Tuesday, July 23, 2013

Murtabak Raja

Salam uols..

Sape yang belum order Murtabak Raja dengan me lagi sila la order cepat-cepat ye.. rugi tau tak rasa Murtabak Raja ni.. ramai yang tanya Murtabak Raja ni original from Kelantan ke? yes, Murtabak Raja yang me jual ni memang didatangkan khas from Kelantan.. homemade ye..


Ok ni stok yang sampai last week..



Ni baru sebahagian, ada lagi yang tengah pack nak pergi hantar kat customer..


Most of them dah dibook ye.. tapi don't worry untuk stok next week, me dah order yang lain.. insya Allah stok tak putus.. kalau terputus pon, mungkin ambil masa 2,3 hari untuk topup balik.. kecuali stok kat Kelantan pon dah habis.. memang tokey kat Kelantan kena buat balik lagi laaa.. maybe ambil masa seminggu.. so, pada sape-sape yang ada plan nak buat makan-makan lepas raya nanti.. nak buat open house ke, order cepat-cepat ok.


Harga sebiji RM16.
Ada 2 pilihan, ayam dan daging.. daging paling laris..
Penghantaran sekitar Lembah Kelang sahaja (KL/Selangor).
UPDATE: Penghantaran hanya di SHAH ALAM sahaja.


Kalau nak order, just sms/whatsapp me @ 019-9593125
kalau nak email pon boleh.. email ke w.syima@gmail.com

Saturday, July 20, 2013

Puasa Day 9 - Puding Roti Kukus

Salam semua..


Kali ni nak share dengan korang menu pencuci mulut or boleh juga sebagai menu moreh iaitu puding roti kukus.. macam aku, time sahur pon aku makan hahaha.. aku buat yang kukus sebab aku takde oven.. senang je rupanya nak buat.. tak salah aku amek resepi ni from facebook. tak ingat dah sape yang share.. Terima kasih ye kepada yang share tu.. semoga ilmu yang dishare tu dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.. memula aku just copy masuk notepad je letak kat desktop, pastu semalam terklik resepi terus rasa macam nak try.. so semalam terus aku singgah kedai beli bahan-bahan nak buat.. 


Puding Roti Kukus



Bahan-bahan:
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 ml)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis


Cara-cara:
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. 
Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.




Tadaaaa...


loyang aku besar skit aku pakai.. so puding tu macam nipis.. tapi rasa tetap sedap.. hehehe..
so, selamat mencuba..


Wednesday, July 17, 2013

Wordless Wednesday: Pandora


Alhamdulillah, rezeki ramadhan.. belum pergi collect lagi ni..



#1 All mothers change for their babies. What is your ‘Changes Worth Making’ story? Submit & share now! #DrypersMY
#2 Contest from King's Grand Ice Cream

Puasa Day 5 - Begedil Kentang Ayam, Ayam Perap Sambal Belacan, Siakap Tiga Rasa...

Salam uols.. 


Hari ni dah masuk hari ke-7 Ramadhan.. dah genap seminggu kan.. macam cepat gile masa berlalu kan.. alhamdulillah, aku masih mampu berpuasa penuh.. tak tahu la mampu ke tak puasa penuh tahun ni..puasa kali ni memang rasa lain skit, sebab tak rasa penat sangat kecuali first day tu.. dan puasa kali ni, alhamdulillah rezeki kami semakin murah.. especially bisnes murtabak raja aku tu.. sebelum ni, aku memang ada jual tapi penjualan tak selebat bulan puasa ni.. mungkin sebab bulan puasa, ramai yang mencari.. untuk dimakan semasa berbuka, dibuat sahur.. malah ada yang order untuk diberi kepada kawan-kawan dan sedara mara.. kalau ada yang nak order, boleh tengok sini ok. 


OKla uols.. nak share menu berbuka hari ke-5 puasa.. hehe.. hari ahad lepas, kami berbuka di rumah adik aku kat Salak Selatan.. lagipon kat rumah kami berdua je so adik aku ajak la berbuka kat rumah dia.. meriah skit kan.. kalau takde hal, minggu ni giliran rumah aku plak.. tapi plan nak pergi berbuka rumah makcik aku jugak this weekend.. semua masih dalam perancangan.. 



Siakap tiga rasa lagi? hahaha.. tapi ni version lain.. version letak nenas.. kitaorang buat  2 ekor, 7 orang makan.. licinnnnn.. hehe.. 



Ayam yang diperap dengan sambal belacan.. ramuannya, bawang merah 3-4 ulas, bawang putih 2 ulas, garam skit, aji skit (kalau nak) dan lebihan sambal belacan.. blend pastu perap ayam.. nak sedap, perap lama skit.. kitaorang nak kejar masa so perap sekejap je terus masak guna pemanggang ajaib.. senang dan sedap.. cuba la.. 



Begedil kentang dan ayam.. memang letak ayam banyak-banyak.. baru puas makan hehe.. yang ni version sebelum masak.. nak goreng, just celup dalam telur dan goreng.. 




menu berbuka hari ke-5.. alhamdulillah.. 



Related Posts with Thumbnails