Tuesday, May 31, 2011

Hilang Handphone, Pastu Jumpa Orang Yang Jujur

Tak tahu nak letak tajuk so bantai aje. dari tajuk tu pon, korang dah boleh agak aku nak cerita pasal apa kan. ending pon mungkin boleh agak kan...hahaha...


Semalam aku ada training kat Shah Alam. training ni ambil masa 2 bulan baru habis. kiranya akhir bulan 7 kot habis. company aku hantar 5 orang semua termasuk aku. semua new staff. belajar mainframe COBOL.


ok, sebenarnya bukan nak cerita pasal training sebab training tak start lagi.. just sesi ice breaking dan briefing.. aku nak cerita first day aku sampai kat tempat training tu, aku dah hilang handphone. dah la sehari sebelum tu, masa pergi hari belia di putrajaya, handphone aku pon hilang.. tak dapat dikesan. tak tahu letak kat mana. tapi rupa2nya, ada dalam handbag adik aku. kecut perut dah aku takut kena marah kat laki aku. dia memang pantang sikit kalau aku cakap aku hilang handphone sebab memang aku cuai sikit kalau bab2 jaga handphone. handphone je, benda lain tak ada masalah.. hahaha..


panjang lebar la plak mukadimah.. sebenarnya tak tahu nak start cite macam mana. sebab pagi tu masa sampai agak kelam kabut aku cari tempat training tu. aku dah panik mula2 sebab ingat salah tempat.. lepas tanya2 orang rupa2nya dah betul tempat training kat situ. masa tu boleh terlupa plak nak call opismate yang sama training.. entah tak terpikir plak.. hahaha.. aku tanya 3, 4 orang gak.. hampir semua tak tahu tempat aku tanya tu. adoiiii..


aku ingat lagi, aku stop kat satu meja ni, keluarkan alamat pastu cari orang nak tanya tempat aku training tu. mula2 tanya orang yang lalu lalang, tak tahu.. pastu masuk kedai kat area tu tanya abang jual air, dia pon tak tahu. pastu akak yang dok makan kat situ, dia pon tak tahu. last2 aku sendiri nampak tempat tu. bila masuk, aku nampak opismate aku. so, lega laa.. masa tu kat ground floor... tetibe receptionist kat situ suruh naik 4th floor. kami pon naik. masa aku tengah jalan dan tunggu lif tu la aku perasan handphone aku tak ada. aku gali2 lagi tengok kot2 ade terselit ke apa.. memang tak ada. aku dah cuak dah.


aku pesan kat opismate aku suh reserve kan tempat untuk aku dan turun. mula2 aku pergi kat office kat ground floor tu. memang tak ada. pastu, pergi kat kereta aku, tak ada juga ;( berpeluh2 dah aku ke sana sini.. pastu aku jalan balik ikut jalan yang aku mula2 jalan tadi sebelum jumpa tempat training tu. aku tanya je sapa2 yang ada kat situ. oh ya, lupa... masa aku turun lif dari tingkat 4 tadi, aku minta pinjam handphone makcik cleaner tempat training tu, nak try call. bila call, handphone aku off. masuk voice mail bila call.. waaaa.. lagi la aku cuak. ya Allah sedihnya dalam hati..


pastu, masa berjalan cari tu, aku jumpa abang cleaner indon ni. tanya dia ada nampak tak telefon macam ni, macam tu rupanya... bla... bla... abang tu cakap kat mana hilang.. aku cakap tak pasti tapi area2 ni la. tadi saya lalu jalan ni.. huhu... abang tu cakap tak ada. aku pon jalan la. pastu baru 2,3 langkah jalan, abang tu panggil balik. dia cakap handphone apa..aku cakap la handphone apa, ada cover kaler purple.. dia cakap kat aku yang cina eh? errrr.. aku senyap je la sebab handphone aku bukan handphone cina... tapi kalau aku cakap tak, takut dia tak bagi aku tengok, tapi kalau aku cakap handphone cina.. eh mana ada handphone aku handphone ori...hahaha.. tapi aku buat2 tanya benda lain dan tidak menjawab soalan dia sambil2 tu dia jalan ajak aku jumpa kawan dia..sambil tu dia panggil nama kawan dia tu. perempuan.


