Sunday, January 26, 2014

Kisah Diet | Dah Mula Berdiet ;)

Salam korang.

Baca tak cite aku nak diet tu? Boleh klik sini kalo nak baca ;)
Aku dah mula diet pon. hehe. Senyap-senyap dah mula. Malu weh nak bagitau.
Aku pilih diet Atkins.

Apa tu Diet Atkins (DA)?
Ikut definisi aku, diet ni diet yang boleh makan semua kecuali karbohidrat. Contoh karbohidrat macam nasi, mee, laksa, bihun, roti dan seangkatannya. Dalam kata lain, diet low-carbo.
Menu yang boleh dimakan macam ikan, ayam, daging, telor, semua jenis protein dan juga sayur-mayur.
Buah tak boleh.
Air manis tak boleh.
Kuih-muih tak boleh.
Kek, biskut, pon tak boleh.
Yang penting, kena minum banyak air.
Nak definisi secara lebih ilmiah, belek SINI.




Actually aku pernah try diet atkins dulu, 2 tahun lepas kot. Berjaya juga la turun 2-3 kg (dah lupa). Pastu stop. Masa tu banyak cheat la. So, aku dah ada sikit gambaran la macam mana diet Atkins ni. Memang seksa nak mulakan. Kalo setakat tak boleh makan nasi, OK lagi. Tapi ni semua jenis carbo ko tak boleh makan. Mahu ketaq aku weh. Tapi bila pikir-pikir, takkan nak tangguh lagi.


Yang buat aku rasa makin bersemangat nak diet ni, ada geng nak diet. Kat rumah, ada adik aku. Kat opis, ada opismate yang diet juga. Dua-dua diet Atkins. Adik aku dah start diet sebulan lebih masa kat kampung lagi. Dia cuti time tu. Dalam masa sebulan setengah, dia boleh turun 10 kg wehhh! Banyak tu. Memang bila dia datang KL, nampak perbezaan la. Jeles aku.


So, pakat nga dia nak sama-sama diet. Dia pon bersemangat gak. Dia nak target lagi 10 kg or more. Opismate aku pon nak diet sebab bulan 6 nanti, nak kawen. So haruslah nak berseri-seri hari kawen nanti kan. Macam syok gak la ada geng.
Kalo weekdays, aku balik kerja, adik aku dah prepare dinner dah. Takpon, dia dah siapkan barang-barang nak masak. Ringan sikit kerja aku hahaha.
Kalo weekend, aku yang banyak prepare menu apa yang nak dimakan. Sambil-sambil masak untuk Apis, aku masak sekali untuk kitaorang makan.
Aku selalu skodeng Kak Ina punya menu hehe. Saya dah try sardin yang digulung telor tu kak :) Sedappp.
Pastu perasan, kawan blogger Alise pon diet Atkins gak. Boleh la tiru menu awk ye Alise :)


Secara official (ceh, siap official day lagi), aku start diet 13/01.
2 hari selepas celebrate birthday Apis.
Harini genap 14 hari la diet Atkins.
Aku dah timbang, ada penurunan yang memberangsangkan. Turun 4kg ;)
Semangat aku tengok jarum penimbang tu. Nak accurate, kena beli digital scale la kan. Takpe la, pakai apa yang ada la dulu.


Dalam 14 hari diet tu, ada gak aku cheat.
First day dah kantoi. Sebab tak tahan sangat. Dalam pukul 4 petang, aku dah lapar. Aku bantai 1 ketul roti coklat opismate sebelah meja offer.
Second day kot (dah lupa), aku bantai limau mandarin 1 biji. Opismate bagi. Maklumla, nak raya Cina, limau mandarin merata-rata. Tapi sebiji je la.
Lepas tu, ada lagi boss bagi limau mandarin. Banyak pulak tu. Lebih 10 biji. tapi aku tak makan. Rezeki Apis. Dia sorang bantai. Aku mampu telan air liur. Tabah tak aku hahaha ;)
Pendapat aku la, kalo tak tahan, jangan paksa. Tapi jangan pula amek kesempatan. Makan sekadar hilangkan lapar. Minum air kosong banyak-banyak. Aku tak sukat details sangat. Tapi botol air aku yang 750ml tu, 4-5 kali refill gak la. Balik rumah, minum lagi. Aku baca, 1 liter untuk 25 kg. So kalau berat 100 kg, kena minum 4 liter. Pastu kerap la korang ulang alik ke toilet ;p Takpe, tu maknanya toksin pon turut keluar sekali hahaha :):)


