dari Men Health magazine.. nama encik suami.. conso prize.. 




Ni cheque RM300 nama encik suami.. menang Peraduan Sempurnakan Aidilfitri bersama SAFI.. baru je amek rabu lepas dan dah selamat di bank-in pon..


Ada 1 lagi hadiah belum pergi collect.. memang takde masa sekarang ni.. esok aku masih keje, lusa aku dah start cuti sampai weekend.. hehehe.. tak sabar nak fly ni.. nanti aku cite ok.. bye...

Monday, September 30, 2013

Hak Kita Sebagai Pembeli, Pengguna & Pekerja

Assalamualaikum.


Aku nak tanya korang, ok tak nak jawab pon takpe. tapi sure lepas aku tanya korang mesti tanya diri korang balik kan.. hahaha.. ok aku nak tanya, kalau korang tahu satu-satu benda tu or apa2 je la, adalah hak korang tapi korang dinafikan hak tu, korang akan berjuang tak untuk dapatkan hak korang balik? paham ke tak? ok aku bagi contoh. kata la korang beli something pastu benda yang korang beli tu rosak. Korang pergi tukar tak? or korang just cakap takpe takde rezeki...


Aku? kalau aku la, depends.. Kalau kos barang aku beli tu berbaloi dengan aku nak pergi balik ke kedai tu, aku memang pergi.. aku akan dapatkan hak aku sebagai pembeli.. jangan tak tahu, aku pernah ke Tribunal Pengguna atas satu kes yang aku malas nak share kat sini.. dan aku dapat hak yang sepatutnya.. jangan risau tribunal tak menindas sapa2.. ada win-win situation..


-gambar selingan- *takde kaitan dengan entry*
syok wooo shopping kat NSK, murah dan banyak choice - berbaloi2 *promote*


Aku nak korang tahu kita sebagai pembeli/pengguna memang ada hak untuk menegakkan apa hak kita.. kenapa kita nak malu? dan teruskan biar hak kita diperkotak-katikkan.. even, sebagai pekerja, kita juga kena tahu hak kita sebagai pekerja kat company yang kita kerja.. baca kontrak kerja kita betul2. pahamkan kandungan dia.. kalau kita rasa kita patut dapat ni, dapat tu, suarakan.. why not kan? semua orang ada hak yang sama.. kalau yang kenal aku, tau la aku ni macam mana.. aku mungkin nampak pendiam (yela sangat haha), tapi aku tau bila kena bersuara.. bukan la setiap masa aku nak complain je, kenala tengok keadaan juga kan.. kalau tak tahu, rasa nak tahu, silala bertanya.. 


Dulu aku pernah kena langgar dari belakang.. masa tu tengah stuck dalam traffic jammed kat dari Kerinchi nak masuk NPE.. tetiba ada orang langgar keta aku.. aku terus gerak ke depan, cari tempat clear sikit nak discuss pasal keta yang kena langgar tu.. kitaorang tukar2 no phone je dulu sebab masa tu aku rushing nak balik rumah nak kemas, nak balik kampung beraya.. bila husband aku tengok kesan accident tu, husband aku cakap ala, sikit je.. tak payah la nak claim apa2 nga minah yang langgar tu.. aku cakap NO.. sebab aku tau kalau aku nak baiki kerosakan tu, aku tak boleh baiki sikit2, kena buat satu bumper tu terus.. so, aku call minah tu cakap, aku nak RM200 ke RM150 dah lupa.. minah tu cakap ok, bagi account no.. dalam masa sehari, aku dapat duit tu.. ala, kalau minah tu nak minta kurang or nak nego, aku masih ok.. lagipon memang kerosakan tu sikit, tapi kalau nak baiki tak boleh nak buat sikit.. kena buat satu bumper terus.. so agak pricey la.. tapi since minah tu setuju, aku ok je la.. sebab dia pon tau dia yang salah kan.. cousin aku lagi kelakar, ada ke orang langgar bontot keta dia, dia yang lari hahaha.. dah cousin aku tu lelaki.. pastu kena keluarkan duit sendiri baiki..


Ada jugak certain kedai yang bila baca resit pembayaran, ada tulis, Goods sold are not refundable, returnable or exchangeable, padahal ko jual kasut kot (contoh).. bukan jual bra ke spender ke.. tapi korang jangan risau.. walaupon diorang tulis macam tu, korang still ada hak.. sebagai pembeli, korang tetap ada hak ok nak tukar (tapi depends pada barang jugak la).. yang ni aku tak tahu jatuh bawah akta pengguna yang mana.. kena study lagi hikhik.. kalau susah2 sangat, bawah pergi tribunal terus. bayar RM5 je fee.. kes pon cepat selesai.. memang hak-hak kita sebagai pengguna dijaga la.. 


Apapon, jadila pengguna yang bijak..

credit to penggunarakyat


p/s: aku suka shopping kat Poplook sebab kalau tak suka baju yang dibeli tu - saiz kecik ke, saiz besar ke, ada defect ke, dan sebagainya, kita boleh pos balik dan dapatkan balik wang kita.. dan process dia cepat dan efisien sangat.. T&C applied la.. tapi still ok ada win-win situation..


p/s: apa pula hak kita sebagai comper apabila ditipu oleh organizer? macam kes penipuan dalam contest Habib Jewels ni.. 

Friday, September 27, 2013

Won GUESS Handbag From InTrend ;)

Assalamualaikum ;):)


Rasa macam nak melompat bila aku dapat email dari PIC InTrend magazine cakap aku one of the lucky winners untuk peraduan Edisi ke-100 InTrend.. sebab apa aku teruja, sebab aku tau aku akan menang hadiah yang aku pilih.. hehehe..



aku join dah last minute sangat.. tarikh tutup 31 Ogos, aku pos 28 Ogos kot.. tapi disebabkan dah beli magazine ni, plus ada plak hadiah idaman aku, aku gagahkan diri juga.. yang membuatkan aku malas tu sebab kena reka slogan.. tu yang asyik dok bertangguh.. aku tak power lagi dalam ilmu nak buat slogan ni.. masih belajar..  kalau tengok pilihan kat atas, teringin jugak perfume tu tapi aku dah ada beberapa perfume yang masih belum guna pon.. so pilihan aku no. 1 - GUESS...


tempting takkk?? menang conso pon dapat handbag jugakkk.. GP just extra dapat necklace je.. 



excited hahahahaha






Maafkanla daku sampai 2 pic aku letak hahahaha.. bukan nak riak, tapi over-excited. 
aku dapat color amethyst hehehe comel2.. alhamdulillah syukur..




Yang ni bracelet "Love Is Delicate' comel2 jugak..


TQ InTrend!!!




Related Posts with Thumbnails