Monday, April 23, 2012

Won Samsung Galaxy Y From Female Magazine!

Aku ni asyik buat post pasal menang contest je kan, kan..

Nak buat macam mana, itu je yang menarik yang berlaku dalam hidup aku setakat ni.. hahahaha.. tapi, insya Allah dalam masa terdekat, ada la kot citer best2 skit sebab next month nak pergi jalan2. Nak ke mana tu, biarlah rahsia.. hihi.. Macam la korang nak tahu sangat kan..


OK la, nak citer pasal hadiah lagi. Ni kemenangan lama dah dari bulan lepas lagi. Selepas dapat berita gembira menang new toy ni, esoknya atau 2 hari lepas tu, dapat berita gembira lagi menang another smartphone from Samsung. Kemenangan ni adalah yang pertama kali dari Female magazine..




Murah rezeki betul dengan samsung ni. Tapi dua-dua aku tak pakai. Yang pertama tu, dah selamat jual kat cousin, yang ni baru nak war2kan nak jual. Dah ada orang beli pon. Alhamdulillah..jual murah2 je kat adik encik suami. Market price RM499. Aku sendiri pon tak sempat nak tengok. Encik suami pergi collect pastu terus jual . Harap2 lepas ni, ada rezeki yang lain pula.


Saturday, April 21, 2012

Dapat 250 BIG Points...

Tak pernah2 aku menang contest yang meraih like/vote kat facebook, kali ni mungkin dah rezeki aku kot sebab masa aku tgh syok2 layan fb, masa tu dekat2 nak balik kerja dah.. ternampak status kat facebook BIG Shots kena describe BIG dalam 3 words, share status dan sape2 top 3 most liked comment by 8 pm akan menang 250 BIG points.


Alhamdulillah, kalau ada rezeki tak ke mana kan.. Aku terpilih dalam top 3 tu. Thanks kepada yang sudi like comment aku tu.. 



Pada sapa2 yang tak tahu apa BIG points, boleh baca post aku sebelum2 ni...




Yang terbaru, aku ada baca, walaupon tak guna BIG card masa book, korang tetap boleh isi BIG card no korang masa booking flight tu dan masih boleh collect points.. cuma, point tu akan dikreditkan dalam akaun korang bila dah fly. Kalau yang book guna BIG card, diorang akan terus kredit dalam akaun dlm masa beberapa hari je or maybe dalam masa sehari. 


Dan no more processing fee masa guna BIG card ni macam aku kena dulu...


More info, click SINI.


Pasal BIG points yang aku menang tu, tak tahu lagi nak guna untuk apa. Sama ada nak beli tiket flight or mungkin nak book hotel. Kena tunggu sale la kot baru berbaloi2...


Tuesday, April 17, 2012

My First So-Called Canvas Photo



Aku book from Airis Wall Deco. Belum gantung lagi, ahad lepas baru amek...


Dah nak masuk 2 tahun kawen, baru kalut nak tempah canvas photo ni bagai kan. hahaha..


Ini aku beli time promo, RM80 untuk 2 pcs. Dari segi kualiti, personally aku tak puas hati sangat tapi dengan harga yang dibayar, actually agak berbaloi la. Bila tengok dari jauh, cun jugak...


Maybe lepas ni boleh try book kat tempat lain pula. Any suggestion??

Monday, April 16, 2012

Kuala Selangor: A perfect weekend getaway!

Kalau korang dah pernah baca post-post aku pasal #TSDayOut to Kuala Selangor, anjuran Tourism Selangor yang aku join bersama blogger2 sekitar Selangor/KL, pasti korang pon rasa teruja nak ke Kuala Selangor.





Masih segar lagi dalam ingatan aku, keenakan fresh seafood yang aku makan kat salah satu seafood restaurant kat sana.. Kalau korang nak tahu, Kuala Selangor memang mewah dengan seafood yang segar-bugar! Most of Klang Valley people will go to Kuala Selangor for seafood hunting.


Tadi secara aku tak sengaja, aku terjumpa satu deal yang sangat berbaloi kepada korang yang nak short trip ke Kuala Selangor. Siap ada firefly tour for 2 lagi... Setahu aku, sekarang untuk firefly tour, sewa satu sampan yang boleh dinaiki max 4 orang ialah RM50 (harga baru). Harga lama RM40 satu sampan.

Credit to Eyriqazz..

View masa tengok fireflies tu memang sebijik macam dalam gambar atas tu...


Kalau korang berminat, boleh tengok deal ini...


2D1N Stay at Superior Suite Inclusive of Breakfast + Welcome Drinks + Fireflies Tour for 2 Persons @ De Palma Hotel Kuala Selangor dari LivingSocial Malaysia hanya RM148.




Click SINI for the great deal... Baca T&C dia betul2, yang pasti memang berbaloi...


Memang banyak aktiviti yang korang boleh buat kat Kuala Selangor tu. Boleh rilek2, boleh shopping makanan laut dan boleh enjoy seafood yang terjamin fresh!
Related Posts with Thumbnails