Apapon, yang penting diet Atkins ni tak memerlukan kita berlapar.
Aku suka sangat.
Ko makan la banyak mana takpe. Janji makan makanan yang 'halal DA'.
Pastu jangan lupa exercise sikit. Lagi cepat penurunan.
Macam aku, aku malas dan takde masa (yang ni alasan je) haha. Gila berani punya statement.
Tapi aku jadikan kerja rumah sebagai cara aku mengeluarkan peluh.
Kira 2 dalam 1 la. Sihat dapat, rumah pon kemas. Ye takkk? haha.
Aku akan sapu satu rumah (rumah sekangkang kera je). Lap kabinet TV, lap meja.
Pastu mop satu rumah. Memang berpuluh sampai ke bontot hahahahahahaha ;p
Pastu basuh baju (guna mesin haha), jemur baju, lipat baju.
Tengok la kalo Apis free, nak ajak dia 'berjogging' kat Tasik Shah Alam tu. Jalan-jalan pon OK kan korang ;) Luas gak tasik tu. Mau pengsan aku huhu.


Doakan aku kuat semangat dan kental OK.
AKU NAK SIHAT.


Thursday, January 23, 2014

A Bitter Memory - Accident.

Salam korang.

Hari ni, dah nak masuk 2 bulan Apis accident. Oh, mulai hari ni juga aku akan bahasakan encik suami dengan nama dia je la ek dalam blog ni. Senang sikit. Welllll, nak cite pasal Apis accident ni. Mesti semua terkejut kan? hehehe. Cite lain dulu up, tup-tup hari ni cakap dah 2 bulan Apis accident. Bukan tak nak share tapi masa tu macam takde mood nak share. Cite sedih ni aku malas sikit nak share. Lagipon tak tahu cite macam mana. Sorry la uols.


Tapi don't worry, Apis dah OK. Bukan kes langgar dengan kenderaan lain, cuma jatuh motor sorang diri je. Lepas press minyak, motor terus berpusing-pusing dengan laju dan dia jatuh, tersembam kat jalan tar yang rosak. Masya Allah hancur luluh hati ni tengok dia masa tu..


28/11/2013 7.50-8.00pm - masa agak-agak jek.

Mungkin secara luaran nampak teruk, tapi alhamdulillah, semuanya OK, just luka kat luar tu, nampak teruk. Takde pendarahan kat dalam, takde patah-patah, takde kecederaan kat dalam.


Luka kat dahi, atas kening dan bawah mata memang kena jahit.. Apis cakap paling sakit yang bawah mata tu sebab tak leh nak bius. Kesian kan. Memang kesian sangat. Sorry tak sanggup aku nak share pic bila buka balutan tu. 


Sampai sekarang masih terbayang-bayang Apis turun dari motor orang yang baik hati tolong dia tu, jalan ke arah kedai kami. Sebut pasal kedai ni, another story lagi. Yang ni pon belum cite lagi hahaha. OK yang tu skip dulu. Masa tu encik suami jalan ke arah kedai, berdarah-darah kat sebelah kanan badan, berdarah kat muka, tangan dan lutut. Dia pass kunci motor dia terus jalan balik ke motor orang tadi, naik motor dan cakap nak pergi Poliklinik kat depan tu. Serius kalau aku ingat balik, aku macam ya Allah teruknya suami aku masa tu. 


Doktor kat Poliklinik tu refer Apis ke GH. Sebab dia tak 'boleh' nak jahit. Luka teruk dia cakap dan dekat dengan mata. Kami pilih nak ke Hospital Klang sebab makcik aku, Cik Ni yang keje as doktor nak bawa ke sana. Masa tu memang tak leh nak pikir apa. Panik gak la aku tengok luka kat dahi tu. Dalam OK. Orang cakap pergi GH, lambat kan. Tapi Alhamdulillah, atas pertolongan Cik Ni semua smooth je. 


Mula-mula masuk emergency room yang yellow zone, meaning yang tak teruk sangat. Kalau red zone, memang tahap parah dan kritikal. Masuk tu, terus doktor scan tengok ada mana-mana yang cedera lagi. Pastu dalam 10 minit, terus ditolak pergi X-Ray, nak tengok ada patah ke. Pastu masuk balik dalam emergency room nak tunggu untuk jahit luka plak.


