Sunday, April 8, 2012

Menang Tiket Bermusim Adnan Sempit 2.



Dah lama nak buat post pasal ni. Dah lama pon menang tiket bermusim Adnan Sempit 2 ni. Dah tak ada kat pawagam pun movie ni. Actually, aku menang 2 keping, husband menang 2 keping so total 4 keping. Dalam gambar ada 2 keping sahaja sebab masa tu dah bagi kat kawan.


Tapi aku tak guna pon tiket ni, bagi kat kawan jugak. Sebab aku dah tengok kat pawagam awal2, pratonton dengan MIG lagi, siap ada makan2, ada para pelakon Adnan Sempit lagi..hehehehe..



Friday, April 6, 2012

Jom Shopping di ILuvBagIncorporation.com

Jom join Contest Blog Green Apple dengan main sponsornya, iluvbagincorporation.com.


One of the main product kat iluvbagincorporation is frollic shoes. FYI, iluvbagincorporation adalah main distributor kasut tersebut di Malaysia. Kasut ini sangat cute dan selesa dipakai.








Harganya, RM 50 for plain, RM 60 for prints & canvas. luxe & prep pula RM 80 sepasang. Murah kan? Nak free? Join la Contest Blog Green Apple :)


Dan untuk yang akan datang, jangan lupa terjah groupon sebab iluvbagincorporation akan menjual frollic shoes pada harga yang lebih murah. Dapatkan kupon Groupon untuk tawaran yang lebih menjimatkan.




Selain itu, di iluvbagincorporation juga sentiasa ada ongoing pre-order terutama produk2 dari US dan Europe. Pengunjung boleh mengisi form untuk sebarang pertanyaan kepada pemilik blog.


Di iluvbagincorporation, korang juga boleh nak jamu mata dengan macam2 produk lain, ada macam2 brand..



Victoria's Secret


 Longchamp Mary Katrantzou

Travel Exclusive


Ada banyak lagi tau, tapi apa barang semua aku nak kasi tahu, klik ILuvBagIncorporation confirm korang akan ralit, takkan berganjak tengok Coach bag, tengok Gucci, tengok LV. Harga memang berpatutan, lagi murah dari yang ada kat butik2 Malaysia ni. Memang berbaloi2... 


Cuma, untuk menambah-baik blog Kak Nurul, syima ada beberapa komen (harap kak dan datin tak terasa hati dengan komen ikhlas ni). Untuk pengetahuan Kak Nuruk dan datin, syima dah jadi pengunjung setia iluvbagincorporation sejak lebih kurang setahun lepas. So, rasanya tak salah syima nak share serba sedikit pandangan syima untuk penambah-baik blog shop ini.



  • Rasanya tak sesuai kot guna color hitam sebagai background wallpaper. Nampak tak menarik dan kusam. Bila background hitam, gambar-gambar product nampak macam serabut sebab size tak sama besar. 


  • Order form agak berserabut letak kat atas. Agak letih nak scroll ke bawah lama2 untuk tengok latest product. My suggestion, boleh letak dalam special entry untuk order form. Dan setiap kali buat entry just letak link ke entry order form tu. Senang dan jimat space. 


  • Logo dah cantik cuma header agak tak menarik (sorry i have to be honest), sebab color gelap, macam tak menonjol sebab color background sama dengan color header. Maybe logo to boleh letak kat tengah2 dan perkataan bawah logo tu bagi dok tengah2. Yang ni mungkin Kak Nurul boleh tempah kat blogger lain yang memang buat bisnes logo, header dan watermark.


  • Letak watermark untuk setiap gambar product untuk untuk lebih eksklusif. Boleh tempah juga watermark tersebut.


  • Menu button di bawah logo, rasanya perlu dikemaskini. Mungkin tukar font atau letak dalam barisan kotak, friendly-look untuk pengunjung blog klik. Sekali imbas macam biasa tak terpikir pon boleh klik untuk ke next page.


