Sunday, February 16, 2014

Kisah Diet Atkins Part 1

Salam korang.

Setelah 1 bulan berdiet Atkins, baru datang mood nak share sedikit sebanyak kisah diet ni.
Dalam 1 bulan aku diet Atkins ni, ada la beberapa kali cheat.
2 kali cheat yang agak teruk. Maksud teruk tu, tahap bantai makan carbo yang agak berat.
Masa balik kampung, memang susah nak control makan. Memang tak kuat.
Kalo balik kampung, sangat looking forward untuk makan nasi berlauk, makan mee cambol, makan seafood yang dicelup tepung.
Paling penting, nasi berlauk setiap pagi ok.


Nak tau lebih lanjut pasal DIET ATKINS ni,
Boleh klik link ni: http://bicikut.blogspot.com/2011/04/13-april-2011.html


Masa CNY, lagi satu cabaran sebab masa tu la limau mandarin melambak-lambak.
Seminggu sebelum cuti CNY, seminggu tu memanjang je dapat limau.
Pastu dapat sekotak sorang wat balik rumah.
Tapi since diet Atkins ni tak dibenarkan makan buah, telan air liur je la aku.
Tapi tak tahan hahaha, terpaksa cheat juga. Sebijik je ok.

Sapa tahan tengok limau ni..
Wat balik rumah suruh Apis makan :)


Basically, diet Atkins ni menggalakkan kita makan low carbo, lebihkan protein.
So, jom tengok menu aku, tapi tak semua la aku humban dalam satu entry ni.


Salad bersama hotdog.
sos 'halal' Atkins hanya sos nandos ye.
Mayonis pon 'halal' Atkins.


Homemade nugget ayam.
Resepi: isi ayam yang dihancur/diblend, bawang yang didadu, garam, black pepper, telor.
Nak sedap lagi, letak cheese kat dalam.


Agak-agak korang ada selera ke nak makan ni?
Aku OK je ;p
Kalau aku kemaruk sangat nak makan ulam dengan budu,
aku akan panggang tawar ikan macam kat atas, cicah budu makan dengan timun jepun. 


Nanti aku share lagi ek apa aku makan, especially kat opis.
Ni je gambar makanan yang aku rajin amek haha.
Korang boleh try buat ikan steam ke, goreng ayam ke, grilled lamb ke, sup ayam or daging.
Sayur plak, make sure sayur hijau macam sawi, bayam, kailan dan lain-lain.
Sekali sekala aku buat coleslaw, jangan letak carrot ok. 
Mayonis memang 'halal' Atkins so sila enjoy your food.
Nak lagi details, khatam dulu link yang aku bagi kat atas ok.
Insya Allah korang boleh buat.


Air memang kena minum banyak.
Kalo ikut calculation 25kg - 1 liter, contoh kalo berat 75kg, kena amek 3 liter or more.
Jangan kurang, lebih takpe.
Mula tu, memang pak encik toilet la teman sejati.
Tapi aku ok je, sebab aku set dalam minda aku, nak buang toksin dalam badan.
Lagi satu aku perasan, air kencing lebih strong.
Maknanya, toksin dah mula keluar la tu ;p


Selain tu, aku ada amalkan cuka epal.
Rasa dia? Masam gilerrrrr ;) Awal-awal beli aku rasa bau dia macam busuk. haha.
Tapi sekarang dah ok.
Memang banyak kebaikan cuka epal ni. sila google haha ;p
Tapi aku amalkan sebab nak tingkatkan metabolisme aku.


Siap ada straw tu hahahaha ;p


Aku beli cuka epal brand Heinz kat Aeon Big dekat rumah.
Brand Bragg pon orang cakap bagus.
Cara aku makan, letak 1 sudu kecil dalam 1 mug air kosong. Aku guna air sejuk, air sejuk dari peti ais, bukan air berais tau. Kurang skit rasa macam dia.