sampai kat kat kakak tu, kawan abang tadi tu, dia tanya aku dulu. handphone apa. aku pon cakap handphone apa dan cover semua.. dan tibe2 dia keluarkan handphone aku. memang handphone aku. cuba korang bayangkan perasaan aku.. hanya Allah yang tahu (aceceh;p) memang aku ucap terima kasih berkali2.. tak tahu nak macam mana. memang diorang jujur gila. dua2 orang indon. aku pon bagilah sikit saguhati sebab diaorang baik hati dan jujur. tak sangka ada lagi orang jujur macam tu. yelah, kalau diorang tak mengaku pon, tak ada orang tahu kan...


aku memang mula2 tu dah pasrah dah sebab yelah sehari sebelum tu handphone hampir hilang tapi masih ada rezeki. masa tu dah pikir, mungkin handphone ni memang nak hilang.. dah tak ada rezeki kot. tapi alhamdulillah, ada rezeki aku lagi. memang berterima kasih sangat2 kat abang dan kakak indon tu. insya Allah, kalau terjumpa diorang lagi, nak juga ajak belanja makan plak.. lagipon, tiap2 hari aku pergi training sampai akhir bulan julai baru habis..


minta2 lepas ni, aku lebih berhati2. tak nak dah jadi macam ni.huhu.. bukan senang nak dapat balik handphone tu tau.

Sedap Kerrr Macaron Tuuu?

Sekarang kecoh semua dengan kesedapan macaron. ye ke sedap macaron ni? macam pelik je kan nama kuih/biskut/kek ni kan. google bagai... patutla pelik, Perancis maiiii ;)


macaron adalah:

Macaron ni sejenis kudapan manisan orang perancis yang diperbuat dari ground almond,caster sugar dan egg white.2 keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich - credits to cik min



kecik kan macaron ni. actually ada macam2 size, bentuk love pon ada ;)


Aku terjebak nak try macaron ni lepas eena minta tolong aku belikan untuk dia untuk wedding cake. nak guna macaron ni nak deco2 kat kek dia. so, aku terjah cafe whisk kat empire subang. mahal weiii bende alah ni..kecik2 lebih kurang size duit 50 sen tu, rm2 seketul. aku beli setengah dozen untuk aku, untuk eena, aku beli sedozen plus 2 ketul yang besar.


* untuk lebih tumbesaran, sila klik pic *

ni kek yang aku dan emma deco tu guna macaron. 
kek tu eena tempah kat mana ntah.. kat blog tapi aku tak tahu. kalau nak tahu gak, kena aku tanya eena nanti. kat atas sekali, ada 2 macaron besar kaler biru dan pink.. 


Rasa macaron ni... pelbagai.. depends on filling dia apa.. ada macam2 filling ok. so, kalau ada sapa2 nak try macaron ni, boleh pergi empire subang cari cafe whisk. atau korang boleh order di blog cik min.



Saturday, May 28, 2011

Hadiah Kemenangan Dari Sutra Home Spa

Actually aku menang hadiah kedua dari Sutra Home Spa dah lama. bulan Mac rasanya kot sebab aku ada buat entry kemenangan ni dalam entry ni.


Tapi kali ni, nak share la pic2 hadiah yang dah lama sampai.. Dah berbulan2 baru nak update kan. tapi kena buat sebagai tanda terima kasih aku kat puan penganjur..hehehe.. terima kasih kak sebab bersusah payah pos hadiah. sepatutnya, aku kena pergi amek hadiah ni tapi bila nak jumpa, ada je masalah.. last2, akak cakap pos jelah tapi  tak dapat la nak pos cup cakes tu..so, ganti dengan set homespa tu. terima kasih kak.. coklat tu memang sedap. walaupon masa sampai tu coklat dah tunggang langgang tapi rasa tu tak pernah lari ;p sedapppp.



1 box of chocolates
2 set of homespa products.
dan, 20% off kalau nak beli produk homespa tu.


Kalau nak tahu kebaikan produk homespa tu, boleh baca kat sini. kalau nak tahu lagi, boleh terjah blog Sutra Home Spa ni...


CÉBÉ Malaysia Giveaway

Untuk yang dah join my giveaway, mesti korang akan dapat new update from CÉBÉ Malaysia kan. Dan untuk yang tak join, or tak perasan, or tak kisah ;p... sekarang Cebe Malaysia sedang mengadakan giveaway mereka yang kedua. Memang mudah sangat kalau nak menang hadiah misteri dari mereka, just like page CÉBÉ Malaysia dan jika bertuah, korang akan menang hadiah misteri dari CÉBÉ Malaysia.


Just LIKE this page:





Jom like this page ramai2.


Dan, jangan lupa join CÉBÉ Malaysia at Hari Sejuta Belia 2011 in Putrajaya on 27 - 29 Mei 2011.



Related Posts with Thumbnails