  • "About Me" widget rasanya tak sesuai diletakkan di bawah sekali. Boleh diubah diletakkan di sebelah kanan page supaya senang pengunjung nampak siapa pemilik blog. Nampak lebih friendly. Dan susunan widget kat side tu mestilah disusun mengikut kepentingan so nampak lebih teratur. Untuk testimonial, inquiries form boleh diletakkan di bawah2 skit, rasanya itu bukan keutamaan. Kak Nurul @ Datin Ummi boleh rujuk blog2 shop lain. Bukan nak meniru just nak merujuk.. 



Apapon, memang blog shop ni sangat best sebab selalu offer pelbagai barangan branded pada harga yang berpatutan. Keep up your great work!



So, tunggu apa lagi, jom jenguk iluvbagincorporation.com untuk melihat pelbagai tawaran hebat. Kenapa nak bayar lebih kalau ada yang lebih murah :)


Jangan lupa like page iluvbagincorporation di sini.





Aku dah like, korang bila lagi....




Nampak tak album2 tu semua? Apa lagi, cepat la klik ILuvBagIncorporation!


Untuk sama2 join contest yang best ini, terjah Blog Green Apple.
Hadiah memang confirm besttttt....
Tarikh tutup contest adalah pada Jumaat (6 April 2012) , 7pm.



*** pics credit to ILuvBagIncorporation facebook dan ILuvBagIncorporation website ***

Thursday, April 5, 2012

Tutorial: How To Restore Your Deleted Post | Macam Mana Nak Dapat Balik Entri Yang Telah Didelete.

Aku rasa sebelum aku lupa, baik aku terus share pasal tutorial nak recover balik kalau tetiba korang terdelete post2 sebelum ni. siap dengan original permalink dan komen2 lagi korang dapat balik.


Alhamdulillah, dalam beberapa jam (depends la pada berapa banyak post yang korang delete la) aku dapat hampir semua post2 yang aku delete. Ada yang aku malas nak publish balik post2 aku tu, bukan sebab dah hilang terus. So, sebenarnya memang aku dapat balik semua post2 aku yang aku terdelete tu. Bila ingat2 balik, memang scary la. Macam mana boleh cuai, padahal aku dah cukup berhati-hati masa nak delete tu...


Actually cara nak recover balik ni ada banyak cara (aku baca tapi ada aku tak amek port sebab nak cepat, so aku skip je yang mana aku rasa leceh dan ambil masa yang lama nak buat). Aku jumpa satu cara aku rasa paling cepat, korang tak payah nak karang balik post korang tu, tak payah nak copy-paste, tak payah nak upload balik pic2 yang sepatutnya ada dalam post tu, tak payah nak retrieve balik dalam picasa.


Pertama, aku senaraikan dulu step2 yang korang kena ikut pastu aku baru bagi contoh so korang lagi paham.


1. Cuba recall balik keywords dari deleted posts. contohnya, tajuk post tu ke..
2. Taip keywords tu kat serach engine. Aku guna Google dan cari cached copy dari post yang terdelete tu. Macam aku, aku taip, "movie review: petaibududurian".. Biasanya akan keluar banyak2 post yang korang publish, tak kira dah delete atau belum.. So, kat kat situ boleh pilih..
3. Cuba la view cached post tu..
4. Cari PostID dari page source yang korang dah buka tu. guna ctrl+F kalau nak cari
5. Pergi edit post
6. Replace PostID post yang korang buka tu dengan PostID dari post yang korang delete tu.
7. Lepas replace dan tekan enter, akan keluar balik post yang terdelete tu.
8. Apa lagi, tekan publish la. Tak payah nak edit ke apa, mmg keluar sebijik sejibun. selesai masalah!


Aku memula tak paham jugak baca step ni especially tang post id tu, so sila tengok contoh kat bawah.


Step 1 & 2:

Katalah aku terdelete post '#TSDayOut to Kuala Selangor - Taman Alam Kuala Selangor', So aku pergi Google dan search.

Aku taip "tsdayout; petaibududurian" macam kat bawah. Pandai2 la korang nak letak keyword apa. be creative :)

 sila click on the pic untuk lebih jelas.

* Tips: Scroll la lagi ke bawah or next page untuk cari post2 yang lain. insya Allah jumpa...