Green tea pon aku tibai.
Next time, aku nak try jenama Lipton pulak.


Lagi satu nak share, bila dah kurus skit ni, selulit-selulit dulu yang jadi best friend mesti masih ada kan kan? Dah lama dia kat situ kan, susah la nak hilang.
So, aku guna salt scrub ni.




Ini salt scrub Siam mari yek.
Even, ada je spa-spa kat area Klang Valley ni pakai salt scrub yang ni.
Cuma mungkin dorang rebrand letak dalam bekas sendiri.
Mana aku tau? Kawan aku jadi supplier. hehe ;)
Berkesan gak la pakai ni.
Yang penting feeling masa dan after apply scrub ni sangat best.
Function dia macam sabun. Kira ganti sabun la.
Aku pernah amalkan pakai scrub ni lepas abis matrikulasi dulu. Everyday aku pakai, dan memang rasa best sangat. Yang penting, badan ko akan bau wangi.
Sekarang baru start balik nak pakai.
Dia ada banyak 'perasa' yek. Aku suka tamarind.
Kalo nak, boleh order nga aku, tapi COD sahaja. Nak pos, berat..


Last but not least, aku amalkan minyak Habbatus Sauda.
Yang ni baru amal je.
Ini untuk supplement aku la.
Minyak habbatus sauda ni memang banyak kebaikan.
Ni aku google, boleh baca kat SINI.


Kalo korang nak try makan, boleh order dengan aku.
RM55/bottle (exc postage). Satu botol ada 60 biji softgel.


Inilah sedikit sebanyak yang aku boleh share sepanjang aku diet Atkins.
Aku pon bukan ikut betul-betul.
Ada hari aku cheat jugak. Cuma bukan makan nasi la kecuali balik kampung aritu la.
Kebanyakan aku cheat, aku makan macam keropok sekeping ke, kek satu sudu.
Setakat ni, aku masih lagi berusaha nak turun lagi.
Kalo aku boleh, korang pon mesti boleh.
Ni diet pertama yang amalkan dan agak berjaya.
Mana nak dapat 1 bulan turun 5-6kg, tanpa exercise :):)


Happy Atkins semua ...



Saturday, February 15, 2014

HADIAH CAT, SAPA NAK BAGI KAN KAN.

Salam korang.


Cat Jotun 4 tin.
Dah selamat guna 1 tin. 


Cat ni menang contest kat HerWorld magazine. 
Rezeki atas nama proxy. Nak harap nama sendiri, dah susah ;p
Adik aku Syila cakap, wes cat pon menang contest ke? haha.
Hadiah nampak simple kan, tapi sangat bermakna.
Aku memang dah lama pasang niat nak cat bilik aku.
Masa aku pindah setahun lepas, rumah ni dah siap bercat baru. Memang rezeki la.
Tapi yang tak best (bukan tak bersyukur), owner asal cat rumah ni dengan color peach.
Aku tak suka sangat color yang bright untuk cat rumah. 
Rasa macam panas je rumah.
Tapi apa boleh buat. Baru masuk rumah, bajet agak tight.
Terima jelah seadanya. Cuma dapatla cat kat ruang tamu. 
Tu pon, amek lebihan cat dari rumah cousin Apis, color white. 
Bagi aku, baik color white dari peach. Play safe.


Aku berangan sangat nak cat Jotun tu color biru yang light je yang ala-ala dalam cite Istanbul Aku Datang tu. Suka la konsep rumah yang Lisa Surihani sewa tu. 
Tenang je rasa color biru tu kan.


Cuba korang teka color cat Jotun tu color apa?
Pearl white? Cream?
SALAH.
Dark turquoise ok. Cantik sangat (bagi aku la) lepas dah tengok hasil. 
Masa mula-mula, aku dah was-was betul ke nak cat color ni. Tapi hasil dia tak mengecewakan.
Nampaknya kena tukar langsir, cadar kan. haha ;)
Aku dah ada table lamp color merah, macam 'in' je dengan color dinding haha.


