Friday, December 16, 2011

ACI Team Building 2011

Venue: Ritz Carlton Hotel, KL
Date: 9 December 2011 (Friday)
Time: 9.00 am - 5.00 pm

My company had a teambuilding last friday. Lepas abis buat setiap task mesti  ada makan2, started with breakfast, lunch and tea break. Sebelah malam, ada dinner di Jogoya Japenese Buffet Restaurant, Starhill Gallery. Makanan dia ok la. Lagi sedap restoran jepun kat Soho, Solaris (lupa nama restoran tu apa). Tapi food dia memang banyak choice la.. mostly seafood. Aku siap bantai lobster ;) Aku tak amek gambar pon sebab malas. Semua photo ni amek dari kamera office. The best part, aku menang lucky draw dapat external hard disk 500GB. Tu je. So layan photo2 kat bawah k.


First activity that day. picit2 bahu bagi segar sikit. Kak Haida macam geli2 je tu. Kawan belakang aku tu dia picit best. Siap 'pukul-pukul' kat belakang. 










Tengah cari nombor2 untuk dapat jumlah yang diberi oleh juri.Kena dapat amount exactly sama mcm yang diminta. Semua ada, tambah tolak darab bahagi. so pandai2 la cari...hehehe.. Aku masuk kejap je dah dapat semua no yang diperlukan ;p




Had dinner at Jogoya. Semua sempoi je pakai baju masa team building tadi ;) takde tema bagai ok.





Group photo. 
Ramai gak yang tak ada ni sebab, ada yang cuti, ada yang terpaksa kerja. 
Yang melayu, Kak Hasnah dengan Azizan je tak ada. 
Apapon, memang enjoy. 


Thursday, December 15, 2011

FOR SALE: Perfume, Wallet, Handbag dan Banyak Lagi...

Aku nak let go item2 kat bawah ni. Kalau yang berminat, sila email me at w.syima@gmail.com



Perfume Nina Ricci L'Elixir 
80 ml
Market price: RM315
Won from a contest
Dah spray (just untuk try bau)
Reason for selling: Terlalu banyak perfume. hehehehe..
MY PRICE: RM 240 (inclusive of postage)




Sunflowers from Elizabeth Arden
50 ml
bought from Aussie as a souvenir.
Dah spray (just untuk try bau)
Normal price: RM130
MY PRICE: RM85 (inclusive of postage)




Strawberries & Champagne Fragrance Mist
250 ml.
Retail price: RM50
Won from a contest
Dah spray (just untuk try bau)
Reason for selling: Terlalu banyak perfume. hehehehe..
MY PRICE: RM35 (inclusive of postage) SOLD OUT



Brand new
Original
L.A.M.B by Gwen Stefani Clutch Wallet

* Silver hardware.
* Flap top with magnetic closure.
* Logo plaque at corner with nail-head accents.
* Inside, full-length zip and open compartments; credit card slots.
* Size: 4"H x 7 1/2"W.

Reason for selling: Terbeli wallet baru.. hehehe ;p
MY PRICE: RM150 (inclusive of postage)
SOLD OUT





Used.
Original from COACH
Condition: Tip top (9/10)
Size (approx.): 9.75″ (L) x 8.5” (H) x 4” (W)
No dustbag
MY PRICE: RM290 (inclusive of postage)
SOLD OUT

Sekali lagi, kalau sapa2 berminat (serious buyer only), sila email me:

w.syima@gmail.com



Tuesday, December 13, 2011

Nak Update Skitttt... Pasal Hadiah ;p



Received 24 InkJoy pens from facebook Paper Mate Malaysia. Salah seorang dari 200 pemenang Paper Mate Malaysia See How It Feels Contest. Aku kena review pen-pen ni dan kalau review aku tu best akan menang hadiah lain plak. wang tunai dan movie ticket..