Masa ni la drama bermula. Aku keluar dari emergency room sebab nak pergi cari adik dan sepupu Apis datang. Bila nak masuk balik emergency room tu, pak guard yang jaga emergency room tu, tak nak bagi aku masuk! Macam-macam alasan aku bagi, tetap tak bagi. Aku paham la tugas diorang, tapi consider la sikit. Dah la handphone Apis pon aku pegang. Kat luar tu bukan ada kerusi pon nak duduk. Nak berdiri, memang tak larat la wehhh. Abis macam mana. Dah la hati runsing, sakit hati plak nga Pak Guard. Rasa nak tendang je pintu.


Aku pergi balik cari adik dan sepupu Apis. Mengalir gak la air mata ni. Sebab geram sangattttt. 
Muka aku dah merah, dengan mata berair. Nampak sangat tengah menangis kan hahahaha..
Dan-dan tu sepupu-sepupu Apis yang lain sampai. 
Memang kena 'bahan' la aku. 
Aku rasa suara aku je dengar kat area lobby tu dok cite kat dorang keadaan sebenar Apis.


Lepas tu, macam tak sedap la kan. Aku pergi balik ke emergency room tu. Aikkk, kali ni dia bagi masuk la plak. Tapi aku tengok Apis dah tak ada. Dah pergi bilik jahit luka. Dorang cakap lepas jahit luka, dorang akan tahan untuk satu malam kat Observation Room. Nak observe dulu nak tengok kalau ada bleeding ke, demam mengejut ke. Kalau semua OK, pagi dah boleh balik. Aku tak tunggu pon Apis malam tu sebab memang tak dibenarkan tunggu. 
Alhamdulillah, esok boleh balik.
Takde apa yang teruk.
Jaga luka, insya Allah cepatla sembuh.
Tapi balik rumah, malam tu Apis tak dapat tido lena. Berdenyut luka tu. 


Apapon, alhamdulillah sekarang semua dah OK, luka dah sembuh. Cuma parut tetap ada la. Pastu macam nampak lebam la kat bawah mata sebelah kanan tu. Kesan dari parut. Kalau sekali tengok, cakap baru lepas bertumbuk pon orang percaya. Masa mula-mula accident, kalau bagitau sebab bergaduh, bertumbuk, orang percaya hahaaa. Sebab luka kat muka yang teruk, berjahit bagai.


Lagi satu, nak ucap terima kasih pada kawan dan family yang datang melawat Apis. Boleh kata siang malam rumah aku terima tetamu. Family terdekat dan kawan rapat yang mana tahu memang datang tengok. Thanksss ye semua. 


Dan inilah kenangan paling pahit 2013 ;(((


Wednesday, January 22, 2014

Diet Oh Diet :);)

Macam mana nak start ek?
Topik diet ni actually agak sensitif. Dulu-dulu aku cukup segan nak cakap aku on diet. 
Padahal bukan apa pon kan. Sekarang orang lelaki pon diet kan. Yang penting diet seimbang dan kena ada knowledge la. 


Dulu, aku main bantai je makan masa diet. Ikut sedap aku je. Kebanyakan aku kurangkan nasi, makanan berlemak, no more ais dan air manis. Exercise takkkk. Pastu cheat day memanjang haha. Kalau turun pon, 2-3 kilo. Jarang nak cecah 5 kilo. Sedih la jugak tahan makan, tapi berat yang turun, tak memberangsangkan. Tapi masa tu zaman anak dara, berat pon OK lagi tapi bukan kategori kurus la, kira sedang-sedang je la. 


Cer ko tanya berat aku sekarang? Sorry naik lorry la aku nak bagitau. Ko tengok aku pon ko dah tau aku gemok. Serius memang gemokkk. Stress tau takk. Lepas kawen memang berat aku naik mencanak-canak. Seriau aku tengok jarum penimbang. Semua seluar jean masa zaman anak dara dan awal kawen semua tak muat. Lagi double stress sebab aku dah la pendek, susah nak cari seluar. Nak pakai skirt? lagi la nampak pendekk triple stress...


Masa tu ramai la yang cadang makan supplement tu, makan supplement ni. 
Macam-macam la. But aku memang bukan jenis kental nak makan semua tu. Kalau yang jenis serbuk lagi la tak boleh telan. Kalau jenis pil, OK. Bagi 10 bijik pon aku boleh telan. Tapi tu la, orang cakap bahaya makan pil-pil ni. 


Nak jumpa doktor? lagi la aku malas. Dah sah-sah doktor akan cakap control makan, exercise bla bla. Sorry I don't need that kind of advice hahaha. Bukan berlagak. Tapi boleh kata semua orang cakap macam tu. Aku sendiri pon kalau cakap kat orang lain, cakap benda sama. 
CONTROL MAKAN dan EXERCISE.
Macam mana nak control makan, kalau lauk simple dengan ikan rebus, ulam petai dan budu aku boleh bantai nasi 3 pinggan! 


