Sunday, December 11, 2011

Last Day Booking - 10 Awesome Years Air Asia From 10 Cent ;)

Hari ni last day promotian Air Asia - 10 Awesome Years From 10 cent. So, korang dah book ke? Pergi mana holiday tahun depan? Atau book untuk balik kampung?


Aku dah book untuk balik kampung tahun depan. Aku beli untuk balik berpuasa kat kampung for few days. Selalunya, sebelum ni aku memang jarang dan tak ada masa nak balik time bulan posa. Balik pon dekat2 nak raya. Masa tu amek peluang balik awal 2-3 hari awal sebelum raya sebab nak berbuka posa dengan family. Tapi sejak jadi wife orang ni, kena pandai bahagikan masa agar dpt buka posa kat dua2 rumah. Maklumlah, kahwin orang senegeri hatta selang 2 kampung je. hahahaha.. Lagipon, kalo drive bulan posa memang agak penat skit so rasanya bila ada promo mcm ni memang berbaloi.. hehehe..




Aku ada gak cuba jenguk2 skodeng2 tempat lain untuk holiday. Tapi sebab tempoh travel tu agak terhad sebab bertembung dengan bulan posa, raya posa dan raya haji so macam tak best lak nak holiday. Bagi aku dan encik somi, time perayaan macam ni la balik kampung dan spend masa dengan family kat kampung. Tapi kalau yang memang tinggal dekat ngan family, tak salah kot ambil peluang nak pergi holiday sebab mungkin ini sahaja cuti yang ada kan..


Tapi aku tengok, kalau korang pandai pilih date, boleh aje nak pergi holiday sebab bulan September tu memang tak ada apa2 perayaan. memang sesuai sangat nak pergi berjalan2.. Takpon, 1-2 minggu lepas raya posa pon ok tapi mcm tak best la plak nak apply cuti lagi. hahahaha.. Aku skodeng nak pergi Phuket tapi masa mcm tak ok sebab masa paling sesuai nak pergi Phuket ialah dari bulan Disember - Mac. So, mungkin next promotion la plak. Orang macam aku ni, memang tunggu promotion murah macam ni je la.. Tak mampu nak beli yang mahal2 ;p


Aku tak ada la rasa ralat sangat tak book pergi bercuti, balik kampung pon bercuti apa..hahaha.. Lagipon aku dah book yang promotion sebelum ni. Tahun depan memang dah ada satu holiday ke satu tempat ni. Insya Allah, kalo tak ada aral, tengah tahun depan pergi holiday... hehehe..


p/s: Ada cite tak best masa book tiket ni.. nanti next entry la yerkk.. dan cite best plak, aku terbook date dan masa yang sama dengan sorang blogger ni. hehehe.. so, see u next year, kak nana..hahahaha ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails