Thursday, January 12, 2012

Giveaway 2 dalam 1 Oleh Blog Petaibududurian.

Aku rasa aku nak buat giveaway la ;)


Objektif utama sebab nak suruh korang like pic aku yang terpilih untuk merebut hadiah iPad 2 oleh Malaysia Travelpedia. Jadi dah nak minta tolong korang, orang kata orang berbudi kita berbahasa. Macam tak best la plak nak minta tolong free2 je kan. Walaupon hadiah ni bukan untuk semua tapi korang semua (yang meng-LIKE my pic) akan aku buat lucky draw untuk pilih peng-LIKE yang bertuah.


Cara-caranya..


1. Mula-mula korang like picture ni kat page Malaysia Travelpedia tu.

Ni link nya. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=195603357184047&set=a.195602007184182.48703.195539147190468&type=3&theater

Kalau korang nampak pic ni betul la tuh...

Kalau klik pic atas ni pon akan terus direct pergi ke link yang kena like tu..


Tapi korang kena like kat link aku bagi tu yerk. Kalau salah like, kira batal penyertaan korang.. hehehe..


2. Lepas siap like pic aku tuh, korang kena buat simple entry pasal giveaway dan kena promote suruh orang like pic aku tadi tu. Make sure, dalam entry tu kena ada link Malaysia Travelpedia (http://www.facebook.com/malaysiatravelpedia) dan link pic aku ni - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=195603357184047&set=a.195602007184182.48703.195539147190468&type=3&theater. Jangan lupa backlink ke entry ni ok.


3. Lepas dah siap buat entry, korang bagi link penyertaan korang yerk kat bahagian komen kat bawah. Jangan lupa bagi Facebook ID masing untuk proses 'pengecaman'..hehehe..


4. Untuk yang tiada blog, korang boleh gak like dan jangan lupa bagi facebook ID jugak. Kalau yang like guna id suami ke, isteri ke, adik beradik ke, sedara mara ke, sila bagi facebook ID kat ruangan komen ok.


5. Tarikh tutup: 29 Februari 2012. Ada lebih kurang 2 bulan dari sekarang.



Hadiah pulak akan ada 2 bahagian:


1. Bahagian pertama: lucky draw macam biasa. guna random.org.. Semua perserta berpeluang dapat hadiah ni..

2. Bahagian kedua: Referral tertinggi ( yang ni aku akan guna khidmat nuffnang dan statistic kat blogger). Yang ni  untuk yang ada facebook dan blog sahaja (yang like kat Fb dan buat entry pasal giveaway). Yang ada facebook, tak de blog, tidak dikira. Yang ada blog, tak ada facebook, tak leh join sebab GA ni untuk raih like/vote..


Sekarang, jom tengok hadiah2 yang bakal korang menangi.


Hadiah Lucky Draw:

Untuk 5 pemenang

2 x Topup RM10

&

2 key chain HK + 1 fridge magnet Langkawi



Hadiah Referral Tertinggi:

1 x Novel Ombak Rindu worth RM19.90




Ok... Good Luck semua ;)


p/s: Untuk yang dah like, just update dengan buat entry. Jgn lupa bagi link penyertaan dan facebook ID masing2 kat komen box ye...Yang tak nak buat entry tapi dah like, sila bagi facebook ID korang kat komen box gak. Senang aku nak trace ok..

Monday, January 9, 2012

My Guilty Pleasure ;)

Sila jamu mata yerk....



Yang periuk kuali nga sudip segala bagai tu, boleh installment 3 kali bayar. Tak payah la aku cakap total semua tapi memang berbaloi. Aku pernah guna kuali tu masa kat rumah cousin belah encik somi.. ternyata memang best dan rasa nak masak sedap2 membuak2.. haha.. Mana la tahu dengan ada perkakasan dapur sebegini rupa, mood memasak aku menjadi2.. Bukan la selama ni tak pernah masak, cuma aku rasa, kalo nak memotivasikan diri yang jarang ada masa nak memasak yang sedap2. yang simple2 tu no hal... alasan kah itu..hihi...