Exercise? Jogging memang tak laaa. MALAS. Ingat dulu masa belajar UM, ada la jogging dengan Eena, Emma dan Nadia. Tapi masa tu lebih kepada riadah, banyak dok gelak dan berjalan dari berlari ;p 
Pastu kadang-kadang pergi swimming. Aku nga Eena tak pandai swimming pon tapi kitaorang lebih kepada nak main air hahaha. Lepas kuar kolam, lapar.. Apa lagi, pergi makan la. Tapi kalau main sport, aku suka. Tapi sekarang memang tak de masa la wehhh. Cukup la exercise dengan buat kerja rumah. Sapu sampah, mop lantai, basuh baju, jemur baju, lipat baju bla bla.. Berpeluh gak la.


sesekali layan tekak omputih apa salahnya kan ;p
sihat ke macam ni?


Tapi sampai bila nak stuck dalam lemak-lemak ni semua?
Pernah tak tanya diri sendiri?
Aku selalu tanya, tapi diri tak cukup kuat nak lawan nafsu. Konon nak start diet esok, pastu tangguh lusa. Lepas lusa, tulat. Bila nak start ooiiiii.
Zaman belasan tahun dulu, fikiran kita selalu pikir kurus is cantik, gemok is hodoh. 
Tapi sesuai dengan peredaran masa, cara kita berfikir pon dah berubah. Gemok bukan hodoh, tapi tak bagus. Tak bagus sebab banyak keburukan dari kebaikan. 
Sekarang, aku pikir nak kurus lebih kepada nak jaga kesihatan, senang nak bergerak. Ni berjalan baru sekejap dah mengah. Nak buat ibadat pon senang. Bila kurus, nak jaga stamina senang. Nak beli baju pon senang. Tu yang aku pikir sekarang. Cantik tu dah jadi nombor bawah-bawah.


Pastu sejak aku mula ber-TTC, kesedaran nak kurus tu datang sendiri.
Memang ramai nasihat kat aku suh kuruskan sikit badan, moga-moga senang nak 'lekat'.
Yes, aku akui aku rasa logik jugak alasan tu. 
Tapi nafsu makan aku memang tak boleh control. Nak makan sedap jekk. Abis tu bila nak kurus kan.
Pastu mula la nak sedapkan hati. Bukannya orang gemok tak boleh pregnant. Ramai je kawan-kawan yang berbadan besar boleh pregnant. Siap bunting pelamin lagi. Rezeki masing-masing kan.
Tapi aku pikir balik, tak salah kita berusaha kan. Mana tau, kalau aku kurus sikit (sikit je la), melekat ker.. Sapa tau kan. Semua atas kehendakNya. 


Doakan aku ye :):) Mana tau ramai-ramai doakan aku, berkat doa korang, Allah makbulkan doa kita semua. Kita hanya berusaha dan bertawakal. So, jom diettttt hehe.


tapi sebelum tu layan coleslaw dulu la hahaha


Saturday, January 18, 2014

Tips Bercuti ke Bandung

Salam korang...


Since macam ramai yang cari tips bercuti ke Bandung, so elokla aku share kat sini sahaja senang. sekali harung kan hehe. At least sebagai rujukan aku juga di masa depan. Aku perasan memang banyak gak orang share tips ke Bandung ni. Memang tips-tips yang dorang share sangat-sangat berguna. Tapi setiap orang ada pengalaman masing-masing dan berbeza-beza. OK bagi korang, tak semestinya OK bagi orang lain. Jadi ambil iktibar ye apa-apa yang korang baca tu. Yang mana rasa penting, please take note. Insya Allah korang tak mudah tertipu nanti. Tapi kalau masih tertipu, bukan rezeki korang la ye ;)


Secara ringkas aku cakap, nak bercuti ke Bandung ni memang mudah. Even kalau korang pergi sendiri tanpa agen pon OK. Sebab bahasa kita sama, makanan ruji pon sama. Cuma mungkin cara masak lain kan. First time aku pergi dulu, aku just pergi berdua dengan kawan aku Eena. Masa tu kami belum book hotel, walk in je. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Memang syok la shopping kat Bandung dari Jakarta. Kalau korang nak tau, barang-barang macam telekung tu yang di Jakarta, stok ambik dari Bandung. Yang Bandung, ambik dari Padang. Ni info aku dapat dari local people la.


