Tuesday, July 31, 2012

CHOC COOKIES FOR RAYA!!!

THIS IS STICKY POST


CHOC COOKIES FOR RAYA



Sape2 nak order CHOC COOKIES FOR RAYA macam yang dijual kat blog GREEN APPLE (http://comatosewithbraindamage.blogspot.com
boleh email saya kat w.syima@gmail.com

For now, i just ambil order, delivery akan bermula awal Ramadhan. 
For more details, email me ok...



RM22/50pcs
RM41/100pcs

Harga tak termasuk dengan poslaju.

COD: Shah Alam, Puchong, Bukit Jalil, Puncak Jalil 

tapi i hantar juga ke kawasan lain just email me first then kita diskusi ok.. Yang agak-agak dok di sekitar area COD pon boleh hantar. Apa-apa, email me for more details.


Untuk yang berada di Kelantan (sekitar KB, Tumpat, Pasir Mas), uols boleh order jugak dengan i tapi delivery by hand dekat-dekat raya, unless uols nak i pos tak kisah..


Untuk agen-agen berdekatan anda, klik here.

*** all pics credit to Green Apple



Sunday, July 29, 2012

Puasa

Alhamdulillah, harini masuk hari ke-9 kita berpuasa... Selamat berpuasa uols :)


Alhamdulillah, ramadhan ni dah masuk kali-3 aku dapat berpuasa bersama2 dengan suami tercinta.. hihi dan kali ni sedikit special sebab dah berpuasa di rumah sendiri.


Punyalah azab nak mengarang entri di bulan posa ni.. hehehe.. Rasanya dah lebih sebulan mood nak menulis kat sini ke laut. Maklumlah, memang busy dengan kerja office dan kerja nak berpindah. Lepas pindah dah dekat sebulan, mood tu tak datang2 jugak. Banyak cite yang tertunggak...


Ok la, kita cite pasal posa tahun ni ye..


Memandangkan tahun ni first day puasa jatuh pada weekend, so haruslah dapur rumah berasap :) Menu hasil tangan sendiri menjadi santapan dengan bantuan adik-adik kesayangan ;)


Tapi orang cakap tak elok dok tayang menu makanan kang kurus posa orang dok tengok hahaha so tak ada la pic makanan ok. Kang terliur, menjejeh air liur dah kurang pahala posa. hahaha..


Sebenarnya, hari pertama aku dah mati kutu nak masak apa untuk sahur dan buka puasa. Masa sahur tu tak de kisah sangat tak beria-ria masak tapi kalau waktu berbuka tu haruslah ada kepelbagaian sikit orang cakap kan.

Menu sahur hari pertama:

1. Nasi goreng (lebihan dinner malam tadi. hikhik. reheat je)
2. Nasi putih (haruslah tanak nasi lain)
3. Ikan tongkol rebus dan digoreng (request by bos besar, suamiku le..)
4. Air teh O suam
5. Kicap manis cap kipas udang
6. Ada satu lagi tapi tak ingat... hahahaha

Menu berbuka hari pertama:

1. Tomyam ayam + daging + fishball
2. Ayam masak halia (my faberet)
3. Telur dadar
4. Sambal belacan + timun
5. Kuih-muih - beli jek
6. Air sunkist dan air teh o panas

Menu sahur hari kedua:

1. Daging goreng kunyit.
2. Ikan tongkol rebus dan digoreng (lagi!) - faberet, nak wat macam mana...
3. Air teh O suam

Menu berbuka hari kedua:

1. Ikan keli masak berlada
2. Begedil ayam
3. Ulam-ulaman + budu
4. Murtabak (beli je)
5. Air dah lupa.. tapi Air teh O suam tetap ada.


Hari-hari berkerja, jangan ditanya. sebab most of time berbuka kat bazar ramadhan. tak sempat pon sampai rumah pon. Cuma hari selasa lepas, makcik Apis ajak berbuka sama kat rumah dia. Dapatla merasa nasi kerabu, siap tapau buat sahur. hikhik. Tapi bulan posa ni masa berbuka aku banyak minum air. Macam semalam, lepas makan kurma, minum air sampai 5 gelas. dahaga sangat. Tengok nasi dan lauk-pauk, semua tak layan. Air anggur juga pilihan hati.



Dessert hari ini. 
kek batik special dicampur dan ditabur kacang.


Hari ni, pergi buka puasa kat rumah makcik sebelah aku plak kat Shah Alam ni je...


Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Thursday, July 19, 2012

Merepek Merapu...

Seriously, aku macam malas gila nak update cite kat sini. Sekarang kerja tengah buat SIT so macam agak busy nak siapkan testing dengan documentation lagi. Pastu bila time balik kerja, singgah sini, singgah situ.. sampai rumah dah pukul 10 malam. Paling awal sampai pon pukul 7.30 malam. Pastu mandi manda, buat apa yang patut, keluar balik. Pukul 1-2 pagi jugak sampai rumah.


Semalam dekat pukul 3 pagi baru sampai rumah. Punya plan semalam konon nak pergi Tesco nak beli stok2 makanan sempena puasa, tapi hampagas semuanya lebur berkecai impian. Balik kerja, semalam naik LRT sampai stesen Kelana Jaya, terus shoot pergi Klang, sepupu mintak tolong hantar dia. Pastu patah balik pergi Puchong, ambil kasut abah tertinggal kat rumah makcik kat Kinrara, terus pergi Gombak sebab adik ipar tunggu kat sana nak pass kasut tu.


Sampai Gombak, dinner dulu. Dalam pukul 10.00 malam bertolak balik, baru je nak keluar kawasan Gombak, makcik dok Kinrara call balik minta tolong pergi rumah dia. Sampai sana dalam pukul 10.30 malam, rupa-rupanya ada buat bacaan yassin, panggil ustaz mana entah. Selesai semua dalam pukul 1 pagi lebih. Pastu kami tak balik terus, lepak lagi kat situ dekat2 pukul 2.30 pagi baru gerak balik.


Sampai rumah dekat pukul 3 pagi, terus pengsan. Hari ni sampai kat site pukul 11.10 pagi! Ambik kau.. hahaha...


Kalau ikutkan banyak gila nak bercerita.. pasal short trip pergi Melaka pon tak cerita lagi. Yang tuh dah basi dah. Update pasal hadiah2 yang diterima pon banyak tertunggak. Pastu wedding adik ipar kat kampung bulan lepas belum stori mori lagi. Last week, balik kampung lagi. Insya Allah, kalau tak ada aral melintang next week balik kampung lagi. Pastu raya, balik kampung lagi dan adik aku pula nak kahwin.


Gila penat...


Nak pergi berjalan2, berjimba2 pon tak ada masa. Tunggu lepas raya la kot. Rumah pon masih bersepah. Nak cari almari baru... ikea ada sale tapi masa plak tak ada...



Gambar berzaman, tapi untuk kenang-kenangan..



Kalau sapa2 yang suka mengarang, boleh join contest ni. 
Kena ada resit beli planta dan buat esei juadah hari raya not less than 300 patah perkataan. 
Contest karang mengarang ni confirm Kak Ila Saleh suka kan kan..
Borang contest setakat ni ada jumpa kat dalam suratkhabar je..

pic credits to badz
Related Posts with Thumbnails