Pic ni tak clear pon kan.
Color dinding tu lari skit. Tapi nak dekat sama dah. 


Rezeki contest. Alhamdulillah.


Wednesday, February 12, 2014

I turn 29 today :):)

Salam korang.

Alhamdulillah, atas segala nikmat yang tak terhingga.
Today, aku dah 29 tahun.



Dan hari ni ada dinner kat opis. 
Hanya kebetulan yang sweet.
Tak sangka plak our big boss birthday dia sama dengan aku hohoho ;p



Lamb.
Mana-mana function aku pergi, mesti cari lamb dulu.
Ni je satu-satunya gambar yang aku amek masa dinner tadi :)


Tuesday, February 11, 2014

TTC: Jumpa Doktor Pakar

11/02/2014.

Salam korang.

OK, date kat atas adalah date aku jumpa doktor pakar. Same day aku taip dan publish cite.
Senang aku trace nanti :)
Sepanjang aku ber-TTC ni, aku tak share banyak kan. Tup-tup harini terus jump cite, cite pasal jumpa doktor pakar terus hahaha. Maafkan aku ok.
Bukan taknak cite. Tapi proses tu tak rumit sangat dan malas skit hahaha ;p


Nak ber-TTC ni, mula-mula pergi kena set appointment dulu kat hospital. Dapatkan reference letter dari klinik-klinik yang berkenaan dulu.
TTC journey aku ni aku buat kat government hospital je, Hospital Klang. Makcik aku yang suggest kat sini.
Lagipon ikut pengalaman aku, proses dia cepat je dan efisien. Semua by appointment.
Ada nurse akan tanya details semua. Soalan-soalan peribadi pon ada tanya.
Macam berapa kerap bersama dalam seminggu, berapa lama dah kahwin, ada buat treatment ke sebelum ni, period regular ke tak dan bla bla.
Then, ada proses amek darah, amek air kencing, kena buat pap smear, dan HSG (18/12/2013).
Pihak suami plak, kena amek darah, air kencing dan kena amek sample sperm.
Setelah melalui pelbagai ujian tu semua.
Akhirnya tiba saat jumpa doktor pakar.
Masa ni la nak tau sedetail mungkin result ujian kitaorang buat selama ni. Nak discuss apa-apa ke. Nak tanya apa-apa ke. Nak luah perasaan kat doktor pon boleh :)


Ikut appointment, kena datang 9.30 pagi. Aku tak amek cuti pon sebab tahu boleh minta MC.
Tapi kitaorang terlewat sikit. Nak keluar pagi-pagi memang jem. Pastu area Klang, paham-paham la.
Sampai-sampai tu dalam pukul 10 pagi. Dalam pukul 12.30 tgh baru sampai turn kitaorang. Sebab ada 10 couple dah depan kitaorang. Semua nak jumpa doktor pakar harini.


Masa jumpa doctor tu, dia jelas kan serba sedikit semua proses yang kitaorang buat dan result dia macam mana. Alhamdulillah, semua normal. Cuma mungkin aku punya ovaluation cycle yang tak teratur. Actually tu semua normal. Tapi yelah bila dah tahap macam gini, maybe boleh jadi salah satu faktor lambat 'melekat'.
Then, doctor ada suggest aku turunkan berat sikit. Doktor cakap, mana tahu lagi senang nak 'melekat'.
Doctor pon ada cakap, tak semestinya gemuk tak boleh pregnant.
Berapa ramai perempuan gemuk dapat pregnant secara normal kan. Rezeki masing-masing.
Aku cakap la, aku pon dah start diet. Ada aku cite kat sini pasal kesedaran nak diet.
Kat sini kisah aku start diet Atkins.
Cite diet nanti aku cite lain entry ye korang. Apa aku boleh cakap, ada penurunan yang memberangsangkan. Tu je, jangan tanya lebih-lebih hahaha. OK, tanya la nak tanya ;p