Menang 2 tiket dan goodies bag Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH. Yang ni menang dari facebook CornettoLove. Kena buat slogan meluahkan perasaan dengan berbaur rock. Aku pon mereka la slogan yang ntah apa2.. hahahaha.. malu nak letak sini. Biarlah ianya menjadi rahsia aku ye ;p Tiket dan goodies bag kena redeem hari konsert nanti 17 Disember di Mines Convention Center.



Botol merah tu dapat as door gift time team building company aku. External hard disk tu dapat masa lucky draw dinner company. 500 GB. Mungkin nak jual external ni. Ada sapa2 berminat tak? hehehe..



Hadiah dari Pin Boling sebab jadi peminat ke-100 page Pin Boling. Comel kan pin boling ni kan. Kalau nak tahu Pin Boling memang menyediakan service untuk buat pin boling dan piala kaca untuk pelbagai event. Kalau nak book, nak cuci2 mata, boleh pergi ke laman facebook diorang kat SINI. Kedai ni kepunyaan Kak Uyun dan suami.




Menang lagi voucher starbucks sebanyak RM20 dari facebook GreenBean atas nama encik somi. Kemenangan untuk final week. Dulu aku dah menang atas nama sendiri untuk first week. Sekarang GreenBean ada lagi satu  giveaway iaitu iPad 2 bila diorang hit 8,888 likes. So, kalau sapa2 nak join, bole ramai2 like page GreenBean. Mana tahu rezeki korang. Hanya click butang like je..




Dapat 2 tiket masuk Planetarium Negara dengan tengok science movie. Dari Asia Media TV. Aku tak pasti lak aku menang contest apa. hehehehe.. tengok2 ada dalam box surat umah aku. Terima ajeee.. rezeki jangan ditolak. Boleh redeem start 1 Jan tahun depan. Dah lama dah tak g planetarium ni.. sejak sekolah rendah kot. hahahaha... boleh la pergi tajam kan ilmu sains yang ada ni. wakakakakkk..


credit to kak nana

Menang 2 t-shirt dari contest cinemaonline dari cite Misteri Jalan Lama. Yang ni tak ada tiket wayang. Kemenangan atas nama encik somi jugak. hehehehe. Thanks cinemaonline. Kak Nana menang atas 2 nama. congrats kak..


Ada pass cite Abuya, RAM complimetary pass admits for 2, cd artis cina mana ntah, voucher jelly apa ntah.. semua ni pon dari Asia Media TV. Tapi aku dah lupa menang dari contest yang mana.. hehehe.. yang sadisnya, masa dapat tiket ni, tiket Abuya dah tak leh pakai. cite dah abis pon kat wayang. lagi sadis, aku kena denda 50 sen sebab setem yang penganjur lekatkan tak cukup. Aku dah komplen kat wall diorang tengok apa respon diorang nanti...


Alhamdulillah, ada jugak rezeki yang menang beberapa minggu lepas. Ada yang dah diupdate awal2. Tak kisah la hadiah tu besar ke kecik, aku memang happy sangat bila terima hadiah. Semoga ada lagi rezeki kami di masa akan datang. Ameen.


p/s: sekali nak pesan.. ni just sebagai catatan peribadi aku ye sebagai tanda kenang-kenangan hasil dari hobi join contest.. tak ada pon sekelumit rasa nak show off ke apa k. so, harap tak ada yang salah paham ek..


Monday, December 12, 2011

Pengalaman Booking Tiket AA Guna BIG Card...

Ada tak sapa2 yang baca entry ni yang dah join AirAsia BIG Loyalty Programme or dalam kata lain apply kad BIG Air Asia? Kad ni macam loyalty card la tapi dalam bentuk kad Visa tapi prepaid version. Macam nak cakap ek. Gini, kalau nak guna kad ni, kena make sure ada nilai dalam tu macam kad prepaid. Kalau tak ada, kena topup. Cara topup tu plak melalui online banking - maybank2u, cimbclicks, bank islam dan lain2. Boleh pergi laman web BIG dan godek2. hehehehe...


