Wahhh, lamanya rasanya tak bercerita kat sini (padahal baru seminggu kot. Hahaha). Minggu lepas, sempena cuti Krismas, keluarga mertua datang. Start hari Sabtu sampai Isnin memang penuh aktiviti, pagi sampai malam. Nak bertenggek depan laptop rasa dah malas. Lagipon tak ada pic yang nak dikongsi. Memang malas nak bergambar ;) Tu jadi makin malas nak update cerita kat sini. Kalo bercerita tanpa gambar ni macam makan nasi tak ada budu, kenyang tu kenyang tapi macam tak nikmat.. hahahahaha..
Sabtu (24/12/11 )
Pergi ke rumah pakcik encik somi di Puncak Perdana. Pakcik ni belah Abah. Tak salah aku ni second time dorang berjumpa. Ni adik Abah yang sama mak, lain ayah. Macam jejak kasih dah. First time jumpa masa pakcik datang time raya haji lepas. Sebelum balik, kami ajak pakcik sefamily datang rumah aku plak.
Lepas tu, terus gerak ke Dengkil ke rumah Kak Miza, anak angkat MIL . Sebelum ni dah 2,3 kali dah pergi. Tapi mak abah encik somi memang rapat sangat nga Kak Miza. Lagipon Dengkil tak la jauh sangat dari rumah kami. Tak sampai setengah jam pon. Lama jugak lepak sana , siap lunch kat sana dan minum petang. Kalau tak sebab adik ipar aku nak datang KL (Dia bawa lori dari Kel – KL), mau malam baru kami balik.
Sebelum sampai rumah, singgah sekejap shopping barang basah kat Pasar Borong Selangor. Kan pakcik nak datang esok, so nak masak special skit. Sampai kat rumah pon dah nak maghrib. So, berehat sekejap sebab plan nak pergi Klang. Tapi mak dan abah dah penat sangat. Tak jadi ke Klang just keluar makan KFC area Taman Kinrara.
Ahad (25/12/11 )
Pagi ahad ni aku bertungkus-lumus nga mak masak untuk keluarga pakcik. Leh tahan gak lauk nak yang kami prepare – kari kepala ikan merah, siakap masam manis, ayam goreng, ulam dan budu. Serius sedap. Hahahahaha.. Pakcik dan family sampai lebih kurang pukul 12. Bukan ramai pon, 3 beranak je. Makan2, borak2.. Pukul 3 lebih dorang balik.. Lepas tu, aku dan semua orang kot bantai tidur.. penat.. hahahaha..
Petang dalam pukul 6, encik somi kejut. Macam lapar la plak, tengok encik somi dan abh dok makan nasi, so join sekali melantak. Hahahaha.. Lepas tu mandi dan solat, gerak pergi umah Acik (makcik encik somi) kat Bandar Kinrara. Dekat je 2km je dari rumah kami. Dok borak2 pastu lepas maghrib gerak ke Klang macam plan semalam. Pergi Klang ni sebab nak amek anak kunci rumah yang bakal kami beli. Insya Allah mintak2 dipermudahkan.. Rumah yang nak beli ni kat area Shah Alam. Murah je.. sebab pikir2 rumah yang dok sewa sekarang pon RM500 lebih dok bayar sewa.. Kebetulan abang Kak Shila (wife sepupu encik somi) nak jual rumah diorang. Diorang baru je renovate rumah tu, dah abes dekat RM50K renovate tapi tak jadi nak duduk sana . Nak sewa pon diorang dah malas. So, nak jual.. Aku dah pergi tengok rumah tu sebelum ni, semuanya aku suka tapi satu je aku tak suka rumah tu tingkat 5 tapi takde lif. Huhuhu.. Tapi encik somi cakap beli je, insya Allah ada rezeki lebih boleh beli teres plak, rumah ni boleh buat sewa. So, kali ni abang Usop (abang Kak Shila) dah nak bagi kunci rumah tu… Lepas pergi amek kunci, nak bawak mak dan abah tengok rumah tu la. Alhamdulillah, diorang ok je.. Cuma yelah takde lif kan .. Insya Allah, kalo loan dah lulus nanti, kami akan dok Shah Alam la plak lepas ni.
Dah settle tengok rumah semua, encik somi ajak pergi Uptown Shah Alam, nak belanja adik2 baju dan seluar.. Tapi masa cari parking tu, macam susah plak sebab malam minggu kan .. orang ramai gile.. aku terus kasi cadangan pergi Uptown Puchong je. So, terus berdesup pergi ke sana . Orang pon tak seramai uptown shah alam.. Lepak minum sekejap dan makan2 pastu pusing satu uptown tu, terus balik rumah letihhhh…
Isnin (26/12/11 )
Aku bangun agak lambat. Pergi ke dapur tengok2 Acik dah siapkan breakfast.. hahahaha.. Apa punya bini orang la aku ni kan .. hihi.. Arini mak, abah dan adik2 dah nak balik. Tapi diorang tak balik Kelantan terus, pergi Kuantan dulu sehari sebab abah ada taklimat kat sana . Patutnya kami nak ikut ke Kuantan tapi bila pikir esok dah nak keje tak jadi la. Buat penat badan je pergi balik hari.. Lagipon, pukul 10 tak bertolak lagi.. pukul berapa mau sampai. Kalau dari subuh dah turun takpe…hihihi..
Lepas hantar mak dan abah kat Bandar Tasik Selatan… mak dan abah tak ingat jalan nak masuk MRR 2 so kami memang tunjuk jalan setakat yang diorang ingat. Biasanya, kalo rajin kami hantar sampai ke Gombak tapi memandangkan aku ada agenda tersembunyi lepas tu, hantar setakat Bandar Tasik Selatan je la… hehehehehe..
Lepas tu terus gerak ke Stadium Melawati, Shah Alam. Ada metrojaya sale. Hihi. Ape lagi, shopping leee… Tapi tak banyak yang menarik.. Ada salesman kat situ cakap nanti bulan Mac tahun ni insya Allah metrojaya akan buat sale besar-besaran kat Stadium Bukit Jalil.
Lepas shopping, singgah melawat mak Ayah Su (Ayah Su, suami kepada makcik aku) kat SMC.. Aku panggil Tok Midah. Dah dekat seminggu lebih dia kena warded sebab demam dan bengkak kaki. Kaki tok midah macam ada nanah dan bisul.. bengkak berkilat2 kaki tu. Kesian dia.. Makan pon tak selera sangat..
Dalam pukul 7 malam lak, kena hantar Abe Er dan Kak Shila ke KLIA. Dorang nak pergi holiday ke Korea . Ber-winter sonata kat sana ..
Tu cerita weekend cuti Krismas. Memang penuh dengan aktiviti.. Balik dari KLIA terus mandi2 dan tidur..Last weekend pon leh tahan penuh gak aktiviti.. aktiviti makan.. hehehehe..
No comments:
Post a Comment