Step 3 & 4: 

View cached post macam pic kat bawah.


sila click on the pic untuk lebih jelas.

Pastu click cached tu, confirm korang akan nampak post tu. Pastu terus tekan Ctrl + U untuk buka source page.

Bila source page dah keluar, korang tekan Ctrl + F dan cari "PostId".


Copy PostId (yang dalam kotak merah) tu.


Step 5 & 6 & 7 & 8:

Buka blogger.com korang, pergi ke Dashboard dan tekan Edit Posts untuk buka post editor.




Lepas tu korang akan nampak kat address bar korang something like this,



Pastu korang replace post id yang tu dengan post id yang korang dah copy kat step 4 tu dan tekan Enter.


Korang akan nampak balik post yang korang delete tu.


Apa lagi, tekan publish la.


Post tu akan appear kat blog korang macam asal, sama date dan time, komen2 semua ada balik.


Dah, siap. boleh tido lena...hihi...


credit to http://www.bloggertipsandtricks.com

Tuesday, April 3, 2012

Alamak! TerDELETE post-post sebelum ni...

Pagi tadi aku mengalami saat-saat getir sangat. Haha.



Saat-saat di mana aku terdelete semua post tahun 2012 aku dan beberapa post dalam bulan Oktober, November dan Disember 2011. Mungkin post2 tu semua macam sampah, tapi bagi aku ada banyak kenangan kot.


Citernya, semalam aku gedik-gedik nak delete post lama2 yang aku join giveaway dalam blog. Aku nak delete tu sebab aku nak delete sekali gambar2 dalam Picasa sebab aku punya space nak upload gambar dah lebih 95%. So, aku decide nak delete la gambar2 yang tak penting sangat bagi aku. Lagi satu, baru 2-3 hari sebelum tu aku baru berjinak-jinak dengan interface baru blogger. Banyak lagi features yang aku tak biasa.


Entah macam mana aku sedang aku syok2 delete gambar, delete post2 tu semua, entah mana silap aku terdelete post2 yang aku cakap tadi. Yang syoknya, aku tak terus perasan aku dah buat mistake tu. Esok pagi, baru aku perasan lepas aku buka blog aku. Aku memang ada satu tabiat, setiap pagi sebelum mandi, aku on dulu laptop dan buka email, buka blog.. Sekali aku tengok latest post aku adalah pada 21 Oktober 2011. da.. sudahhh.. apa nak buat ni...


Aku terus check dalam blogger, sah aku punya post dah kurang, seingat ada 400++, sekarang dah ada 300++ je. Pastu bila tengok, post2 tahun ni semua dah tak ada. Menggelabah kejap menggodek blogger semua guna interface baru haruslah aku lagi cuak. Aku salah tekan apa...


Aku terus on facebook cari kawan2 blogger lain kot dah online tapi semua tak online lagi. Aku cuba cari help kat website tu. Jumpa memang jumpa tapi tak helpful langsung. Seingat aku, memang kalau kita delete post, memang tak boleh nak undo. Tapi semalam aku rasa tak ada pon message warning macam tu. Ke aku tak perasan.. ya Allah...


Tapi google kan ada, aku cuba la search kot2 ada orang lain pernah alami problem yang aku sedang alami. Tak sampai 5 minit, aku dah terjumpa satu tutorial macam mana nak retrieve balik post2 tu semua. Memang senang, tak payah karang balik, tak payah upload gambar2 balik.. pastu paling best, segala komen masih ada kat situ. Cuma, kena publish balik satu2 post tu. Nasib baik jugak post2 aku tahun ni, tak banyak sangat..


Apapon, semua dah kembali kepada asal. Ada la beberapa post lagi yang aku malas nak buat sebab nak cepat tadi. Cuma last post aku pasal movie review cite Titanic 3D sahaja yang aku tak boleh nak retrieve balik. So, kena buat post yang baru. Takpelah, satu post je kan. Insya Allah, bila aku ada masa aku share nga korang pasal tutorial tu ek.
Related Posts with Thumbnails