Tapi aku bukan nak bercerita sangat benefit kad ni. Yang aku nak bercerita kat sini aku bengang sebab aku di charge RM20 untuk processing fee (utk 2 orang) sebab guna kad ni masa booking tiket yang aku beli ni. Aku memang tak perasan diorang nak charge ke aku perasan tapi aku tak paham2.. hahaha..


Setelah select date dan isi detail semua untuk proses membooking tu, aku terus proceed nak bayar. So, gigih la aku topup dulu kad BIG aku tu, aku topup dalam rm120. pasal topup lebih ni takpe, korang boleh withdraw balik kat ATM. ada no pin diorang bagi.. hehehehe.. So, aku godek2 la nak pergi mana kan. At last, aku book balik kampung je dengan encik somi. Total return flight untuk 2 orang tidak termasuk insurance, luggage, makanan, seat pilihan semua RM70.40.. murah sangat la kan. Kalau balik nga bas pon mahal lagi. Aku tengok flight nak pergi Langkawi pon sama harga. Tapi takde la aku nak book sebab baru je pergi bulan 9 hari tu.


Masa nak bayar tu, ada 3 pilihan - Credit Card/Debit Card, e-voucer dan Online Banking. Kad BIG ni ciri2 dia macam kad debit la. Kalau tak ada duit, tak leh guna so, aku pon pilih la kad debit. Sebelum ni aku tak tahu pon kalau kita guna kad kredit atau kad debit kena charge processing fee. RM10 sorang tak salah aku. Sebab last time aku book pakai kad kredit setahun lepas. Lepas tu, pakai online banking je senang. Rupa2nya sekarang diorang dah adakan charge la plak kalau pakai kad. hampagas betul. Aku memang tak tahu atau aku ke yang tak alert? .. adooii...


Bila dah bayar tu guna kad BIG aku tu, tengok2 kat itinerary ada processing fee RM20. Total aku aku bayar RM90.40. Bengangnya aku mana datang charge ni. Aku rasa aku dah unselect semua yang tak berkenaan. Aku terus call call-center kad BIG tu. Dia cakap memang charge Tapi rm8 ke sorang.. Plak?? Then dia suggest aku call AA sendiri. so, aku cuba call Air Asia plak, asyik engage je. Aku terus pergi komen kat wall kad BIG tu tanya pasal betul ke kena charge processing fee kalau guna kad BIG tu.




So, jawapan, yes! Air Asia fee remains chargeacle. arghhhhh!! marahnya aku tapi aku cool lagi. Aku komen lagi cakap rugi rm20 hahahaha.. dia pon balas..

   


So, semalam aku check ada 45 BIGGIES dalam akaun aku. Tak tau nak buat apa sebab promotion dah abis. Mungkin boleh guna next promotion. Kalau nak guna sekarang tak boleh sebab tak cukup point pon. hahaha. Sebab aku tengok kat wall diorang, masa promotion tu ada je tiket one way harga 10 BIGGIES. Murah tu.. hehehehe.. so, aku pasrah je la dia charge aku RM20 tu. Silap aku tak baca betuk T&C diorang. Tapi aku ada tanya diorang boleh tak masa book isi BIG id tu (utk collect BIGGIES point) tapi masa nak bayar guna online banking je.. tengok la apa diorang jawab nanti. Kalau boleh, aku simpan kad ni. Kalau tak, aku buat pekasam je la masuk dalam card book aku..wakakakakakkk...


p/s: moral of story: instead of using debit card, baik guna BIG card sebab dapat point. Tapi kalau tak ada duit, guna aje la credit card. hahahahahaha.. Kalau tak, guna aje direct baking senang jimat dan tak payah pikir hutang dah..


Update: Sekarang no more processing fee will be charged on your BIG card. so, boleh la guna BIG card tanpa risau kena charge RM20 mcm aku tu... tapi tak salah aku, kad kredit dan kad debit masih charge processing fee.. correct me if wrong..
Related Posts with Thumbnails