Katalog ade nga aku.. ada sape2 nak order gak ke? set pinggan, cawan semua ada.. Macam2 brand ade... Glance, Pie Rat, La Piana,Duralex, Pasabahce..mcm2 la lagi.




Second benda aku rembat 2 pasang kain semi sutra dari Puan Hana.. entah bile la nak jahit ni. Berazam nak jahit sebelum CNY sebab nak pakai masa balik kampung nanti..tapi.. sempat kee?




Longchamp Le Pliage
Small size with long handle


Last benda, beg dari sana, Perancis mai.. can't resist this bag.. tapi my color takde kat atas tu.. my color is orange. Walaupon bonus tak dapat lagi, harap leh cover nanti.. hihi.. tapi ni semua aku beli guna duit hasil jualan hadiah2 contest sebelum ni. Yang mana hadiah aku tak guna, aku jual dan beli apa yang aku suka.. macam cute mum, jual hadiah yang tak guna dan dapatkan barang idaman beliau.. best kan...


Bukan niat nak menunjuk2 tapi sebagai kenangan je.. sebab aku ni suka beli barang, pastu dah boring pakai jual balik.. takpon bagi kat orang. Yang dapat bonus tu, korang beli apa ye? share2 ye...

Wednesday, January 4, 2012

I Got Lembu Nak Jaga a.k.a Moves Like Jagger ;p


Wakakakakakakakakakkkk...


Cuti Krismas

Wahhh, lamanya rasanya tak bercerita kat sini (padahal baru seminggu kot. Hahaha). Minggu lepas, sempena cuti Krismas, keluarga mertua datang. Start hari Sabtu sampai Isnin memang penuh aktiviti, pagi sampai malam. Nak bertenggek depan laptop rasa dah malas. Lagipon tak ada pic yang nak dikongsi. Memang malas nak bergambar ;) Tu jadi makin malas nak update cerita kat sini. Kalo bercerita tanpa gambar ni macam makan nasi tak ada budu, kenyang tu kenyang tapi macam tak nikmat.. hahahahaha..


Sabtu (24/12/11)

Pergi ke rumah pakcik encik somi di Puncak Perdana. Pakcik ni belah Abah. Tak salah aku ni second time dorang berjumpa. Ni adik Abah yang sama mak, lain ayah. Macam jejak kasih dah. First time jumpa masa pakcik datang time raya haji lepas. Sebelum balik, kami ajak pakcik sefamily datang rumah aku plak.

Lepas tu, terus gerak ke Dengkil ke rumah Kak Miza, anak angkat MIL. Sebelum ni dah 2,3 kali dah pergi. Tapi mak abah encik somi memang rapat sangat nga Kak Miza. Lagipon Dengkil tak la jauh sangat dari rumah kami. Tak sampai setengah jam pon. Lama jugak lepak sana, siap lunch kat sana dan minum petang. Kalau tak sebab adik ipar aku nak datang KL (Dia bawa lori dari Kel – KL), mau malam baru kami balik.

Sebelum sampai rumah, singgah sekejap shopping barang basah kat Pasar Borong Selangor. Kan pakcik nak datang esok, so nak masak special skit. Sampai kat rumah pon dah nak maghrib. So, berehat sekejap sebab plan nak pergi Klang. Tapi mak dan abah dah penat sangat. Tak jadi ke Klang just keluar makan KFC area Taman Kinrara.


Ahad (25/12/11)

Pagi ahad ni aku bertungkus-lumus nga mak masak untuk keluarga pakcik. Leh tahan gak lauk nak yang kami prepare – kari kepala ikan merah, siakap masam manis, ayam goreng, ulam dan budu. Serius sedap. Hahahahaha.. Pakcik dan family sampai lebih kurang pukul 12. Bukan ramai pon, 3 beranak je. Makan2, borak2.. Pukul 3 lebih dorang balik.. Lepas tu, aku dan semua orang kot bantai tidur.. penat.. hahahaha..