Dipendekkan cite jumpa doctor ni.
Since aku dah nak cecah umur 3 series. Aku baru 29 tahun la doc huh. Taknak mengaku tu umur dah nak masuk 3 series hahaha. Pastu doc cakap menstrual cycle aku tak regular sangat, dia suggest aku punya treatment terus jump ke second stage.
Meaning terus buat IUI (Intra Uterine Insemination).
Aku rasa bagus jugak hehe ;)
Sebab apa, aku rasa lagi cepat lagi bagus. Kalo aku ikut first stage, which is try cara normal dulu (also kena makan pil semua bagai), mungkin peluang tu tipis la skit. Tapi semua tu kuasa Allah.
Kalo terus buat second stage ni, peluang tu lebih besar orang cakap. Tapi still kita hanya berusaha dan bertawakal. Allah Maha Mengetahui yang terbaik :):)
Proses IUI ni, proses memasukkan sperm suami yang paling berkualiti terus ke dalam rahim isteri.
Insya Allah, doakan kami ye.


Masa jumpa doc, ada la tanya soalan sikit-sikit.
Tapi since kitaorang normal, tak banyak sangat aku tanya.
Blur pon ye sebab macam sebelum pergi ada buat reserach kan, so ada la skit ilmu. Aku tanya yang penting-penting la. Ada gak tanya berapa kos IUI tu haha. Sebab sebelum ni semua ujian semua tu free. Kalo ada bayar pon, bayar pendaftaran, RM5.
Untuk IUI tu kena bayar la sikit. RM103. Tak tahu la kenapa RM3 tu nak kena ada jugak haha.
Kalo RM100 je tak boleh, or genap terus jadi RM110? hahaha.


Apapon, alhamdulillah sebab semua berjalan lancar.
Sepanjang aku ulang-alik buat semua ujian tu semua Apis banyak support.
Kitaorang takde stress pon. Kitaorang just go with flow.
Kadang-kadang aku rasa, orang sekeliling kitaorang lagi stress dari kitaorang hehe ;)
Aku paham, dorang semua memang ambil berat.
Pls korang doakan aku ye.
Sebarang suggestion, atau yang nak taja aku pergi mengurut ke (haha. ada ke?), nak suh aku try makan itu ini ke, jangan segan-segan ok. Insya Allah aku cuba yang termampu. Tapi jangan la paksa-paksa ok haha.
Setiap orang ada kemampuan masing-masing.
Semua tak sama. So tak boleh la nak compare-compare.
Macam korang yang ada anak.
Anak korang pon tak sama.
Tahap kecerdasan lain, tahap kecergasan lain.
Anak orang tu, tak sama dengan anak orang ni.
Kalo anak ko kena makan puree labu, tak semesti anak orang pon suka puree labu. Maybe anak tu suka puree epal ke. Haha. Apa aku merepek ni. hahaaa.
Apapon, ikut kemampuan masing-masing.
Paling penting, JANGAN STRESS. Cuba yang terbaik.


So, bila aku akan jalani IUI tu?
Aku belum dapat tarikh lagi. Sebab aku kena makan ubat Duphaston dulu, bagi turun period.
Pastu second day period, aku kena makan Clomid plak.
Then, kena call hospital bagitau aku dah start period. Nanti dorang akan set appointment untuk cek telor aku dan seterusnya akan buat IUI.
Semua bergantung pada menstrual cycle aku tu la.
Tapi sekarang aku dalam dilema. Sebab apa?
Akhir bulan ni dan awal bulan depan nak kena outstation. huhu..
Kang aku makan Duphaston tu tetiba period aku time aku travel macam mana. Sebab tak salah aku hari ke-9 period aku kena pergi buat ujian telor tu.
Bila aku kira-kira, aku rasa start makan Duphaston awal bulan depan la.
Again, doakan aku ye korang :):)


p/s: I turn 29 tomorrow :)


Related Posts with Thumbnails