Sunday, November 4, 2012

Rezeki...

Rezeki setiap org tu berbeza-beza. dan rezeki tu boleh datang dalam macam-macam bentuk.. mungkin wang ringgit yg melimpah ruah, suami yang romantik lagi bertanggungjawab, isteri yang solehah lagi cun melecun, anak yang ramai, family yang bersatu aman damai tanpa sengketa, adik beradik yang rapat, kerja yang bagus.. apa jua bentuk rezeki yg kita dapat, hargailah setiap rezeki yg kita dapat tu sebaik mungkin.. yang mana boleh dikongsi, kongsilah.. insyaAllah kita akan rasa lebih tenang bahagia dan happy... dalam masa yang sama kita pon dapat happykan orang sekeliling kita kan.. 


Aku tak nak cite lebih-lebih apa yang aku buat tapi dengan keadaan sederhana aku sekarang, antaranya aku suka belanja adik-adik aku makan. sebab kami semua memang kaki makan. Kalau dorang request nak makan apa-apa, seboleh mungkin aku cuba tunaikan. Kalau tak ke kedai makan untuk makan, kami beli bahan-bahan dan masak sekali. Kami adik beradik tak macam orang lain.. mungkin ada.. tapi mcm kami adik beradik dah tak berayah - ayah ada tapi dah tak dok sekali nga kami.. dah berpisah nga ummi.. so semua benda kami adik beradik sama-sama tolong.. apa-apa yang adik-adik nak, aku dan adik aku no.2 cuba tunaikan sekadar termampu.. dulu masa adik no.2 aku belajar, aku pon tolong dia setakat termampu.. sekarang adik no.3 dah kerja.. so dia pon banyak tolong.. adik no.4 dah nak habis belajar tinggal adik bongsu yg akan menghadapi SPM.. semua adik-adik dah besar tapi bila tengok muka adik aku yg bongsu mesti selalu sedih.. sedih dalam hati jek.. sedih sebab masa dia membesar abah dah tak tinggal nga kami.. dah la dia satu-satunya adik lelaki aku.. sedihnyaaaa.... sekarang dia dh besar.. dah 17 tahun.. nak SPM dahh.. aritu trial dapat 7A.. aku doakan adik aku Syafiq akan dapat straight A's dan berjaya capai cita-cita dia.. aku bersyukur sangat ada adik-adik yang mendengar kata dan bijak.. adik-adik aku semua memang rajin (puji adik sendiri hahaha).. masa abah dah tak ada nga kami, semua macam faham peranan masing-masing.. belajar pon aku tak payah nak suruh-suruh, semua pandai sendiri bila nak baca buku, bila nak study semua.. ok emo sekejap.. hahaha..


adik bongsu Syafiq masa hari kovokesyen aku.. sekarang dia dh besar pjg.. tgh bergelut nak SPM.. ya Allah, engkau cerahkanlah hati adik, tenangkan hatinya, permudahkan jalannya untuk menghadapi peperiksaan besar ini ya Allah.. perkenanlah segala doa-doanya..


Tak lama lagi pula, ummi dah nak pencen.. aku ada ajak ummi datang KL dok nga aku.. kalau tak nak dok sekali pon datang KL jalan-jalan habiskan masa kat sini. Pastu rotate la umah adik aku no.2 plak gilir-gilir kan. Tak ada sapa dah kat rumah.. adik no.3 pon keje kat KL, menyewa nga kawan-kawan, adik no.4 pon belajar kat Shah Alam..adik bongsu aku pon dah nak abis SPM, lepak rumah pergi PLKN pastu tunggu panggilan universiti kalau ada rezeki insya Allah.. aku dok berangan dalam kepala nak bawa ummi jalan-jalan, makan-makan.. kira rilek-rilek jela tak payah nak pikir apa-apa.. tapi sebab nenek aku masih ada dan nenek aku dah tak sihat dah so ummi bagitau dia nak abiskan masa dia jaga nenek aku.. mungkin sekali sekala dia datang la KL kalau kesihatan nenek aku mengizinkan. nenek aku boleh lagi drive keta tapi tak boleh berjalan sangat sebab sakit lutut. cool tak hhihi.. tapi ada masa dia tak larat langsung sampai nak buka baju sendiri pon tak larat.. kitaorang tolong bukakan.. tapi dia memang kuat semangat selagi termampu memang semua nak buat sendiri.. takpela, aku doakan kesihatan nenek aku akan bertambah baik, nak sihat macam dulu susah.. aku pon doakan ummi akan sentiasa beroleh kesihatan yang baik.. kuat bertenaga sentiasa.. hehehe.. Allah, berikanla kesempatan kepada aku adik beradik berbakti dan membalas jasa dan pengorbanan ummi.. dan nak sangat-sangat ummi happy..