Petang dalam pukul 6, encik somi kejut. Macam lapar la plak, tengok encik somi dan abh dok makan nasi, so join sekali melantak. Hahahaha.. Lepas tu mandi dan solat, gerak pergi umah Acik (makcik encik somi) kat Bandar Kinrara. Dekat je 2km je dari rumah kami. Dok borak2 pastu lepas maghrib gerak ke Klang macam plan semalam. Pergi Klang ni sebab nak amek anak kunci rumah yang bakal kami beli. Insya Allah mintak2 dipermudahkan.. Rumah yang nak beli ni kat area Shah Alam. Murah je.. sebab pikir2 rumah yang dok sewa sekarang pon RM500 lebih dok bayar sewa.. Kebetulan abang Kak Shila (wife sepupu encik somi) nak jual rumah diorang. Diorang baru je renovate rumah tu, dah abes dekat RM50K renovate tapi tak jadi nak duduk sana. Nak sewa pon diorang dah malas. So, nak jual.. Aku dah pergi tengok rumah tu sebelum ni, semuanya aku suka tapi satu je aku tak suka rumah tu tingkat 5 tapi takde lif. Huhuhu.. Tapi encik somi cakap beli je, insya Allah ada rezeki lebih boleh beli teres plak, rumah ni boleh buat sewa. So, kali ni abang Usop (abang Kak Shila) dah nak bagi kunci rumah tu… Lepas pergi amek kunci, nak bawak mak dan abah tengok rumah tu la. Alhamdulillah, diorang ok je.. Cuma yelah takde lif kan.. Insya Allah, kalo loan dah lulus nanti, kami akan dok Shah Alam la plak lepas ni.


Dah settle tengok rumah semua, encik somi ajak pergi Uptown Shah Alam, nak belanja adik2 baju dan seluar.. Tapi masa cari parking tu, macam susah plak sebab malam minggu kan.. orang ramai gile.. aku terus kasi cadangan pergi Uptown Puchong je. So, terus berdesup pergi ke sana. Orang pon tak seramai uptown shah alam.. Lepak minum sekejap dan makan2 pastu pusing satu uptown tu, terus balik rumah letihhhh…


Isnin (26/12/11)

Aku bangun agak lambat. Pergi ke dapur tengok2 Acik dah siapkan breakfast.. hahahaha.. Apa punya bini orang la aku ni kan.. hihi.. Arini mak, abah dan adik2 dah nak balik. Tapi diorang tak balik Kelantan terus, pergi Kuantan dulu sehari sebab abah ada taklimat kat sana. Patutnya kami nak ikut ke Kuantan tapi bila pikir esok dah nak keje tak jadi la. Buat penat badan je pergi balik hari.. Lagipon, pukul 10 tak bertolak lagi.. pukul berapa mau sampai. Kalau dari subuh dah turun takpe…hihihi..

Lepas hantar mak dan abah kat Bandar Tasik Selatan… mak dan abah tak ingat jalan nak masuk MRR2 so kami memang tunjuk jalan setakat yang diorang ingat. Biasanya, kalo rajin kami hantar sampai ke Gombak tapi memandangkan aku ada agenda tersembunyi lepas tu, hantar setakat Bandar Tasik Selatan je la… hehehehehe..

Lepas tu terus gerak ke Stadium Melawati, Shah Alam. Ada metrojaya sale. Hihi. Ape lagi, shopping leee… Tapi tak banyak yang menarik.. Ada salesman kat situ cakap nanti bulan Mac tahun ni insya Allah metrojaya akan buat sale besar-besaran kat Stadium Bukit Jalil.

Lepas shopping, singgah melawat mak Ayah Su (Ayah Su, suami kepada makcik aku) kat SMC.. Aku panggil Tok Midah. Dah dekat seminggu lebih dia kena warded sebab demam dan bengkak kaki. Kaki tok midah macam ada nanah dan bisul.. bengkak berkilat2 kaki tu. Kesian dia.. Makan pon tak selera sangat..

Dalam pukul 7 malam lak, kena hantar Abe Er dan Kak Shila ke KLIA. Dorang nak pergi holiday ke Korea. Ber-winter sonata kat sana..


Tu cerita weekend cuti Krismas. Memang penuh dengan aktiviti.. Balik dari KLIA terus mandi2 dan tidur..Last weekend pon leh tahan penuh gak aktiviti.. aktiviti makan.. hehehehe..
Related Posts with Thumbnails