Monday, October 8, 2012

Rezeki Dari Seri Dewi & Keluarga Oktober 2012

Dah lama dah entry ni terperap dalam draft so publish je la hihi.. Kemenangan ni dari majalah Seri Dewi & Keluarga Okt 2012. Jarang sebenarnya beli magazine ni.. hari tu balik  kampung, tengok my mom beli dan nampak ada contest so join ler.. hikhik..


Sebanyak 100 penyertaan pertama akan dapat hamper produk Top rm50. Aku tengok kat winning list tu, aku no. 39.. alhamdulillah.. masih ada rezeki..





p/s: Malam ni nak pergi tengok preview screening cite Aku Terima Nikahnya.. 

Saturday, October 6, 2012

Rahsia Dapur Masterchef...

Salam uols..

Actually, not masterchef ok, dapur aku je pon. hihi. saje je sebab sekarang ni kan masterchef malaysia 2 tengah hot. memang almost every night aku tengok. sampai rumah pon around maghrib, mandi, solat dan masak kalau rajin pastu sedang elok selesai semua, masterchef dah bersiaran.. sebelum ni masterchef malaysia 1 aku tak tengok sangat sebab masa tu rumah takde astro pon. pindah rumah baru la pasang astro..gedik.. hahaha..


Ok dah alang-alang sebut pasal masterchef ni kan.. nak tanya la skit, antara 3-3 juri tu yang mana korang suka hikhik.. aii suka chef joe, hahahaha.. suka tengok muka dia 'malas' nak senyum tu.. pastu kalau masa dia komen makanan tu memang aku ternanti-nanti sebab chef joe jenis yang direct. kalau dia belek-belek makanan tu, tak masak terus dia tak makan.. susah benar nak puji sedap.. kalau dia puji sedap tu memang sedap laa yek.. berdebar2 aku nak dengar komen dia.. hahaha.. macam la aku yang masak plak.. 


Disebabkan masterchef la tetiba mood memasak meluap-luap.. nampak sangat aku jarang masak hikhik.. almaklumlah, dok berdua je nak masak pon malas.. tapi boring jugak makan kat kedai.. dalam seminggu tu ada la 2,3 kali masak.. lagipon encik suami tu tak banyak songeh, apa aku hidang tu la dia makan.. tak pernah lagi dia request makanan pelik-pelik.. so keje aku memang senang kan kan.. haha.. 


Ni sebenarnya aku nak share satu produk eh nak cakap apa ek.. memang terbaik laa..


Osyter sauce jenama panda, produk Lee Kum Kee.. ala produk yang Chef Wan yang jadi duta tu.. kalau korang perasan, ada je iklan dia kat tv.. tapi aku lupa plak harga dia.. try la uols.. sedap :):)


Semalam aku masak sayur guna oyster sauce tu.. dap dap.. goreng sayur nak tunjuk ke? hahaha.. aku masak sayur memang banyak.. sebab sayur ni mcm snek aku, aku lapar, aku ratah je sayur tuh.. main course semalam aku masak ayam bakar.. ayam tu perap letak bawang putih, bawang merah, serai, halia, letak garam skit pastu perap setengah jam.. pastu bakar atas non-stik pan. pencicah dia sambal belacan.. gambar ayam takde sebab lapar sangat pastu ayam masak last sekali.. 




Pagi tadi goreng nasi.. nasi goreng seafood..  berselera encik teman makan.. hahaha... tapi sebenarnya weekend aku mmg masak, jarang tak masak... minggu sebelum ni aku dah masak sambal bilis la, sambal sardin, bihun goreng, spagetti bolognese, ayam masak halia, mcm2 lagi la. memang la menu tu biasa2 je.. tapi boleh cakap setiap malam balik kerja aii masak you.. *rajinnya* tetiba haha.. tetiba bersemangat kan.. teringin nak cuba buat kek ke, lasagna ke, makaroni bakar tapi takde oven kat rumah ni.. ok terus masuk my wishlist.. harap lepas ni boleh try masak benda yg bakar-bakar ni.. 


ok uols nak bersiap nak pergi kenduri...



Thursday, October 4, 2012

Nak Book Tiket Air Asia Cara Mudah dan Cepat?

Sebenarnya aku pernah tau pasal website nak cari tiket air asia murah dengan cepat ni dah lama.. lama dulu-dulu sampai aku tak ingat dah.. tapi tiap kali nak book tiket air asia time sale, senang je.. (bagi aku laa), so aku tak kisah sangat la...


Sampai la aku terbaca satu blog ni, terus aku teringat, inilah website yang aku cari tu..




Website ni memang sangat2 membantu ok di kala nak mencari tiket air asia yg paling murah. yes, cuma tiket air asia sahaja.. dan aplikasi ni masih terhad untuk booking tiket certain2 tempat sahaja je seperti Indonesia, Australia, Thailand, Jepun dan lain-lain tapi agak banyak juga la.. boleh la uols godek-godek ok. jangan malas! hahaha..


Dan aku suka sebab jimat masa nak mencari tiket murah tu. paling best, time sale lagi la jimat masa tak payah nak tunggu lama-lama...


p/s: Jom main hide and seek atau join contest pasal MRT kat sini.

Sunday, September 30, 2012

Metrojaya Warehouse Sale

Dalam banyak-banyak warehouse sale, aku selalu pergi metrojaya punya warehouse sale..tak pernah pon plan.. time metrojaya buat sale, time tu la aku lalu area diorang buat sale..hikhik.. selalunya kat stadium melawati shah alam, bukit jalil or area kilang2 kat shah alam.. macam jodoh, so kenala singgah alang-alang dah nampak banner besar tepi jalan kan kan ;p


Selalunya kalau pergi warehouse sale gini, aku mesti aim nak beli spender nga bra. kahkah.. time ni jela nak beli bra triumph ke, wacola ke atau mak nenek bra yang mahal tu. masa ni memang harga murah la dari biasa. bukan nak berlagak ke apa, tapi kalo bra memang aku memilih sikit sebab aku nak yang selesa. bukan aku tak pernah beli bra yang rm10 (brand apa lupa) kat jusco tu, tapi memang tak kena dengan aku dan memang rasa tak selesa sangat-sangat. so, aku memang peruntukkan special amount untuk bra (sorry la kalau ada mana-mana lelaki yg baca blog aku ni. haha).. aku pikir, dari aku buang duit beli bra yang aku tak pakai, baik aku beli yang mahal skit dan memang aku pakai dan rasa selesa. bila kita rasa selesa, kita rasa konfiden ye dokk.. hihiii..


Dan encik suami pula aku memang paksa beli boxer dia sebab memang time ni murah.. hahaha.. sejak dia kahwin nga aku, aku rasa boxer dia dah sama banyak nga spender aku.. boleh??.. hahaha.. maafkan la aku sebab asyik cite barang dalam je ni...hahaha..


ni alas kaki, rm5 satu, so bantai amek 3 sekaligus.. selipar jamban seketul rm10 kot.. pastu ada la beli sehelai sorang baju untuk adik2.. total semua RM180.70 kot.. berbaloi la jugak sebab baju budak2 memang murah.. kalau aku ada anak, mau menggila shopping kat situ.. semua cantik2.. 


ok, nak share, rabu dan khamis depan ada aeon member day kat midvalley.. ada sapa-sapa sini pergi tak? zaman aku blaja dulu kat UM, selalu la pergi.. lepas keje jarang pula pergi.. dah kahwin pon jarang..




Related Posts with Thumbnails