Ni gambar masa sebelum kahwin tp aku dah bertunang rasanya.. slim melim lagi aku time ni. sekarang? usah ditanya.. nak tengok gambar sendiri pon gerun.. mampu amek gambar dada ke kepala jek hahahaha.. tu pon dagu berlapis..huhu redha hahaha..


ok bye lain kali sambung membebel kalo rajin menaip.. hehehe..


p/s: doakan aku cepat dapat menimang cahaya mata sendiri ek.. mana tahu uols doakan aku, berkat doa uols ramai-ramai termakbul doa tu.. hehehe.. nak besarkan keluarga boleh ummi aku jadi nenek, main cucu plak..hihi...

Saturday, November 3, 2012

1st Hasil Blogging Yang Bermakna

Dulu masa awal-awal join nuffnang selalu la berangan nak beli something dengan duit dari blogging. tapi setakat berangan jela sebab nak jadikan realiti ambil masa la sebab aku berblog sekadar hobi dan kalau malas memang tak berupdate blog ni. kadang-kadang rasa macam banyak cite nak share tapi disebabkan malas nak menaip, nak mengarang aku biarkan tajuk cite dalam draf, isi takde..hahaha..


Lepas 2,3 kali cash out nuffnang, semuanya ciput la, tak sampai seratus pon.. tapi aku tak beli apa-apa yg boleh disimpan semua guna tak ingat beli apa.. pastu aku join churpchurp dan says.com tapi says ni aku tak promote kat blog sebab dia competitor nuffnang dan churpchurp. churpchurp ni mcm adik pada nuffnang la.. so dari situ aku dapat la skit2 earning hasil dok promote semua tu.. 


Aku ada share pasal cite aku cashout dari nuffnang dan churpchurp kat sini. Nak kata banyak sangat tak la tapi bolehla rembat seketul wrislet coach tp aku beli ni time sale so murah skit . buat kenangan hasil berblog ni boleh nampak 'barangnya' kan.. tak mampu lagi nak guna duit blogging tu nak kamera DSLR ke mcm blogger2 famous lain.. kalau nak kumpul tu boleh tapi aku ni tak penyabar skit hahaha.. mau bertahun nak kumpul nak rembat handbag2 mcm gucci, LV ke.. berangan nak mcm Redmummy yang income blogging memang berpuluh ribu sebulan boleh cecah ratus ribu setahun.. pastu beli handbag idaman hati, holiday ke tempat best-best.. hahahaha... berangan berangan ;) setakat ni mampu kahwin dengan orang kampung berangan je.. hihi.. kg encik suami memang nama Kg. Berangan ok... 




p/s: income blogging uols selalunya buat apa? tadi terbaca entri MZ, dia plan nak buat modal beli POP join contest. ok gak tu... boleh upgrade jadi hadiah best kalau menang kan..

Tuesday, October 30, 2012

HARAPAN - OST Seindah Sakura



Credit here.

Bicara mimpi itu
Mengheretku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tanganku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambutku kembali

Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malammu mencari kasihku

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita

Hatiku
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya

Monday, October 29, 2012

Suasana di Tol Bentong Semalam...


Time ni encik suami stop kejap lepas bayar tol di tol bentong.. 12 jam perjalanan from Kelantan to KL.. start dari Machang jem sampai la ke Kuala Krai.. nak masuk Gua Musang jem lagi then nak masuk Raub jem.. masa kat Bentong pon jem jugak masa nak exit ke highway Karak... sepanjang Karak sampai ke Genting Sempah memang jem max bawak keta 40km/j.. banyaknya 10-20km/j je.. 


Memang time balik kampung time perayaan gini la gayanya.. sebab tu aku suka extend cuti tapi kali ni sebab macam nak save annual leave sebab nak bring forward ke tahun depan nak g somewhere.. hehehe.. so, bersesak la.. jalan ke utara/KL melalui Grik pon jem, jalan ke KL melalui LPT pon jem teruk.. sabar jela..


Anyway, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!


Related Posts with Thumbnails