Tak salah kalau nak pergi ke Jakarta, tapi kalau nak shopping barang yang sama di Bandung, better korang simpan duit shopping kat Bandung sahaja la.


Most of us ke Bandung sebab nak shopping la kan.
Tipu la cakap tak nak shopping kat Bandung. Belum sampai boleh la cakap taknak shopping, cer korang sampai dan tengok FO-FO tu semua, dengan Pasar Baru lagi. Memang tergugat iman haha.


So, cari la hotel yang senang korang nak access semua FO yang berlambak-lambak tu.
My suggestion, Grand Serela Jalan Riau.



Memang terbaik, hotel staff sangat friendly dan helpful. Satu lagi orang Indo ni dorang memang baik, cakap lemah lembut je. Pastu ramah-tamah. Kat hotel tu, ada kedai serbanika 24 jam dan ada ATM. Even Air Asia sales centre pon ada kat building hotel. Breakfast pon sedap! Boleh baca pengalaman aku kat sini.


Duit Indonesia ni memang banyak kosong. Naik pening nak congak kan. Tapi aku ada tips mudah. Nak calculate duit Rupiah ke Ringgit senang je, korang buang 3 angka belakang, bahagi dengan 3.

Contohnya:
50,000 rupiah buang 3 angka belakang jadi 50.
Then,  50 bahagi 3 dapat RM16.67 ~ RM17

Ni cara kira kasar la. Nak kira betul-betul, kena check berapa rate korang tukar tu. Bawa calculator lagi senang, lagi feeling main tekan-tekan haha ;)


Pasal simcard, sila beli simcard nama simPATI untuk penjimatan berganda-ganda. Memang murah dan berbaloi. Dan jangan lupa roaming yekk HAHAHA ;p


Waktu Indonesia ni awal sejam dari Malaysia. Masa je awal tapi suasana sama je. Maknanya kalau pukul 6 kat sana, dah sama macam pukul 7 kita. So, tak payah tukar jam tu. Cuma kalo nak bangun solat Subuh, memang kena kunci awal sejam la takut kang subuh gajah lak hehe.


Kalau korang nak ke mana-mana, cari teksi yang guna meter. Sebelum masuk dalam teksi, tanya driver tu pakai meter ke tak? Ada 3 jenis teksi yang pakai meter kat Bandung ni - Cipaganti, Blue Bird dan satu lagi dah lupa. Teksi Blue Bird (memang glamour kat Indonesia) start rate 6,000 rupiah. Yang lain tu start rate 7,000 Rp. Tapi Blue Bird kat Bandung susah skit. Kat Jakarta banyak teksi Blue Bird ni. Ala, beza 1000 rupiah je, baru 30sen. Jangan la berkira sangat. Dari tak dapat langsung teksi lagi kesian kan hehe.

Teksi cipaganti yang guna meter.
Ada aku cite pasal driver teksi ni, boleh rujuk sini.


Ha, pasal spa dan massage segala bagai tu, ni aku nak remind sangat-sangat ni. Jangan sesekali masuk dalam rumah urut tepi-tepi jalan, yang ala-ala kat Krabi or Phuket tu.
Kat Thailand takpe.
Kat Bandung jangan ye.
Ni orang hotel yang pesan. Ni pon dorang share sebab encik suami layan borak dengan dorang. Tapi actually, kalau korang rajin tanya, dorang akan inform apa yang patut korang elak kat Bandung. Lain la spa hotel ke, atau spa-spa atau saloon yang agak besar yang memang nampak agak boleh 'dipercayai' dan nampak gah sikit. Kang ada yang hilang maruah kat sana. lagi haru huhuhuuu.


Lagi satu, kalau pergi Pasar Baru, jaga handbag or wallet korang. Kat sana, ramai pencopet atau penyeluk saku. Yang buat keje terkutuk ni bukan lelaki tapi pompuan. Pandang-pandang sikit sekeliling korang tu. Yang menjaja yang ikut bontot korang pon ramai. Sila extra careful. Sebaiknya, pakai sling bag.


Selamat bercuti ye korang. Tu je tips-tips yang penting yang aku ingat sekarang. Kalo ada lagi, nanti aku update lagi ye insya Allah. Next trip aku terpaksa cancel plak. Destinasi masih ke Indonesia. Nampaknya macam tak ada rezeki nak bercuti dalam masa terdekat ni. Kira burn la tiket tu. Aku beli masa promo last year. Lepas ni tak tau lagi la bila nak fly sobs sobs..



Related Posts with Thumbnails